DANISH HAIZIQ |✓

By laika_aika

178K 9.1K 793

Danish Haiziq- Seorang lelaki yang ada auranya sendiri. Kacak,segak dan bergaya. Ah! Dia memang cukup sempurn... More

prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Epilog
𝑺𝒑𝒆𝒄𝒊𝒂𝒍 𝒃𝒂𝒃

Bab 41

2.6K 167 10
By laika_aika

"Abang, Thomas hidup lagi" Hauraina memandang Danish yang sedang makan makanan hospital miliknya. Dia tiada selera mahu makan makanan itu. Sudahlah tawar ! Buah anggur yang di bawa oleh Alexander tadi di ambil lalu di suapkan ke dalam mulut.

"Ye sayang, Abang dah tahu dulu dah" Danish menuang air mineral lalu dihulurkan kepada isterinya. Matanya terhenti kepada lengan Hauraina yang berkesan garis-garis. Rahangnya diketap.

"Sakit ?" Soal Danish sambil memegang lengan isterinya.

Hauraina melihat lengannya yang merah akibat di libas oleh Salmah.

"Dah tak sakit bila dengan abang" Hauraina tersengih lalu melentokkan kepalanya di dada bidang Danish apabila suaminya duduk di sebelahnya.

Danish ketawa melihat perangai comel isterinya itu. Dahi Hauraina di kucup lembut.

"Abang, Xian macam mana? Tadi Arrien tak nampak pun dia. Ada Xiong je" soal Hauraina, mulutnya masih mengunyah buah anggur.

"Xian koma sebab kena langgar masa Arrien kena culik tu. Keadaan dia dah stabil, cuma tunggu dia sedar je. Kita doa yang baik-baik ya?" Danish tersenyum nipis apabila memandang isterinya. Hauraina terdiam lalu memandang suaminya.

"Nanti lepas Arrien dah boleh keluar dari hospital, Arrien nak pergi tengok Xian boleh?" Hauraina mencucuk-cucuk lengan suaminya.

"Boleh sayang, tapi sekarang Abang nak Arrien makan ubat dulu okay? Biar cepat sihat" pucuk hidung Hauraina di cubit sehingga merah padam.

"Ish Abang ! Sakitlah hidup Arrien" mulut di muncungkan.

Danish ketawa, mulut muncung itu terus di cium lembut.

"I'm sorry okay, my little lady? Dah cepat makan ubat lepastu rehatkan badan okay?" Danish memberikan isterinya tiga biji ubat pill lalu mengisi air mineral ke dalam cawan yang sudah kosong.

Ubat di telan dengan paksa, Hauraina menyandarkan badannya di kepala katil, tangannya yang ada IV drip mengusap perut yang sudah pun kosong.

"Maafkan mama, maafkan mama sebab tak berjaya selamatkan kamu" Hauraina mengeluh perlahan lalu matanya bertakung dengan air mata.

"Mama lemah, maafkan mama sayang. Sayang tunggu mama di syurga okay?" Air mata yang mengalir di pipi di seka lalu dia tersenyum nipis.

"Hei Arrien, Abang nak Arrien rehat. Tolong jangan ingat kisah pahit tu lagi" Danish memeluk isterinya.

"I hate to see your tears. I hate to see you sad. Please sayang?" Suara Danish menjadi serak.

"Arrien minta maaf" Hauraina menunduk.

Danish tersenyum lalu mencium ubun-ubun isterinya. Selimut di tarik untuk menutupi badan kecil itu.


.



Sekelilingnya di pandang, kosong. Kaki terus berjalan sehinggalah kakinya terhenti apabila ada satu cahaya di hadapannya. Dia melihat seorang wanita berjubah putih sedang tersenyum manis sambil memandangnya. Wajah wanita itu bersih dan bersinar.

"A-allien" Matanya tidak berkelip, air mata mula bertakung di tubir mata.

Wanita itu mendekatinya lalu memeluknya dengan erat.

"I miss you Alexander" bisik wanita bernama Hailiena Allien itu.

Alexander membalas pelukan itu, sudah lama dia tidak merasa pelukan hangat isterinya.

