Chapter 12

20.9K 329 1
                                    

"Good morning papa. Good morning mama." Ucap leesya ceria kepada kedua ibu bapanya. Lalu, dicium kedua dua belah pipi mereka. Anak manja la kata kau. Beberapa minit kemudian, firash yang sudah selesai mencuci dan mensucikan diri turun dari kamar untuk bersarapan.

"Mama and papa actually happy sangat tau bila tengok kamu berdua ni bersama. Buat mama teringat kenangan mama masa baru baru kahwin dengan papa kamu ni dulu." Sungguh. Mama leesya betul betul bahagia saat dia melihat anak kesayangannya bersama menantunya gembira dan bersama.

"Alhamdulillah ma, berkat pilihan mama and papa lah yang membuatkan leesya dan firash bahagia sampai sekarang." Leesya memeluk tangan firash dan kepalanya dilentokkan ke bawah bahu firash. Firash mengangguk dan mengiya iyakan sahaja.

"Hah bila kamu berdua ni nak bagi kami cucunya? Dah lama menunggu ni.." Mama ni asyik tanya soalan yang sama je. Takde soalan lain ke? Penat leesya menjawabnya. Tetapi kali ini firash pula yang menjawabnya.

"Kalau ada rezeki, ada lah tu ma, pa. Lagipun bukannya kami tak berusaha pun. And firash dengan leesya bercadang nak ada baby bila leesya dah habis study. Senang sikit." Nasib firash tolong jawabkan. Sayang abang firash!

Keesokan harinya, leesya kembali ke UiTM seperti hari harinya. Leesya sampai sahaja, Tasya sudah ada di dalam rumah dan sedang menonton running man. Amboi, dah kemaruk dah tu tasya kita ni. Siapalah yang ajar.

"Err, aku tak sanggup nak tengok gigitan yang vampire tu buat. Ganas dan menakutkan betul vampire kau." Tasya sebenarnya ternampak kesan kesan tersebut semasa leesya membuka shawlnya.
Terkejut Leesya dibuatnya dan dia sedaya upaya menahan malu. Mukanya sudah memerah bak tomato. Leesya tidak menjawab. Malah dia tersenyum malu sahaja pada tasya.

Leesya mendapat message dari Farish. Katanya ingin berbincang dan bercakap tentang sesuatu di cafe. Leesya berkira kira sama ada mahu jumpa ataupun tidak? Mahu jumpa ataupun tidak? Ditanyakan pendapat tasya, tasya berkata better pergi je sebab Farish dah tak macam dulu. Petang itu leesya pun bersiap berjumpa dengan Farish di cafe.

Sampai sahaja di cafe, leesya mencari kelibat Farish. Ha! Dah jumpa. Leesya duduk di kerusi berhadapan dengan Farish. "Ada apa awak nak jumpa saya?" Kata leesya dengan mendatar dan dingin.

"Actually leesya, aku nak minta maaf atas apa yang berlaku sebelum ni and baru baru ni. Aku tak berniat pun untuk tinggalkan kau dulu, cuma masa tu hati aku dah berubah milik pada dia. And  mulanya memang aku tak boleh terima yang kau sudah berkahwin, tapi sekarang aku dah boleh terima dengan seadanya. And now, can we be friend?" Firash meluahkan isi hatinya kepada leesya. Entah betul ataupun tidak apa yang diperkatakan Farish itu.

Leesya tidak memaafkan Farish pada mulanya. Setelah beberapa kali dipujuk rayu, leesya terpaksalah memaafkannya dengan ikhlas. Mengapa kita tidak dapat memaafkan kesilapan orang lain sedangkan kehidupan kita sendiri juga tidak lari daripada kesilapan.

"Okay aku maafkan, and kau boleh jadi kawan aku. Aku harap hubungan kita sebagai rakan, bertambah baik and kekal." Kekok pula rasanya apabila leesya berkata ber aku-kau dengan Farish. Ber saya-awak dengan lelaki rasanya macam lembut sangat kan?

