DANISH HAIZIQ |✓

By laika_aika

143K 7.7K 751

Danish Haiziq- Seorang lelaki yang ada auranya sendiri. Kacak,segak dan bergaya. Ah! Dia memang cukup sempurn... More

prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Epilog
𝑺𝒑𝒆𝒄𝒊𝒂𝒍 𝒃𝒂𝒃

Bab 5

3.3K 132 8
By laika_aika

Danish dan Xiong jalan bersama ke markas. Masuk sahaja di ke dalam bilik meeting, semua anak buahnya dan Tengku Asyraf sudah sedia menunggu.

"Hai, am i late?" Danish memandang Tengku Asyraf.

Tengku Asyraf memandang Danish dengan dingin. Dia menyuruh Danish dan Xiong duduk di sebelahnya.

Danish mengambil tempat duduk lalu dia menyilangkan kakinya dan tangannya memeluk tubuh.

"What do we have today?" Soal Danish dingin. Dia merenung anak buahnya yang sedang memegang file berwarna merah.

Lelaki itu terus sahaja berdiri lalu membaca isi kandungan di dalam filenya.

"I already checked the supply in italy. All is safe And nothing is lost" ujar lelaki itu lalu dia memberikan Danish file merah di tangannya. Danish melihat sekilas sahaja lalu dia mencampakkan file itu kepada Xiong.

"Xiong, apa jadual aku minggu depan?" Soalnya kepada Xiong yang sedang menyemak ipad.

"Next week you and Tengku will deal with Dato Lufthi Aashif" ujar Xiong. Dia melihat jadual Danish yang penuh. Huh! Memang tidak pandai rehat mamat kacukan ni!

Danish dan Tengku Asyraf berpandangan. Dato Lufthi Aashif? Jutawan itali tu?

Danish tersenyum. Akhirnya! Dia dapat berurusan dengan lelaki berumur Itu! Sudah lama dia ingin berurusan dengan Dato Lufthi Aashif. Businessman yang sangat dikenali ramai. Wajah lelaki berumur itu sangat dingin dan sangat serious dalam hal kerja! Sebelum ni ayah Tengku Asyraf dan ayah Alisa sahaja selalu berjumpa dengan Dato Itu.

"Alright.. get out now" Danish menyuruh kesemua anak buahnya keluar dengan nada dingin. Dia hanya mahu tahu Itu sahaja. Lebih-lebih siapa nak layan?

"Serious lah weh? Dato Lufthi? Aku belum bersedia nak berhadapan dengan dia!" Tengku Asyraf memicit kepalanya. Dato Lufthi itu lebih tegas daripada ayahnya dan ayah isterinya.

"Jangan risau bro. Dia tegas tapi dia baik. Dia bukan jenis senang mengamuk" ujar Danish.

Tengku Asyraf memejam matanya lalu menghela nafasnya dengan berat.

"Assalamualaikum" satu suara perempuan memberi salam. Dia membuka pintu bilik mesyuarat itu lalu tersenyum manis kepada mereka yang ada di dalam.

"Waalaikumsalam.. gorgeous! What are you doing here?" Soal Tengku Asyraf lalu mendekati isterinya, Alisa.

Alisa tersenyum. Dia memeluk suaminya lalu mencium kedua belah pipi suaminya itu.

"Papa!" Tiga orang kanak-kanak berlari mendapatkan Tengku Asyraf lalu mereka memeluknya dengan kuat.

Tengku Asyraf tersenyum gembira. Dia memeluk anaknya lalu mencium dahi mereka.

"Gorgeous, datang naik apa?" Soal Tengku Asyraf.

"Aku yang hantar" Seorang lelaki berbaju kemeja jalan mendekati mereka. Kedua tangannya di masukkan kedalam pocket seluar.

"Tadi cakap nak tidur" ujar Xiong dengan nada dingin.

Xian tersengih kambing lalu mengambil tempat di sebelah abangnya.

"Dah budak Alisa ni telefon aku. Aku ikutkan jela" Xian meletakkan kakinya di atas meja lalu menutup mata. Alisa tersengih.

"Uncle Danish!" Ketiga-tiga anak Tengku Asyraf memeluk Danish dengan erat.

Danish ketawa perlahan. Dia membalas pelukan mereka bertiga.

"Miss me ? Hm?" Danish mendukung ketiga-tiga kanak-kanak itu lalu meletakkannya di atas riba.

"every day they ask me about you, Danish" Alisa tersenyum sahaja.

Danish memandang anak buahnya, senyum terukir di bibirnya. Tangannya naik ke atas kepala mereka lalu mengusap kepala Iskandar dan Luqman. Asya Farhana pula memanjat meja untuk menyandarkan badannya di bahu Danish.

"Uncle.. uncle" Iskandar menarik-narik baju Danish. Danish memandang Iskandar lalu menaikkan sebelah keningnya.

"Why huh?" Danish memandang kanak-kanak lelaki itu.

"Nak jalan-jalan. Nak jalan-jalan dengan uncle" Iskandar sengih.