"I miss you too dear" esakannya pecah didalam pelukan isterinya itu.

"Dear, Abang minta maaf. Abang mungkir janji kita. Maafkan Abang dear" Alexander memandang isterinya.

Hailiena tersenyum nipis lalu mengusap kepala suaminya. Dahi Alexander di kucup lembut.

"Dear tak marahkan Abang pun, Abang janganlah menangis" pujuk Hailiena dengan suara yang lembut.

"Abang rindukan dear, Abang nak dear di sisi Abang" suara Alexander sayu.

"Dear selalu ada di sisi Abang, dear tunggu Abang dekat sini" Apabila Hailiena mengangkat tangannya, kabus putih tadi hilang dan menunjukkan mereka sekarang berada di sebuah sungai cantik. Ada banyak pokok buah di situ, air terjun yang jernih dan burung-burung berterbangan dengan tenang.

Alexander menggenggam tangan isterinya dengan erat. Mereka berdua jalan bersama-sama di kawasan air terjun itu.

"Abang jagakan anak kita ya? Walaupun dia sudah berkhawin, dear nak Abang selalu ambil berat pasal dia" ujar Hailiena dengan suara yang sedikit berbisik.

"I will, dear. I'm promise, Abang tak akan ulang kesilapan yang lama. Abang akan jaga Hauraina dengan penuh kasih sayang" Alexander dan Hailiena duduk di tepi sungai.

Hailiena menyandarkan kepala di bahu Alexander, tangan mereka bersatu.

"Hidup Abang terasa kosong tanpa dear, dearlah permaisuri di hati Abang. Tiada siapa yang mampu gantikan tempat dear" Kepala Hailiena di belai sayang. Dia tau itu hanyalah mimpi. Tetapi dia bersyukur kerana Allah menemukannya dengan orang yang dia cintai, walaupun hanya di dalam mimpi.

"Maaf sebab tinggalkan Abang, dear tak kuat" Hailiena menangis di bahu suaminya.

"Dear janji, dear akan tunggu Abang" mereka berdua berpandangan lalu perlahan-lahan Hailiena hilang dari pandangannya.

Alexander membuka matanya lalu melihat sekeliling, gelap. Dia kini berada di dalam bilik tidur. Senyuman nipis terukir apabila teringat mimpinya tadi. Dia mimpikan isterinya yang sudah lama menghadap ilahi.

Gambar Hailiena yang berada di dalam frame di atas meja lampu tidur itu diambil lalu dia mengucup gambar itu dengan lama.

"I miss you dear, Thank you for being a good wife to me. Thank you for being in my life. Wait for me Hailiena Allien" Air matanya menitis di atas gambar itu lalu dia mengukir senyuman.

Alexander bangun dari baringnya lalu masuk ke dalam bilik air. Dia mahu bersiap untuk melawat anaknya yang sudah seminggu berada di hospital.



.

Hauraina merenung IV drip yang berada di tangannya lalu dia mengeluh perlahan. Tali air itu di main kerana geram.

"Hei, jangan sentuh tu. Nanti tercabut baru tahu" Alexander menemani Hauraina sementara Danish pergi ke markas.

"Haura bosan lah daddy! Haura nak keluar dari sini" Hauraina mencebikkan bibirnya. Lolipop yang dibeli oleh Danish tadi di ambil lalu menyumbatkannya ke dalam mulut.

Alexander ketawa melihat perangai anak perempuannya itu. Memang sama seperti perangai isterinya.

"Kalau bosan, kenalah cepat sihat" ujar Alexander.

"Haura dah sihat lah daddy ! Tengok ni dah boleh bergerak dah" Hauraina mencebikkan bibirnya lalu memeluk tubuh. Acah-acah merajuk.

Alexander ketawa lagi, tangannya naik mengusap rambut anak perempuannya itu.

"Daddy, Haura minta maaf sebab tak dapat bagi daddy cucu" suara Hauraina mendatar.

Lelaki berumur itu tersenyum nipis, dia mengucup dahi anaknya lembut lalu memeluk bahu Hauraina.

