DANISH HAIZIQ |✓

By laika_aika

178K 9.1K 793

Danish Haiziq- Seorang lelaki yang ada auranya sendiri. Kacak,segak dan bergaya. Ah! Dia memang cukup sempurn... More

prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Epilog
𝑺𝒑𝒆𝒄𝒊𝒂𝒍 𝒃𝒂𝒃

Bab 21

3.5K 238 9
By laika_aika

  "Kau jemput dia?" Tengku Asyraf memandang Danish yang sedang menaip sesuatu di telefonnya.

Danish meletakkan telefonnya, dia memandang Tengku Asyraf dengan wajah yang dingin.

"Hauraina anak dia, tak salah aku jemput dia" ujar Danish tenang.

"Tapi aku tetap benci dia" sambung Danish.

Tengku Asyraf tersenyum sinis. Nampaknya lelaki ini masih dengan egonya. Percaya dengan benda yang tidak betul.

"Kau dah set tarikh nikah?" Soal Tengku Asyraf.

"Hujung minggu ni" Danish mengetuk-ngetuk jarinya di atas meja. Dia memandang Xian dan Xiong yang leka bermain catur.

"Tak sabar dah ke?" Usik Alisa.

Danish dan Tengku Asyraf memandang Alisa. Senyuman sinis terukir di bibir Danish. Tengku Asyraf mencubit pipi isterinya dengan lembut.

"Of course" Danish menyilangkan tangan dan menutup matanya.

Alisa ketawa. Tengku Asyraf pula menggelengkan kepala.

"Nakal ya? Jangan sampai lepas habis pantang nanti tengok-tengok dah dua line" Tengku Asyraf tersenyum sinis. Pinggang si isteri di rangkul.

"Ish Abang ni! Memang taknak bagi Lisa rehat" Alisa memeluk tubuh lalu duduk di atas sofa. Melihat Xian dan Xiong bermain catur. Tengku Asyraf ketawa melihat muncung isterinya yang sudah seperti itik.

Danish berjalan menuju ke tingkap kaca yang luas. Dia melihat bandar Kuala Lumpur dari tingkat bangunannya. Otaknya ligat berfikir tentang Alexander dan Hauraina.

"Haura dah tahu kerja kedua kau?" Soal Xiong. Seperti biasa, tiba-tiba sahaja muncul sedangkan tadi dia sedang sibuk berlawan catur dengan Xian.

"Belum masanya lagi"

Xiong menganggukkan kepalanya. Dia juga turut memandang bandar Kuala Lumpur yang sesak.

"Aku rasa tak sedap hati lah Nish" Xiong memandang Danish.

"Kenapa?"

"Haurakan dah pernah tengok gambar tu, macam mana kalau dia tertanya-tanya siapa lelaki tu?" Ujar Xiong, dia memandang Danish yang jelas membeku.

Danish hanya diam, betul juga apa kata Xiong itu. Dia harap Hauraina tidak akan bertanya dan dia harap Hauraina lupa tentang gambar itu.

Danish cuba melupakan tentang semua itu. Dia hanya mahu fikirkan masa depannya bersama Hauraina Arrien. Tetapi masa silam dan teka-teki yang masih belum mendapat jawapan, membuatkan dia tidak tenang.

"Kau akan dapat jawapannya Danish, sekarang kau hanya perlu siapkan diri. Tak lama lagi kau akan berkeluarga" Tengku Asyraf menepuk bahu lelaki itu.

Danish tersenyum kecil. Dia menganggukkan kepalanya lalu pergi ke meja kerja. Nombor telefon seseorang di cari.

"Assalamualaikum hello?"

Sungguh lembut suara itu. Membuatkan hati yang tadinya beku kini menjadi cair. Membuatkan api yang membara perlahan-lahan terpadam.

"Jap lagi aku nak amik kau, bersiap sebelum aku sendiri yang siapkan kau" ujar Danish. Matanya memandang Tengku Asyraf dan Alisa yang sedang bergurau senda.

Heh tunggulah dia dah khawin nanti! Memang dia bersawit je dengan Hauraina!

Tapi... dia sweet ke?

Danish ketawa lalu dia menggelengkan kepalanya. Dia sweet ke? Hm tengok lah nanti macam mana..

"Kau apahal? Baru dengar bidadari bagi salam dah jadi gila ke?" Xian memandang Danish yang tiba-tiba sahaja ketawa.

