Chapter 17

19.1K 351 14
                                    

Hari ini merupakan hari kedua mereka berada di tanah rata Cameron Highland. Pagi pagi lagi mereka sudah keluar mencari sarapan pagi biarpun cuaca diluar begitu sejuk ditambahkan lagi dengan angin yang bertiup lembut. Leesya dan Firash bersarapan di sebuah gerai yang berkonsepkan buah strawberry.

Leesya dan firash memesan air teh strawberry and mereka hanya makan roti yang bersalut jem strawberry.

"Sedapnya jem ni! Fresh!" Leesya memang menggemari buah strawberry sejak kecil. Ais krim strawberry, yogurt strawberry, jus strawberry, sehinggakan lipbalm pun strawberry.

Firash hanya mengiakan. "Nanti tengah hari nanti kita pergi strawberry farm pulak ye sayang? Beli la puas puas strawberry tu.." Firash ketawa dan leesya bersorak.

Selepas sarapan, mereka berdua berjalan jalan di sekitar tempat penginapan mereka. Ambil udara yang segar lagi nyaman. Ye lah, di KL mana boleh dapat udara sesegar dan senyaman di Cameron Highland.

Sambil sambil berjalan, sempat juga mereka bergambar dan berselfie. Kata firash, mahu memasukkan ke dalam instagramnya. Macam macam gaya yang mereka lakukan.

Seperti yang dijanjikan Firash, akhirnya mereka ke strawberry farm! Terdapat banyak buah strawberry yang begitu segar dan merah warnanya. Leesya tidak sabar untuk memetik. Lagi sekali, mereka berselfie bersama buah strawberry. Mereka memetik buah itu dengan banyak untuk di bawa pulang bersama. Boleh bagi mama and papa.

Leesya juga dapat merasa ais krim Segar dari ladang stawberry. Tidak ketinggalan juga leesya membeli jeruk strawberry! Sedap!
Mereka juga pergi ke Bee Farm, Ladang Teh, Bunga Cactus dan Lavender Farm.

Keesokan harinya, mereka pulang. Sebelum pulang, sempat lagi mereka singgah di suatu tempat untuk membeli buah tangan. Di dalam kereta, leesya membuka instagramnya. Dia membuka notification dan tekan gambar yang ditag oleh Firash semalam.

Gambar itu menunjukkan mereka sedang berselfie sambil mata bertentangan mata. Firash pula memuncungkan mulutnya, kononnya nak kiss leesya. Leesya pula tersenyum malu sambil memandang mata firash.

@Firalees - with my sweetie and lovely wife. May Allah always bless our marriage.- itulah caption yang ditulis oleh firash. Ramai juga ya followers firash, gambar itu sahaja sudah mencecah 2k likes. Banyak juga komen komen yang mencuit hati. Tergelak leesya membacanya.

Leesya menolong firash mengangkat barang barang naik ke bilik. Ah! Penat nya. Leesya kemudian membaringkan tubuhnya ke atas katil yang empuk itu. Mereka tiba di rumah mereka pada lewat petang. Firash memasuki bilik mereka.

"Abang, malam ni nak makan apa? Sayang tak tau nak masak apa.." Tanya leesya kepada firash.

"Hmm, sayang nak masak ke? Takpe lah, rehat.. Biar abang masak Mi sup ye?" Firash kesian melihat leesya yang kepenatan. Dirinya tidak terasa penat kerana leesya begitu gembira semasa di sana. Penat lelahnya serta merta hilang.

"Eh takpe! Sayang tak penat pun.. Sepatutnya abang la yang rehat, bawak kereta daripada tadi kan.." Leesya menyuarakan pendapatnya. Namun, firash tetap berkeras.

"Okay fine. Sayang tolong abang je lah kalau macam tu.. Boleh? Boleh la ye?" Firash berfikir sejenak dan mengangguk. Selepas maghrib, barulah mereka memasak.

Cop!

"Sayang! Abang tak jadi nak masak la, tiba tiba penat. Rasa macam nak diurut je.." Pulak dah? Tadi bukan main nak masak la itu la ini la. Mengada betul!

"Hah? Habistu nak makan apa? Nanti lapar la kalau tak makan." Okay kalau bab makan memang tak boleh skip.

"Takkan la abang nak biarkan isteri kesayangan abang ni kelaparan.. Takpe, nanti kejap lagi abang call pizza. Okay?" Pizza? Okay set!

Semasa firash duduk di atas sofa menonton cartoon anime, leesya datang dan memicit kepala firash. Kesian firash, penat melayan karenahnya.