"Daddy tak kisah, yang penting anak daddy ni selamat dan sihat. Anak Boleh buat lagi. Betul tak?" Sengaja dia mengusik anak perempuannya itu sehingga wajah putih Hauraina berubah menjadi merah.

"Haura nak tahu tak, mommy dulu banyak kali gugur. Dia banyak kali menangis dan minta maaf dekat daddy. Sedangkan daddy okay aje, tak ada anak, ada dia pun sudah cukup" Alexander tersenyum.

"Masa mommy mengandung, mommy gembira sangat sebab akhirnya dia berjaya jaga Haura sampai dia bersalin" ujar Alexander.

"Tapi Haura tak sempat jumpa mommy" Hauraina menunduk.

"Mommy tunggu kita dekat sana" ujar Alexander lalu dia memeluk bahu anak perempuannya itu dengan erat.

Mereka berdua membalas senyuman, perbualan Hauraina dan ayahnya mati apabila seorang doktor perempuan masuk ke dalam ward Hauraina. Tepat pada masa yang sama, Danish juga masuk ke dalam.

"Izinkan saya periksa Puan dulu ya?" Beberapa orang nurse perempuan menarik langsir supaya menutupi katil Hauraina lalu mereka memeriksa Hauraina.

Usai pemeriksaan, Doktor perempuan itu membuka mask lalu tersenyum kepada Hauraina dan Danish.

"Alhamdulillah keadaan Puan dah okay, Puan nak keluar ke taknak?" Soal Doktor itu lalu ketawa.

"Eh nak lah! Saya dah bosan tau duduk hospital lama-lama" Hauraina mencebikkan bibirnya.

"Okay okay, Puan boleh keluar hari ini" Doktor itu ketawa, Hauraina menyalam tangan Doktor perempuan tadi.

"Yey dah boleh keluar" Hauraina tersengih kambing lalu menukar pakaiannya.Danish ternganga melihat isterinya yang seperti tiada apa-apa berlaku. Danish bercadang mahu melawat Xian selepas pulang daripada hospital.

Sampai di markas, mereka jalan menuju ke bilik Xian di tempatkan. Hauraina melihat Xiong sedang membaca surah yasin di sisi adiknya itu. Habis ayat terakhir, Xiong memandang Hauraina.

"Awak dah balik" Xiong tersenyum manis.

Hauraina membalas senyuman lelaki itu lalu dia melabuhkan punggungnya di sebelah Danish.

"Saya minta maaf, sebab saya Xian koma" Hauraina merenung Xian yang tidak sedarkan diri.

"It's not your fault, Haura. Benda dah nak jadi" Xiong melihat adiknya yang masih koma. Sudah mahu masuk dua minggu

"Erghh" suara itu datang daripada Xian,  jari kelingking lelaki itu bergerak lalu matanya terbuka.

"Xian !"





Hehe hai! Jangan lupa vote tau

Klw ada typo nnt author betuikan

Wait for Bab 42 😈

Continue Reading

You'll Also Like

4.5K 149 14
Second Story : 𝕴𝖙'𝖘 𝖒𝖎𝖓𝖊 Tengku Hendy Malik ^^ Zayla Mikaylia ~🌷~ Tengku Malik Bin Dato' Khan Hamdan Mali...
97.2K 5.7K 57
When workaholic rock band leader Hongjoong is out with his friends he runs into a handsome stranger and begins to form a romantic relationship. What...
847K 8.4K 68
𝐢𝐧𝐜𝐥𝐮𝐝𝐞𝐬 𝐚𝐥𝐥 𝐨𝐟 𝐭𝐡𝐞 𝐛𝐨𝐲𝐬 ✦ .  ⁺   . ✦ .  ⁺   . ✦ don't forget to vote, share and comment. 🤍
1.6K 79 29
BERMANDIAN DARAH SUDAH BIASA BAGINYA. SEORANG MAFIA YANG HIDUP DI DUNIA PENUH PENIPUAN DAN KEJAM. IT'S ALL STARTED WITH A LIE ALEX RYDER GRAYSON X NA...