DANISH HAIZIQ |✓

By laika_aika

126K 6.8K 717

Danish Haiziq- Seorang lelaki yang ada auranya sendiri. Kacak,segak dan bergaya. Ah! Dia memang cukup sempurn... More

prolog
Bab 1
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Epilog
𝑺𝒑𝒆𝒄𝒊𝒂𝒍 𝒃𝒂𝒃

Bab 2

3.1K 108 25
By laika_aika

Danish menghentak cawan ke atas meja dengan kuat. Nasib cawan itu tidak pecah, cuma meja kopi itu sahaja yang terbalik.

"Wow! Bawa bertenang bro" ujar Xian lalu dia mengangkat semula meja itu.

Xian duduk di sebelah Danish lalu dia melihat muka lelaki itu bertukar merah kerana marah. Ini kalau cari pasal memang matilah jawabnya!

Xiong yang terdengar bunyi benda jatuh dari halaman rumah, terus sahaja berlari keluar. Dia melihat Danish sedang termenung sambil mengepal tangan, muka lelaki itu bengis.

"Apahal ni?" Soalnya, lalu mendekati mereka berdua.

Xian menggelengkan kepalanya. Danish tiba-tiba sahaja naik angin harini. Dari dalam office sampai lah ke sini. Kesian orang-orang yang tak bersalah di office tadi, kena maki free-free.

"Uncle Danish!" Jerit satu suara budak kecil lalu dia berlari mendapatkan mereka bertiga.

Xian terus lari ke arah budak Itu.

"Iskandar sayang, sekarang uncle Danish tengah sakit jiwa. Is pergi masuk dulu ya? Nanti sakit jiwa dia sudah hilang,u baru Is jumpa dia okay?" Xian berbisik di telinga budak kecil itu. Nada suaranya perlahan supaya hanya dia dan Iskandar sahaja dengar.

Iskandar memandang muka Xian dengan muka sedih. Dia memuncungkan bibirnya apabila melihat Danish yang sedang merenungnya dengan pandangan tajam.

"Uncle Danish kena rasuk syaitan ke, Uncle Xian?" Soalnya dengan pelat, mata cuba memandang tempat lain apabila melihat pandangan daripada uncle kesayangannya itu.

Xian menunduk, dia memandang lantai. Mahu ketawa tapi dia tidak mahu mati awal.

"T..tak lah. Dia tengah stress" ujar Xian, tawanya di tahan.

Iskandar mengangguk kepalanya tanda faham. Dia terus pusing ke belakang lalu berlari masuk ke dalam rumah semula.

"Mama!! Jangan keluar ada orang sakit jiwa!!" Jerit Iskandar dengan kuat, selipar kecilnya sudah tercampak jauh.

Xian tergamam. Bertuah punya budak!

"Assalamualaikum!" Satu suara garau muncul dari luar rumah. Dia membuka pagar lalu mendekati tiga orang manusia yang berada di halaman rumahnya.

"Hey bro!" Tengku Asyraf menepuk bahu Danish.

Danish mengeluh lalu dia memandang muka Tengku Asyraf. Wajahnya hanya dingin.

"Kau apahal ni bro? Kau okay tak?" Soal Tengku Asyraf.

"Aku okay" jawab Danish, tangan yanb merah di urut perlahan.

Tengku Asyraf tersenyum, kerusi kosong di hadapan Danish di tarik lalu dia melabuhkan punggungnya di situ, baru sahaja Tengku ingin memecahkan suasana, dia memandang satu sosok manusia yang dia rindui, wanita itu mendekati mereka sambila membawa dulang.

"Gorgeous! I miss you" Tengku Asyraf bangun lalu pergi ke arah Alisa. Wanita itu tersenyum lalu dia meletakkan dulang yang berisi air dan juga kuih-muih. Tangan si suami di salam.

"Ni Lisa ada buat air" ujar Alisa, mata birunya memandang empat orang lelaki di hadapan.

"Thank you little girl" Danish tersenyum manis apabila wanita itu memandangnya.

"Mana dua orang kembar tu?" Soal Xian, kuih donat gula di ambil dan disuapkan ke dalam mulut.

"Oh! mereka berdua ikut mama papa pergi London" jawap Alisa, dia mengambil tempat di sebelah suaminya.

Xian menganggukkan kepalanya, tanda fabam. Dia bangun lalu pergi ke tempat lain.

"Nak isap rokok lah tu" ujar Xiong, dia kenal sangat dengan perangai adik kembarnya itu.

"Danish, saya nak tanya satu soalan boleh?" Alisa memandang Danish yang sedang melihat telefon.

Danish menutup iphonenya lalu memandang Alisa. Lelaki itu berpeluk tubuh, mata memandang wanita di hadapannya itu.

"Silakan, little girl" wajah dinginya bertukar lembut.

