DANISH HAIZIQ |✓

By laika_aika

138K 7.5K 746

Danish Haiziq- Seorang lelaki yang ada auranya sendiri. Kacak,segak dan bergaya. Ah! Dia memang cukup sempurn... More

prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Epilog
𝑺𝒑𝒆𝒄𝒊𝒂𝒍 𝒃𝒂𝒃

Bab 13

2.7K 113 4
By laika_aika

Rumah agam itu sunyi. Hauraina berjalan seorang diri ke kolam di luar rumah. Maksom tidak ada kerana pergi ke pasar. Danish tidak membenarkan Hauraina ikut kerana takut apa-apa terjadi.

"Bosannya!" Hauraina terus duduk di kerusi malas berdekatan kolam lalu dia termenung.

Danish tidak dapat membawa Hauraina keluar kerana dia tidak akan duduk di pejabat pada hari ini. Ada hal yang perlu dia uruskan.

Hauraina mengeluh lalu dia menutup matanya seketika. Lama betul Maksom ni beli sayur.

"Hello"

Hauraina terus bangun lalu dia memandang kiri kanan. Tiada sesiapa tetapi tadi dia mendengar satu suara lelaki berkata 'hello'. Suara itu sungguh halus.

"Hauraina..I'm here"

Hauraina menelan liur. Ada satu tangan keluar daripada pintu gelangsar itu. Badannya tidak nampak, hanya tangan sahaja.

"Hauraina" suara itu semakin mengerikan tangannya bergerak gerak di udara.

"S-siapa tu?" Soalnya. Hauraina memberanikan diri untuk menegur.

Tangan yang bergerak di udara itu terhenti lalu tangan itu hilang di sebalik pintu gelangsar.

Hauraina sudah rasa mahu menangis. Siapa pula di rumah sekarang ni?

"Hauraina" suara itu separa berbisik di telinganya, kini di belakang Hauraina.

Hauraina berpaling lalu dia menjerit dengan kuat.

"Arghhhh!" Hauraina menutup matanya.

Orang itu ketawa lalu dia menolong Hauraina bangun.

"I'm sorry my little lady. Takut hm?"  Danish memandang Hauraina.

"Danish! Awak ni!" Hauraina terus memukul bahu Danish.

Danish ketawa dengan kuat. Dia mengusap kepala Hauraina yang di lindungi tudung.

"I'm sorry, jom keluar"

"Nak pergi mana?" Soal Hauraina.

"Kau nak duduk rumah seorang diri? Okay" Danish terus melangkah ke pintu masuk.

"Tapi kalau tiba-tiba ada tangan tu.. Bukan aku tau" Danish menoleh lalu dia tersenyum sinis.

Hauraina membulatkan matanya. Dia terus sahaja berlari masuk ke dalam rumah.

"Tunggu saya!!" Bergema suara gadis itu di dalam rumah. Danish ketawa apabila melihat muka Hauraina sudah seperti mahu menangis.

.

Danish membawa Hauraina pergi ke markasnya. Hauraina hanya berkepit dengannya. Suasana di dalam markas itu sunyi tetapi ramai orang.

"Tempat apa ni?" Soal Hauraina.

Danish hanya diam lalu dia menarik tangan gadis itu.

"Jalan cepat sikit boleh? Dah macam itik!" Danish menggenggam erat tangan Hauraina.

Sampai sahaja di pejabatnya di markas itu. Danish membawa Hauraina masuk lalu menyuruh gadis itu duduk di sofa.

"Aku ada kerja nak buat. Duduk diam,nak laptop amik dekat sini" Danish berkata lalu dia mengambil file dan membuka MacBook.

Hauraina sudah seperti orang bodoh di dalam itu. Sudah setengah jam dia duduk di dalam bilik itu.

BAM!

Pintu bilik itu di buka dengan kasar lalu orang yang membuka pintu itu menutupnya.

Danish mengeluh. Kalau mamat ni yang masuk memang tiada salam. Redah aje!

"Xian!"

"Haura!"

Xian terus duduk di sebelah Hauraina. Baru sahaja dia ingin berkata sesuatu Danish sudah memotong.

"Stay away from her" matanya menikam anak mata Xian.

Xian mencebikkan bibirnya lalu dia bangun dan duduk di sofa yang agak jauh daripada Hauraina.

"Mana Asyraf?" Soal Danish. Tangannya laju menari di atas papan kekunci itu.

"Tak tau, aku daripada rumah dia" Xian tersengih lalu dia memandang Hauraina.

Hauraina hanya tersenyum lalu dia sambung mengunyah kerepek pisang yang disediakan di dalam pejabat itu. Dia menoleh lalu melihat Xian sedang menjilat bibir sambil melihat bekas kerepek pisang itu.

"Nak?" Hauraina menghulurkan bekas itu.

Mata Xian bersinar, dia terus mengambil lalu mengunyah kerepek pisang itu. Danish yang melihat terus sahaja menggelengkan kepalanya.

Sudah dua jam Danish membuat kerja. Dia terus berhenti lalu melihat ke arah sofa. Xian sedang mengunyah kerepek Pisang lagi sambil menonton cerita di laptop dan Hauraina pula sudah pun terlelap.

Tok.. Tok.. Tok..

"Masuk lah! Tak kunci!" Jerit Xian.

"Diam sikit lah! Dia tengah tidur" Danish menepuk kepala Xian lalu membuka pintu. Dia tersenyum sinis apabila melihat orang di hadapannya.

"On the way huh?" Perlinya.

Tengku Asyraf ketawa lalu melangkah masuk bersama Xiong dan Thomas.

