Chapter 4

34.8K 731 73
                                    

Fall
Everything
Fall
Everthing

Lagu yang berjudul I need u nyanyian dari kumpulan BTS yang berasal dari Korea Selatan itu berkumandang di handphone samsung galaxy A8 Leesya yang menandakan ada yang menghubunginya.

Hmm buat pengetahuan kalian, Leesya adalah KPOPPERS. So no wonder lah kalau ringtone dia pun lagu KPOP kan? Lalu laju tangan Leesya mencapai handphone miliknya itu dan menjawab panggilan itu.

"Assalamualaikum Leesya! Apa khabar? So how about your honeymoon? Mesti best kan, sweet kan?" Tatkala dia mendengar suara itu, hatinya menjerit girang kerana terlalu rindu akan sahabat karibnya itu. Bertalu talu soalan yang diberi Fatin.

"Ish, agak agak lah. Biar aku jawab satu persatu okay? Waalaikummussalam, aku sihat walafiat, alhamdulillah. Kau mimpi apa? Bila masa aku pegi honeymoon? Aku belum pergi lagi lah, minggu depan insyaAllah aku pegi kalau tak ada apa apa halangan. You know what? Aku akan ke Bali! Yehet!" Katanya sambil bersorak girang.

"Haha ye lah leesya mianhe. Apa apa pun have fun ya kat sana nanti. And jangan lupa bagi aku anak buah ya chingu! Okaylah  got to go, boss aku dah panggil. Nanti sembang lagi babe!"

"Eh ke situ pulak dia nih. Kau tu bila nak kahwin? Takkan nak tunggu G-Dragon lamar kau tu? Memang tak lah. Ala cepatnya, aku baru nak sembang! Take care ya," Kata leesya lalu diletakkan kembali handphonenya itu.

Cakap pasal anak, dia memang mahukan sangat anak. Ditambah pula Leesya memang seorang yang menyukai kanak kanak.

***

Air matanya perlahan lahan turun dari tubir matanya tatkala menonton video BTS PROLOGUE itu. Ditambah pula alunan lagu dan melody BUTTERFLY yang sememangnya sedih itu. Mungkin orang lain hanya menonton video itu tanpa merasa apa apa. Namun tidak bagi  ARMY  kerana hanya ARMY yang faham akan perasaan itu. Leesya menghayati lagu itu dengan bersungguh sungguh.

Maklumlah bosan duduk di rumah seorang diri kerana ibu bapa mertuanya ke Negeri Sembilan selama 3 hari, suaminya pula pergi kerja. Tinggallah dia dengan pembantu rumah.

Selesai membuka WhatsApp, wechat, Facebook, Instagram, Leesya terus menunaikan solat fardhunya dan turun ke dapur untuk memasak.

"Hi makcik! Hari ni Leesya nak masak tomyam untuk abang Firash. Makcik tolong Leesya ya?" Kata Leesya yang mengganggu makcik yang sedang menonton sinetron kegemarannya.

"Hish kamu ni kacau makcik  saja. Jomlah, senang je masak tomyam. Ha kamu potong bunga kubis tu dulu." Arah mak peah. Leesya cuma turuti apa yang disuruh oleh Mak peah dan tersengih sengih seperti kerang busuk.

Sesudah siap masak, mereka berdua menghidangkan semua lauk pauk yang dimasak tadi. Kini, penuhlah satu meja itu dengan masakannya. Ada tomyam, ada ayam goreng, telur dadar, sayur goreng. Agar agar pandan dan air orange pula dijadikan sebagai pencuci mulut dan minuman.

Sengaja dia memasak sebanyak ini.

'Hish mana firash ni? Tak balik balik pun. Dah pukul berapa ni? Kata nak balik kejap lunch.' Gumamnya dalam hati. Badannya pula kehulur kehilir di depan pintu menunggu sang jejakanya itu pulang.

Bunyi hon yang kuat itu datang dari luar villa mereka. Leesya lari menuju ke arah pintu untuk menyambut kepulangan suami nya itu. Tangannya dihulur untuk menyalami suaminya.

"Lewatnya awak balik? Saya dah masak sedap sedap tau? Jomlah makan, perut saya pun dah buat party ni." Kata leesya sambil mengusap ngusap perutnya yang langsing bak model itu.

"Oh, tadi aku ada hal sikit kat office. Masak apa ni? Oh tomyam." Jawabnya yang bersahaja.

"Eh kejap. Saya panaskan dulu lah ye kuah ni? Dah sejuk dah ni. 5 minit okie dokie?" Lantas dia pegi membuka api lalu dituang semula tomyam itu.

Let's Make Love HappenWhere stories live. Discover now