DANISH HAIZIQ |✓

laika_aika

140K 7.6K 746

Danish Haiziq- Seorang lelaki yang ada auranya sendiri. Kacak,segak dan bergaya. Ah! Dia memang cukup sempurn... Еще

prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Epilog
𝑺𝒑𝒆𝒄𝒊𝒂𝒍 𝒃𝒂𝒃

Bab 17

2.6K 112 7
laika_aika

Kaki laju melangkah di dalam hujan yang lebat. Di manakah dia? Tempat apakah ini? Suasana sunyi dan tiada orang. Seperti dia seorang sahaja di situ.

Kaki terus melangkah tanpa hala tuju. Dia menunduk apabila terasa langkahnya perlahan dan mula memberat. Ternyata ada tangan memegang kakinya. Dia memusingkan badannya lalu melihat seorang lelaki dan perempuan sedang merenungnya. Wajah mereka tidak jelas. Tangan yang melingkar di kakinya tadi sudah pun tiada.

"kau orang siapa?" Soalnya lalu mendekati mereka. Tetapi satu langkahnya ke hadapan,  mereka berdua semakin pudar.

"Jangan pergi! Siapa kau!?" Dia mula berlari ke arah orang itu.

"Kau akan tahu jawapannya tapi bukan sekarang. Ini seperti permainan teka-teki dan kau perlu mencari jawapannya sendiri" bisik seseorang di telinganya. Dia terus berpusing ke kanan tetapi tiada orang.

Dia berpusing dan berlari di dalam hujan yang mula turun lebat sekali lagi.

"Haura!"

Hauraina terus tersedar. Dia memeluk orang yang berada di hadapannya itu. Badan yang di peluknya itu terus sahaja mengeras.

"Haura? Awak okay tak?"

Hauraina terus mengangkat wajahnya lalu dia melihat orang dia dipeluknya tadi. Wajah lelaki itu jelas terkejut dan risau.

"Menyesal aku tak kejut dia" ujar Xian sambil melihat Thomas yang di peluk oleh Hauraina.

Hauraina meminta maaf lalu dia duduk bersila di atas sofa. Dia termenung memikirkan mimpinya tadi.

"Haura? Awak okay tak ni?" Soal Alisa. Dia risau apabila melihat gadis itu meronta-ronta di dalam tidurnya.

"Okay" Hauraina tersengih lalu dia meraup mukanya.

Xian memandang Thomas yang menghampirinya.

"Anjay kena peluk!" Xian menolak-nolak bahu lelaki itu.

"Shit lah kau" Thomas menjeling Xian.

Alisa dan Tengku Asyraf memandang Hauraina yang termenung. Mereka berdua berpandangan sebelum mengangguk.

"Haura mimpi apa?" Soal Tengku Asyraf dan Alisa serentak.

"Saya..saya tak tau"

Keadaan menjadi sunyi. Mereka semua pandang Hauraina yang sedang merenung tangan sendiri.

"Cuba tidur balik, mana tau mimpi benda sama" Xian berkata sambil menyuapkan kerepek pisang ke dalam mulut.

"Diam!" Ujar Tengku Asyraf dan Alisa serentak.

"Kalau ada apa-apa cerita je tau" Alisa mengusap bahu Hauraina dengan perlahan.

Hauraina mengangguk lalu dia melentokkan kepalanya di bahu Alisa. Alisa sudah seperti kakak kandungnya. Dan keadaan kembali sunyi.

.

Danish melihat bangunan yang gah di hadapannya. Dia dan Xiong melangkah masuk.

"Excuse me" Xiong menepuk meja.

"Yes sir?" Gadis yang berbaju pendek dan skirt itu memandang jejaka di hadapannya.

"I want to meet Alexander" ujar Danish dengan dingin.

Gadis itu mengangguk lalu dia menyuruh Danish dan Xiong mengikutinya ke tingkat 50. Sampai sahaja di tingkat paling atas, mereka berdua terus menerjah masuk ke dalam pejabat yang bertulis CEO.

Mereka melihat seorang lelaki yang umurnya dalam lingkungan 50-an. Lelaki itu jelas terkejut melihat kehadiran orang di hadapannya.

"Alexander" Danish memandang lelaki itu dengan pandangan helangnya.

"Haiziq" Alexander tersenyum manis lalu menghampiri lelaki itu.

"What are you doing here?" Soalnya. Sudah enam tahun dia tidak mendengar khabar jejaka itu.

