DANISH HAIZIQ |✓

By laika_aika

143K 7.7K 751

Danish Haiziq- Seorang lelaki yang ada auranya sendiri. Kacak,segak dan bergaya. Ah! Dia memang cukup sempurn... More

prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Epilog
𝑺𝒑𝒆𝒄𝒊𝒂𝒍 𝒃𝒂𝒃

Bab 49

2.2K 134 15
By laika_aika

  Beberapa tahun kemudian...

Hauraina bercekak pinggang sambil melihat anak lelakinya dan suaminya yang sedang berlawan di halaman rumah. Danish sedang berlatih bersama Hazzriel.

"Abang, jangan kasar sangat dengan anak tu!!" Hauraina mula risau apabila anaknya terbaring selepas kakinya disadung oleh Danish.

"Don't worry mama! I'm man" Hazzriel tersenyum sinis lalu dia melawan papanya semula.

Danish ketawa apabila anak lelakinya yang berumur dua belas tahun itu cuba mengalahkannya. Walaupun umur Danish sudah tua tetapi skillnya masih seperti Danish Haiziq yang muda.

Hazzriel tersenyum kemenangan apabila papanya mengaku kalah.

"Enough for today son" Kepala si anak di gosok.

Danish mendekati isterinya yang sedang duduk sambil melayan Daniela Aireen, anak perempuan mereka.

"I love you mama" Hazzriel mengucup kedua belah pipi mamanya dengan lembut.

"I love you too" Hauraina tersenyum manis. Perangai Hazzriel sama dengan Danish. Mereka berdua dingin tetapi apabila bersama ahli keluarga, mereka berubah menjadi seorang yang ceria dan suka bergurau.

"Daniela!" Hazzriel mengambil adik perempuannya yang berada di riba mamanya lalu membawanya masuk ke dalam. Terpinga-pinga  gadis itu apabila abangnya tiba-tiba sahaja mendukungnya.

"Go spend time together, mama papa! Let me take care of my sister!" Jerit Hazzriel yang berada di dalam rumah.

Hauraina dan Danish ketawa, mereka berdua berpandangan lalu tersenyum.

"Hello anak papa, cepatlah keluar. Papa rindu" Danish mengusap perut isterinya yang sudah masuk sembilan bulan.

Hauraina mencubit tangan suaminya dengan lembut. Senang betul dia suruh anaknya itu keluar dari rahimnya. Ingat hotel ke apa?!

"Auch! Baby, tengok mama ni. Sakitkan papa" mulut di muncungkan lalu mereka berdua ketawa.

Danish menghalakan tangannya kepada Hauraina, menolong wanita itu berdiri. Mereka berdua jalan bersama-sama di halaman rumah yang luas itu. Sampai di air pancut, mereka duduk di bangku yang tersedia di situ.

"Tanpa kita sedar, sudah tiga belas tahun kita bersamakan sayang?" Danish tersenyum.

"Abang aje tak sedar, saya sedar.. auch!! Abang" Hauraina memuncungkan bibirnya apabila pipi gebunya di cubit oleh sang suami.

Lelaki itu tersenyum sinis, dia terus mencubit-cubit pipi tembam isterinya.

"Abang cubit lagi, Arrien beranak dekat sini!!" Marah Hauraina.

Meledak tawa Danish apabila melihat muka masak isterinya. Tahu sangat kelemahan wanita itu di pipi. Baru cubit sedikit sudah merah dan meninggalkan kesan.

Hauraina tersenyum, dia melentokkan kepalanya di bahu si suami dengan manja.

"Arrien dan gemok" ujarnya, tangannya mencubit lemak di perut. Tidaklah gemuk mana, cuma bila mengandung seleranya makin menjadi-jadi pula!!

"Nanti lepas bersalin dan habis pantang, kita bersenam sama-sama" bilang Danish.

Mereka berdiam diri sambil melayan suasana petang. Angin yang sejuk menyapa kulit, bunyi air pancut dan juga suara anak mereka bermain di halaman rumah.

"Mama!!"  Daniela berlari terkedek-kedek lalu memeluk kaki Hauraina. Pipinya basah dengan air mata.

"Hey dear, why?" Danish mendukung anaknya lalu meletakkan si kecil di atas riba.

"Uncle Haikal said he wants to kidnap me !!" Melalak budak kecil itu sambil memeluk tubuh papanya dengan kuat.

