DANISH HAIZIQ |✓

By laika_aika

178K 9.1K 793

Danish Haiziq- Seorang lelaki yang ada auranya sendiri. Kacak,segak dan bergaya. Ah! Dia memang cukup sempurn... More

prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 48
Bab 49
Epilog
𝑺𝒑𝒆𝒄𝒊𝒂𝒍 𝒃𝒂𝒃

Bab 47

2.7K 175 28
By laika_aika

Danish mendekati isterinya yang sedang duduk di balkoni sambil termenung. Air mata wanita itu tidak berhenti mengalir. Kaki melangkah ke balkoni lalu dia melabuhkan punggungnya di sebelah Hauraina.

"Arrien, janganlah macam ni. Dah tiga hari daddy pergi, Arrien asyik menangis je" Danish memegang tangan isterinya.

Hauraina menoleh ke kanan, mata mereka berdua bertemu lalu air matanya mula bertakung kembali di tubir mata.

"Ar-arrien rindu daddy, Arrien sayang daddy, Abang" tangisan wanita itu pecah di dalam pelukan sang suami.

"Abang tahu Arrien sayangkan daddy tapi jangan sampai kemurungan macam ni, Sayang. Dah tiga hari Arrien tak makan, Arrien tak kesiankan anak kita ke? Hm?" Soal Danish dengan nada lembut, air mata sang isteri di seka menggunakan jarinya.

Hauraina terdiam, dia terlalu sedih kerana kehilangan Ayah kandungnya sehingga dia mengabaikan kesihatan dan anak di dalam perut.

"Arrien dah sembilan bulan, tarikh bersalin sayang minggu depan kan?" Danish mengusap-ngusap perut isterinya.

Hauraina menganggukkan kepalanya, dia menyandarkan badan kecilnya di dada lelaki itu.

"Abang, Arrien rindu daddy" bilangnya dengan suara yang serak.

"I know, my little lady. Kita sedekahkan Al-fatihah untuk daddy ya?" Bibirnya mengucup dahi si isteri.

Hauraina diam, dia tersenyum nipis apabila Danish berjaya membuatnya rasa tenang.

"Jom turun sayang, Abang masakkan Arrien bubur ya?" Danish berdiri, dia menggenggam tangan Hauraina sambil mereka jalan berdua ke lift.

Semasa Danish sedang memasak, Hauraina masuk ke bilik Alexander lalu dia mengemas katil dan beberapa barang yang berterabur di lantai. Senyum terukir di bibirnya apabila melihat bayangan dirinya dan ayahnya ketawa dan bergurau bersama di dalam bilik itu. Sedang Hauraina membetulkan cadar katil, dia terjumpa satu kertas yang berlipat.

Perlahan-lahan punggung di labuhkan di atas katil sambil tangan memegang perut. Kertas tadi di buka lalu dia membaca isi di dalamnya. Nampak macam baru sahaja di tulis. Tangannya menggigil apabila membaca surat itu.

Niatku ingin menulis surat ini kerana aku tahu masanya akan tiba. Masa di mana aku akan kembali kepada sang pencipta.

Ayat permulaan surat itu di baca.

Buat anakku Hauraina Arrien yang disayangi, Daddy dapat merasakan yang hidup daddy sudah tidak lama lagi. Jadikan izinkan daddy menulis surat ini untuk kamu buat kali yang terakhir.

Haura, Daddy minta maaf atas segala dosa yang sudah Daddy buat kepada kamu. Daddy kejam, Daddy naif, Daddy pentingkan diri sendiri. Sanggup hantar anak ke rumah anak yatim dan kembali ke London. Maafkan daddy sayang.

Air mata Hauraina mula mengalir di pipi dan menitis ke atas kertas.

Mommy berikan Daddy amanah untuk jaga kamu, kami sudah berjanji tetapi Daddy ingkar semua itu. Dua puluh satu tahun tanpa kamu dan mommy, hidup Daddy sangat kosong. Daddy ingin bertemu dengan kamu tetapi daddy takut. Takut jika kamu tidak lagi terima dan tidak akan maafkan Daddy kerana sikap daddy yang teruk.