Terus wajahnya beku. Tangan kanannya di bawa ke belakang seluarnya lalu mengeluarkan sepucuk pistol. Pistol berwarna emas itu dihalakan kepada Xian.

BANG!

"Woi! Kau dah bunuh ke sial!" Nasib Xian dapat elak, kalau tak mati lah dia!

"Baru gurau sikit" Danish tersenyum sinis. Pistol tadi di simpan semula.

Xian ternganga. Bukan main rare gurauan mafia ni!

Danish terus sahaja meninggalkan pejabatnya. Tidak sabar mahu berjumpa dengan bakal isterinya. Walaupun satu rumah.

.

Suara seseorang yang sedang menyanyikan satu lagu dalam bahasa inggeris itu membuatkan langkahnya menjadi perlahan. Dia masuk ke dalam rumah lalu melihat gadis itu sedang menonton cerita kartun yang sedang bernyanyi.

"Oh oh oh Like a rainbow" Gadis itu terus berhenti menyanyi.

"Assalamualaikum"

Hauraina pusing ke belakang. Dia tersenyum melihat Danish yang sedang bersandar pada dinding sambil menyilangkan tangan. Malu, mesti Danish dengar dia nyanyi tadi !!.

"Cerita apa kau tengok ni?" Danish melihat kaca television.

"Takde apa" Hauraina menutup cerita itu lalu bangun. Dia memandang Danish yang segak berbaju kemeja dan seluar slack hitam. Danish dan Hauraina masuk ke dalam perut kereta.

"Kita nak pergi mana?" Soal Hauraina sambil memakai tali pinggang keledar.

"Beli baju khawinlah, kau nanti nak pakai baju t-shirt dengan kain batik je ke?" Danish membalas soalan Hauraina dengan sinis. Hauraina menjeling lelaki itu. Mahu bertanya pun tak boleh!

Danish menumpukan perhatian pada jalan raya. Dia memandu dengan tenang, memandangkan petang ini jalan tak terlalu sesak. Danish mendengar Hauraina menyanyikan satu lagu yang sama seperti di rumah tadi. Satu idea muncul lalu dia tersenyum.

"Apalah tengok cerita kartun macam tu" perli Danish.

"Biarlah! Cerita tu best tau, banyak lagu  yang sedap" Hauraina menyambung nyanyi lagu tadi.

"Best? Dahla rambut dia boleh panjang ke atas lepastu buat bentuk bagai. Mengarut lah" Danish sengaja mahu mengapi-apikan gadis itu. Sudah lama tidak mengusiknya.

Hauraina mendengus. Dia memandang Danish.

"Ish! Awak ni kalau tak suka tu diam jelah! Sibuk nak judge cerita orang" Hauraina terus menyilangkan tangannya di dada. Matanya melihat keluar tingkap. Huh bangunan lagi menarik daripada Danish ni ha!

Tawa yang di tahan akhirnya pecah jua. Dia memandang muka Hauraina yang sudah masam mencuka.

"Are you sulking, my little lady?" Danish memandang Haurainam

Hauraina hanya diam. Malas mau layan lelaki itu!

"Arrien" Danish memanggil nama gadis itu.

Diam.

"Hauraina Arrien"

Masih diam.

Danish geram melihat Hauraina yang mengabaikannya. Kereta di hentikan di bahu jalan lalu dia memandang Hauraina.

"Arrien sayang"

Wajah Hauraina terus berubah merah. Dia memandang Danish yang sedang memandangnya dengan pandangan menggoda.

"Apa? Kenapa berhenti?"

Danish tersenyum sinis. Dia mendekatkan jaraknya dengan Hauraina.

Jantung Hauraina sudah seperti mahu keluar apabila melihat lelaki Itu. Aircond kereta yang tadinya terasa sejuk kini terasa panas.

"A-awak!"

"Why hm?" Danish mencubit lembut dagu gadis itu. Matanya dan Hauraina bertemu.

"Nak merajuk lagi?" Soal Danish dengan nada lembut. Dia mendekatkan lagi mukanya dengan Hauraina.

Hauraina hanya diam, suaranya seperti tersekat di kerongkong. Jantung berdegup laju. Badannya menggigil takut melihat mata Danish yang seperti menggodanya.

"Nak merajuk lagi ke?hm?" Soal Danish lagi apabila Hauraina hanya diam membisu.

"T-tak! Tak merajuk dah"

"That's my girl" Hidung gadis itu di cubit sehingga merah.

"Sakitlah!"

Danish tersenyum sinis. Dia duduk semula di tempatnya lalu mula memandu.

