DANISH HAIZIQ |✓

By laika_aika

143K 7.7K 751

Danish Haiziq- Seorang lelaki yang ada auranya sendiri. Kacak,segak dan bergaya. Ah! Dia memang cukup sempurn... More

prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Epilog
𝑺𝒑𝒆𝒄𝒊𝒂𝒍 𝒃𝒂𝒃

Bab 3

3.2K 133 12
By laika_aika

Badan yang terasa sakit di abaikan. Dia terus sahaja menyumbat bajunya masuk ke dalam beg kecil. Dia sudah penat dengan apa yang berlaku, dia mahu lari daripada neraka ciptaan mak sedaranya ini!

Hauraina membuka pintu biliknya lalu menutupnya semula supaya Salmah tidak tahu yang dia tiada di dalam bilik. Nasiblah si Salmah tu tiada di rumah pada waktu malam. Dia pergi ke mana? Pergi kelab lah apa lagi !

Hauraina memakai selipar lalu perlahan-lahan dia berjalan meninggalkan rumah usang itu. Kakinya sakit akibat diketuk oleh mak saudaranya tadi. Tetapi hatinya lagi sakit apabila dihina oleh syaitan itu!

Setelah beberapa jam berjalan, Hauraina sudah sampai di bandar. Dia seperti orang bodoh. Dia tidak pernah keluar daripada kampung semenjak umi dan abinya meninggal dunia. Dia terpegun melihat bangunan-bangunan yang tinggi.

"Aku nak pergi ke mana ni?" Hauraina mengeluh lalu dia terus berjalan. Duit di dalam beg di ambil. Hanya ada 30 ringgit sahaja.

"Haih boleh lah ni beli makanan" Hauraina mencari kedai makan. Seharian perutnya kosong.

Hauraina membeli mee goreng lalu dia makan di tepi bangunan. Dia takut mahu makan di kedai tadi kerana ramai lelaki dan mereka semua memandangnya dengan senyuman yang menyeramkan.

"Hai cik adik manis" sapa seorang lelaki. Mukanya seperti cina.

"Nak pergi ke mana?" Soal lagi seorang lelaki cina di sebelah lelaki cina tadi. Eh kembar lah. Muka handsome tapi gatal!

Hauraina berhenti makan lalu dia memandang dua orang lelaki di hadapannya, polisterin yang berisi Mee goreng tadi di tutup lalu dia bangun. Ingin pergi ke tempat lain kerana tidak selesa dengan dua orang lelaki cinta yang gatal itu.

"Eh awal lah pergi, kami tak buat apa-apa pun, kami hanya nak kenal kenal aje" ujar seorang kembar lelaki cina itu, dia mendekati Hauraina.

"Apa awak nak? Jangan ganggu saya" ujar Hauraina. Kakinya sudahlah sakit mahu lari.

Dua orang kembar itu ketawa lalu mereka memandang muka gadis di hadapan mereka dengan penuh minat.

"Comel betul budak ni" ujar lelaki cina itu.

"Jangan kacau saya!" Hauraina cuba melarikan diri daripada tempat itu.

"Eh jangan lah lari!" Ujar dua orang lelaki cina itu, cuba mengusik Hauraina.

Mereka mengejar gadis itu sambil ketawa nakal. Sampai sahaja di satu lorong, Hauraina sudah seperti mahu menangis kerana tiada jalan lagi mahu larikan diri. Dia sudah berada di jalan mati.

"Jangan kacau saya" air mata sudah bertakung di tubir mata.

Mereka berdua ketawa lalu menepuk tangan apabila berjaya menakutkan si gadis itu. Baru sahaja mereka ingin mendekati Hauraina, satu suara mencelah di belakang.

"Apa kau orang berdua buat ni? Ganggu perempuan lagi?" Soal satu suara. Dia melihat dua orang cina muslim itu dengan pandangan dingin.

Hauraina melihat seorang lelaki kacak berdiri di belakang dua orang kembar cina itu. Wajahnya dingin. Hauraina berlari ke arah lelaki itu lalu dia menyorok di belakang lelaki tersebut. Hauraina takut sehingga badannya menggigil.

"Tolong saya tuan" ujar Hauraina, tangisannya sudah pecah.

"Xian! Xiong! Kau buat apa ni?" Soal lagi satu suara.

"Alah Tengku Asyraf ni, kami saja aje nak gurau gurau dengan dia" ujar Xian lalu tersengih kambing. Dia dan abangnya mendekati Tengku Asyraf lalu mereka beredar daripada situ. Haih dua orang kembar itu memang nakal!

"Danish, aku bawa dua orang manusia ni pergi sana dulu" ujar Tengku Asyraf lalu beredar daripada situ.

