DANISH HAIZIQ |✓

By laika_aika

138K 7.5K 746

Danish Haiziq- Seorang lelaki yang ada auranya sendiri. Kacak,segak dan bergaya. Ah! Dia memang cukup sempurn... More

prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Epilog
𝑺𝒑𝒆𝒄𝒊𝒂𝒍 𝒃𝒂𝒃

Bab 45

2K 154 17
By laika_aika

"Bro, aku nak keluar dari kumpulan Rosa Nera" ujar Xiong.

Prangg!!

Empat kepala di situ menoleh ke kanan apabila mendengar bunyi sesuatu jatuh ke lantai.

"Kau kenapa! Kau dah tak betul ke?" Marah Thomas, air sirap yang di bancuh oleh Maksom tadi sudah selamat mendarat ke lantai. Leher Xiong dicekik lalu di goncangkan dengan laju.

"Sakitlah bodoh!" Xiong menolak tangan Thomas dengan kasar. Mukanya merah menahan marah dan sakit.

Thomas terus sahaja melabuhkan punggungnya di atas sofa apabila melihat pandangan tajam daripada Tengku Asyraf.

"Thomas!! Melekit lah lantai!!" Jerit Alisa dengan nyaring.

"Pergi bersihkan lantai sebelum aku suruh kau jilat air sirap yang dekat lantai tu!" Bilang Tengku Asyraf dengan nada tegas.

Tidak menunggu lama, Thomas berlalu ke dapur dan mengambil mop.

Danish menggelengkan kepalanya, matanya kembali kepada Xiong.

"Kenapa kau nak keluar daripada kumpulan ni?" Soal Danish dengan tenang.

"Aku bukan nak keluar tapi.." Xiong menghelakan nafasnya yang terasa sesak di dada, muka diraup. Dia rasa bersalah kerana buat keputusan terburu-buru. Tetapi dia terpaksa.

"I have to go back to Spanish" ujar Xiong, matanya melirik ke arah Xian, muka adiknya sudah berubah bengis.

"Kau nak buat apa pergi sana, Xiong? They don't need us anymore!" Suara Xian naik seoktaf.

"Xian, mereka tetap keluarga kita" nada suara Xiong lembut, cuba memujuk adiknya yang ego itu.

Xian berdiri, dia mendekati abangnya lalu mata mereka bertemu.

"Mereka punca kita kehilangan keluarga ! Kau tak ingat ke? Kau tak ingat ke macam mana adik kita terseksa sebab mereka?!" Suara Xian naik seoktaf lagi. Air matanya mula bertakung di tubir mata.

Xiong mengangkat tangannya lalu meletakkannya di bahu si adik.

"I will never forget, Xian. Tapi mereka sudah pun minta maaf" pujuk Xiong.

"Pergi mampus lah dengan maaf mereka! Mereka boleh hidupkan mak ayah dan adik semula kita ke?" Suara Xian menjadi serak. voice full of anger and hatred.

Bibir Xiong terkunci, teringat jeritan adik perempuannya yang kesakitan. Teringat muka ibu dan ayahnya yang tersenyum sebelum menutup mata dengan bertemankan dua kalimah syahadah. Kisah pahit itu pernah menghantuinya dahulu.

Xiong terdengar esakan kecil adik lelakinya itu. Tubuh Xian di tarik masuk ke dalam pelukan.

"Sebab mereka, hidup aku tak tenang bang. Sebab mereka kisah pahit tu menhantui hidup aku" terhinjut bahunya apabila teringat kisah pahit itu.

"Aku tahu Xian, aku tahu kau sakit. Aku pun sakit, Xian. Tapi semua orang buat silap. Semua orang layak dapat peluang ke dua" suara Xiong lembut.

"Tapi bukan mereka!" Xian menolak tubuh abangnya.

"Kau nak jumpa mereka? Silakan! Tapi aku tak akan ikut ! Aku tak nak ada yang mati nanti" ujar Xian sebelum dia melangkah pergi meninggalkan mereka semua di ruang tamu. Hauraina dan Alisa terdiam kerana mereka tidak pernah nampak Xian menangis. Lelaki yang sentiasa ceria itu rupa-rupanya seorang yang menyimpan satu dendam.

All people have bitter stories. A painful story when it starts haunting life

"Xian" dia terduduk di lantai, mata merenung sang adik yang sudah semakin jauh.

"Nanti dia tenanglah tu" ujar Danish.

Xiong mengeluh, dia bangun lalu mengambil tempat di sisi Tengku Asyraf.

"Berapa lama kau pergi sana?" Soal Tengku Asyraf.

"Mungkin tiga tahun" Xiong tersenyum nipis.

"Tolong jagakan Xian, dia seorang sahaja adik aku yang tinggal. Aku tiada sesiapa lagi" matanya memandang tiga orang di hadapannya.

"Jangan risau" Danish tersenyum.

Keadaan menjadi sepi seketika sebelum Danish memecahkan kesunyian tersebut.

"Kau tak perlu pujuk Xian, kau pun tahukan yang dia tu baran? Nanti marah dia sudah reda, dia okay lah" ujar Danish.

Xiong tersenyum sebelum dia meminta diri untuk pulang ke rumahnya. Danish juga meminta diri untuk pulang ke rumah apabila dia melihat Hauraina sudah keletihan.

Sepanjang perjalanan pulang, Danish hanya diam dan menumpukan perhatiannya pada jalan raya, Hauraina pula termenung.

"Arrien, are you okay Sayang? Hm?" Soal Danish, dia mengusap peha isterinya.

