DANISH HAIZIQ |✓

Par laika_aika

142K 7.7K 751

Danish Haiziq- Seorang lelaki yang ada auranya sendiri. Kacak,segak dan bergaya. Ah! Dia memang cukup sempurn... Plus

prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Epilog
𝑺𝒑𝒆𝒄𝒊𝒂𝒍 𝒃𝒂𝒃

Bab 29

2.6K 175 33
Par laika_aika

Danish membatalkan majlis pertabalannya kerana keadaan Xiong agak teruk. Pipi lelaki itu bengkak, tangan dan kaki tidak boleh bergerak. Agak teruk dia kena berlasah semalam.

"Jangan tinggalkan aku bang!! Kau satu-satunya ahli keluarga yang aku ada!" Xian menangis seperti budak kecil. Tubuh Xiong yang duduk di atas kerusi roda itu di peluk erat.

"Eii sanalah! Rimas tau tak?!" Marah Xiong. Dia kena pukul aje pun! Bukannya kena tikam!

Xian mencebikkan bibirnya, pelukan di lepaskan lalu dia duduk bersila di atas sofa. Hauraina ketawa melihat muka Xian yang seperti merajuk itu.

"Kenapa kau batalkan majlis tu bro? Teruskan aje lah" geram Xiong.

"You're more important, shit" Danish bangun daripada duduknya lalu mendekati Xiong, belakang kepala lelaki itu di ketuk dengan selamba.

Xiong meringis kesakitan, tadi cakap dia lebih penting. Ini tiba-tiba sahaja mahu pukul !

"Aku balik dulu bro, cepat sikit sihat tu" Ujar Danish dengan sinis.

Danish menarik Hauraina ke pintu keluar, pinggang isterinya di peluk erat.

Sampai sahaja di rumahnya, Danish melihat jam sudah menunjukkan pukul sebelas malam. Kaki melangkah naik ke tingkat atas. Masuk sahaja ke dalam bilik tidurnya, Danish melihat Hauraina sedang merenung sekeping gambar. Berkerut dahi wanita itu apabila gambar di tangannya di dekatkan sedikit ke muka. Dia jalan mendekati isterinya lalu pinggang si isteri di cuit.

"Buat apa?" Soal Danish kepada isterinya yang leka merenung gambar-gambar di atas katil.

Hauraina tersentak, dia terus menoleh  memandang muka si suami lalu tersengih kambing.

"Saya tengok gambar ni, siapa ni Abang?" Soal Hauraina gambar di tangannya di berikan kepada suaminya.

Danish melihat sekeping gambar yang di hulurkan oleh isterinya. Gambar dua orang lelaki tersenyum sambil duduk di atas sebuah bangku. Permandangan belakangnya ialah pantai berlaut hijau. Sungguh cantik. Satu garis senyuman muncul di bibir Danish apabila dia melihat gambar itu. Air mata yang mengada-ngada ingin bertakung, di tahan.

"Ini Abang aku, nama dia Darwin" Terang Danish, gambar itu di ambil oleh Hauraina semula.

"Oh ! Mana dia sekarang?" Soal Hauraina ingin tahu.

Melihat Danish hanya diam, membuatkan Hauraina semakin tertanya-tanya. Tangannya menyentuh kekura tangan si suami.

"Abang.." seru Hauraina, wajah suaminya yang mendung di pandang.

Danish mengeluh perlahan, dia patut cerita tentang dirinya kepada isterinya itu. Matanya dan mata Hauraina bertemu.

"Come here" Danish membaringkan isterinya di atas ribanya. Rambut si isteri di belai sayang.

"Dia ada.. Tapi di alam lain" Danish tersenyum kecil apabila melihat mulut Hauraina terbuka sedikit.

"Darwin seorang Abang yang baik. Selepas kematian mak dan ayah aku, We only have each other" Dia Mula bercerita, tangan Hauraina di genggam erat.

"Jarak umur kami hanya dua tahun. Dia latih aku jadi seorang yang kuat, dia latih aku jadi seorang yang berani dan jangan takut menghadap apa sahaja cabaran yang datang. Tanpa dia, aku bukanlah Danish yang kau tengok sekarang" sambungnya.

Hauraina menganggukkan kepalanya. Wajahnya suaminya di pandang, Mata Danish seperti ada sesuatu yang di sembunyikan. Adakah ia dendam? Ataupun rindu?

Danish menutup matanya seketika, terasa tangan Hauraina membalas genggamannya dengan lebih erat apabila dia mula menggigil menahan sakit dan marah.

"Pada tahun 2009, aku dan dia bergegas pulang dari tempat kerja apabila mendapat tahu ada orang menceroboh markas Rosa Nera. Dalam perjalanan ke markas, ada satu kereta mengekori kereta kami. Dia tembak tayar dan hack kereta tu, Darwin tak dapat kawal sebab stereng terkunci. Dan akhirnya kereta kami terbabas"

Untuk pertama kalinya, Hauraina melihat suaminya menangis. Tangan di bawa ke pipi Danish lalu dia mengesat air mata itu.

