DANISH HAIZIQ |✓

By laika_aika

126K 6.8K 717

Danish Haiziq- Seorang lelaki yang ada auranya sendiri. Kacak,segak dan bergaya. Ah! Dia memang cukup sempurn... More

prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Epilog
𝑺𝒑𝒆𝒄𝒊𝒂𝒍 𝒃𝒂𝒃

Bab 4

2.8K 110 13
By laika_aika

Danish tekun membuat kerja di dalam pejabatnya. Dia menyelak file yang bersusun di atas meja kerjanya itu dengan muka yang serious.

BAM!

Pintu biliknya di rempuh oleh seseorang. Satu keluhan perlahan di lepaskan, dia kenal sangat siapa yang main redah bilik kerjanya tanpa mengetuk pintu itu. Siapa lagi kalau bukan dua bala cina tu!

"Yow bro! Aku dah dapat maklumat yang kau suruh cari tu" ujar Xiong.

Danish menutup file di tangan lalu dia meletakkan file itu di tepi. Dia memandang Xiong dengan dingin. Xiong yang faham dengan pandangan itu, terus sahaja membuka file di tangannya.

"Nama dia Hauraina Arrien Binti Abdullah. 18 tahun. Dia duduk bersama mak saudaranya selepas kedua orang tuanya meninggal dunia akibat kemalangan" terang Xiong.

"Tapi aku pelik lah, kenapa dia cakap tiada hala tuju? Sedangkan dia duduk dengan mak saudara dia" Xiong memandang Danish.

Danish diam. Otaknya ligat berfikir. Tiba-tiba dia teringat suara perempuan menjerit  kesakitan di satu rumah usang. Dia mengambil file di tangan Xiong lalu menilik kandungnya.

"Dia ke? Suara sama" soalnya perlahan, cukup untuk dirinya sahaja yang dengar.

Danish mengambil gambar Hauraina yang ada di dalam file itu lalu meletakkannya di dalam dompet.

"Terima kasih. Kau orang boleh berambus sekarang. Siapkan tugasan sebelum pukul empat petang dan lepas dah siap kita perlu ke markas" Danish bangun dari kerusinya lalu dia keluar daripada pejabat.

Dia mahu berjumpa dengan seseorang. Danish menaik Kereta Lamborghini Aventador miliknya lalu kereta itu memecut dengan laju.

Sampai di destinasi, Danish terus masuk ke dalam bangunan yang mewah itu.

"Tengku Asyraf ada?" Soal Danish dingin kepada PA Tengku Asyraf.

PA Tengku Asyraf mengangguk lalu dia tersenyum manis.

"KuAsy, Tuan Danish CEO Rosa Holding datang" ujar PA Tengku Asyraf. Dia membuka pintu itu untuk memberi Danish masuk. Pintu pejabat di tutup rapat.

"Kenapa kau nak jumpa aku ?" Soal Tengku Asyraf. Dia tidak memandang Danish, tangannya sibuk menaip di komputer.

Danish tidak membalas dia membuka pintu pejabat Tengku Asyraf lalu memandang PA Tengku Asyraf dengan tajam.

"Buatkan aku air kopi" arahnya.

PA Tengku Asyraf terus berdiri lalu pergi ke pantri.

"Ada apa kau datang sini Nish? Aku ada meeting kejap lagi" ujar Tengku Asyraf.

"Nothing bro. Aku cuma nak rehat" Danish duduk bersandar di sofa.

Tengku Asyraf memandang kawan baiknya dengan pelik. Jarang si Danish ni nak berehat. Selalunya dia berada di office ataupun markas. Tengku Asyraf menilik jam di pergelangan tangannya.

"Aku ada meeting ni. Kau duduk lah dalam ni kejap"

"Alright"

Tengku Asyraf keluar meninggalkan Danish yang berada di dalam pejabatnya.

.

Hauraina menyapu ruang tamu yang sedikit berhabuk. Masuk harini ini sudah dua minggu dia berkerja dengan Danish.

Dia meletakkan penyapu di tempat asal lalu duduk di atas sofa dan termenung memikirkan sesuatu.

"Hey!" Seorang wanita berumur menepuk bahu Hauraina. Hauraina mengurut dadanya.

"Maksom! Terkejut Aina tau" Hauraina menghela nafasnya perlahan. Maksom merupakan pembantu rumah Danish dari dulu lagi.

"Termenung apa tu?" Soal Maksom lalu duduk di sebelah Hauraina.

Hauraina tersenyum nipis lalu dia memandang muka Maksom yang kelihatan penat.

"Saya cuma fikirkan keadaan makcik saya" ujar Hauraina.

"Kenapa kamu nak kisah lagi pasal dia ? Dia sudah seksa kamu dengan teruk" ujar Maksom. Sayu hatinya apabila mendengar cerita Hauraina tentang kehidupannya sebelum larikan diri dari rumah. Kasihan sungguh dengan gadis comel yang tidak bersalah ini.

"Dia tetap makcik saya, Maksom. Dia adik umi saya" Hauraina mengeluh.

Maksom tersenyum manis. Dia mengusap kepala gadis itu yang di tutup dengan tudung.

"Sungguh mulia hati kamu,nak. Mesti umi dan abi kamu orang baik" Maksom tersenyum nipis.

Hauraina membalas senyuman Itu. Dia tidak mampu berkata apa. Dia hanya mampu tersenyum.

"Eh Maksom nak hidangkan makanan tengah hari. Kejap lagi Tuan Danish balik" ujar Maksom lalu terus berlalu ke dapur. Hauraina membuntuti Maksom lalu dia menolong Maksom. Usai menghidang makanan tengah hari, Hauraina masuk ke dalam biliknya.

