Chapter 19

18.7K 385 19
                                    

Semasa di pejabat, entah mengapa kepala Firash seakan akan terasa mahu terjatuh. Kepalanya rasa begitu berat untuk berdiri. Rakan firash iaitu Asyraf juga perasan akan muka Firash yang berubah menjadi pucat. Walaupun Firash menjawat jawatan sebagai CEO di situ, kerjanya tetap bertimbun.

"Fir kau okay tak? Pucat semacam je muka kau ni?" Soal Asyraf mengiginkan kepastian tentang sahabatnya itu.

"Aku okay je, cuma sakit kepala sikit je ni ha.. Makan panadol sekejap okay la nanti.." Segera dia mencapai panadol di laci meja kerjanya dan menelan beberapa biji panadol.

"Are you sure bro? Muka kau nampak pucat gila kot.. Kau balik la dulu, mana tau jumpa wife boleh hilang sakit kepala ke kan?" Satu idea yang bagus dan bernas! Mungkin dia sendiri stress dengan keadaannya yang selalu sibuk?

"Ye tak ye juga eh asy.. Okay aku balik dulu la asy, apa apa call aku.."Firash membuat keputusan untuk balik ke rumahnya, rehatkan minda.

Leesya yang baru selesaikan solat zohor terdengar bunyi kereta di bawah. Eh takkan Firash kot? Awal lagi ni. Leesya kemudian mengerling ke arah jam di dinding bilik mereka. Baru pukul 2.30.

Leesya mengintai di sebalik langsir tingkap bilik itu. Betul lah, itu kereta Firash! Dengan tergopoh gapah dia menuruni anak tangga.

Pintu di buka untuk meyambut suaminya. Tangan di gapai dan dicium. Panasnya tangan? Demam ke laki aku ni?

"Abang, kenapa balik awal sangat ni? Badan panas, demam ke?" Leesya meletakkan tangannya ke dahi firash. Memang panas. Muka Firash juga pucat, tidak seperti selalu.

"Tak lah sayang.. Abang penat and sakit kepala je.. Dah makan dah panadol, kejap lagi okay la.. Jangan risau ye?" Ciuman dihadiahkan di dahi Leesya. Leesya mengangguk sahaja. Tidak mahu bertanya banyak soalan, takut sakit kepala Firash bertambah lagi.

"Abang nak makan? Leesya ada masak gulai Kurma hari ni," Firash yang baru selesai solat terus membaringkan diri di katil. Firash menggeleng sambil memegang kepalanya.

"Kalau abang taknak makan nasi, makan mashed potato ya? Ada sikit Leesya simpan untuk abang.."

Lagi sekali Firash menggeleng.

"Nanti abang lapar, abang makan ye sayang?" Mata Firash masih lagi terpejam rapat menahan sakit kepalanya itu.

"Abang, pergi klinik la ye? Abang demam ni." Leesya risau akan suaminya. Tidak pernah pula Firash jadi lemah sebegini. Selalunya demam pun, biasa biasa saja.

"Buat apa pergi klinik? Membazir je.. Ubat dah ada," Firash menenung isterinya. "Ubat? Oh ya, panadol! Biar leesya ambilkan.." Leesya kemudian bangun dari birai katil.

"Bukan ubat tu. Ubat tu ada dekat sini aje, depan mata abang ni," Firash senyum. Hamboi, sempat lagi ye encik suami!

"Abang ni main main tau! Leesya serious okay and I'm not kidding at all." Leesya menjeling manja. Orang serious, dia main main pula.

"Hey I'm serious too! Tengok muka abang ni, tak senyum kan? That's mean serious la tu.." Firash membuat muka serious. Tapi tidak menjadi kerana ketawanya meletus sebaik sahaja isterinya memuncungkan mulut.

"Serious la sangat kan abang kan?" Tanyanya berbaur sinis. Firash mendepakan tangannya dan mengajak leesya baring di sebelahnya. Leesya membuat muka bosan dan ikut sahaja.

"Ha ni la penawar sakit abang ni!" Pelukan dieratkan lagi sehingga mereka tertidur.

Bangun bangun sahaja Firash sudah mencari Leesya. Leesya sudah bangun selepas 1 jam  tertidur. Nasib tidak sampai ke maghrib! Firash yang sedar dia sudah terlewat untuk solat asar terus menuju ke bilik air dan terus solat.

Let's Make Love HappenWhere stories live. Discover now