Danish tidak membalas. Dia duduk di sofa yang disediakan lalu menyilangkan kaki.

Alexander menyuruh pembantunya membawa tiga gelas air kopi.

"What did you come here for?" Soal Alexander dengan ramah. Senyuman di berikan kepada jejaka di hadapannya.

"Just want to check if you're still alive or dead" balas Danish dengan sinis.

Alexander ketawa. Dia tahu Danish membencinya kerana sesuatu.

"Danish Haiziq, you're so rude" ujar Alexander dengan nada usikan.

"Well.. As bad as I am. I never abandoned child like you" perli Danish. Alexander terdiam dan itu membuatkan Danish tersenyum kemenangan.

"What do you mean?"

"Don't be fucking innocent!" Suara Danish naik seoktaf.

"Hauraina Arrien Alexander it's your daughter" Danish memandang Alexander yang diam. Wajahnya jelas ketakutan.

"H-hauraina" Alexander meraup wajahnya.

"Kenapa kau buang dia?" Soal Danish.

Alexander mencapai bingkai gambar yang ada gambarnya dengan Hauraina. Bayi comel itu ialah Hauraina. Gambar itu dia sembunyikan dari orang ramai kerana dia sudah memalsukan kematian anaknya.

"Alexander!"

Alexander terus memandang Danish. Dia mengeluh lalu menterbalikkan bingkai gambar itu.

"Aku boleh terangkan kenapa aku pisahkan dia dengan aku" ujar Alexander.

Mereka bertiga berpandangan lalu Alexander menarik nafas dan menghembuskannya perlahan.

Beberapa tahun yang lepas

Hailiena Allien terbaring lemah di atas peha suaminya. Dia memandang suaminya yang sedang menangis kerana risaukan keselamatan dirinya.

"I don't want to lose you dear" lelaki Itu menangis melihat isterinya yang sudah lemah. Isterinya di culik dan di seksa. Hailiena tidak dapat melawan kerana dia baru lepas bersalin dan dia masih dalam pantang.Badannya tidak berdaya.

"A-alexander.. don't cry" Dengan susah payah dia menghapuskan air mata yang mengalir di pipi suaminya.

Alexander menggenggam erat tangan isterinya. Tangan mulus itu dicium dengan lama.

"T-tolong jaga anak kita Abang. Saya tak mampu. Saya sakit" dia menggenggam tangan suaminya semula.

"Shh.. Don't talk too much. You need to save your energy" Alexander mengusap rambut isterinya. Darah yang mengalir di belakang isterinya di tutup dengan bajunya.

"A-abang.. janji dengan saya. Jaga a-anak kita. J-jangan biarkan sesiapa sakiti dia. J-jadi ayah yang baik untuk Hauraina Arrien" ujar Hailiena dengan nafas tersekat-sekat.

Hauraina Arrien. Nama yang dia berikan semasa anaknya sudah selamat lahir ke Dunia.

"D-didik anak kita Abang. J-jadikan Hauraina Arrien anak yang solehah" dia memandang muka suaminya yang basah dengan air mata.

"I can't do it without you dear. Please don't leave me" Alexander menangis. Dia memeluk isterinya yang sedang memandangnya.

"A-abang kena kuat tanpa saya" Hailiena tersenyum nipis lalu dia mengusap pipi suaminya. Nafasnya mula tidak teratur.

"N-no sayang! Tolong bertahan!"  Alexander memeluk erat isterinya.

"J-jagakan Hauraina untuk saya Abang. Saya percayakan Abang" Dengan bertemankan dua kalimah syahadah. Hailiena menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan suaminya. Tangan yang tadi menggenggam erat tangan si suami, perlahan-lahan jatuh ke tanah.

"No! Dear wake up! Don't leave me dear!!"  Alexander menggoncang tubuh isterinya. Dia menangis di situ. Dunianya seperti sudah terhenti.

Beberapa minggu kemudian. Alexander membawa anaknya ke rumah anak yatim piatu.

"I'm sorry sayang. Daddy terpaksa lakukan ini demi keselamatan kamu" Alexander mencium lembut dahi anaknya.

Alexander melangkah pergi ke pintu rumah anak yatim piatu itu.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam, ye Tuan apa yang boleh saya bantu?" Soal lelaki yang sedang membawa kain pelikat.

"S-saya jumpa anak ni dekat depan rumah flat saya. Saya mahu serahkan dia di sini. Dia sudah ada nama, namanya Hauraina Arrien" ujar Alexander. Tuhan sahaja yang tahu bertapa beratnya hati mahu buat semua ini.