Beberapa bulan kemudian, hubungan tiga sekawan itu iaitu leesya, tasya dan farish menjadi sungguh rapat dan tidak dapat dipisahkan. Hari mereka berjalan seperti biasa sebagai seorang pelajar U. Belajar belajar belajar.

Mereka bercadang untuk membuat assignment sambil bersiar siar di tempat bersejarah Melaka. Pada hari jumaat itu mereka bertolak dan sampai ke Melaka pada 5 petang. Sampai sahaja di melaka, mereka mengambil beberapa gambar untuk dijadikan bahan assignment dan menaiki menara taming sari.

Banyak juga kenangan manis ketika berada di situ. Alangkah seronoknya kalau firash ada disini juga. Dapat peluk peluk dia. Leesya mengelamun. Sudah hampir 2 bulan dia tidak balik kerumahnya dan berjumpa suaminya. Assignment bertimbun, bang. Nanti nanti kita balik eh.

Leesya dan tasya tidak habis habis berselfie. Gaya itu lah, gaya inilah. Macam macam! Ye lah, kata orang alang alang sudah menyeluk perkasam, biarlah sampai ke pangkal lengan.

Sambil sambil buat assignment, boleh lah berjalan jalan sekali!

Hinggalah kemalam mereka mencari idea untuk membuat assignment mereka. Membuat assignment, tetapi yang banyaknya bersiar siar. Parah... Parah.. Bila nak siapnya assignment tu akak, abang? Malam itu, mereka mencari hotel yang berdekatan dengan bandar melaka supaya lebih mudah keluar mencari makanan dan lain lain.

Handphone milik Tasya berdering meminta diangkat.

Selepas sahaja selesai bercakap di handphone, tasya terus menjadi tidak keruan. Matanya merah menahan air mata dari tubir mata yang hendak jatuh. Akhirnya satu demi satu mutiara dari mata itu terjatuh. Leesya yang terkejut akan sikap rakannya itu terus memeluk sahabatnya supaya tenang.

Tanpa berlengah, tasya terus menceritakan hal yang sebenar pada mereka. Ayah tasya tergelincir di bilik mandi semasa mandi. Keadaan ayah tasya amat kritikal kerana darahnya beku. Tasya terpaksa pulang ke KL untuk menjenguk ayahnya di hospital. Leesya akur dengan pemergian tasya kerana dia tahu, nyawa ayah lebih penting dari assignment yang kecil ini.

Farish tersenyum girang. Rancangan jahatnya akan bermula sebentar lagi.

"Kau tak payah sedih sedih la leesya, aku ada. Eh, jom kita pergi dinner dulu lah. Perut aku dah lapar gila ni." Farish memberi cadangan kepada leesya. Setelah leesya memberi kata putus, barulah mereka pergi ke kedai untuk dinner.

Sampai sahaja ke kedai, mereka terus memberi pesan kepada pelayan restoran tersebut. Leesya hanya memesan nasi goreng kampung dan jus oren manakala Farish pula memesan nasi goreng paprik dan teh o ais. Mereka menjamu selera dengan seleranya. Ada sedikit perasaan kekok di antara mereka.

Leesya bangun dari tempat duduknya.

"Aku nak pergi tandas kejap." Farish hanya mengangguk dan meneruskan makan nasi goreng papriknya. Beberapa minit kemudian leesya kembali ke tempat duduknya dan menyedut jus orennya yang belum dihabiskan lagi. Tak baik membazir, itu adalah amalan syaitan laknatullah.
Sejak dari kecil lagi, leesya dididik oleh mama papanya supaya tidak membazir.

*******

Say hello to all my readers! Hello. Harini Myra kasi update 2 chapter for you alls! Sukaa tak? Okay takpe kalau tak suka. Nak merajuk T^T hehe, just kidding. Btw, next chapter akan menjadi gempak apabilaaaaa... Nak tau kan? Bacalah next chapter punya and don't forget to vote okay? Sayang korang muah ❤

.
.

Tak nak panggil saya awak lah. Nak bahasakan diri dengan nama. Okay? Call me Myra ya SE.P!'s readers.

.

Fri
8 jan
15.15

Let's Make Love HappenOù les histoires vivent. Découvrez maintenant