Chapter 10

24.6K 422 24
                                    


"Awak nanti time kita kahwin, saya nak tema fairy tale tau? Lepastu, wedding kita tu buat kat taman. Okay tak?" Leesya memasang niat untuk berkahwin di taman yang penuh dengan bunga bungaan dengan bertemakan fairy tale.

"Fairy tale? Ala, buat simple simple sudahlah.." Dia membalas dengan nada malas. Dari sini leesya sudah berfikir yang bukan bukan, namun diabaikan saja.

"Kahwin sekali je awak, apa salah nya kan kalau buat macam tu? Ye lah, memang la agak membazir.. Tapi itu kan first and last thing yang kita buat. So its okay la kan farish?"

"Hmm, ikut suka awak la leesya.. Saya ikut je.."
Kata farish sambil bangun dari tempat duduknya.

Leesya tersedar dari lamunan masa lalunya bersama farish. Buat dosa sahaja dikenang kenangkan kenangan lalu, baik dia mengenangkan kenangan manisnya bersama suaminya sendiri.

Leesya capai handphonenya lalu membuka screen lock dan membuka data internet dan terus menghantar whatsapp kepada suaminya.

[Leesya] Abang, busy ke? Leesya nak ajak borak ni. Leesya nak cerita something kat abang ni..

Beberapa minit kemudian, firash online dan membalas whatsappnya.

[Firash] Tak, tak busy pun.. Abang lagilah bosan, takde teman nak peluk ni, rindunya. Nak cerita apa? Cerita je, im always listening..

[Leesya] Hmm okay leesya taknak simpan apa apa rahsia pun antara kita. So Leesya nak bagitahu yang actually sebelum leesya kahwin dengan abang leesya pernah couple dengan classmate leesya kat sini..

Firash tidak membalas whatsappnya sebaliknya, dia call leesya.

"Okay, now leesya. Cerita semuanya." Leesya? Mana perginya panggilan sayang tu? Nampaknya firash sedang cemburu. Kuat betul perasaan cemburunya itu, belum dengar cerita lagi sudah menyimpan perasaan cemburunya.

Leesya menceritakan semuanya termasuk perkara yang dilalui baru sahaja tadi. Firash menasihatkan supaya leesya lebih berhati hati kepada farish. Takut takut apa apa yang terjadi. Sedia kan payung sebelum hujan kan?

Selepas mereka berdua 'bergayut' selama hampir satu jam, leesya memutuskan taliannya kerana ingin solat.

Leesya juga senang hati tatkala mendengar suara suaminya itu. Dia rindu suaminya itu. Selepas mendoakan ibu bapanya dan keluarga, dia mendoakan pula untuk kebahagian hidupnya bersama suaminya firash.

*******

"Leesya, kejap lagi kau ada class tak?"

"Ada. Tapi petang nantilah, pukul 5.. Kenapa tasya?"

Mereka berdua berjalan kearah bilik mereka bersama sama.

"Oh, tak apa lah kalau macam tu.. Aku ingat nak ajak kau temankan aku pergi beli barang, barang keperluan aku dah habis.."

"Oh, aku tak dapat nak temankan la tasya. Sorry, aku ada class nanti. Kau ajaklah boyfie kau tu okay?"

"Okay okay nanti aku ajak dia," Ketawa mereka berdua terurai di udara juga akhirnya.

Leesya terlelap satu jam sebelum ke classnya. Sebelum terlelap, dia sudah tunaikan ibadahnya serta makan. Kini dia bersiap siap untuk pergi ke class.

Semasa dia menuju ke cafe, ada seorang junior memanggilnya dan memberikan sejambak bunga.
Katanya dari seorang senior yang leesya kenal.
Tak lama selepas itu, satu message masuk.

From : unknown
Suka tak bunga tu? Aku harap kau suka bunga tu.

Let's Make Love HappenWhere stories live. Discover now