.


Gaun berwarna putih itu kelihatan cantik apabila dipakai oleh Hauraina. Danish terpegun, matanya merenung Hauraina.

"Cantik tak?" Hauraina tersengih.

"You look very beautiful in a dress, my little lady" Danish tersenyum manis. Dia dan Hauraina berdiri di hadapan cermin.

"Kau orang memang bagai cincin  dengan permata" puji pekerja yang berkerja disitu ,umurnya mungkin sudah 50 tahun.

"Terima kasih" mereka berdua tersenyum.

"I can't wait to make you mine, my little lady" Mata mereka bersabung. Hauraina tersenyum malu.

Usai membeli baju nikah dan baju sanding. Danish membawa Hauraina pergi ke taman. Mahu meluang masa dengan gadis itu.

Mereka berdua berhenti di tepi tasik lalu duduk di sebuah kerusi batu yang disediakan.

"Saya rindu mak ayah saya" tiba-tiba Hauraina bersuara. Dia melihat tasik yang cantik di hadapannya.

"Mak ayah kau meninggal sebab apa?" Soal Danish, dia memandang Hauraina yang sedang termenung.

"Kemalangan dengan lori, saya pun ada sama tapi mereka sempat selamatkan saya" Hauraina tersenyum nipis. Dia teringat lagi wajah umi nya semasa cuba mengeluarkan dia dari kereta yang sudah terbalik.

Danish diam. Sama seperti kisanya dan Darwin.

"Sebenarnya mereka bukan mak ayah kandung saya" Hauraina tersenyum kepada Danish.

"Maksud kau?" Danish buat-buat tidak tahu. Dia tahu Hauraina anak Alexander.

"Saya di besarkan di rumah anak yatim dari saya bayi lagi, lepastu masa umur saya enam tahun, ada orang amik saya jadi anak angkat" Hauraina mula bercerita. Tanpa dia sedar, Danish sedang memasang rakaman suara.

"Saya happy sangat masa tu, saya dah lama nak rasa kasih sayang seorang ibu dan Ayah. Mereka jaga saya baik sangat, mereka selalu nasihat saya tentang dan ajar saya tentang agama" Hauraina tersenyum nipis.

"Pernah juga saya terfikir, kenapalah mak dah ayah kandung saya tak jaga saya?" Air mata gadis itu bertakung. Rasa sebak tiba-tiba.

"Mak ayah kau meninggal masa umur kau berapa tahun?" Soal Danish. Dia menenangkan gadis Itu.

"14 tahun"

Danish menganggukkan kepala. Walaupun dia tahun itu bukan umur sebenar gadis itu. Danish mendengar esakan kecil Hauraina lalu cuba menangkan gadis itu.

"Hey don't cry. I'm here for you" Danish menghapuskan air mata Hauraina. Belakang gadis itu di tepuk perlahan.

"Aku akan jaga kau Hauraina Arrien. I'm promise"

Mereka berdua berpandangan lalu tersenyum. Danish cuba membuat gadis itu gembira. Hatinya sakit melihat  air mata gadis kesayangannya itu.

"I love you, Arrien" bisiknya lembut.



Jangan lupa vote dear. Tq sudi baca luv u >.<

Klw ada typo nnt author betulkan eheksss

Continue Reading

You'll Also Like

1.7K 162 15
Pertemuan secara tidak sengaja antara Hafiya Namira dengan seorang jejaka dingin yang bernama Fariz Affan membuatkan gadis itu memanggil jejaka itu d...
4.5K 149 14
Second Story : 𝕴𝖙'𝖘 𝖒𝖎𝖓𝖊 Tengku Hendy Malik ^^ Zayla Mikaylia ~🌷~ Tengku Malik Bin Dato' Khan Hamdan Mali...
1.7M 92.8K 46
|𝐑𝐨𝐬𝐞𝐬 𝐚𝐧𝐝 𝐂𝐢𝐠𝐚𝐫𝐞𝐭𝐭𝐞𝐬 - 𝐈| She was someone who likes to be in her shell and He was someone who likes to break all the shells. "Jun...
33.8K 728 17
" 𝐖𝐡𝐲 𝐜𝐚𝐧𝐭 𝐲𝐨𝐮 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐦𝐞 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐨𝐭𝐡𝐞𝐫 𝐠𝐢𝐫𝐥𝐬 𝐝𝐨? " Luna Angelica Hopper is the sister of the famous Vance Hopper. T...