Daddy tidak akan berhenti meminta maaf dan menyalahkan diri sendiri. Daddy ingin melutut meminta ampun dengan kamu dan Mommy atas segala silap yang telah daddy lakukan. Daddy pernah mimpi, Daddy berada di suatu tempat dan di situ Daddy nampak kamu dan Mommy menangis sambil menunjukkan jari ke arah Daddy. Kamu berdua meninggalkan Daddy keseorangan di kawasan itu lalu Daddy di seksa dan di pukul. Sebab itulah Daddy sentiasa menyalahkan diri sendiri. Jika bukan sebab tindakan bodoh yang telah Daddy buat pastu kamu tidak akan di dera teruk. Maafkan daddy, Haura.

Daddy harap kamu selamat bersalin. Jagalah anak dengan penuh kasih sayang, jangan jadi macam Daddy.
Daddy akan sentiasa mendoakan rumah tangga kamu berdua.

Buat kali yang terakhir, selamat tinggal anak kesayanganku. Jangan lupakan Daddy jika jasad ini sudah berada di dalam tanah.

Assalamualaikum.

Hauraina tersenyum nipis lalu dia memeluk surat yang di tulis oleh Alexander.

"Haura akan sentiasa doakan daddy dan mommy" ujarnya lalu air mata mengalir di pipi.

Danish tersenyum, dia bersandar di pintu sambil memeluk tubuh. Dari tadi dia memerhati isterinya yang leka membaca surat.

"Don't cry, my little lady" Danish mendekati isterinya lalu tubuh wanita itu di peluk erat.

"Arrien sayang Abang" ujar Hauraina lalu dia merangkul leher suaminya.

"And I love you too, my little lady. You're my light. You've lit up my life that has been dark all this time" bibir mereka bersatu.

"Arrien lapar, jom makan. Abang dah siapkan makanan?" Soal Hauraina lalu tersengih.

Danish menganggukkan kepalanya lalu dia membawa Hauraina ke meja makan. Bubur di masukkan ke dalam mangkuk dan mereka berdua makan bersama. Makjah dan Maksom tiada kerana keluar membeli barang bersama Xian dan Thomas.

.

Semasa makan malam, Xian hanya mendiamkan diri. Sepatah orang tanya, sepatah lah yang dia jawap. Hari ini dia dan Thomas bermalam di rumah Danish kerana ada kerja yang perlu di siapkan. Usai makan malam, Xian duduk di ruang tamu, jari jemarinya laju menaip papan kekunci komputer riba miliknya. Wajah lelaki itu dingin.

Danish memandang Thomas, lelaki mengangkat bahu. Dia sendiri tidak tahu kenapa dengan Xian, daripada pagi tadi lelaki itu hanya diam dan buat halnya sendiri sahaja.

"Jom tanya" ujar Thomas.

"Kau pergilah dulu, aku nak pastikan Arrien dah tidur" Danish menaiki tangga, tombol pintu di pulas perlahan, dia melihat Hauraina sedang bersandar di kepala katil sambil membaca buku tentang bayi.

"Arrien, tak tidur lagi?" Danish membuka butang baju kemejanya sambil mulut sibuk membebel tentang kerja. Baju kemeja di campak ke dalam bakul baju kotor lalu dia merebahkan badannya di sebelah isterinya, tangannya mengusap lembut perut wanita itu. Apabila rasa seperti bayi itu menendang, Danish menepuk lembut perut isterinya. Mata Hauraina terbuntang melihat aksi suaminya itu.

"Amboi anak papa ni! Marah ya papa usap perut mama?" Dia ketawa apabila anaknya menendang sekali lagi.

"Jangan tendang-tendang sayang. Karang terkeluar pula kaki tu" Hauraina terus sahaja ketawa mendengar ayat suaminya itu.

Mereka berdua tertetawa bersama, Hauraina menyikat rambutnya lalu dia baring mengereng memandang suaminya.

"Abang dah fikir nama anak kita?" Soal Hauraina.

"Dah sayang, tunggu Arrien beranak je" bibir Danish mengukir senyuman sinis, dia menarik Hauraina rapat ke tubuhnya. Belakang Hauraina di tepuk perlahan.

"Sleep well, my little wife" bibir Danish mengucup dahi isterinya lalu turun ke hidung dan bibir merah jambu itu.

Apabila Hauraina sudah pun tidur, Danish menarik comforter tebal itu sehingga bahu wanita kesayangannya itu. Dia keluar daripada bilik dan menuju ke tingkat satu. Danish melihat Thomas sedang bersembang dengan Xian, wajah dingin lelaki cina itu tadi kini hilang.

Danish melihat iphone di tangannya, satu mesej di hantar.

Ready?

Him: ready!

"Hoi buat apa?" Danish duduk di atas sofa, tangannya sempat mencuri kerepek pisang yang di pegang oleh Xian tadi.