Hazzriel ketawa lalu dia mengambil adik perempuannya daripada papanya.

"Uncle Haikal just kidding sweetheart" satu suara garau datang daripada belakang mereka.

Xian tersenyum sinis sambil memandang anak buahnya yang perempuan itu. Dia suka menyakat budak kecil itu sehingga menangis.

"Papa!!! Let me go! I want my papa!" Daniela meronta-ronta di dalam dukungan abangnya.

Hazzriel mengangguk, dia menurunkan adiknya lalu budak kecil itu terkedek-kedek berlari ke arah papanya yang berada di bangku di hadapan air pancut.

Suara tawa mereka memenuhi kawasan itu. Daniela yang tersedu-sedu di pujuk lembut oleh Xian.

"Hey, I'm sorry sweetheart. Don't cry please? Uncle has candy" Xian mengeluarkan sebatang lolipop besar yang berbentuk love lalu di berikan kepada anak buahnya itu.

Perlahan-lahan tangan si kecil mengambil lolipop itu dan dia tersenyum suka. Dia mula meminta Xian untuk mendukungnya.

"Bro, aku bawa anak-anak kau pergi markas kejap. Mereka dekat sana rindu budak dua orang ni" ujar Xian.

"Okay, Hazzriel Darren, take care of your sister okay?" Mata Danish tajam memandang anak terunanya itu.

"Don't worry papa" senyuman sinis terukir di bibir lelaki muda itu.

Xian terus sahaja pergi bersama dua orang anak fruitnya.

.

Danish membantu Hauraina menuruni tangga. Mereka tidak menggunakan lif kerana sudah tiga hari lif itu rosak. Kalau ada Xiong, Danish akan meminta tolong daripada lelaki itu sahaja. Tetapi sekarang Xiong sudah tiada.

"Penatnya!! Abang lepasni kita pindah bilik dekat tingkat dua ajelah. Arrien tak laratlah nak naik tingkat tiga" ujar Hauraina dengan wajah kepenatan.

"Diamlah" Danish mencubit pipi tembam isterinya sehingga merah. Banyak bunyi betul isteri kecilnya itu.

Hauraina meringis kesakitan lalu menepuk tangan lelaki itu dengan kuat.

"Abang, Xiong dah lama tak balik sini. Dia langsung tak telefon kitakan?" Potongan buah oren yang tersedia di meja di ambil lalu dia mengunyah perlahan.

"Ada sebab kenapa dia mendiamkan diri dengan kita semua" ujar Danish.

"Kenapa?" Soal Hauraina dengan mulut yang penuh.

"Nanti dekat cerita dia Arrien tahulah" pinggang isterinya di rangkul.

Hauraina diam membisu, sunyi rumah itu tanpa dua orang tua yang selalu menenaminya dahulu. Makjah sudah pun meninggal dunia lima tahun yang lalu kerana sakit jantung. Maksom pula sekarang berada di hospital. Keadaannya sudah pun tenat.

"Abang, Arrien rindu Makjah dengan Maksom" ujar Hauraina lalu melentokkan kepalanya di bahu si suami.

"Abang pun rindu mereka, dah lama tak dengar dia orang bergaduh" ketawa kecil terlepas daripada bibirnya.

"Nanti kita melawat Maksom nak?" Pelawa Danish, laju sahaja si isteri mengangguk sambil tersenyum gembira.

Tangan kecil Hauraina mengusap perut yang sudah besar, tidak lama lagi dia akan melahirkan anaknya yang ketiga. Senyuman terukir di bibirnya apabila terbayangkan wajah mommy dan daddy yang tersenyum kepadanya sambil memeluk cucu mereka.

"Assalamualaikum!!" Satu suara garau memberi salam, lelaki itu melangkah masuk ke dalam lalu dia tersenyum manis.

"Uncle Nish sihat?" Dia mengucup tangan Danish dengan lembut dan tersenyum manis kepada Hauraina.

"Hai Akak Haura! Tak dapat nak peluk Akak dah sekarang" Tengku Iskandar ketawa nakal.

Hauraina tersengih sahaja.

"Alhamdulillah sihat, bila Is balik Malaysia? Uncle tak tahu pun" Danish memandang anak buahnya. Tengku Iskandar sekarang tinggal di London bersama keluarganya.

