DANISH HAIZIQ |✓

By laika_aika

138K 7.5K 746

Danish Haiziq- Seorang lelaki yang ada auranya sendiri. Kacak,segak dan bergaya. Ah! Dia memang cukup sempurn... More

prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Epilog
𝑺𝒑𝒆𝒄𝒊𝒂𝒍 𝒃𝒂𝒃

Bab 24

2.6K 185 4
By laika_aika

Hauraina melihat dirinya di hadapan cermin. Dia memusingkan badannya, melihat kulit putihnya di hadapan cermin besar itu. Senyuman pahit  terukir di bibirnya.

"Malunya" Hauraina mengeluh.

Tok! Tok! Tok!

"Oi budak kau amik wudhu ke mandi wajib" Danish mengetuk-ngetuk pintu bilik air itu.

"Sekejap!" Hauraina memakai bathrobe lalu keluar daripada bilik air. Dia melihat Danish sedang berdiri tegak, di bahu lelaki itu ada tuala berwarna putih.

"Maaf Abang" Hauraina tersengih kambing.

Danish tersenyum nakal melihat isterinya yang seksi memakai bathrobe.  Satu idea nakal muncul di mindanya.

"Jom mandi sama-sama" Badan kecil Hauraina di tolak masuk ke dalam bilik air lalu dia mengunci pintu.

"Abang!" Hauraina menjerit apabila dia tolak begitu sahaja oleh suaminya. Danish sudah pun menyekatnya di dinding. Wajah Hauraina terus berubah merah.

"Kenapa? Hm?" Danish tersenyum sinis apabila melihat wajah isterinya yang sudah berubah merah.

Hauraina menelan liur. Jaraknya dengan Danish sangatlah rapat. Mata mereka bersabung.

"Abang, saya ada wudhu ni" tersekat-sekat suaranya.

Danish tersenyum sinis lalu menjauhkan jarak mereka.

"Keluar sebelum aku batalkan air wudhu kau" suaranya seperti menggoda.

Hauraina terus membuka pintu lalu berlari keluar daripada bilik air. Danish ketawa melihat muka isterinya yang pucat. Hm tu baru usik sikit !

Usai solat, Hauraina dan Danish bersalaman. Dia mendekati suaminyam Danish mencium dahi Hauraina. Senyuman nipis terukir di bibirnya.

"Abang, dua kembar tu dengan Thomas tidur mana?" Soal Hauraina kepada suaminya.

"Aku dah belikan dia orang rumah" ujar Danish. Dia membeli rumah itu kerana dia mahukan privasi. Waktu dia perlukan bantuan sahaja Xian dan Xiong perlu datang ke rumah agamnya itu.

Hauraina menganggukkan kepalanya. Telekung di buka lalu di sangkut. Semasa Hauraina membuka telekungnya, Danish perasan ada sesuatu di badan wanita itu. Dia nampak melalui lengan kerana jubah mandi yang di pakai isterinya itu agak besar.

"Arrien, sini kejap" seru Danish yang sudah duduk di birai katil.

Hauraina menelan liur,  dia ada buat salah ke? Apa yang suaminya mahukan?

"Jangan risau, aku tak sentuh kau malam ni" usik Danish dengan senyuman nakalnya.

Hauraina mendekati Danish lalu tangannya di tarik dan duduk di sebelah lelaki itu.

"Izinkan aku" ujar Danish.

"H-ha?" Suara sudah gagap.

"Aku nak tengok badan kau"

Hauraina menggelengkan kepalanya. Dia menahan bajunya. Danish di sebelah di pandang.

"S-saya malu"

Danish tersenyum nipis, dia tahu kenapa gadis itu malu. Pipi Hauraina di usap sayang.

"Hei, look at me" dagu gadis itu di cubit lalu mengangkat muka Hauraina supaya memandangnya.

"I'm your husband and you're my wife, Arrien. Don't be shy with me"

Hauraina terdiam. Mata mereka bersabung sementara. Tiba-tiba dia terasa bibirnya di tindih sesuatu yang lembut. Pinggangnya di peluk kemas.

"Izinkan aku" Danish berkata sebelum membuka tali jubah mandi Hauraina. Perlahan-lahan baju itu terlorot ke bawah.