Lelaki yang bernama Danish itu memusingkan badannya lalu memandang tepat ke dalam anak mata gadis di hadapannya itu.

Hauraina menunduk. Takut dengan pandangan dingin daripada jejaka di hadapannya.

"What are you doing here, little lady?" Soal Danish dengan nada dingin.

"Sa-saya makan dekat depan tu tadi lepastu dia orang kacau saya" terangnya dengan mata yang masih memandang tanah.

"Look at me" ujar Danish dengan tegas.

"I'm sorry" Hauraina mengangkat wajah, memandang lelaki itu dengan takut. Wajah dingin Danish sangat menyeramkan, senyuman sinisnya membuatkan Hauraina rasa gerun.

Danish diam lalu dia merapatkan jaraknya dengan gadis di hadapannya itu, dia melihat gadis itu mengundur setapak. Dia kelihatan sangat ketakutan.

"Ja-jangan apa-apakan saya" ujar Hauraina, suaranya mendatar.

Danish tersenyum sinis lalu dia membelai pipi gadis itu.

"Jangan duduk dekat luar lama sangat. Kau tu perempuan" Danish menjarakkan tubuhnya daripada Hauraina. Baru sahaja Danish ingin beredar, Hauraina memanggil namanya.

"Saya tiada hala tuju. Erm boleh awak bantu saya?" Soalnya dengan takut.

Danish mengangkat keningnya lalu memandang gadis itu dengan pandangan pelik.

"Kau nak aku tolong kau macam mana?" Soal Danish dengan nada dinginnya.

Hauraina menelan liurnya, dia memberanikan diri untuk memandang muka lelaki itu.

"Saya perlukan kerja. Saya perlukan duit untuk terus hidup. Ta-tapi saya tak tau macam mana. Saya tidak biasa dengan bandar" terang gadis itu. Dia menunduk memandang tanah.

Danish menganggukkan kepalanya lalu dia mendekati gadis Itu.

"Ikut aku dan... Apa nama kau ?" Soal Danish, buat pertama kalinya dia mengukir senyuman ikhlas untuk seorang gadis yang polos itu

"Hauraina.. Hauraina Arrien"

.

Hauraina terpegun apabila melihat sebuah rumah agam di hadapannya. Tiga tingkat? Wah! Dia selalu dapat melihat rumah besar macam ni di dalam television aje.

"Apa yang kau tercegat dekat situ? Nak jadi kakak guard ke?" Ujar Danish dengan sinis, dia melangkah masuk meninggalkan Hauraina yang tercegat di hadapan pintu rumah agamnya

Hauraina diam lalu dia masuk kedalam rumah agam itu. Dia terpegun lagi sekali, dalam rumah itu sangat besar dan kelihatan sangat mewah. Susunan kerusi, sofa dan meja sangat terapi.

"Mulai hari ini, kau kerja dengan aku sebagai pembantu rumah" ujar Danish, dia menanggalkan jam di pergelangan tangan dan meletakkannya di dalam sebuah laci. Matanya tidak berhenti merenung wajah cantik gadis comel itu.

Hauraina tersenyum nipis lalu dia menganggukkan kepalanya.

"Terima kasih Tuan sebab terima saya kerja dengan Tuan" ujar Hauraina, dia menunduk sedikit dan tersenyum. Alhamdulillah, rezekinya kerana dapat kerja walaupun hanya sebagai pembantu rumah.

Danish hanya mendiamkan diri, dia menyuruh Hauraina mengikutinya ke tingkat tiga, mereka memasuki lif dan butang di tekan.

"this is your room" ujar Danish dengan nada dinginnya apabila mereka sampai di hadapan pintu, dia  meninggalkan Hauraina di situ dan masuk kedalam biliknya.

Hauraina tersenyum nipis, dia masuk kedalam bilik itu lalu berbaring di atas katil. Dia tersenyum apabila katil itu  rasa sangat selesa. Selama ni dia hanya baring di tilam nipis sahaja. Perlahan-lahan matanya tertutup, penat berjalan semalaman.

"PRANG!!"

Baru beberapa minit menutup mata, Hauraina terbangun apabila dia mendengar bunyi benda pecah di tingkat bawah, sungguh kuat sehingga dia yang berada di tingkat paling atas juga mendengarnya. Dia memakai tudung lalu keluar daripada bilik,  kaki melangkah menuju ke dapur.

"Kau ni hati-hati lah!" Marah seseorang lelaki di dapur.

Mata Hauraina membulat. Itukan selalu yang kacaunya di lorong tadi. Apa mereka buat di sini?  Hauraina memerhati dua kembar itu.