"Okay juga tu, boleh saya dengan Asy pergi berehat jap" Alisa memandang suaminya. Tengku Asyraf tersenyum nakal lalu mencuit hidung isterinya.

Danish tersenyum sinis kepada Tengku Asyraf dan Alisa.

"Hey Iskandar, twins. Nak adik baru tak?" Danish memandang Iskandar dan dua orang kembar berumur tiga tahun itu.

"Nak!" Kata mereka bertiga serentak.

Danish memandang Xiong dan Xian. Salah seorang daripada mereka mendukung anak Tengku Asyraf. Danish mendukung Asy Iskandar.

"kalau macam tu jom jalan-jalan, biar papa dan mama korang luangkan masa berdua .And Asy, Alisa....go make a baby in peace! Bye!" Danish terus menutup pintu dan beredar daripada situ.

"Danish!!" Jerit Tengku Asyraf dan Alisa.

.

Hauraina duduk bersama Maksom di ruang tamu. Mereka minum petang bersama-sama.

"Maksom, kalau Aina nak tanya sesuatu boleh?" Hauraina memandang Maksom yang sedang menuang air teh ke dalam cawan.

Maksom tersenyum lalu dia mengambil tempat di sebelah Hauraina.

"Boleh sayang. Apa dia?"

"Maksom ada anak?" Soal Hauraina.

Maksom ketawa perlahan.

"Maksom ni anak dara tua. Maksom tak khawin pun".

Hauraina terkejut. Seriously? Maksom ni lawa kut!!

"Lah? Jadinya Maksom ni masih dara lah?"

Maksom terus mencubit peha gadis itu lalu dia ketawa.

"Amboi kamu ni!"

Hauraina ketawa. Dia menggosok pehanya yang sakit di cubit Maksom.

Tiba-tiba ada dua kereta mewah berhenti di hadapan rumah banglo Danish. Satu kereta Mercedes G Wagon dan lagi satu kereta Lamborghini Aventador milik Danish.

"Tuan Danish dah balik" Maksom bangun lalu pergi ke arah pintu.

"Assalamualaikum!!" Suara kanak-kanak memberi salam.

"Waalaikumsalam. Alahai dah besar dah kamu bertiga ni"

Ketiga-tiga kanak-kanak itu menyalam tangan maksom lalu mereka masuk kedalam rumah. Mereka berhenti apabila melihat seorang gadis duduk di atas sofa.

"Eh? Kakak ni siapa? Kakak orang sini ke?" Soal Asy Iskandar dengan polos. Dia mendekati Hauraina lalu memanjat peha gadis itu.

"Nama kakak siapa? Kakak isteri uncle Danish ke?" Soal Iskandar lagi.

Hauraina ketawa perlahan. Senang betul budak kecil ni panjat pehanya.

"Kakak pembantu rumah ni lah, bukan isteri uncle awak" Hauraina tersenyum manis kepada kanak-kanak itu.

Danish masuk ke dalam rumah, butang bajunya di buka sehingga ke dada. Dia mengambil tempat di sebelah Hauraina.

"Is, sini dekat uncle"

Iskandar beralih tempat. Dia duduk di atas riba Danish. Asya Farhana mendekati Hauraina lalu duduk di atas peha gadis itu.

"Hai awak, cantiknya mata!" Hauraina terpegun melihat mata Asya Farhana yang berwarna biru itu. Rambutnya pun lawa, berwarna coklat cair.

Asya Farhana tersengih lalu dia menyandar di dada Hauraina. Hauraina tersenyum nipis lalu memeluk belakang gadis kecil itu.

"She's love you. Dia jarang suka dengan orang" ujar Danish. Dia tersenyum nipis.

Hauraina terpegun melihat senyuman lelaki itu. Dia terus memandang asya Farhana yang sudah terlelap di dalam pangkuannya.

"Mereka ni anak siapa?"

"Anak kawan aku. Dia orang ni memang rapat dengan aku" jawap Danish dingin.

Asy Luqman duduk di tepi Hauraina lalu dia baring di peha gadis itu. Hauraina tersenyum, dia mengusap kepala kanak-kanak itu.

"Dia ada aura" ujar Xian.

"Yeah.. Aura dia lain macam. Tengok lah  budak-budak tu. Semua duduk dengan dia" Kata Xiong pula. Mereka memerhati daripada luar.

Hauraina memandang Danish yang sedang mengusap kepala Iskandar.

"Awak... Boleh tak amik dia ni. Saya nak tolong Maksom" ujar Hauraina.

"Kejap lagi mak ayah dia orang sampai. Tunggu je" ujar Danish dingin.

Kereta Range Rover velar memasuki halaman rumah banglo Danish. Tengku Asyraf dan Alisa keluar daripada kereta lalu masuk ke dalam rumah Danish.

"Assalamualaikum" mereka berdua berhenti melangkah apabila melihat seorang gadis yang duduk di sebelah Danish. Asy Luqman dan Asya Farhana pula tidur di pangkuan gadis itu.