Tengku Asyraf dan Alisa terpaksa menatap di London untuk beberapa tahun. Mereka perlu menguruskan syarikat arwah ayah Alisa di London.

"Baru aje sampai uncle, saya datang nak jumpa dengan adik kesayangan saya. Mana mereka?" Soal Iskandar, dia mencari-cari kelibat kedua orang anak Unclenya.

"Mereka-"

"Kom!!" Daniela masuk ke dalam rumah, tangannya membawa tiga beg kertas.

Panjang umur!

"Abang Is!!" Daniela memeluk Iskandar dengan kuat lalu meminta lelaki itu mendukungnya.

"Hai Daniela Aireen! Miss me ? Hm?" Pipi gadis kecil itu di cium dengan penuh kasih.

"Of course I miss you Abang Is!" Tersenyum gatal budak kecil itu sambil melentokkan kepalanya di dada bidang Abang Iskandar kesayangannya.

Tengku Iskandar baru sahaja berumur lapan belas tahun tetapi dia sungguh matang dan pandai menguruskan adik-adiknya, dia juga pandai mengambil hati budak-budak.

"Assalamualaikum" Hazzriel memberi salam, dia duduk di sebelah papanya.

"Waalaikumsalam, amboi sombong dah kau!" Mata Iskandar mencerlung menikam anak mata lelaki di hadapannya itu.

"Aku tak nampak" Hazzriel memberi alasan, dia berjabat tangan dengan Iskandar lalu mereka bertanya khabar. Gaya mereka sudah seperti orang dewasa.

Tiba-tiba Hauraina memegang perutnya yang terasa senak, dahinya berkerut menahan sakit.

"A-abang sakit" tangan suaminya di genggam erat.

"Jom pergi hospital" Danish mencempung tubuh isterinya lalu membawanya keluar. Daniela pula sudah menangis teresak-esak. Dia cakap dia tidak mahu mamanya mati.

Danish mengarahkan Xian menjaga anak-anaknya di rumah sementara dia pergi ke hospital, jika Hauraina bersalin pada malam itu, anak-anaknya akan bermalam bersama Xian dan Tengku Iskandar. Semasa perjalanan mereka me hospital, air ketuban Hauraina pecah.

"Sabar sayang, dah nak sampai dah" ujar Danish.

Beberapa jam kemudian, Hauraina terbaring lemah di atas katil, dahinya berpeluh. Bunyi bayi menangis memenuhi ruang bilik bersalin itu.

"Alhamdulillah anak kita lelaki sayang" dahi isterinya di kucup lembut.

"Terima kasih sayang, terima kasih sebab bertaruh nyawa untuk melahirkan zuriat Abang" air matanya mengalir di pipi.

.

"Assalamualaikum, Hazzrul Darriel" dahi anak lelakinya di cium.

Hauraina tersenyum nipis sambil memandang anaknya yang berada di dalam pelukan suaminya.

"Papa! Nak tengok adik!" Daniela melompat-lompat ingin melihat adiknya.

"Ye sayang, sabar" Danish melutut di hadapan anak perempuannya.

Daniela menjerit suka, dia memberi salam lalu mengucup pipi adik lelakinya itu.

Xian mengambil Hazzrul Darriel daripada Danish lalu membawanya ke satu sudut.

Danish tersenyum apabila melihat wajah isterinya yang masih penat. Banyak tenaga yang sudah wanita itu korbankan demi melahirkan zuriatnya.

"Get some rest, my little lady. You deserve it, I love you" Dahi Hauraina di cium dengan lembut dan mereka membalas senyuman.

Hello!

Makaseh sebab baca cite sayaaa. Klw ada typo nnt I betulkan.

Jangan lupa vote!! Love u

🥰

Continue Reading

You'll Also Like

7.7K 355 33
Lisa Erica seorang gadis remaja yang anti lelaki atau susah menerima lelaki di dalam hatinya.ingin menyukai seseorang yang berjantina lelaki tak pern...
4.6M 292K 106
What will happen when an innocent girl gets trapped in the clutches of a devil mafia? This is the story of Rishabh and Anokhi. Anokhi's life is as...
3.2K 181 16
RAJA EFZAN || TENGKU AMELIA ⚠️WARNING⚠️ -KIDNAPPING -ABUSING -KILLING ⚠️WARNING ⚠️ Pertemuan yang hanya bermula dengan pergaduhan di lapangan te...