DANISH HAIZIQ |✓

By laika_aika

142K 7.7K 751

Danish Haiziq- Seorang lelaki yang ada auranya sendiri. Kacak,segak dan bergaya. Ah! Dia memang cukup sempurn... More

prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Epilog
𝑺𝒑𝒆𝒄𝒊𝒂𝒍 𝒃𝒂𝒃

Bab 36

2.3K 160 36
By laika_aika

Sebulan telah berlalu, Danish Mula hairan apabila Fuoco Spinato tidak lagi membuat kecoh. Salmah juga hilang.

Danish menuruni tangga, dia melihat Hauraina yang sedang memasak makanan tengah hari.

"Hmm" Danish memeluk Hauraina lalu menyembamkan mukanya di ceruk leher isterinya.

Hauraina tersenyum, itu memang rutin harian suaminya. Tomyam di masukkan ke dalam mangkuk lalu di hidangkan ke atas meja.

"Abang, boleh tak Arrien nak minta satu permintaan?" Hauraina memeluk lengan suaminya.

Danish mencium ubun-ubun Hauraina. Rasa tenang apabila mencium wanita kesayangannya itu.

"Apa dia?" Danish mencubit dagu Hauraina lalu mengangkat wajah gadis itu untuk memandangnya.

"Boleh tak kalau Abang  gelarkan diri Abang tu 'Abang' kalau dengan Arrien. Janganlah kau aku ! Tak romantik tau tak?" Hauraina memuncungkan bibirnya.

Danish ketawa, comel apabila mendengar permintaan isterinya itu. Bibir muncung Hauraina di kucup lembut.

"Alright dear, I'll try okay?" Danish menggenggam tangan isterinya, mereka berdua pergi ke halaman rumah. Tunggu kedatangan Tengku Asyraf, mereka sudah berjanji mahu makan tengah hari bersama-sama.

Baru sahaja Hauraina ingin mengambil tempat di sebelah suaminya, dia terus berlari ke bilik air.

"Uwerkk.. uwerkk" Hauraina memuntahkan isi perutnya. Tekaknya terasa loya. Dia dapat rasa ada orang mengusap belakang badannya dengan lembut.

"Are you okay, my little lady?" Soal Danish dengan nada risau.

Hauraina menganggukkan kepalanya. Kepala yang terasa berdenyut-denyut di picit.

Danish memapah isterinya ke ruang tamu, minyak angin di ambil lalu di sapukan ke hidung Hauraina. Dia membaringkan isterinya di atas peha lalu mengurut kepala wanita itu dengan lembut.

Hauraina terasa selesa apabila kepalanya di urut, lalu perlahan-lahan matanya tertutup rapat.

"Haura sayang"

Dia memandang ke kiri, kawasan itu kosong tiada orang. Di sekelilingnya dipenuhi kabus. Dia terpaku ke suatu tempat apabila ada seorang perempuan berbaju jubah putih bersih berdiri di situ.

"Haura, my lovely daughter" tangan wanita itu didepakan.

"M-mommy !" Hauraina berlari menuju ke wanita itu. Badan kurus itu di peluk erat.

"I miss you, Haura" Wanita itu mengusap-ngusap kepala anak perempuannya.

Hauraina memandang ibu kandungnya itu. Air matanya bertakung. Tiba-tiba kabus tadi menghilang, kini mereka berada di sebuah taman. Sungguh cantik. Di situ hanya ada mereka berdua.

"Sini Haura, duduk sebelah mommy" ujar ibu kandungnya, namanya ialah.. Hailiena Allien.

Hauraina tidak membantah, dia terus duduk di atas rumput bersama ibunya.

"N-ni mommy?" Dia mula bersuara.

Hailiena Allien tersenyum nipis lalu menganggukkan kepalanya. Kekura tangan anaknya di usap sayang.

"Ya sayang, I'm your mom" senyuman manis di berikan.

"K-kenapa mommy pergi? Kenapa mommy.." suara Hauraina sudah mula serak. Tubir matanya bertakung.

Wanita itu mengesat air mata di pipi anaknya. Lalu tubuh itu di peluk erat.

"I'm sorry.. I'm sorry sayang" Hailiena mengusap-ngusap badan anaknya itu.