Hauraina duduk di birai katil, dia menyelak seluarnya naik ke atas lutut lalu kelihatan lututnya yang masih bengkak. Sudah satu minggu tetapi masih belum pulih.

Tiba-tiba pintu bilik gadis itu terbuka. Seorang lelaki berbaju kemeja memandang Hauraina dengan dingin.

"Eh Tuan Danish! Kenapa Tuan tak ketuk pintu bilik saya dulu?" Hauraina terus menutup kakinya menggunakan selimut.

"Well..This is my house. I can do whatever I want" ujar Danish sinis. Dia mendekati Hauraina lalu selimut itu di selak. Dahinya berkerut apabila melihat lutut gadis itu berwarna biru keungguan.

"Who did this to you?" Soalnya.

Hauraina hanya diam. Dia malu kerana auratnya sudah terdedah. Dia memandang ke bawah.

Danish bangun lalu keluar daripada bilik Hauraina. Setelah beberapa minit Danish datang semula bersama first aid kit. Kotak berwarna putih itu di buka lalu dia meletakkan minyak di situ. Patutlah dia tengok Hauraina jalan macam orang cacat. dia ingatkan gadis itu memang cacat.

"Eh Tuan.. saya boleh buat sendiri" Hauraina mahu mengambil kapas di tangan Danish tetapi laju saja lelaki itu menepis tangannya itu.

Setelah siap menyapu ubat di seluruh bahagian yang lebam. Danish memandang Hauraina.

"Nanti letak ais supaya cepat elok" ujarnya.

"Baik Tuan"

"Jangan panggil aku Tuan. Panggil aku guna nama je"

Hauraina mengangguk. Dia mahu beredar dari bilik itu sebelum sesiapa nampak.

"D-Danish, saya nak keluar" ujar Hauraina lalu dia bangun.

"Arrien" serunya.

Hauraina terdiam. Langkahnya terhenti. Jarang orang memanggil nama keduanya itu.

"Ye ?"

"Teman aku lunch" Danish bangun lalu dia keluar daripada bilik Hauraina. Hauraina membuntuti Danish sehinggalah ke meja makan. Beku betul mamat ni! Cuba lah senyum macam Xian dan Xiong tu!

"Apahal kau pandang aku macam tu? Aku memang dari kecik dah handsome"  Danish tersenyum bangga, lagi tadi dia perasan yang Hauraina merenungnya.

Hauraina terus memandang ke lantai. Malu !

"Makan" Danish berkata dingin.

"Tak apa, awak makan lah dulu. Nanti saya makan dengan Maksom" ujar Hauraina, senyum kecil terukir di wajah comel itu.

"Maksom!" Danish memanggil Maksom yang sedang berehat di dalam bilik.

Maksom yang mendengar namanya di panggil terus sahaja pergi ke ruang makan.

"Ye Tuan? Ada apa Maksom boleh bantu?"

"Makan sekali dengan saya. Ada budak ni segan nak makan berdua" sinis Danish.

Maksom ketawa perlahan. Dia mengambil nasi untuk Hauraina dan dirinya.

"Assalamualaikum!!"

"Kami datang nak raya!!" Seseorang menjerit dengan agak kuat di luar rumah.

Danish memandang Xian dan Xiong dengan pandangan dinginnya. Malas mahu layan dua orang budak ni.

"Wah! Sedap betul menu harini" ujar Xian. Dia melihat ayam masak merah dan sup sayur. Dengan pantas pinggan di amik.  Nasi ,Ayam dan sup di letakkan di dalam pinggannya.

"Dah nak mampos ke? Bukan main geloboh" ujar Danish sinis.

Xian dan Xiong hanya mengabaikan sahaja. Mereka memandang Hauraina.

"Hai awek! Rindu betul saya dekat awak" ujar Xian kepada Hauraina.

"Kau makan. Jangan nak menggatal" ujar Danish dingin. Dia menikam anak mata Xian.

Hauraina tersenyum nipis lalu dia meneruskan suapannya.

.

"Huarghhh.. kenyangnya" Xian menepuk perutnya yang sudah penuh. Tiga kali dia tambah nasi tadi.

"Oi! Kau jangan nak baring! Kita kena pergi markas jap lagi" ujar Xiong.

Xian meletakkan tangannya di atas dahi.

"Alah bang, aku mengantuk ni" Xian menguap lalu dia meniarap di atas sofa yang empuk itu.

Xiong menjeling adik kembarnya itu. Haih Menyusahkan lah!

"Tak apa bro. Kita pergi bertiga dengan Tengku Asyraf sekali" ujar Danish, dia malas mahu mendengar dua orang kembar ni memekak.

Xiong mengeluh. Dia menjentik dahi adiknya dengan kuat lalu dia keluar daripada rumah itu bersama Danish.

.

Continue Reading

You'll Also Like

3.2M 204K 90
What will happen when an innocent girl gets trapped in the clutches of a devil mafia? This is the story of Rishabh and Anokhi. Anokhi's life is as...
504 67 5
Hidup ini akan ada penghujungnya. Lydia Triestina, hanya gadis yang ingin kebebasan dan kasih sayang. Inginkan hidup seperti orang lain tetapi malang...
1.8K 296 32
"Mengapa kamu tidak percaya akan kebesaran Allah? Padahal Dia sesungguhnya telah menciptakan kamu dalam beberapa tingkatan kejadian. Tidakkah kamu pe...
3.2M 265K 96
RANKED #1 CUTE #1 COMEDY-ROMANCE #2 YOUNG ADULT #2 BOLLYWOOD #2 LOVE AT FIRST SIGHT #3 PASSION #7 COMEDY-DRAMA #9 LOVE P.S - Do let me know if you...