"Bila awak nak khawin? Umur awak dah nak dua puluh tujuh tahun kan?" Alisa memandang lelaki di hadapannya.

Danish tersenyum sinis apabila mendengar soalan daripada wanita kecil di hadapannya. Jari di picit perlahan.

"Khawin?" Ketawa sinis di berikan.

"Saya tak pernah fikir untuk bercinta dan bina keluarga, saya tidak mudah jatuh cinta, little girl. Mungkin saya tak akan khawin, hidup saya sudah cukup sempurna" mata mereka bertemu, Danish hanya memberikan satu senyuman misteri kepada wanita itu.

Alisa tidak mampu balas apa-apa, dia hanya senyap. Malas mahu berkata lebih nanti si lelaki dingin ni akan bagi jawapan yang sama juga.

"Oh yeah? Aku pegang kata-kata kau" ujar Xiong, kuih yang di buah oleh Alisa tadi di ambil.

Tawa kecil terlepas daripada bibir Tengku Asyraf, dia menepuk bahu lelaki itu dengan kuat.

"Okay lah bro, i need to go now. Aku banyak kerja nak uruskan" ujar Danish dingin lalu dia menepuk bahu Tengku Asyraf semula.

"Bye little girl"

Alisa hanya senyum lalu dia memeluk Iskandar yang sudah tertidur di ribanya.

"Xian, Xiong" Dia memanggil dua orang kembar itu dengan nada dingin.

Xian menganggukkan kepalanya, Xiong pula hanya mendiamkan diri. Mereka berdua terus membuntuti Danish.

.

"Hauraina Arrien!!"

Suara wanita tua itu bergema di seluruh ruang rumah, Hauraina mengeluh. Apa lah yang si tua itu mahu lagi? Dia baru sahaja baring, nak kata tidak buat kerja rumah? Huh dia sudah buat semua kerja rumah harini. Lepas ini kalau si Salmah tu suruh dia kemas rumah lagi memang dia basuh hati Salmah yang hitam tu!

"Ye makcik! Saya datang!" Hauraina keluar dari biliknya lalu pergi ke ruang tamu.

Salmah memegang pinggangnya yang sakit. Perlahan-lahan dia duduk di atas sofa usang yang berada di ruang tamu.

"Ye makcik?"  Hauraina memandang mak sedaranya dengan pandangan kosong.

"Kau buat apa? Baring lagi? Memang kerja kau baring aje ke? Takde kerja lain nak buat?" Soal Salmah, mula lah kerjanya. Berleter tidak bergaji, lainlah kalau ada gaji. Sanggup Hauraina dengar leteran wanita tua itu. Bernanah telinga pun dia tidak kisah.

Hauraina mengeluh perlahan, senyuman cuba di berikan kepada wanita itu.

"Makcik, saya baru lepas buat kerja rumah. Semua tempat saya dah bersihkan" jawabnya dengan nada  lembut. Walau macam mana pun, dia tidak akan menaikkan suaranya. Dia hargai Salmah yang sudah menjaganya walaupun tidak ikhlas.

Salmah menjeling anak saudaranya itu. Jijik dia melihat gadis itu yang sopan-santun. Dia menarik tangan Hauraina dengan kasar untuk duduk di lantai

"Urut pinggang aku ni, pinggang aku sakit" ujar Salmah lalu meniarap di atas sofa itu.

'heh dah puas gelek di kelab semalam, sekarang dah patah pinggang ke? Sudah lah badan berkedut!' katanya dalam hati. Huh umur sudah mahu masuk 40 tetapi kaki kelab!

"Okay" Hauraina duduk lalu mengurut pinggang makciknya. Ni kalau pijak auto terburai semua tulang dalam badan si Salmah ni.

Hauraina tergelak kecil apabila membayang makciknya punya tulang terburai.

"Apa yang kau ketawa tu? Cepat la urut. Dasar anak yatim piatu pemalas!" Salmah menyiku kepala Hauraina dengan kuat.

Hauraina tersenyum, dia terus mengurut sehinggalah makciknya suruh berhenti.

Salmah duduk. Dia memandang muka Hauraina yang seperti mahu katakan sesuatu.

"Kau kenapa?" Soal Salmah dengan kasar.

"Makcik, kalau saya nak sambung belajar boleh?" Hauraina memandang makciknya dengan takut. Masa dia periksa SPM dia dapat 9A kut ! tetapi dia tidak sambung belajar sebab si Salmah ni !

Salmah mula memandang anak buahnya dengan menyampah.

"Aku ni tak ada duit tau. Kau nak suruh aku bayar duit sekolah kau tu nanti pakai apa? Maruah kau? Jangan jadi bodoh boleh tak?" Salmah menunjal kepala Hauraina.

