Chapter 16

20.4K 365 43
                                    

Pagi itu firash merajinkan dirinya dengan membuat sarapan untuk isterinya, leesya. Nak bagi surprise kat leesya. Selepas sahaja solat subuh, leesya terus sahaja sambung tidurnya sehingga kini, tidak bangun lagi.

Penat mungkin? Walaupun hanya duduk dirumah sahaja. Firash dengan gigihnya bangun awal untuk siapkan semua sarapan itu.

Habis bersepah di segenap ruang dapur. Bukan bersepah banyak, sikit je. Nasib baik firash memang mahir dalam masakan kerana semasa di alam persekolahan, dia mengambil aliran Ekonomi Rumah Tangga.

Entah mengapa dia ambil aliran itu pun dia tidak tahu. Lama kelamaan perkataan leceh itu bertukar menjadi 'alah, kacang je ni!' sehingga lah sekarang.

Mee goreng basah siap dihidang. Tidak lama selepas itu, leesya dengan rambut kusut masainya keluar dari biliknya. Masih mamai. Firash mendapat idea yang baik untuk mengenakan isterinya. Haha! Firash gelak jahat dalam hati.

"Sayang, apa ni.. Air liur basi sampai ke pipi. Dengan rambut dah macam Kak limah.." Leesya yang mamai itu cepat cepat tersedar. Panik dan malu.

Mukanya berubah menjadi tomato ataupun strawberry. Tangannya pantas meraba di segenap pipinya. Mana? Takde pun. Firash sudah pun terkekeh mengertawakan leesya yang sudah kelam kabut. She's so innocent la.

"Kidding! Jangan risau, isteri abang still cute and cantik walaupun macam mana sekalipun," Leesya kembali tenang.

Leesya mengangkat lengannya lalu ditunjukkan penumbuknya ke arah firash sambil membuat muka marah. Tapi muka marah tu tak jadi, sebab pada pandangan Firash, ianya tetap comel. Firash hanya ketawa melihat isterinya.

"Jom makan, abang dah siapkan breakfast untuk sayang." Firash menarik kerusi untuk leesya duduk. Husband material! Leesya duduk.

Mereka makan dengan keadaan bergurau senda. Seronok and sweet gitu. Ala macam dalam cerita romantic kat tv tu. Selepas makan, firash bercadang untuk membawa leesya ke sesuatu tempat. Ke mana? biarlah rahsia. Firash menyuruh leesya membawa beberapa helai baju. Leesya akur dan menurut perintah.

"Kita nak pergi mana abang? Esok abang tak kerja ke?" Leesya mula bertanya sambil bersiap. Firash tidak menjawab malah tersenyum. Leesya sudah agak, pasti firash tidak akan memberitahunya. Surprise la katakau.

Di kereta, leesya hanya tidur kerana sakit kepala. Hampir 4 jam juga lah perjalanan mereka untuk sampai ke destinasi yang dituju.

"Abang, berhenti kat station minyak ye kejap lagi. Sayang nak ke toilet." Firash mengangguk dan senyum. Selesai sahaja membuang air kecil, leesya melihat di dalam keretanya, penuh dengan asam, makanan dan minuman. Eh tak penuh satu kereta, penuh 2 bag plastik je huhu.

"Banyaknya abang beli? Membazir je tau.." Elakkan pembaziran, amalan syaitan tau kalau suka membazir. Sempat lagi hati leesya berkata.

"Untuk sayang la, kan sayang sakit kepala.. So abang beli la asam ni.. Snack ni abang nak makan sambil drive nanti." Mister potato dibuka dan dimakan oleh firash.

Leesya mengangakan mulutnya. Minta disuap la tu! Manja. Firash menyuapkan leesya dengan ikhlas dan tersenyum puas. Suka dia melihat leesya gembira dan tersenyum seperti itu. Mereka meneruskan perjalanannya tanpa menyinggah di mana mana r&r ataupun station minyak.

Satu jam kemudian, mereka sampai ke destinasi iaitu Cameron Highland! Yeay! Hati leesya melompat lompat. Sudah lama dia tidak ke sini selepas beberapa tahun yang lalu menjejak kakinya bersama keluarganya.

"Woah sejuknya! Kenapa abang tak bagitau, sayang tak bawak sweater ni.." Angin sepoi sepoi bahasa meniup lembut, bertambah sejuk kerana cuaca di situ sememangnya sejuk.