"Aku gagal, Arrien" Danish menunduk, memandang isterinya yang baring di atas ribanya.

"Apa yang Abang gagal?" Soal Hauraina tidak faham.

Suasana menjadi sunyi seketika. Hauraina bangun daripada baringnya lalu dia memandang Danish. Mata suaminya hanya merenung wajahnya.

"Aku gagal selamatkan dia Arrien. Kereta tu meletup betul-betul di hadapan aku. Aku dengar dia menjerit di dalam api yang marak. Dia sudah cuba keluar tapi tidak berjaya" air matanya mengalir ke pipi.

"Aku gagal Arrien, aku gagal untuk selamatkan abang aku" Danish Mula teresak-esak. Itulah kisah silamnya yang paling gelap.

Hauraina terasa sakit apabila melihat suaminya yang begitu lemah sekarang. Tidak seperti Danish yang dia kenal. Jarak di dekatkan lalu dia memeluk tubuh suaminya.

"Semenjak kejadian tu, aku hanya di kenali dengan Danish yang dingin" sambungnya dengan esakan yang masih berbaik.

Danish menyembamkan mukanya di leher isterinya. Haruman si isteri membuatkannya terasa tenang dan nyaman.

"Jangan tinggalkan aku, Arrien. Kau nyawa aku" Bisiknya dengan suara yang perlahan.

Hauraina tersenyum nipis, rambut perang Danish di belai dengan penuh kasih sayang.

"Arrien tak akan tinggalkan Abang"

Danish duduk tegak, dia memandang wajah putih isterinya.

"Promise?"
"Promise!"

Jari kelingking mereka bersatu lalu Danish menyambar bibir isterinya dengan lembut. Bebannya seperti sudah hilang apabila bersama Hauraina.

.

Danish tersenyum melihat isterinya yang sibuk mengemas dapur. Jarak di dekatkan lalu dia memeluk Hauraina dari belakang. Leher isterinya di cium.

"Morning my little lady" bisiknya dengan suara yang serak.

Hauraina tersenyum melihat gelagat comel suaminya itu. Hari ini genap sebulan mereka berumah tangga.

"Kau masak apa?" Soal Danish, dia melihat kuali yang masih kosong.

"Arrien ingat nak buat pancake je tapi tepung tak ada pulak" Hauraina tersengih, dia ketawa apabila suaminya mencuit pinggangnya.

Baru sahaja Danish mahu membuka mulut untuk bercakap, tiba-tiba..

"Assalamualaikum !" Xian meredah masuk ke dalam rumah itu lalu pergi ke dapur, dia meletakkan sebungkus plastik berisi roti canai ke atas meja.

Hauraina dengan gelabah terus sahaja lari ke bilik Makjah. Tudung Makjah di ambil lalu dia menyarungkan tudung itu di kepalanya.

Thomas masuk ke dalam rumah itu bersama Xiong yang duduk di kerusi roda.

"Nak datang tu bagi tahu lah dulu ! Main masuk aje !" Marah Hauraina, dia memberi Xian dan Thomas jelingan maut.

"Eh Haura ! Ingatkan Makjah tadi" Xian ketawa sambil tangan sibuk membuka ikatan getah di plastik berisi kuah kari itu.

Ternganga Hauraina mendengar kata-kata selamba Xian itu tadi. Nasiblah Xian itu kawan suaminya kalau tidak sudah lama dia hempuk dengan kuali lempeng di atas dapur masuk tu!

"Mana Makjah?" Soal Xiong, dia mengabaikan gurauan adiknya.

"Tu" Xian memuncungkan bibirnya ke arah Hauraina.

Xiong menahan tawa melihat Hauraina yang memakai tudung Makjah. Sudah lah tudung itu labuh sehingga ke pinggang.

"Balik kampung, nak jumpa adik beradik katanya" jawap Hauraina sambil membancuh air kopi dan teh, sempat dia memberi jelingan maut kepada Xian.

Kerusi di sebelah Danish di tarik lalu Hauraina melabuhkan punggungnya di situ. Air kopi tadi di tuang ke dalam cawan lalu di hulurkan kepada mereka semua. Pinggan kaca di ambil, Danish meletakkan dua keping roti canai ke dalam pinggan isterinya.

"Lepasni ikut aku pergi kerja, bahaya duduk rumah sorang-sorang" Danish mengoyakkan sedikit roti canai itu kemudian menyuap isterinya.

Hauraina menganggukkan kepalanya, air teh yang di buatnya tadi di hirup berhati-hati kerana masih panas.

Xian dan Thomas memandang satu sama lain.