"H-haura nak mommy, daddy pun nak mommy. K-kenapa mommy tinggalkan kami" teresak-esak dia menangis di dalam pelukan ibunya.

Wanita itu tersenyum nipis lalu menolak lembut tubuh kecil Hauraina. Mata berkaca Hauraina di tenung lama.

"Haura nak mommy, Haura nak kasih sayang mommy" tersedu-sedu dia menangis.

"Shh, mommy sentiasa ada dengan kamu, Haura. Mommy sayangkan Haura. Haura dah bacakan surat yang mommy tulis tu?" Hailiena masih tersenyum. Tangannya setia menggenggam tangan anaknya.

"Mommy tunggu Haura dengan daddy tau?" Hauraina memandang ibunya.

"Ye sayang, mommy akan tunggu kamu berdua di sini" dia mengucup dahi anaknya.

Hauraina menangis, dia memeluk tubuh ibunya dengan erat. Tidak mahu membiarkan ibunya pergi.

"Mommy sayangkan Haura" tangannya mengusap rambut Hauraina.

"H-haura pun sayang mommy"

Perlahan-lahan Hailiena hilang. Hauraina mencari-cari ibu kandungnya itu. Tetapi tiada. Dia sudah pun pergi.

"Arrien.."

"Arrien !"

Mata Hauraina terbuka luas lalu dia duduk. Pipinya terasa basah.

"Arrien, are you okay? Why are you crying, sayang?" Soal Danish dengan risau. Badan kecil itu di tarik lalu di peluk.

"A-abang, Arrien mimpi mommy" Hauraina memandang suaminya, air matanya mengalir di pipi.

"Abang, Arrien nak mommy. Ar-arrien rindu mommy" Hauraina mula teresak-esak. Air matanya membasahi baju kemeja suaminya.

Danish merasa sebak apabila mendengar luahan isterinya. Dia mengeratkan lagi pelukannya.

"Abang, kenapa mommy tinggalkan Arrien?" Soal Hauraina seperti kanak-kanak.

Danish tersenyum nipis, dia menyeka air mata isterinya. Mata berkaca Hauraina di pandang.

"Dia tak tinggalkan Arrien, dia ada dengan Arrien" pujuk Danish.

"Kita sedekahkan Al-fatihah untuk mommy ya?"  Lelaki itu tersenyum manis, lalu hidung merah isterinya di kucup lembut.

Hauraina melentokkan kepalanya di dada bidang suaminya. Masih kedengaran sedu-sedu kecilnya.

"Abang sayangkan Arrien" Ujar Danish dengan senyuman manisnya.

Hauraina terdiam, dia memandang suaminya. Dia tidak salah dengarkan tadi? Danish menggelarkan dirinya 'abang' kan?

Senyuman mula terbit di bibir Hauraina.

"Arrien pun sayangkan Abang"

.

Danish membawa Hauraina ke pejabat kerana Maksom tiada. Dia tidak dapat menumpukan perhatiannya pada kerja apabila melihat Hauraina asyik muntah. Dari tadi isterinya itu berlari ke tandas lalu memuntahkan isi perut. Minyak angin sudah pun di sapu tetapi seperti tiada kesan.

Pintu pejabat Danish di buka oleh seseorang. Ada tiga orang melangkah masuk ke dalam pejabatnya.

"Kenapa dengan Haura?" Soal Alisa, di melihat Danish sedang memapah tubuh kecil Hauraina ke sofa.

"I don't know, dari tadi dia muntah-muntah, lepastu mengadu sakit kepala"  Danish mengurut-ngurut kepala Hauraina.

Alisa dan Tengku Asyraf berpandangan, mereka berdua tersenyum sinis.

"Sayang ada lebihkan?" Tengku Asyraf memandang isterinya. Alisa mengangguk.

"Bro" Tengku Asyraf memberi isyarat kepada Danish. Mereka berdua terus sahaja pergi ke meja kerja. Meninggalkan Hauraina, Alisa dan Xiong.

Alisa mengambil sesuatu di dalam begnya lalu dia duduk di sebelah Hauraina. Kotak kecil itu di berikan kepada Hauraina.

"Take this and go try it in the toilet" Alisa mengenyitkan matanya.

