Chapter 33

16.7K 337 4
                                    

Sedar sedar sahaja dirinya sudah terlantar di katil hospital. Dipandang sekelilingnya, tiada sesiapa. Hanya ada katil, sofa, televisyen dan almari. Perutnya dipandang dan diusap, hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk melahirkan anak sulungnya. Leesya tersenyum. Senyumannya mati tatkala teringat akan kejadian yang hampir meragut nyawanya semalam.

Trauma.

Sedang Leesya leka memikirkan hal semalam, Firash masuk sambil membawa buah naga kegemaran Leesya. Muka Firash kelihatan teruja setelah melihat Leesya sedar dari pengsannya.

"Finally, sayang sedar!" Sapa Firash disertakan morning kiss di dahi Leesya. Leesya hanya tersenyum. Buah naga itu lalu dipotong oleh Firash.

"Kenapa abang tak selamatkan sayang semalam?" Hanya itu yang dikeluarkan Leesya. Mukanya kembali muram. Buah naga yang dihulurkan Firash ditolak lembut. Ini bukan masa untuk makan, ini masa untuk bincang hal semalam.

Firash senyum.

"Memang abang nak sangat naik tolong sayang, isteri tengah sarat mengandung dalam bahaya kot, takkan tak nak tolong. Tapi abang tak dibenarkan oleh anggota polis tu, sebab polis syak Farish ni mengalami masalah mental. Macam yang sayang tau, Farish bencikan abang," Buah itu disuap ke dalam mulutnya.

"And kalau abang datang dekat dengan sayang, dah sah sah la dia makin mengamuk. Kalau dia agresif, sayang rasa apa akan jadi?Abang just ikut je cakap polis tu sebab dia lebih arif tentang semua ni. Maaf la kalau bukan abang yang selamatkan sayang." Sambungnya lagi. Leesya mengangguk tanda faham. Tetapi, dahinya kembali berkerut seribu.

"Message abang yang last tu, apa maksudnya? Macam mana abang tau yang sayang dalam bahaya?" Soal Leesya sambil keningnya diangkat angkat.

"Oh yang tu.."

"Sebenarnya abang ada pasang CCTV kat rumah kita. CCTV ni abang sambungkan direct sekali dekat computer office and phone abang. So, setiap kali ada orang lalu dekat situ, phone and computer akan bagi notification and kalau apa apa jadi abang boleh tengok dekat computer and phone abang. Masa yang kita tengah message tu, abang dah nampak dekat computer office ada orang nak masuk rumah kita. And I'm so sorry sebab tolak your permintaan untuk Skype sama sama. Masa tu abang betul betul panik, then abang terus call polis suruh datang sini.." Panjang lebar penerangan yang diberi Firash. Kepala Leesya asyik melantun tanda dia faham.

"Oh macam tu.. Habistu semalam memang abang dah tau la yang ada orang nak pecah masuk rumah kita? Kenapa tak bagitau sayang awal awal? Boleh sayang pergi selamatkan diri awal awal. Ni tak, nasib baik Farish tak kelar leher sayang. Abang ni kadang kadang bahaya tau tak?" Leesya sudah mula membebel.

"Memang abang dah tau.. Kalau abang bagitau sayang, lagi bertambah bahaya. Sayang tau tak bila seseorang tu panik, otak dia tak akan berfungsi dengan baik, macam macam boleh jadi kalau otak tak berfungsi dengan baik. Lagi lagi macam sayang, cepat cemas. Lepastu penakut lagi." Sempat lagi Firash menyindir Leesya.

"Karang tak pasal pasal masa lari nak selamatkan diri, terjelepuk jatuh. Haa tu lagi susah, takde siapa nak tolong dah.." Firash menyambung hujahnya lagi.

Leesya terdiam. Ada betulnya juga semua kata kata Firash itu. Leesya mengangakan mulutnya meminta Firash menyuapkan buah itu. Firash yang faham akan kehendak Leesya itu segera menyuapkan buah itu ke dalam mulut Leesya.

"Abang, Farish dah kena tangkap kan? Dia memang betul betul psycho ke?" Firash hanya mengangguk.

"Kesiannya family dia," leesya menggelengkan kepalanya. Sungguh dia tidak sangka, lelaki yang pernah bertakhta di hatinya dahulu kala menjadi seperti itu.

"Tak, dia takde family. Family dia semua meninggal, accident. Sebab tu dia jadi macam tu, dia tak boleh nak terima yang keluarga dia dah tak ada.." Jawab Firash.

Let's Make Love HappenWhere stories live. Discover now