"Oh! Macam mana Tuan tahu namanya?" Soal lelaki itu.

"Ada di kertas ni"

Lelaki itu mengambil kertas itu lalu membacanya. Dia mengangguk perlahan kemudian membawa Alexander masuk.

Selesai sahaja semuanya. Alexander  termenung sambil melihat kertas yang di tulisnya tadi.

Tolong jagakan anak ini. Namanya ialah Hauraina Arrien. Umurnya baru satu bulan. Maafkan saya kerana buat semua ini tetapi saya tidak mampu untuk jaganya.

Air mata Alexander jatuh membasahi kertas itu. Dia tidak sanggup lakukan itu tetapi dia terpaksa. Rasa bersalah kerana memungkiri janji dengan arwah isterinya.

"I'm sorry dear. Abang terpaksa mungkir janji" Alexander mengeluh lalu keretanya meninggalkan kawasan rumah anak yatim piatu itu.

Danish dan Xiong tekun mendengar cerita itu. Danish mula berasa marah. Apa yang di lakukan oleh lelaki itu sangat bodoh!

"Kau tahu tak di sebabkan kau! Anak kau di jaga oleh orang yang tiada hati perut. Dia dera Hauraina sehingga budak itu hampir mati!" Ujar Danish dengan nada yang tegas.

Wajah Alexander bertukar bengis. Dia mengcengkam kolar leher Danish.

"Who touched my daughter?!" Tengkingnya.

"Kau kena jumpa anak kau sendiri" ujar Danish.

Alexander menggelengkan kepalanya. Dia melepaskan cengkamannya lalu duduk di sofa.

"Aku tak boleh. Aku belum sedia nak berjumpa dengan anak aku yang dah berapa tahun lamanya aku tinggalkan" ujar Alexander. Dia mengeluh.

Danish mengeluarkan sekeping gambar. Gambar Hauraina di depan menara KLCC. Dia lah photographer gadis itu. Dia menghulurkan gambar itu kepada Alexander.

Alexander mengambil lalu dia melihat gambar itu. Cantik. Hauraina memang sama seperti Hailiena. Isterinya yang dia cintai. Dia tersenyum manis lalu mencium gambar itu.

"Do you love her?" Soal Alexander.

Danish diam lalu dia bangun daripada duduknya.

"Aku balik dulu"

Alexander tersenyum sinis. Nampaknya lelaki yang membencinya itu telah mencintai anak perempuan kesayangannya.

Danish melangkah ke pintu bersama Xiong.

"Haiziq" panggil Alexander.

Danish memandang lelaki berumur itu. Dia menjongketkan keningnya.

"Jagakan Hauraina untuk aku''

Danish diam. Dia terus meninggalkan lelaki berusia itu. Kaki melangkah ke lift. Dia mahu pulang ke hotel. Mahu rehat.

Sepanjang perjalanan. Danish memikirkan sesuatu yang dia baru tahu. Hauraina ialah anak Alexander. Alexander ialah Ayah kandung Hauraina. Adakah gadis itu akan percaya semua ini?

"Kau masih benci Alex?" Soal Xiong tiba-tiba.

"Dendam itu susah dihapuskan"

"Kalau kau cuma salah faham?" Soal Xiong.

Suasana di dalam kereta itu kembali sunyi. Danish termenung memikirkan pesanan Alexander tadi.

'jagakan Hauraina untuk aku'

Продолжить чтение

Вам также понравится

Ishq Ki Kahani authorafrah

Любовные романы

2.9M 83K 25
"Stop trying to act like my fiancée because I don't give a damn about you!" His words echoed through the room breaking my remaining hopes - Alizeh (...
No matter what Quinnie

Любовные романы

4.3K 108 26
Starts during Ballad, right when Mrs. Hudson walks in on Finn singing "I'll Stand By You," to the sonogram and continues from there. AUish at times...
3.2K 180 16
RAJA EFZAN || TENGKU AMELIA ⚠️WARNING⚠️ -KIDNAPPING -ABUSING -KILLING ⚠️WARNING ⚠️ Pertemuan yang hanya bermula dengan pergaduhan di lapangan te...
Unwanted Wife Of Mafia King Sunita Varma

Любовные романы

4.3M 273K 103
What will happen when an innocent girl gets trapped in the clutches of a devil mafia? This is the story of Rishabh and Anokhi. Anokhi's life is as...