Mata Danish membulat melihat kesan-kesan di badan isterinya.

"Ya Allah"

Hauraina diam. Dia malu apabila lelaki itu melihat tubuhnya yang penuh dengan kesan dera sewaktu bersama makciknya dahulu.

Danish memusingkan badan gadis itu, terdapat satu kesan libasan, kesan itu seperti sudah mahu hilang, yang paling buatnya rasa sakit apabila melihat ada kesan torehan di bahagian perut gadis itu.

"Who did this?" Soal Danish dengan nada dingin.

"M-makcik saya" Mata Hauraina berair.

Danish memeluk gadis itu. Dia mengetap rahangnya. Rasa marah dan ingin menyeksa orang.

"Saya tak sempurna, badan saya tak cantik" teresak-esak wanita itu menangis di dalam pelukan Danish.

"Kau tetap cantik di mata aku Arrien. Jangan risau kesan ini akan hilang tak lama lagi" Danish mengusap-ngusap perut Hauraina.

Wajah Hauraina berubah merah. Jubah mandinya tadi di pakai semula. Dia melihat Danish.

"Abang tetap cintakan saya?" Soal Hauraina.

Danish menyeka air mata gadis itu. Dia menekup pipi Hauraina lalu memberi isterinya senyuman manis.

"Kalau kau sudah pernah di tebuk orang pun aku akan terima kau, Arrien. I will still love yourself" Rambut isterinya di belai sayang. Air mata Hauraina yang masih mengalir di pipi di seka.

Hauraina memeluk Danish dengan erat. Dia rasa selamat apabila bersama lelaki itu. Dia harap perkhawinannya dengan Danish berkekalan. Biarlah ajal yang memisah mereka.


.

Kaki melangkah masuk ke dalam gudang. Wajah lelaki berbadan tegap yang sedang berbaris di pandang dengan dingin.

"Mulai harini, aku nak kau orang semua jaga kawasan rumah aku. Jangan cuai dan gagal" Ujar dia.

"Sì signor!" Mereka berlima memandang Danish.

"Kau tahu apa akibatnya jika kau orang gagal" Danish mengambil sepucuk pistol lalu di usap-usap.

Mereka yang berada di situ menganggukkan kepala. Semua berdiri tegak dan senyap.

Xiong dan Tengku Asyraf hanya memerhati, malas mahu masuk campur. Sebelum ini pun kalau ada apa-apa yang terjadi, memang Danish sendiri yang uruskan walaupun Tengku Asyraf ialah seorang ketua.

Danish melihat Hauraina yang hanya diam sambil melihat sekeliling. Wajah gadis itu kelihatan takut apabila melihat pelbagai jenis senjata di dalam bilik itu. Kaki melangkah mendekati isterinya.

"Kita dekat mana ni, Abang?" Soalnya.

"Markas aku" Danish memandang Xiong. Lelaki itu faham kenapa Danish memandangnya. Dia terus sahaja menyuruh anak-anak buah Rosa Nera keluar daripada bilik itu. Yang tinggal sekarang hanya Alisa, Tengku Asyraf, Danish, Hauraina dan Xiong.

"Sebelum itu aku nak minta kau sesuatu" Mata isterinya di tenung.

"A-apa?" Soal Hauraina gagap. Takut apabila melihat pandangan dingin daripada suaminya itu.

Danish mengambil kedua belah tangan Hauraina lalu di genggam erat. Tangan gadis itu sejuk dan kemerahan kerana suhu bilik yang agak sejuk.

"Janji dengan aku yang kau akan terima aku seadanya" Ujar Danish, matanya berubah lembut.

"Saya tetap akan terima Abang" Hauraina tersenyum nipis.

"Aku ada benda nak jujur dengan kau, Arrien" Danish mengeratkan lagi genggamannya.

Jantung Hauraina berdegup kencang. Takut dengan apa yang bakal di katakan oleh Danish.

Danish mengeluh, dia memandang Tengku Asyraf dan Xiong. Mencari kekuatan. Dia takut isterinya tidak akan menerima semua itu.

"Bila kau dah jadi isteri aku. Kau dah melangkah masuk ke dunia aku sekali, Arrien. Dunia yang gelap" Mata mereka bersabung.