Hauraina terdiam apabila melihat seorang wanita anggun dan seorang jejaka kacak sedang merenungnya.

"Dah sampai pun kau orang. Dah puas buat anak?" Danish tersenyum sinis. Asy Luqman di baringkan di atas sofa.

"Well... Sangat puas.. auch!" Tengku Asyraf menjerit kecil apabila lengannya di cubit Alisa .

"Siapa tu Nish? Your girlfriend?" Bisik Alisa. Dia tersenyum nakal.

Danish membalas senyuman Alisa dengan sinis.

"Pembantu rumah" ujar Danish.

Alisa mengabaikan Danish lalu dia mendekati gadis itu.

"Hai! My name is Alisa and you?" Alisa tersenyum manis kepada gadis itu. Tangan di hulurkan.

"Err Hauraina Arrien" Hauraina menyalam Alisa. Dia terpegun melihat mata Alisa yang berwarna biru itu. Ini mesti ibu kepada Asya Farhana.

Alisa tersenyum manis lalu dia memandang anak-anaknya yang sudah terlelap.

"Wah! Dia orang suka dengan awak" Alisa ketawa perlahan lalu mencempung anak perempuannya.

Hauraina cuma senyum.

Tengku Asyraf memandang Danish lalu dia tersenyum sinis.

"Dah ada bau nasi minyak"

"Jangan sampai aku goreng kau" ujar Danish. Dia mencempung Iskandar lalu membawanya ke kereta. Manakala Tengku Asyraf pula mencempung  Asy Luqman.

"Bye Haura,Ada rezeki kita jumpa lagi" Alisa tersenyum manis lalu dia masuk ke dalam kereta.

Kereta Range Rover itu meluncur keluar daripada halaman rumah Danish. Hauraina tersenyum nipis lalu dia masuk ke dalam rumah.

Danish membuntuti Hauraina lalu dia duduk di meja makan.

"Arrien, teman aku makan"

Hauraina menurutkan sahaja. Dia mengambil tempat di hadapan Danish.

Usai makan malam, Hauraina mengemas dapur. Maksom sudah masuk kedalam bilik. Katanya tidak berapa sihat.

Sedang Hauraina membasuh pinggan, dia tiba-tiba rasa ada orang di belakangnya. Hauraina hanya diam.

"Ehem" orang itu berdehem.

Hauraina pusing ke belakang. Dia terkejut apabila melihat jaraknya dan Danish sangat dekat.

"A-apa awak buat?"

Danish hanya diam. Dia menunduk lalu mendekatkan jaraknya dengan Hauraina.

"Danish, apa awak buat ni"

Danish tersenyum sinis apabila gadis itu kelihatan takut dengannya. Tangannya naik mengusap pipi gadis yang comel di hadapannya.

"Amikkan aku cawan" arahnya. Matanya menikam anak mata Hauraina.

Perlahan-lahan Hauraina mengambil cawan lalu memberikannya kepada Danish.

"Thank you my little lady" Danish pergi ke arah Coway lalu dia mengisi air sejuk dan meneguknya dengan rakus.

Hauraina menyiapkan tugasannya sebelum dia menuju ke biliknya.

"Arrien" panggil Danish.

"Ye?"  Hauraina berhenti melangkah.

Danish mendekati Hauraina lalu mendekatkan mukanya dengan gadis itu.

"Selamat malam"

Danish terus menaiki tangga. Dia meninggalkan Hauraina yang terpinga-pinga. Hauraina memegang dadanya.

Ah! Kenapa dengan kamu wahai Encik jantung?

Hauraina hanya berdiri tegak di tangga Itu. Tanpa sedar ada mata yang sedang memerhatikannya dengan Danish. Mereka berdua tersenyum nakal.

"Aww! Encik dingin tu dah mula jatuh cinta!!" Jerit Xian perlahan.

"Wuu! Tak sabar nak dapat anak buah baru" ujar Xiong pula

Mereka berdua ketawa lalu membawang di dalam bilik.

Continue Reading

You'll Also Like

1.3M 68.3K 59
𝐒𝐜𝐞𝐧𝐭 𝐨𝐟 𝐋𝐨𝐯𝐞〢𝐁𝐲 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 〈𝐛𝐨𝐨𝐤 1〉 𝑶𝒑𝒑𝒐𝒔𝒊𝒕𝒆𝒔 𝒂𝒓𝒆 𝒇𝒂𝒕𝒆𝒅 𝒕𝒐 𝒂𝒕𝒕𝒓𝒂𝒄𝒕 ✰|| 𝑺𝒕𝒆𝒍𝒍𝒂 𝑴�...
2.8M 159K 50
"You all must have heard that a ray of light is definitely visible in the darkness which takes us towards light. But what if instead of light the dev...
3.2K 181 16
RAJA EFZAN || TENGKU AMELIA ⚠️WARNING⚠️ -KIDNAPPING -ABUSING -KILLING ⚠️WARNING ⚠️ Pertemuan yang hanya bermula dengan pergaduhan di lapangan te...