Hauraina memandang suaminya lalu dia tersenyum nipis, tangan yang berada di pehanya itu di genggam erat.

"Okay, cuma Arrien terfikirkan daddy. Dia nampak sakit" Hauraina mengeluh perlahan.

Danish menganggukkan kepalanya, dia juga perasan yang Alexander sekarang kerap duduk di dalam bilik dan baring. Badan ayah mertuanya itu juga sudah semakin susut dan mukanya cengkung.

"Inshallah, daddy tak sorokkan sesuatu daripada kita. Arrien jangan risau okay?" Kepala isterinya di usap perlahan.

Hauraina hanya tersenyum lalu dia memandang ke luar.

.

Hauraina berhenti melangkah apabila dia melihat pintu bilik Alexander terbuka sedikit. Dia menolak pintu itu sehingga terbuka lalu melihat ayahnya sedang menulis sesuatu di kertas. Kaki melangkah mendekati lelaki tua itu.

"Daddy buat apa tu?" Tegur Hauraina, dia melabuhkan punggungnya di sisi ayahnya.

Alexander terus sahaja menyorokkan kertas itu lalu dia mengukir senyuman manis untuk anaknya.

"Daddy main bingo" bilang Alexander, dia menggosok belakang leher.

Dahi Hauraina berkerut. Bingo?

"Sorang-sorang?" Soalnya dengan pelik.

Alexander tersengih lalu dia mengangguk.

Hauraina malas mahu bertanya lagi. Dia keluar apabila Alexander baring dan menutup matanya. Malas mahu mengacau ayahnya yang kelihatan tidak berapa sihat itu, dia berlalu ke ruang tamu.

"Daddy okay?" Soal Danish, tangan Hauraina di tarik untuk duduk di sebelahnya. Perut isterinya yang sudah besar di usap sayang.

"Hm okay" senyuman nipis terukir lalu dia melentokkan kepalanya di dada bidang Danish.

"Abang, bila Xiong pergi Spanish?" Soal Hauraina sambil bermain dengan tangan suaminya.

"Malam esok, kita teman dia ya? Xian tak nak ikut katanya" Kata Danish.

Hauraina memandang suaminya, muka lelaki itu kelihatan sedih.

"Abang okay?" Hauraina memeluk erat tubuh suaminya.

"Abang okay, sayang" dahi isterinya di kucup.

"Let's go to bed, my cutie wife needs rest" badan kecil isterinya di cempung lalu dia menuju ke lift. Tangan Hauraina melingkar di lehernya.

"Take care of yourself, Xiong" Danish memeluk sahabat karibnya itu.

"You too bro. Tak sempatlah aku nak tengok anak buah aku bulan depan" Xiong tersenyum nipis. Dia menempah ticket awal kerana pada bulan enam akan ramai orang di airport. Dia tidak suka suasana sesak.

"Tak apa, jumpa juga nanti lepas tiga tahun" Hauraina ketawa kecil, tangannya mengusap perut.

Xiong tersenyum, dia dan Danish berpandangan.

"Mungkin, ada kisah tentang aku pula nanti" Xiong ketawa kecil.

Danish tersengih, mereka berdua berjabat tangan sebelah Xiong masuk ke balai perlepasan. Baru sahaja dia nak menarik beg roda, satu suara menjerit.

"Wait!! Hong Xiong!!" Xian berlari, dia melanggar sahaja manusia-manusia di situ. Tubuh Abang sulungnya di peluk dengan kuat.

"Jaga diri bro, jangan lupakan aku" ujar Xian.

Xiong tersenyum melihat adiknya, dia tahu yang Xian hanya ego. Tidak mungkin yang lelaki itu akan biarkan dia bertolak ke Spanish begitu sahaja.

"Kalau rasa nak datang, datang lah. Mereka sentiasa menunggu kepulangan kita" ayat Xiong membuatkan Xian tersentap.

"Aku pergi dulu, Xian. Jaga diri" mereka berdua berpeluk untuk kali terakhir dan Xiong hilang selepas masuk ke balai perlepasan.

Danish, Tengku Asyraf, Alisa dan Hauraina melihat Xian yang menangis.

"Apa! Tak pernah tengok lelaki hensem menangis ke?" Marah Xian lalu dia meninggalkan mereka semua.

Mereka yang di situ ketawa. Xian berjalan sambil menghentakkan kakinya.






HAI! MAAF LA KITE BARU DAPAT UPDATE HEHE

JANGAN LUPA VOTE TAU! ADA TYPO NNT AUTO BETULKAN. TQ SUDI SUPPORT AUTHOR SAMPAI CERITA NI DA NAK HABIS! I LOVE YOU ALL !!

Continue Reading

You'll Also Like

2.1K 114 24
DAURATUL SYAHIDAH | HAKIM AL-QAYYISH **** " Wey...kenal ark mamat pakai spek tu ? " - Daura " Aku kat j...
25.6K 1K 24
[ C O M P L E T E D ] Apabila dua hati terserempak tanpa sengaja, apa yang bakal terjadi? Apabila hati mula terpaut dan terjalin satu kasih sewaktu m...
1.8K 298 32
"Mengapa kamu tidak percaya akan kebesaran Allah? Padahal Dia sesungguhnya telah menciptakan kamu dalam beberapa tingkatan kejadian. Tidakkah kamu pe...
1.3M 33.3K 46
When young Diovanna is framed for something she didn't do and is sent off to a "boarding school" she feels abandoned and betrayed. But one thing was...