"Jangan risau la sayang, abang dah prepare semua.." Firash menyarungkan sweater kegemaran leesya yang mempunyai lambang group idol kegemarannya iaitu BTS. Di bahagian belakang sweater itu pula tertera nama rapper BTS iaitu suga. Di bawah perkataan suga pula terdapat nombor 93 iaitu tahun kelahiran suga. Amboi, kemain ya kau kalau pasal BTS. Kalah dadu.

"How sweet. Tak sangka abang still ingat sweater kegemaran sayang. Ni la buat sayang sayang sangat kat abang ni.." Leesya memeluk erat firash.

Sekarang masa untuk check in! Mereka menginap di sebuah hotel 4 bintang yang terdapat di sekitar tanah rata Cameron highland. Strawberry Farm Resort. Itu lah nama tempat mereka menginap.

Masuk sahaja di bilik, leesya terpana. Wah! Cantiknya. Mata leesya bersinar sinar bak berlian dan permata yang indah. Di katil itu terdapat kelopak bunga ros yang telah ditabur menjadi bentuk love. Habis satu ruang berbau ros. Wangi sangat!

"Woah cantiknya! Abang sini lah, masuk cepat! Tengok ni cantik kan? Ya Allah, seriously sayang suka sangat." Teruja benar leesya ketika itu. Firash yang baru sahaja meletakkan beg mereka terus mendapatkan leesya.

"Sayang suka? Alhamdulillah, kalau sayang suka abang lagi suka." Mereka baring bersama sama. Pelukan dieratkan untuk merapatkan hubungan silaturahim antara mereka berdua.

Hari pertama mereka disitu tidak sempat menjejakkan kaki ke mana mana tempat yang menarik selain daripada pasar malam di sekitar itu. Mereka berdua berjalan sambil berpegangan tangan.

Jalan jalan dan terus berjalan. Firash ternampak seorang pakcik tua menjual gelang tangan. Firash pergi dan melihat. Firash suka akan satu gelang silver yang berantaikan love dan bunga.

"Pakcik, saya nak yang yang itu ya. Ya, yang ada bentuk love dengan bunga tu." Pakcik itu kemudian memberi gelang itu kepada firash.

"Untuk siapa ni?" Ramah pakcik itu.

"Untuk isteri saya, pakcik." Firash senyum.

"Semoga kekal bahagia ya hingga ke hujung nyawa. Terima kasih sebab sudi beli dengan pakcik" pakcik itu kemudian menepuk perlahan belakang firash.

Baki yang sepatutnya diterima oleh firash ditolak. Dia sedekahkan bakinya itu kepada pakcik gelang itu. Kesian pula, sudah tua bersusah payah mencari rezeki. Sesudah selesai, firash kembali ke leesya yang sudah lama menunggu. Sambil menunggu, leesya mencuci mata melihat baju baju yang dijual di disitu.

"Sayang! Ta-da! Tengok ni abang belikan apa. Cantik tak?" Leesya menuju ke arah firash.

"Wah! Cantik, apa saja yang abang bagi kat sayang, semua tu memang sayang suka." Firash segera memakaikan gelang itu kepada leesya. Orang yang berada disekeliling melihat aksi mereka itu.

"Abang, sayang lapar la. Pergi makan dulu nak tak?" Dari tadi lagi leesya sudah lapar. Perutnya memang mudah lapar.

"Ala kesiannya, sayang abang dah lapar ye? Okay la jom makan dulu baru jalan jalan.." Mereka memilih untuk makan di gerai yang terdapat di pasar itu sahaja. Mudah. Tak perlu mencari parking dan sebagainya.

Malam itu mereka makan mee kari dan air barli panas. Hidangan yang sama. Selepas makan, mereka sambung aktiviti mencuci mata itu kembali. Eh eh! Ada stokin baby la. Comelnya. Gumam hati leesya. Firash perasan.

"Nak beli ke ni sayang?" Firash mengambil stokin yang berwarna purple itu ada strawberry yang timbul. Cantik. Comel.

"Takpe la, kita belum ada baby lagi. Nanti nanti je la." Sebenarnya leesya begitu inginkannya. Firash mengambil stokin itu dan membayarnya.

"Eh? Sayang kata tak payah la abang.." Firash menggeleng dan "nanti bila ada, baby boleh la pakai. He he, mesti comel ni." Leesya tersenyum.

*******

26 Jan
23.25
Tue

Let's Make Love HappenWhere stories live. Discover now