Chapter 30

14.7K 298 30
                                    

Sesampainya mereka di rumah nenek Firash, mereka berdua terus membaham nasi kerabu yang sudah tersedia di atas meja makan. Mana tak laparnya, mereka hanya mengisi perut dengan beberapa keping akok sahaja.

"Hisy kamu berdua ni, pergi mana pagi tadi? Habis satu rumah nenek cari, tak jumpa jumpa! Nasib baik nenek tak cari satu kampung.." Kata nenek Firash sambil duduk di sebelah Firash, melihat mereka berdua manjamu selera.

Firash dan Leesya tersengih.

" La, Leesya ingat Firash dah bagitau nenek, rupanya dia tak bagitau.. Tadi Firash ni ha nek, dia ajak Leesya pergi sungai dekat belakang tu.." Leesya menyambung makan nasi kerabu yang berwarna biru itu.

"Haah nek, Firash ajak Leesya pergi sungai tu tadi. Saja nak bawak Leesya tengok tengok keindahan kampung kita ni. Lagipun duduk terperap dalam rumah, tak sihat kan nenek? Petang nanti Firash nak bawak Leesya pergi sawah depan tu pulak, boleh selfie nanti.." Nasi dicedok lagi. Termasuk ini, sudah 2 pinggan yang dimakan oleh Firash.

"Patut lah,, nenek dah agak dah.. Mesti Firash dan akan ke situ, macam masa Firash kecil kecil dulu? Leesya, Firash ni kalau Leesya nok tau dia ni setiap kali balik sini je, mesti terjun sungai dengan Fairuz. Tak pernah tak terjun sungai tau. Entah apa yang seronoknya mandi sungai pun nenek tak tau.." Nenek sudah membuka cerita lama Firash.

Leesya menganguk angguk mendengarkan cerita tentang Firash sewaktu kecil kecil itu dulu. Sesekali dia tertawa mendengar kisah lucu Firash. Firash pun teruja apabila mendengar kisahnya sewaktu kecil. Ruang makan itu dipenuhi dengan sisa tawa tiga manusia yang sedang ralit bercerita.

***

Selepas solat zohor, Leesya membantu Mak Lang dan nenek memasak di dapur. Mereka berdua menghalang Leesya untuk sibuk di dapur, namun Leesya tetap dengan pendiriannya. Oleh itu, mereka memberi kerja yang ringan sahaja. Untuk tengah hari ini, mereka memasak nasi dagang.

Nenek kata, Firash memang suka sangat makan nasi dagang. Oleh itu, Leesya mengambil pen dan buku entah siapa yang punya untuk mencatat resepi turun temurun dan bahannya.

Di sini, banyak juga yang Leesya mempelajari tentang masakan masakan Kelantan dari segi kuih dan nasi. Dan banyak juga resepi resepi yang Leesya peroleh. Dia tidak sabar untuk mencuba resepi barunya itu dirumah. Tentu Firash akan suka!

Sesudah siap makan, Leesya masuk kebilik untuk berehat sebentar kerana pinggangnya berasa sakit. Leesya memicit micit belakangnya untuk melegakannya. Kakinya juga turut dipicit picitkan.
Kerana terlalu asyik mengurut kakinya, Leesya tidak perasan akan kehadiran Firash yang sudahpun berbaring di atas katil.

"Sayang sakit kaki ke? Nak abang urutkan tak?" Soal Firash.

"Haah lenguh kaki, pinggang pun.. Abang nak urutkan ke? Sayang okay je kalau ni tak menyusahkan abang.. Kalau abang penat tak payah la, sayang boleh urutkan sendiri,"

"Eh takde lah, mana ada abang penat.. Urut je pun, lainlah kalau orang tu suruh abang panjat pokok kelapa yang tinggi tu."

"Hah ada pokok kelapa eh? Kenapa sayang langsung tak perasan? Tapi, sayang memang dah lama mengidam nak makan kelapa yang fresh dari pokok dia. Nanti petang, boleh tak abang pergi ambilkan kelapa tu? Boleh la ye..." Pinta Leesya separuh merayu.

"Anything for you, sayang. Nanti petang abang panjat pokok kelapa ya? Nasib baik abang tak dapat isteri yang suka mengidam benda yang pelik pelik. Kang tak pasal pasal nak makan otak unta la, itu la ini la. Kalau macam tu, sayang nak mengidam hari hari pun abang sanggup tunaikan. Asalkan yang senang nak dapat la," Jelas wajah riak Leesya menjadi ceria. Bukan apa, di Kuala Lumpur jarang sekali ada buah kelapa yang betul betul fresh.

Let's Make Love HappenWhere stories live. Discover now