Xian hanya diam, Thomas pula melihat pintu. Matanya ternampak sesuatu, senyuman sinis bergaris di bibirnya.

"Kau kenapa ni Xian? Gaduh dengan girlfriend kau yang nombor berapa pula kalini?" Soal Danish dengan sinis.

"Kepala hotak kau" Xian berhenti menaip lalu dia menutup komputer ribanya.

"Aku rasa Xiong dah lupa adik dia kat sini" Kata lelaki itu, dia merampas kerepek pisang di tangan Danish.

Thomas ketawa apabila melihat orang itu ketawa. Perlahan-lahan orang yang berada di pintu tadi berdiri di belakang Xian.

"Aku buat panggilan pun aku dia tak angkat, message aku dia tak balas pun. Dia lupa kot harini hari lahir kami" Luah Xian.

Danish melihat air mata Xian yang bertakung di tubir mata lalu mengalir di pipi. Dia rasa terseksa kerana menahan diri daripada ketawa.

"Aku rindu Xiong!" Xian menghamburkan tangisannya. Thomas ternganga melihat lelaki itu yang tiba-tiba sahaja menjerit lalu menangis.

Mendengar seseorang ketawa sehingga terbatuk membuatkan tangisan Xian terhenti. Badannya mengeras apabila orang yang ketawa tadi kini duduk di sebelahnya dengan senyuman mengejek.

"Aku rindu Xiong! Haha" orang itu ketawa, dia menekan-nekan perut yang terasa senak.

"Xiong!!" Xian memeluk tubuh abangnya itu.

"Apalah kau ni, menangis macam orang gila ! sedarlah sikit umur dah nak luput" perli Xiong, dia tersengih.

Xian menjeling abangnya, dia mengelap air mata yang membasahi pipi.

"Wahai Hong Xiong Lim, Kau memang tak sedar diri kan? Kita ni kembar! Umur kita baru dua puluh lapan, luput apanya?" Bilangnya dengan nada tidak puas hati.

"Mati tak kira umur wahai adikku Hong Xian Lim" balas Xiong dengan penuh sinis.

Danish dan Thomas hanya memerhati. Haih susah lah kembar dua orang ni! Bila berpisah, rindu ! Bila sudah jumpa, bergaduh pula!

Xian dan Xiong ketawa apabila melihat muka dua orang lelaki di hadapan mereka.

"Kau terus balik ke?" Soal Xian, nada suaranya penuh harapan supaya Xiong tidak pulang ke Spanish.

"Aku balik sini sebab nak ziarah kubur Alexander lepastu aku nak tunggu sampai hari Hauraina bersalin, aku nak tengok bakal anak buah aku tu" ujar Xiong. Ada terselit rasa bersalah apabila melihat muka Xian yang sedih.

"Hei, maaflah. Aku bukan nak tinggalkan kau, aku cuma rindukan mereka. Hidup aku tak tenang lah Xian sebab tak maafkan mereka" ujar Xiong dengan nada lembut.

Xian mendengus marah, dia cuba mengawal kemarahannya kerana dia tidak mahu bergaduh bersama abangnya.

"Aku tak dapat maafkan mereka Xiongm Sampai harini...sampai harini aku masih dapat dengar suara Jiu Xiang menangis sebab sakit di seksa!" Xian menunduk memandang lantai, hatinya sakit apabila teringatkan kisah hitam itu.

Mendengar sebaris nama itu, Xiong terdiam dan tubir matanya bertakung dengan air hangat.

"Jiu Xiang bertarung dengan nyawa sebab mereka bang" Xian mengangkat wajahnya, memandang muka abangnya yang sudah berubah merah. Mata lelaki itu berair.

Keadaan menjadi senyap. Aura gelap Xian seperti berada di segenap ruangan mereka semua.

"I'm sorry Xian" Xiong menangis, niatnya ingin membuat Xian tersenyum kini batal apabila mereka mula mengungkit kisah silam yang menghantui mereka berdua.

Xian teresak di dalam pelukan abangnya. Dia tidak seperti Xiong, dia seorang yang ego dan juga berdendam. Dia susah untuk memaafkan orang.

Tidak sama seperti Xiong, seorang lelaki yang berhati lembut dan senang memaafkan walaupun wajahnya sentiasa dingin.

"Sudah Xian, berhenti cakap pasal ni. Aku taknak ingat lagi" ujar Xiong, di berdiri dan mengambil kotak yang berada di belakang sofa.

