Chapter 18

18.7K 370 26
                                    

Hari ini genap setahun perkahwinan mereka berdua. Pelbagai masalah yang melanda masjid nan indah itu, satu per satu dapat diselesaikan biarpun jalannya tidak selurus garisan dalam lukisan. Itulah lumrah kehidupan. Manusia hanya merancang dan Allah yang menentukan segalanya, ingat tu wahai penduduk alam.

Seperti biasa, leesya mengejutkan firash untuk bangun solat subuh dan pergi ke officenya. Dan seperti biasa juga, leesya menjalankan rutin nya sebagai seorang isteri dan suri rumah iaitu mengemas segala yang ada di rumah mereka. Itu lah rutin hariannya sebagai seorang isteri. Dan matanya tertancap pada sebuah kotak berbentuk segi empat dan berwarna merah hati. Di tengah tengah kotak itu terdapat ikatan ribbon yang kemas.

Surprise apa pula kali ini? Firash ini benar benar suka memberi kejutan kepadanya. Hobi firash agaknya? Leesya membuka kotak itu dan terdapat sehelai dress panjang yang berwarna turquoise. Eh eh! Bukan sahaja dress yang ada di dalam kotak itu, malah terdapat juga shawl keknis yang berwarna peach. Disertakan juga sekeping kad ucapan yang berbentuk hati. Leesya membacanya dengan tekun.

'Sayang, malam ni bersiap and pakai semua yang ada dalam kotak ni okay? Abang nak bawak sayang ke suatu tempat yang special.. Tepat pukul 8 dah kena ready semua ya, kalau tak abang nak mogok seminggu :p

Much love,
your handsome husband'

Tersenyum leesya membacanya. Comel pula telatah suaminya itu. Alahai encik suami, macam macam lah yang dia nak beri kejutan. So sweet! Leesya mencium hadiah pemberian suaminya dengan hati yang gembira. Rasa macam tak sabar pula leesya menantikan malam yang surprise itu.

***

Pada petang itu, leesya bersiap siap memakai dress ala ala gaun itu. Leesya mengenakan solekan yang halus dan tampak natural. Diletakkan eyeliner, mascara dan blusher sedikit. Di mulutnya pula di letakkan lip tint yang dibelinya di etude house. Selepas meletakkan lip tint di mulutnya, di sapu pula lip balm yang tidak berwarna. Biar nampak natural semuanya.

Dililit lilitkan shawl nya seperti yang selalu dibuat. Namun kali ini, lilitannya agak berbeza dari sebelumnya. Dah siap! Leesya memusing musingkan badannya di hadapan cermin, yang selalu princess buat tu. Dressnya juga turut berkembang dan berpusing. Sebelum keluar dari kamar, sempat lagi leesya mengambil selfie dan post di laman Instagramnya.

@Leesfira -Hari ini encik suami ajak kita pergi dating! Hubby, thanks for the surprise! I luv it! -

Bunyi hon di luar rumah menandakan bahawa firash sudah pulang dari officenya. Leesya menuruni anak tangga dengan gembiranya sehingga dia terlupa bahawa dia memakai dress labuh, bukan seluar. Turun punya turun, kakinya tergelincir dan leesya terjatuh. Stop! Leesya hampir terjatuh dan dia tidak jadi terjatuh kerana ada tangan yang menyambutnya. Tangan seorang lelaki yang selalu membuatnya cair dan rindu. Dia lah Firash Iskandar.

Leesya menarik nafas lega. Mata mereka bertentangan dan bersatu hingga masuk ke dalam hati. Leesya tersengih.

"Eh, abang.. Bukan kat dalam kereta ke tadi? Bila masa masuk?" Sengihan leesya belum lagi pudar. Masih mekar dibibirnya.

"Sayang! Lain kali please hati hati.. Kalau abang takde tadi macam mana? Tak pasal pasal masuk hospital.." Start dah membebelnya. Bingit tahu?

"Abang nak ambik something yang tertinggal.. Dah let's go, nanti lambat." Sambungnya lagi.

Let's Make Love HappenWhere stories live. Discover now