"Bestnya makan ada orang suap" ujar Xian dengan nada sayu.

Xiong memasang senyuman sinisnya. Roti canai adiknya yang belum di sentuh di ambil lalu dia mengepalnya menjadi satu bentuk bola, kuah kari di cicah.

"Kesian adik abang, sini Abang suapkan!" Kepala Xian di tarik lalu dia menyumbat masuk ke dalam mulut adiknya itu.

"Uhuk ! Uhuk!" Teruk lelaki itu tersedak sehingga air mata mengalir di pipinya.

Hauraina mula panik melihat Xian yang tidak henti-henti terbatuk. Air kosong di ambil lalu dia hulurkan kepada lelaki itu.

Xian berhenti batuk apabila Xiong menepuk belakang badannya.

"Kenyang?" Soal Xiong tanpa rasa bersalah. Senyuman ikhlas di berikan kepada adiknya.

Xian mengepal tangannya menjadi penumbuk. Mentang-mentang tangan sudah boleh bergerak! Dan tiba-tiba satu idea jahat muncul. Dia berdiri di belakang kerusi roda abangnya.

"Revenge is necessary" ujar Xian dengan sinis lalu dia menolak Xiong dengan laju ke ruang tamu.

Suara jeritan Xiong bergema di dalam rumah agam itu.

"Berhenti woi !!!"

Bam!

Alangkah terkejutnya Xian apabila ada seseorang membuka pintu ruang tamu itu. Abangnya sudah selamat terbang ke luar rumah.

"Astagfirullah ! Xiong kau okay tak ni?" Soal satu suara garau. Dia menolong Xiong yang sudah meniarap di halaman rumah itu.

"Arghh !" Xian menjerit apabila rambutnya di cengkam kuat oleh lelaki yang menolong Xiong tadi.

"What are you doing, shit?" Soalnya dengan suara yang serak.

Danish tersenyum sinis, dia hanya melihat sahaja mereka semua yang buat masalah tadi di marah oleh Tengku Asyraf. Tepat pada masanya Tengku Asyraf datang.

"Macam budak-budak betul !" Ujar Hauraina.

Danish ketawa mendengar kata-kata isterinya itu. Dia meneruskan suapan yang terakhir. Hauraina tersenyum gembira apabila dia di layan seperti seorang ratu.

"You're so cute Arrien" Danish mencuit hidung isterinya.

Seorang lelaki berumur mendekati mereka lalu dia duduk berhadapan dengan Hauraina. Senyuman manis di berikan kepada Hauraina dan Danish.

"Assalamualaikum Haura, kamu sihat?" Soalnya.

Hauraina melihat Alexander yang sedang merenung anak matanya. Dan tiba-tiba zzap!

Air mata mula ingin bertakung di tubir matanya. Suara Alexander sama seperti suara lelaki yang berada di dalam mimpinya. Suara yang meminta maaf dan menangis.

"Haura?" Alexander melihat anak kandungnya yang mengelamun.

Hauraina memandang Alexander, satu senyuman kecil di berikan.

"Alhamdulillah saya sihat, Tuan sihat?" Jawab Hauraina dengan ramah. Air teh di tuangkan lalu dia menghulurkannya kepada Alexander.

Danish bangun dari duduknya, dia memberi ruang kepada Alexander untuk bersembang bersama Hauraina.

"Aku nak jumpa Tengku kejap" Alasannya.

Sunyi. Hauraina dan Alexander hanya diam dan memandang satu sama lain.

Otak Hauraina ligat berfikir sesuatu.

'Siapakah awak, Tuan ? Kenapa Tuan sentiasa muncul di dalam mimpi saya?' Soal hatinya..






Haiii! Jangan lupa vote... muahhhh

Continuer la Lecture

Vous Aimerez Aussi

1.5M 132K 45
✫ 𝐁𝐨𝐨𝐤 𝐎𝐧𝐞 𝐈𝐧 𝐑𝐚𝐭𝐡𝐨𝐫𝐞 𝐆𝐞𝐧'𝐬 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐒𝐚𝐠𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 ⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎ She is shy He is outspoken She is clumsy He is graceful...
3.5K 265 45
|Kisah antara Delisha Medina & Edrian Edward Lee| Delisha Medina❕ Delisha merupakan seorang gadis riang dan selamba, tetapi kepada orang terdekatnya...
3.6M 291K 96
RANKED #1 CUTE #1 COMEDY-ROMANCE #2 YOUNG ADULT #2 BOLLYWOOD #2 LOVE AT FIRST SIGHT #3 PASSION #7 COMEDY-DRAMA #9 LOVE P.S - Do let me know if you...
2.2K 115 24
DAURATUL SYAHIDAH | HAKIM AL-QAYYISH **** " Wey...kenal ark mamat pakai spek tu ? " - Daura " Aku kat j...