"Weh apasal aku rasa macam ada orang perhatikan a-"  Xian berkata lalu dia terdiam.

"Makk!! Hantu pakai tudung!!"  Jeritnya kuat lalu dia memeluk abangnya yang sedang menyapu serpihan kaca di lantai.

"Apa kau ni?!" Xiong pusing ke belakang lalu dia juga menjerit.

"Allah!! Ya Allah aku janji aku tak kacau perempuan dah lepasni. Tolong! Ada hantu!" Jerit Xiong lalu dia memeluk adiknya semula.

Hauraina membuat muka pelik. Dia mencari hantu yang dikatakan oleh dua kembar Itu.

"Mana ada hantu?" Ujar Hauraina kepada dua lelaki itu.

"Huwaa.. hantu pun dah pandai bercakap sekarang" Xian tiba-tiba sahaja melalak.

"Bukan bercakap je!! Dah alim dah hantu sekarang!" Xiong sedaya upaya menutup wajahnya menggunakan baju si adik.

Hauraina menggaru kepalanya. Hantu yang mereka katakan itu.. dia ke?

"Hantu tu garu kepala pulak!" Jerit Xiong.

"Apa bising-bising ni?" Soal satu suara garau.

Xian dan Xiong berlari mendapatkan Danish.

"Weh a-ada hantu! Ni mesti hantu perempuan yang kami kacau tadi" ujar Xian, auto gagap.

"Saya bukan hantu lah!" Ujar Hauraina lalu dia memandang Danish dan dua kembar Itu.

Danish menepuk dahinya. Dia mendekati Hauraina.

"Apa kau buat? Kenapa belum tidur?" Soalnya dingin. Anak matanya menikam anak mata gadis di hadapannya.

Hauraina menelan liur apabila bahunya di peluk oleh Danish.

"Saya dengar bunyi kaca pecah, saya terbangun. Lepastu saya nampak dia orang" ujar Hauraina.

Xian dan Xiong tergamam. Ini gadis yang mereka kacau tadi ke? Kenapa dia bersama Danish?

"Ni budak perempuan tadi kan?" Soal Xiong

"Ye" jawap Danish sepatah.

"Apa kau buat dengan dia?" Soal Xian pula.

"Dia kerja dengan aku. Dah! Pergi masuk bilik" Danish menikam anak mata kembar dua orang Itu.

Apabila Xian dan Xiong sudah masuk ke dalam bilik. Danish memandang Hauraina lalu dia mendekati gadis Itu. Setapak dia ke hadapan, setapak Hauraina kebelakang dan akhirnya badan gadis itu bertemu dengan dinding.

"Cantik juga kau ni" Danish mengusap pipi gadis itu dengan lembut kemudian dia tersenyum sinis apabila Hauraina seperti ketakutan.

"A-apa awak buat ni?" Soalnya.

"Nothing my little lady" Danish tersenyum sinis apabila Hauraina sudah menggigil ketakutan, muka gadis itu sudah merah.

"Pergi masuk ke dalam bilik kau sekarang, kalau tak aku.." dia mengusap bibir Hauraina dengan senyuman misteri.

Danish ingin ketawa apabila mata Hauraina sudah bertakung dan tangan gadis itu menggigil. Tetapi dia cuba menahan tawa yang hampir pecah.

"Pergi masuk bilik kau" ujarnya dingin.

Hauraina berlari menuju ke biliknya lalu dia mengunci pintu. Jantungnya sangat laju apabila bersama lelaki itu.

Danish tersenyum sinis apabila melihat muka Hauraina tadi. Dia menaiki tangga dan masuk ke dalam biliknya, ada sedikit kerja yang perlu di siapkan. Tetapi dalam diam, dia tersenyum apabila teringatkan gadis itu.

Continue Reading

You'll Also Like

5.5K 315 21
Menjadi bijak dan genius tidak diinginkan langsung oleh gadis bernama Ayshara Dania. Dia hanya inginkan kehidupan yang sederhana dan penuh dengan kas...
1.4M 35.1K 47
When young Diovanna is framed for something she didn't do and is sent off to a "boarding school" she feels abandoned and betrayed. But one thing was...
1.5M 135K 46
✫ 𝐁𝐨𝐨𝐤 𝐎𝐧𝐞 𝐈𝐧 𝐑𝐚𝐭𝐡𝐨𝐫𝐞 𝐆𝐞𝐧'𝐬 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐒𝐚𝐠𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 ⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎ She is shy He is outspoken She is clumsy He is graceful...
4.1M 170K 63
The story of Abeer Singh Rathore and Chandni Sharma continue.............. when Destiny bond two strangers in holy bond accidentally ❣️ Cover credit...