Chapter 20

19.3K 416 11
                                    

Sampai sahaja di farmasi, leesya masuk dan pergi ke kaunter. Pekerja di kaunter itu senyum ke arah leesya dan bertanya

"ya dik, boleh akak bantu?" Sapa pekerja itu dengan mesra. Leesya membalas senyuman itu. "Saya nak pregnancy test ya kak." Riak wajah pekerja itu jelas kelihatan terkejut. Mana tidaknya? Leesya begitu muda untuk mengandungkan seorang zuriat. Namun kerjanya tetap dijalankan.

Di rumah, Leesya naik ke bilik dan terus ke bilik air. Tak sabar benar untuk melihat sama ada dia benar benar hamil atau tidak. Selesai sahaja 'pee on a stick', wajah leesya yang gembira bertukar menjadi muram.

Hasilnya ialah negative. Satu line merah sahaja. Oleh kerana frust yang amat, leesya mencampak pregnancy test itu ke dalam tong sampah.

Leesya benar benar kecewa. Leesya benar benar mahukan seorang cahaya mata untuk memeriahkan lagi keluarganya. Mungkin belum masanya lagi. Malam itu leesya hanya diam dan tidak banyak bercakap. Firash tanya sepatah, leesya menjawab sepatah. Firash juga pelik akan sikap isterinya malam ini.

"Sayang.. Kenapa senyap je ni?" Soal Firash.

"Mana ada.. Sayang mengantuk la.." Leesya bangun menuju ke bilik mereka. Emosinya agak terganggu. Sedang dia berbaring di atas katil, Firash masuk ke dalam bilik dan pergi ke arah bilik air. Tidak lama selepas itu, Firash keluar dengan—
pregnancy test itu!

Gosh!

Leesya bersumpah di dalam hati kerana kecuaian dirinya. Kalau resultnya positive takpe, ini negative. Kesian Firash, mesti hatinya berkecai. Sudah lama dia inginkan anak. Tapi, kenapa wajah Firash tidak menunjukkan sebarang riak sedih? Sebaliknya menunjukkan riak yang—teruja?

"Sayang!! Kenapa tak bagitau abang yang sayang pregnant? See, positive ni sayang!" Leesya merampas pregnancy test itu dan melihatnya. Itu lah, tadi frust sangat sampai tak tunggu betul betul. Ya, ada dua garisan merah.

Tapi, satu garisan itu berwarna merah pekat manakala satu lagi berwarna pudar. Firash memeluk Leesya dan mengucupnya beberapa kali.

"Abang, tapi kenapa yang ni pudar warnanya?" Soalan yang bermain di mindanya dikeluarkan. Firash diam seketika. Mungkin otaknya ligat berfikir?

"Abang pun tak tahu la sayang.. Kalau macam tu, esok kita pergi jumpa doctor ya?" Mata firash bersinar sinar. Itu menunjukkan bahawa Firash benar benar mahukan seorang cahaya mata yang akan menceriakan hidup mereka.

"Eh abang, jangan lagi. Sayang rasa, abang patut beli pregnant test lagi sekali. Lepastu baru kita jumpa doctor okay?" Firash tersenyum.

"Okay esok abang beli ya. Dah jom tidur, esok abang kerja dah." Leesya mengangguk kecil sebelum berbaringkan diri.

Keesokan harinya, seperti yang dijanjikan oleh Firash, dia membawa pulang sebatang pregnancy test untuk Leesya.

"Okay sayang, test la sekarang.." Muka teruja Firash membuatkan hati Leesya menjadi sebak. Leesya takut hasilnya tidak mengembirakan Firash.

Perlahan lahan dia memasuki bilik air. Sebelum itu, Leesya sempat membaca bismillah. Kali ini, Leesya tidak terus membuang. Malah leesya menunggu sehingga ada 2 garisan merah muncul di pregnancy test itu. Dan hasilnya, sama seperti semalam.

Satu berwarna pekat dan satu berwarna cair. Leesya mengeluh. Kenapa macam ni? Leesya mempositivekan fikirannya dengan berfikir;

'mungkin aku masih muda. Hormon tak stabil lagi kot..'

Setelah benar benar yakin, barulah dia keluar dari bilik air. Firash yang sudah lama menunggu sudah pun tercegat di depan bilik air. Leesya membuka pintu bilik air.

Let's Make Love HappenWhere stories live. Discover now