"Rasa tak abang?" Tangan leesya dialihkan di bahunya pulak. Leesya teruskan mengurut suaminya itu sehingga pizza deliverynya sampai.

Sesudahnya mereka makan, firash terus meneruskan aktiviti menonton animenya itu. Suka benar dia menonton cartoon anime. Best ke? Asyik lawan lawan je. Hati leesya merungut.

Leesya juga suka akan anime, tapi bukan anime jenis macam tu. Dia suka anime yang love story dan sedih. Contohnya, 5 second per centimeters, Garden of word.

"Tak bosan ke tengok tu abang? Macam budak lah abang ni." Leesya membuat mukacmenyampahnya.

"Best la.. Perempuan mana tau semua ni.. Sikit sikit tengok love story, romance. Lagi la bosan.." Kini firash pula membuat muka menyampahnya.

"Hm suka hati abang lah.. Sayang naik dulu ye?" Leesya kemudian menuju ke bilik. Nak rehat. Leesya hanya mengenakan tshirt berwarna hitam dan berseluar tidur bercorak bunga bunga. Leesya baring ke atas katil. Baru sahaja mahu pejam mata, firash sudah memasuki.

"Eh? Dah habis tengok cartoon ke?" Firash menghampiri. Dan badannya dihempapkan ke atas katil.

"Tak jadi nak tengok, sebab isteri ada depan mata." Firash tersenyum nakal.

"Jom?" Firash mengenyitkan matanya.
Leesya serba salah. "Um, abang.. Leesya tak boleh.."

Firash pelik.

"Kenapa sayang? Sayang dah maafkan abang kan? Masa kat Cameron tu okay je?" Firash sudah bangun dari pembaringannya. Kini dia duduk bersila.

"Sayang period la petang tadi. Sorry next time ya?" Firash kembali baring dan memeluk leesya. Lampu di sebelah kirinya ditutup. "Abang ingat sebab apa la tadi." Leesya ketawa. Haha kesian firash.

Mereka tidur dengan lenanya sehingga ke subuh.

"Abang.. Bangun, dah subuh.. Cepat abang, dah lambat nak pergi office lagi.." Leesya mengejutkan firash untuk solat subuh.

Hari ini, firash kembali bekerja mencari nafkah setelah cuti beberapa hari. Firash ni memang liat nak bangun! Setiap hari ada sahaja alasannya. Mahu tidak mahu, dia terpaksa juga bangun untuk menunaikan solatnya.

Firash menggeliat lalu bangun ke bilik air. Siap mandi dan solat, firash turun dari biliknya dan semua sarapannya telah tersedia. Leesya hanya membuat roti sapu jem strawberry yang telah dibeli semasa di Cameron tempoh hari.

Selepas bersarapan, firash memasuki kereta. Leesya mencium tangan firash. Firash pula mencium pipi isterinya.

Memang bosan apabila duduk di rumah berseorangan. Sesudah siap mengemas rumah, leesya berehat. Apa lagi kalau bukan melayan drama koreanya? Ye lah.. Kalau ada encik suami, mana boleh tengok drama dia, asyik asyik kena hadap anime suaminya itu. Bosan tahu? Sekarang, leesya bebas menonton apa sahaja! HAHAHA.

Hari ini firash balik lewat, katanya ada meeting. Sepatutnya firash balik petang, disebabkan ada meeting mengejut, terpaksalah balik malam.

Hmm, terpaksalah leesya makan tengahari keseorangan. Busy betul firash. Ye lah, dah cuti beberapa hari lepas, bertimbun lah kerjanya. Disebabkan firash tidak balik makan tengahari, leesya hanya memasak masakan yang simple. Leesya membaca novel sambil mendengar lagu RUN  di bilik. Terperuk sahaja di dalam bilik selepas makan tengahari.

Matanya mengantuk. Novel ditutup dan handphonye nya diambil. Earphone di pakai dan volumenya dinaikkan sehingga 100%. Dibukanya semua Music Video BTS. Leesya mula mengikut tarian itu. Boy in luv. Ah! Tariannya memang susah bagi leesya. Disebabkan dirinya filanda bosan, terpaksalah mengisi ruang dengan menari. Belum lagi mencuba tarian Dope. Lagi mencabar weh!

*******

Okay okay okay bosan gila part ni. Kan? Seriously, takde idea T.T ideaku kosong, amatlah kosong. Zero! Hehe, okay janji! Nanti next chapter Myra buat part yang best best okie dokie?

30 jan
21:49
Sat

Let's Make Love HappenWhere stories live. Discover now