Chapter 24

15.3K 327 10
                                    

Sebelum maghrib, Firash sudah pulang ke rumah. Firash memberi salam beberapa kali, namun tiada pun sebarang sahutan. Seperti tiada penghuni, sunyi. Firash ke dapur, mini garden, dan ruang tamu namun Leesya tetap tidak ada.

Ok ni confirm dia ada dalam bilik.

Langkahnya diperlajukan naik ke tingkat atas. Pintu bilik ditutup, namun tidak pula berkunci. Tangan Firash mula memulas tombol pintu itu.
Kelihatan Leesya yang baru sahaja keluar dari bilik air.

Leesya keluar dari bilik tanpa menyapa Firash. Riak wajah yang ditunjukkan adalah masam mencuka. Firash menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Dah kenapa pula dengan isterinya kali ini? Mengapa wajah Leesya tidak seceria selalu?

"Sayang, sengaja goda abang ye?" Alamak, suara ni la yang selalu membuatkan jantung Leesya berdegup laju. Suaranya ya ampun! Menggoda sangat. Ni bukan Leesya yang menggoda, tetapi dia yang digoda. Leesya membuat tidak tahu, matanya tidak memandang Firash.

"Laa kenapa senyap ni? Abang ada buat salah ke kat sayang?" Firash menuju ke arah Leesya dan memegang bahu Leesya yang tidak berlapik kain itu dari belakang.

Leesya yang sedang menjengkit (?) kaki mengambil pakaian di dalam almari sedikit terkejut. Lagi sekali Leesya senyap dan terus memakai bajunya.

"Sayang, kenapa ni? Please tell me what's wrong?" Firash membuka bajunya dan menampakkan abs nya. Firash tahu, itulah kelemahan Leesya.

Oh please, jangan goda aku time ni! Jerit hati Leesya. Firash pula mendekati isterinya yang sedang memakai pakaian itu. Mata Leesya sedikit terbuntang, namun cepat cepat dia biasakannya.

Tangan Firash sudah mula melekat di kedua dua belah pipi Leesya. Baru sahaja ingin menyatukan bibir itu, Leesya membongkok. Tangannya digarukan di kakinya.

"Hisy banyak betul nyamuk dalam bilik ni!" Dengan cara ini, Leesya dapat melepaskan dirinya daripada ciuman itu. Bukan tidak mahu, Leesya sebenarnya mahu melakukannya juga. Tetapi bila difikirkan tentang perkara yang terjadi di mall itu tadi membuatkan dia terpaksa abaikan Firash.

Kedengaran Firash mengeluh panjang. Firash tahu bahawa Leesya sengaja berbuat demikian. Tapi kenapa?

Firash meninggalkan Leesya dan menuju ke arah bilik air. Mukanya nampak dingin, seperti hari pertama perkahwinan mereka itu. Muka itu menakutkan Leesya. Perasaan bersalah mula menujah masuk ke dalam diri Leesya.

Leesya menunggu Firash untuk solat maghrib bersama sama tetapi—eh kenapa Firash terus solat dan menghiraukan Leesya yang sudah siap bertelekung dan duduk menunggunya di atas katil.

Leesya tersentak dengan perbuatan Firash itu. Dia tidak peduli tentang aku ke? Dia tidak menghiraukan aku ke? Air matanya mengalir laju tanpa dipinta.

Sesudahnya Leesya selesai solat, dia melihat Firash sedang duduk di atas katil, merenungnya.

"Kenapa menangis?" Suaranya dingin. Tiada langsung suara suara yang didambakan seperti selalu.

Leesya hanya menggeleng.

"Tak payah nak tipu, hidung dengan mata merah tu.." Firash masih merenung isterinya itu. Leesya mengesat air hidungnya yang hampir terkeluar.

"Tak menangis pun, masuk habuk je.." Bohong Leesya. Egonya menjadi penghalang untuk dia berterus terang.

"Sayang.. Ingat, syurga di bawah tapak kaki suami. Kalau sayang terus terusan tipu abang, sampai bila masalah ni selesai?" Suara Firash kembali seperti sedia kala. Lembut.

"Sayang menangis sebab abang tak ajak pun sayang berjemaah sekali, padahal sayang dah tunggu abang. Abang dah tak sayang Leesya ke? Abang dah tak sayang baby dalam perut ni ke?" Leesya memegang perutnya, air matanya jatuh lagi.

Let's Make Love HappenWhere stories live. Discover now