"Mana Hauraina?" Soal Xiong.

Danish menunjuihkan bibirnya ke arah sofa. Xiong menganggukkan kepalanya lalu menarik kerusi di hadapan meja Danish.

"Do you already have information about her?" Soal Danish.

"Belum bro. Penat aku cari maklumat tentang dia dari kecik tetapi susah jumpa"

Danish menganggukkan kepala.

"It's okay"

Danish memandang Hauraina. Xiong dan Tengku Asyraf juga memandang gadis itu.

"You love her.. right?" Tengku Asyraf memandang Danish.

"I think so.. but" Danish membalas renungan dingin Tengku Asyraf.

"Dia boleh ke terima aku? Kehidupan aku lain"

"Don't worry. Kalau Alisa boleh terima aku, tak akan gadis kecil macam dia tu tak boleh terima kau" Tengku Asyraf tersenyum nipis. Dia faham maksud Danish. Kehidupan lelaki itu berbeza. Danish membesar dengan cara yang berbeza. Kehidupannya di penuhi bahaya. Darah umpama air untuk dia mandi, pistol dan senjata berbahaya yang lain pula umpama mainannya.

Danish hanya diam lalu dia merenung Hauraina yang dibuai mimpi.

"Kalau kau cintakan dia, cepat-cepat lah halalkan dia supaya kau boleh jaga dia dengan lebih mudah berbanding sekarang" sambung Tengku Asyraf dengan senyuman nipis.

Hauraina terjaga dari lenanya lalu dia duduk. Dia memandang ke arah mereka yang ada di dalam pejabat itu. Kesemuanya sedang memandang ke arahnya kecuali Xian.

"K-kenapa?" Hauraina menilik pakaiannya lalu dia memandang Danish. Danish hanya tersenyum sinis lalu dia bangun daripada duduknya dan mendekati Hauraina.

"Don't worry, we're not teasing you" perli Danish. Wajah Hauraina sedikit merah. Xian dan Thomas ketawa.

"Kau orang boleh sambung kerja"

"Xiong" Danish memandang Xiong lalu dia menunjukkan satu isyarat menggunakan jari.

Xiong mengangguk, dia terus sahaja duduk di tempat Danish lalu menaip sesuatu di komputer. Tengku Asyraf dan yang lain keluar daripada pejabat Danish.

"Kau lapar?" Soal Danish lalu duduk di sebelah Hauraina.

"Hmm lapar" Hauraina menggosok matanya. Danish terus menghalang tangan Hauraina itu.

"Don't do like that" Suaranya tegas.

Hauraina tersengih lalu dia memandang Danish.

"Pergi basuh muka kau. Dah macam pontianak aku tengok" suara Danish sinis lalu dia menyilangkan kakinya.

"Pontianak ni lah yang mencintaimu" ujar Hauraina tetapi perlahan.

"Apa?" Danish menoleh lalu dia mengerutkan dahinya.

Wajah Hauraina berubah merah. Dia berdehem lalu terus sahaja pergi ke bilik air.

Danish tersenyum sinis lalu dia ketawa. Ada-ada sahajalah budak kecik itu.

"Dah lama tak makan nasi minyak, macam dah ada bau" perli Xiong lalu dia tersenyum sinis.

Danish hanya diam lalu dia menunggu Hauraina.

.

"What the F---!" Xiong menjerit sedikit, dia mengemam mulutnya apabila hampir mengeluarkan ayat terakhirnya. Dia berada di dalam pejabat Danish di markas rosa nera. Di dalam pejabat itu hanya ada Tengku Asyraf dan Xian. Thomas pula katanya mahu enjoy mengurat awek KL.

"Kau apahal?" Tengku Asyraf memandang Xiong dengan pelik.

Xiong hanya diam. Tangannya laju menari di atas papan kekunci itu. Dia tidak percaya dengan apa yang dia lihat.

"KuAsy, you have to see this!" Xiong separuh menjerit. Xian yang sedang mengunyah terus sahaja berhenti.

"What is it?" Tengku Asyraf bangun lalu mendekati Xiong. Xian juga berdiri di belakang abangnya.

Xiong berganjak ke kiri apabila Tengku Asyraf mendekatinya.

"Tengok ni" Xiong menunjukkan satu maklumat kepada Tengku Asyraf.

Mata Tengku Asyraf laju membaca isi maklumat itu. Matanya terbuka luas lalu dia memandang Xian dan Xiong.

"Alexander?"

Xian menelan liur lalu memandang abangnya yang sedang mengangguk.

"Danish needs to know about this" ujar Tengku Asyraf.

"Esok aku tunjuk dia"

Tengku Asyraf dan Xiong berpandangan. Tidak percaya dengan apa yang baru mereka lihat.

Continue Reading

You'll Also Like

16.7K 464 14
Sequel to Daughter of the Dark Knight. Skye has come back to Gotham on Ra's al Ghul's command to work with Scarecrow while keeping an eye on Joker to...
72.6K 2.4K 14
It is time for one of the triplets to start a family and have a new generation of the royal family but there is one problem... Sonia is dating Sally...
3.2K 180 16
RAJA EFZAN || TENGKU AMELIA ⚠️WARNING⚠️ -KIDNAPPING -ABUSING -KILLING ⚠️WARNING ⚠️ Pertemuan yang hanya bermula dengan pergaduhan di lapangan te...
25.6K 1K 24
[ C O M P L E T E D ] Apabila dua hati terserempak tanpa sengaja, apa yang bakal terjadi? Apabila hati mula terpaut dan terjalin satu kasih sewaktu m...