"Umi dan abi ada tinggal duit sikit dalam bank saya. Mereka pernah suruh saya guna duit tu untuk sambung belajar" Hauraina berkata dengan nada yang lembut. Umi dan abinya ada harta tetapi semuanya sudah di kebas habis oleh mak saudaranya ini.

"Aku dah guna duit tu" ujar Salmah selamba.

Hauraina memandang makcik dengan tidak percaya.

"Ya Allah makcik.. Kenapa makcik pakai duit tu? Itu duit yang umi dan abi tinggalkan untuk saya" air matanya sudah mula bertakung, duit yang di berikan oleh arwah orang tuanya sudah pun lenyap begitu sahaja. Sungguh kejam mak saudaranya ini !

Salmah mendekati anak buahnya itu lalu mengcengkam rahang Hauraina dengan kuat.

"Hoi aku ni adik mak kau tau bodoh! Suka hati aku lah nak buat apa pun!"  Marah wanita tua itu.

"Makcik, makcik tau kan tak elok makan harta anak yatim. Berdosa makcik" Hauraina berkata dengan berani. Cukuplah! Dia sudah penat dengan semua ini.

Salmah mula bengang, dia menarik rambut Hauraina dengan kuat lalu mencekik gadis itu.

"Kau nak tazkirah aku ? Kau ingat kau tu hebat sangat?"

Hauraina tersenyum nipis. Salmah melepaskan tangannya dari leher anak buahnya itu.

"Solatlah makcik. Makcik sudah jauh terpesong. Dunia ni ialah tempat nabi Adam di hukum. Kenapa makcik begitu seronok dengan dunia? Begitu lalai dengan hasutan syaitan dan nafsu dalam diri"  Hauraina tersenyum  apabila makciknya seperti cacing kepanasan. Huh ni kalau baca ayat kursi mahunya terbakar makciknya disini.

"Kau memang tak puas kena pukul dengan aku kan?!"

Salmah menarik Hauraina ke dapur lalu dia mengambil span yang bersabun. Span itu disumbat ke dalam mulut gadis itu. Hauraina tersedak sedak apabila dia merasakan air sabun daripada span itu seperti sudah masuk ke dalam tekaknya. Dia terus meludah span itu lalu terbatuk batuk.

"Mati ! Mati !" Air dalam bekas sabun itu  membasahi tubuh gadis itu. Berus periuk tadi di masukkan ke dalam mulut Hauraina dengan cara paksa.

"Aku nak kau mati !!" Salmah menjerit seperti orang gila, dia masih tidak puas hati lagi. Dia mengambil anak lesung batu lalu mengetuk lutut Hauraina dengan kuat.

"Argh!! M-makcik! S-sakit" Hauraina menangis apabila tulang lututnya rasa seperti mahu patah.

Salmah tidak menghiraukan rayuan gadis itu. Dia terus menyiksa dan menyiksa Hauraina sehingga lemah.

"Kau memang layak dapat semua ni ! Kau memang tak guna! Anak yatim bodoh !" Salmah menendang perut Hauraina sehinggalah gadis terbatuk-batuk. Rasa senak di perut di tahan.

"S-saya minta m-maaf" bajunya sudah  basah akibat air sabun tadi, tubuh kecilnya qmenggigil ketakutan.

Salmah berhenti, dia memijak lutut Hauraina yang di ketuknya tadi dengan kuat.

"Arghh !! B-berhenti !" Teresak-esak gadis itu menangis, menahan rasa sakit.

Salmah menghentakkan kepala Hauraina dengan kuat ke dinding sehingga wanita itu tidak sedarkan diri akibat tenaga yang sudah tiada.

"Mampus lagi bagus!" Kaki menendang tubuh kecil itu.

Duit yang berada di dalam beg Hauraina di ambil,Salmah keluar daripada rumahnya, dia mahu pergi ke tempat yang dia sentiasa lepak bersama kawannya.

Continue Reading

You'll Also Like

2.5K 203 23
" Kenapa kau tak cerita dekat abang Rabiatul ? " - Iyran Idryan . " Memang abang pernah balik ke selama 5 tahun ni ? " - Rabiatul Darwisya . " Kenapa...
499 67 5
Hidup ini akan ada penghujungnya. Lydia Triestina, hanya gadis yang ingin kebebasan dan kasih sayang. Inginkan hidup seperti orang lain tetapi malang...
743K 77K 28
في وسط دهليز معتم يولد شخصًا قاتم قوي جبارً بارد يوجد بداخل قلبهُ شرارةًُ مُنيرة هل ستصبح الشرارة نارًا تحرق الجميع أم ستبرد وتنطفئ ماذا لو تلون الأ...
3.7K 80 21
Puteri Damia Annelisse merupakan seorang gadis bekerjaya yang menetap di Australia. Sudah bertahun dia menetap disana sejak kedua Ibu bapanya tela...