"Apa maksud Abang?" Hauraina mengerutkan dahinya. Tidak faham dengan apa yang di katakan oleh Danish.

"Arrien, aku mafia. Bapak aku orang itali dan mak aku orang malaysia tetapi berdarah spanish. Hidup aku bukan macam orang lain" Tangan sasarnya mengusap pipi Hauraina. Senyuman nipis terukir di bibirnya.

"Hidup aku penuh dengan darah, peluru dan musuh. Bila kau jadi isteri aku, kau dalam bahaya, Arrien. Aku takut untuk berkhawin dengan kau" Danish melihat wajah Hauraina berubah sedih. Mungkin kerana ayat terakhirnya, tetapi dia belum habis cakap. Dia melihat yang lain sudah pun keluar, mungkin mahu memberi privasi kepada mereka berdua.

"Tapi aku cintakan kau, Arrien. Aku takut kehilangan kau dan aku tak nak kau di ambil orang lain. You're mine. Forever mine" bibirnya mengucup dahi Hauraina.

Hauraina tersenyum nipis lalu dia menggenggam erat tangan suaminya. Dia terkejut apabila mendapat tahu semua itu.

"Abang membunuh tak?" Soal Hauraina ingin tahu.

"Tipulah kalau aku cakap aku tak bunuh orang. Tapi aku akan membunuh jika dalam keadaan terdesak ataupun dia sentuh orang yang aku sayang" Danish hanya jujur. Dengan isterinya sahaja dia mampu.

"Abang ketua?" Hauraina mahu tahu lagi tentang suaminya itu.

"Tengku Asyraf ketua, tapi bulan depan akan ada majlis pertabalan dan masa itulah aku di gelar ketua kumpulan rosa nera" Ujar Danish.

"Black rose?" Hauraina memandang Danish, entah macam mana dia dapat tahu maksud nama kumpulan itu.

Danish tersenyum lalu menganggukkan kepalanya. Nampaknya Hauraina tahu maksud bahasa itali itu.

"Maafkan aku, Arrien. Aku tak seperti orang lain. Aku jahat" Danish dan Hauraina berpandangan.

Hauraina tersenyum. Dia mendekatkan jaraknya dengan suaminya lalu menyandar di dada bidang milik Danish.

"Don't worry, Abang. Arrien tak akan tinggalkan Abang dan Arrien terima Abang seadanya"

Danish tersenyum manis, dahi isterinya di kucup sayang.

"Thank you, my little lady. I love you so much. I promise no one can hurt you. I will protect you, Arrien" Danish membelai belakang isterinya. Dia rasa begitu bahagia sekarang. Kehadiran Hauraina memang seperti ubat yang mampu menyembuhkan segala jenis luka.

"Promise?" Hauraina duduk lalu menghalakan jari kelingkingnya.

"Promise!" Jari kelingking mereka bersatu. Danish memeluk Hauraina dengan erat. Beban di dalam hatinya masih belum hilang. Hauraina masih belum tahu tenang sejarah dan ayah kandungnya. Masih awal untuk isterinya tahu semua itu.

Yang dia mahukan sekarang ialah Hauraina. Dia mahu mencipta kenangan yang indah bersama isterinya.












Jangan lupa vote hehe tq sbb baca 🥰

Continue Reading

You'll Also Like

439K 6.1K 32
Rajveer is not in love with Prachi and wants to take revenge from her . He knows she is a virgin and is very peculiar that nobody touches her. Prachi...
4.2M 262K 100
What will happen when an innocent girl gets trapped in the clutches of a devil mafia? This is the story of Rishabh and Anokhi. Anokhi's life is as...
3.2K 180 16
RAJA EFZAN || TENGKU AMELIA ⚠️WARNING⚠️ -KIDNAPPING -ABUSING -KILLING ⚠️WARNING ⚠️ Pertemuan yang hanya bermula dengan pergaduhan di lapangan te...
1.3M 116K 42
✫ 𝐁𝐨𝐨𝐤 𝐎𝐧𝐞 𝐈𝐧 𝐑𝐚𝐭𝐡𝐨𝐫𝐞 𝐆𝐞𝐧'𝐬 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐒𝐚𝐠𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 ⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎ She is shy He is outspoken She is clumsy He is graceful...