Chapter 25

16.4K 350 22
                                    

Setiap bulan Leesya ada appointment dengan doktor untuk scan baby. Disebabkan Firash mempunyai masa yang terluang hari ini, dia meluangkan masanya untuk temankan Leesya ke klinik.

Firash turut mengikuti langkah Leesya memasuki ke ruang doktor. Macam biasalah, selepas doktor memberi nasihat dan sebagainya baru lah perut Leesya disapu gel dan discan.

"Nampak tak tu, puan?" Jari telunjuk doktor itu menunjukkan ke arah sesuatu alat yang dinamakan ultrasound itu. Leesya dan Firash dengan semangatnya membuka mata mereka luas luas ke arah benda itu.

"Mana doktor, mana?" Terserlah keterujaan mereka berdua. Sudah ada di depan mata, lagikan mahu ditanya. Doktor itu tersenyum melihat sepasang suami isteri itu, kecoh semacam.

"Wah abang!! Tengok tu, baby kita." Nada teruja Leesya masih lagi kedengaran. Serentak dengan itu, Firash pergi ke depan alat ultrasound itu. Betul betul depan alatan itu, duduk tercongok macam jakun.

Mulutnya juga ternganga. Well, first time dia dapat tengok ada seorang bayi yang tertera di alatan itu.

"Wah, macam tak percaya je abang itu baby kita! Doktor, tak boleh ke kita tengok rupa wajah dia?" Tanyanya naif. Pelik juga dia, semuanya berwarna hitam. Macam mana nak lihat wajah anaknya itu?

"Oh, kalau encik nak tengok muka dia boleh, dengan menggunakan 3D scanning, tapi better not now la. Maybe next month ke." Firash dan Leesya hanya menggangguk. Ikuti sahaja apa yang doktor itu cakap kerana doktor lebih tahu tentang itu.

"Encik dengan Puan ni berapa tahun dah kahwin?" Soal doktor yang agak berumur itu.

"Baru setahun, doktor.." Jawab Firash

"Oh no wonder, anak first la ni ye.. Muka korang pun muda sangat ni, berapa tahun?"

"Haah anak first doktor, tu yang teruja sangat suami saya ni doktor. Saya 21, dia 24.." Jawab Leeaya dengan senyuman yang diukirnya.

"Oh kahwin muda la ni.. Elok lah kahwin muda ni, dapat elakkan maksiat kat luar sana tu. Lagipun zaman sekarang, banyak sangat bayi yang dibuang dan ditinggalkan ibunya. Berfoya foya pandai, tanggungjawab dibuang macam itu je.."

"Betul tu doktor, saya sokong! Walaupun orang kata kahwin muda tak bahagia sebab pemikiran masih tak matang, tengok kami berdua ni, kahwin muda. Dapat aje merasa bahagia macam orang lain rasa." Firash berkata kata. Leesya mengangguk, menyokong apa yang dikatakan suaminya.

Memang kebahagiaan itu tidak jatuh bergolek seperti yang kita fikirkan. Tapi, suatu hari nanti percayalah akan ada kebahagiaan yang hadir pada diri kita, biarpun kebahagiaan itu cuma sebentar.

"Hm itu la doktor, pemikiran masyarakat sekarang dah modern. Semenjak saya pregnant ni, kami berdua selalu dipandang hina oleh orang disekeliling. Apa diaorang ingat, orang yang pregnant di usia muda macam saya ni, bukan orang yang baik baik ke?"

Doktor itu teliti mendengar luahan Leesya. Selama ini mereka berdua sering kali dipandang hina oleh orang di sekeliling tanpa mengetahui apa yang berlaku. Malah, ada juga yang berbisik bisik di hadapan mereka berdua.

"Ya Puan, saya faham perasaan Puan dengan Encik. Apa yang penting, kebahagian sesuatu pasangan itu. Jadi, saya nasihatkan agar Puan dan Encik abaikan sahaja kata kata mereka itu." Nasihatnya. Mereka berdua pula mengangguk mendengarkan nasihat daripada doktor itu.

"Oh ya, maaflah doktor sebab terluah pula isi hati ni pada doktor. Saya pun tak sedar kata kata tu keluar dari mulut."

"Nah, its alright dear. Luahkan segala yang terbuku di hati tu. Jangan pendam lama lama, nanti makan hati," Balas doktor itu.

Let's Make Love HappenWhere stories live. Discover now