"Happy birthday, Haikal" Xiong tersenyum.

Xian ketawa apabila Xiong memanggilnya dengan nada islamnya.

"Thank you, Harriez and happy birthday too" mereka berdua berpelukan.

Danish dan Thomas tersenyum melihar dua orang kembar itu. Mereka selalu  bergaduh tetapi mereka tetap akan bersama walau apa pun yang terjadi.. Keadaan yang tegang tadi kini berubah menjadi tenang.

.

Danish menggenggam tangan isterinya yang sedang bertarung nyawa untuk melahirkan zuriatnya. Muka putih wanita itu bertukar merah apabila menahan sakit.

"Sikit lagi, Arrien boleh buat" Danish menyalurkan kekuatan untuk isterinya. Dahi si isteri di cium sayang.

"S-sakit Abang" Hauraina terbaring lemah.

Danish mengusap kepala isterinya lalu dia mengucup dahi wanita kesayangannya itu sekali lagi. Hauraina mengumpul tenaganya dan dia selamat melahirkan anaknya. Bukti cintanya bersama Danish.

"Alhamdulillah, sayang anak kita lelaki" ujar Danish dengan teruja. Dia mengambil anaknya daripada Doktor.

"Salamun Zakrun" (selamat sejahtera anak lelakiku) bisik Danish di telinga anaknya lalu dia Azan di telinga anaknya.

Bayi itu di letakkan di atas badan Hauraina, menangis wanita itu apabila melihat anak yang baru dia lahirkan.

"Salamun Zakrun" dia mengucup dahi anaknya.

Doktor membawa Hauraina ke ward vvip. Semua di dalam ward itu mengucap syukur apabila Hauraina sudah selamat bersalin. Orang pertama yang mengambil bayi itu ialah Alisa.

"Comelnya! Dia ikut muka kau lah Danish!" Ujar Thomas dengan teruja.

"Memanglah! Dah dia daripada benih aku !" Danish menjeling semua orang di situ, dia mengambil tempat di sebelah Hauraina lalu tangan isterinya di kucup lembut.

"Thank you my little lady" Danish tersenyum, dia mengusap kekura tangan Hauraina dengan penuh kasih.

Hauraina tersenyum, dia melihat semua orang yang sibuk mencium dan menggomol anaknya.

"Apa nama dia?" Soal Tengku Asyraf, bayi lelaki di tangannya di berikan kepada Danish.

"Mohammad Hazzriel Darren" jawap Danish, anak terunanya itu di cium.

Hauraina hanya tersenyum sahaja, tiba-tiba di ternampak daddy dan mommynya berdiri di pintu ward sambil berpegangan tangan, mereka tersenyum memandang Hauraina.

"Mommy daddy" matanya terkunci di situ, air matanya menuruni pipi.

Danish mengerutkan dahi, dia menoleh ke pintu ward. Tiada siapa-siapa pun?

"Arrien?" Danish menggoncangkan lengan isterinya.

"Arrien nampak mommy dengan daddy tadi Abang, mereka berdua senyum lepastu lambai tangan dekat Arrien" Hauraina bercerita, dia tersenyum.

Danish tersenyum nipis, dia meletakkan Hazzriel Darren ke dalam tempat bayi. Tangannya mengusap pipi wanita itu lalu dia melabuhkan satu ciuman di dahi isterinya.

"Abang cintakan Arrien" Mereka berdua membalas senyuman.

Hallo? Hehe sorry late
Terlebih idea pulak

Sorry kalau ada typo nnt I betolkan okay? Selamat membaca semuanya!

Jangan lupa vote🙈

Continue Reading

You'll Also Like

2.3K 116 9
Side story ng nga bestfriends from The CEO and Me story. Started from a one night of lust will it turn to love?
1.2K 120 9
Hidup ini akan ada penghujungnya. Lydia Triestina, hanya gadis yang ingin kebebasan dan kasih sayang. Inginkan hidup seperti orang lain tetapi malang...
97.1K 5.7K 57
When workaholic rock band leader Hongjoong is out with his friends he runs into a handsome stranger and begins to form a romantic relationship. What...
1.6K 79 29
BERMANDIAN DARAH SUDAH BIASA BAGINYA. SEORANG MAFIA YANG HIDUP DI DUNIA PENUH PENIPUAN DAN KEJAM. IT'S ALL STARTED WITH A LIE ALEX RYDER GRAYSON X NA...