Chapter 26

14.1K 349 16
                                    

Media:// Melody ni la yang selalu leesya dengar kat mini garden tu. Seriously, cute betul melody ni!

***

Leesya terjaga dari tidur lenanya. Dipandang sebelah kanannya, masih ada Firash. Tiba tiba dia terdengar sesuatu benda yang berbunyi.

Pada waktu yang sama juga lah perutnya sakit. Dia memegang perutnya, lalu mengejutkan Firash yang masih lena supaya bangun. Sakitnya susah tidak tertahan!

Krrr!

Perutnya begetar lagi tanda mahu diisi makanan.

"Abang, bangun lah.." Leesya menggongcangkan tubuh badan Firash beberapa kali sebelum Firash membuka matanya.

"Hmm, kenapa sayang?" Matanya kembali terpejam. Aduh! Perutnya berbunyi lagi, kali ini perutnya memutarkan lagu RUN.

"Abang! Sayang lapar, nak laksa boleh?" Tangannya masih lagi sibuk menggongcangkan tubuh Firash. Terbuntang mata Firash mendengar kemahuan Leesya itu.

Gila kau, malam malam buta minta laksa?

"Sayang, mana ada kedai yang buka tengah tengah malam macam ni,"

"Ala, tapi sayang dah lama tak makan laksa, lagipun perut tengah lapar ni," Leesya menggosok perutnya, minta belas kasihan daripada Firash.

"Boleh tu memang boleh sayang, tapi mana nak cari kedai malam malam macam ni,"

"Abang masak laksa please?" Soal Leesya dengan penuh mengharap.

Anak mata Firash sekali lagi membesar.

"Sekarang? Bahan takde la sayang," ligat otaknya mencari alasan untuk melepaskan diri daripada memasak laksa itu.

"Yup, sekarang. Bahan? Bahan ada tu, masa keluar dengan Kak Mel, Leesya belikan.."

"Tapi, abang mana pandai masak laksa," Firash tidak berputus asa. Tapi memang pun, mana lah dia reti nak masak laksa semua ni.

"Google kan ada Abang?"

Firash kehilangan kata kata. Dia sendiri sudah tidak tahu mahu memberi alasan apa lagi kepada Leesya. Hm, terpaksalah dia menuruti aja kemahuan Leesya.

Mereka berdua turun ke dapur selepas mencuci muka.

Firash sudah pun membuka handphonenya, hendak mencari resepi resepi laksa. Satu per satu bahan dikeluarkan dari peti.

"Eh abang, nak buat apa semua ni?"

"Kata nak laksa? Ni, abang tengah cuba la ni nak masak,"

"Tak nak, sayang nak Maggi."

Firash yang sibuk mengambil bahan bahan terhenti di situ.

"Pulak dah, kata nak laksa tadi?" Dia kembali menyimpan semula bahan bahan itu ke dalam peti.

"Abang ni, sayang bukannya kejam sangat suruh abang masak laksa malam malam buta macam ni. Sayang saja je kenakan abang. Jangan la jadi lurus bendul sangat ya abang?" Leesya mengertawakan suaminya itu, tak sangka pula kemahuannya gilanya itu dituruti sahaja.

"Hisy abang bukan lurus lah, abang nak jadi suami yang mithali dan berguna je. Lagipun kesian kat penguin tu, lapar katanya." Ok, Leesya yang terkena balik.

"Haah, penguin ni tengah lapar kebulur. Kang tak pasal pasal tangan orang tu, kena gigit dengan penguin ni." Leesya merajuk, bukanlah merajuk mengada sangat. Merajuk sekadar bergurau mesra.

Let's Make Love HappenOnde histórias criam vida. Descubra agora