Hauraina memandang kotak itu lalu dia merenung anak mata biru milik Alisa. Dia teragak-agak mahu mengambilnya.

"Cuba jela Haura" ujar Xiong, keningnya  terangkat-angkat.

Hauraina dengan relanya mengambil kotak itu lalu menuju ke bilik air.

Alisa dan Xiong membuat muka teruja. Tidak sabar mahu menunggu keputusan.

Pintu pejabat Danish di buka lagi sekali. Lelaki itu dengan selambanya merebahkan dirinya di atas sofa. Matanya merenung siling.

"Kau kenapa Xian?" Soal Alisa.

"Bosan lah, selalunya waktu macam ni aku dengan Thomas pergi kacau awek" ujar Xian.

Alisa dan Xiong berpandangan, mereka berdua membuat muka.

Hauraina merenung 'alat' itu dengan matanya tidak berkelip. Sudah setengah jam dia duduk di dalam bilik air itu.

Senyuman mula terukir di wajahnya apabila melihat dua garis di kedua-dua 'alat' itu.

TOK!TOK!TOK!

"Arrien, okay tak? Kenapa lama sangat dalam tu?" Danish mengetuk-ngetuk pintu bilik air itu bagaikan nak roboh.

"Ye abang, kejap!" Hauraina membuang kotak itu, dia membasuh tangan lalu menyorokkan 'alat' tadi di belakangnya.

Pintu bilik air perlahan-lahan dibuka. Danish sedang memandangnya dengan risau. Alisa, Tengku Asyraf dan Xiong pula membuat muka tidak sabar mereka. Xian hanya duduk sambil memandang pelik ke arah mereka semua.

"Macam mana?" Soal Alisa.

Danish memandang Alisa, dia mengerutkan dahinya apabila melihat tiga makhluk itu tersenyum sambil memandang Hauraina.

"My little lady, Are you hiding something from me? Hm?" Danish memeluk tubuh, matanya menikam anak mata Hauraina.

Hauraina tersengih lalu dia mengeluarkan 'alat' itu dari belakang badannya. Laju sahaja tangan Danish mengambil 'alat' yang menunjukkan dua garis.

"M-my little lady... you're pregnant !" Danish mengangkat tubuh kecil itu lalu memusing-musingkannya di udara.

Tengku Asyraf, Alisa dan Xiong juga teruja mendengar berita baik itu.

"Kalau Alisa tak bagi pregnancy test tu, mesti Haura taktau yang dia mengandung" ujar Xiong.

"Ha ?!! Haura mengandung?!" Xian menjerit teruja.

"Lambat !" Mereka semua memandang Xian.

Hauraina ketawa, dia dan Danish berpandangan lalu mereka tersenyum.

"I love you Arrien" dahi isterinya di kucup lembut.

"I'll protect you and our baby, I promise" Danish tidak dapat mengubah wajahnya kepada dingin, dia terlalu gembira apabila mendapat tahu isterinya mengandung.

"I love you ! I love you !" Kedua-dua pipi Hauraina di cium. Lalu mereka berdua ketawa.

Mereka semua yang berada di situ tersenyum melihat pasangan bahagia itu.




Hello !!! Maaf late hehe . Dh nk exam UASA la sayang😔

Jangan lupa vote tau!! Tq sudi baca hehe . Klw ada typo nnt I betuikan.

Btw follow my ig bolehh :
Daisyaika__

My TikTok:
Aikadaisy

Thank you!!!!

Continue Reading

You'll Also Like

687 83 7
Hidup ini akan ada penghujungnya. Lydia Triestina, hanya gadis yang ingin kebebasan dan kasih sayang. Inginkan hidup seperti orang lain tetapi malang...
7.7K 355 33
Lisa Erica seorang gadis remaja yang anti lelaki atau susah menerima lelaki di dalam hatinya.ingin menyukai seseorang yang berjantina lelaki tak pern...
3.2K 181 16
RAJA EFZAN || TENGKU AMELIA ⚠️WARNING⚠️ -KIDNAPPING -ABUSING -KILLING ⚠️WARNING ⚠️ Pertemuan yang hanya bermula dengan pergaduhan di lapangan te...