HE IS COLD HEARTED [ C ]

By kimasyr_

161K 5.5K 159

KARYA PERTAMA - NURUL ASYIQIN Tengku Aaryan Zahreen ❆| Azzahra Raissa ❃ "Me? I'm cold hearted men & a killer... More

❆❃ Prolog
❆❃ HE IS COLD HEARTED 1
❆❃ HE IS COLD HEARTED 2
❆❃ HE IS COLD HEARTED 3
❆❃ HE IS COLD HEARTED 4
❆❃ HE IS COLD HEARTED 5
❆❃ HE IS COLD HEARTED 6
❆❃ HE IS COLD HEARTED 7
❆❃ HE IS COLD HEARTED 8
❆❃ HE IS COLD HEARTED 9
❆❃ HE IS COLD HEARTED 10
❆❃ HE IS COLD HEARTED 11
❆❃ HE IS COLD HEARTED 13
❆❃ HE IS COLD HEARTED 14
❆❃ HE IS COLD HEARTED 15
❆❃ HE IS COLD HEARTED 16
❆❃ HE IS COLD HEARTED 17
❆❃ HE IS COLD HEARTED 18
❆❃ HE IS COLD HEARTED 19
❆❃ HE IS COLD HEARTED 20
❆❃ HE IS COLD HEARTED 21
❆❃ HE IS COLD HEARTED 22
❆❃ HE IS COLD HEARTED 23
❆❃ HE IS COLD HEARTED 24
❆❃ HE IS COLD HEARTED 25
❆❃ HE IS COLD HEARTED 26
❆❃ HE IS COLD HEARTED 27
❆❃ HE IS COLD HEARTED 28
❆❃ HE IS COLD HEARTED 29
❆❃ HE IS COLD HEARTED 30
❆❃ HE IS COLD HEARTED 31
❆❃ HE IS COLD HEARTED 32
❆❃ HE IS COLD HEARTED 33
❆❃ HE IS COLD HEARTED 34
❆❃ HE IS COLD HEARTED 35
❆❃ HE IS COLD HEARTED 36
❆❃ HE IS COLD HEARTED 37
❆❃ HE IS COLF HRATED 38
❆❃ HE IS COLD HEARTED 39
❆❃ HE IS COLD HEARTED 40
❆❃ HE IS COLD HEARTED 41
❆❃ HE IS COLD HEARTED 42
❆❃ HE IS COLD HEARTED 43
❆❃ HE IS COLD HEARTED 44
❆❃ HE IS COLD HEARTED 45
❆❃ HE IS COLD HEARTED 46
❆❃ HE IS COLD HEARTED 47
❆❃ HE IS COLD HEARTED 48
❆❃HE IS COLD HEARTED 49
❆❃ HE IS COLD HEARTED 50
❆❃ HE IS COLD HEARTED 51
❆❃ HE IS COLD HEARTED 52
❆❃ HE IS COLD HEARTED 53
❆❃ HE IS COLD HEARTED 54
❆❃ HE IS COLD HEARTED 55
❆❃ HE IS COLD HEARTED 56
❆❃ HE IS COLD HEARTED 57
❆❃ HE IS COLD HEARTED 58
❆❃ SPECIAL CHAPTER ❆❃
❆❃ SPECIAL CHAPTER 2 ❆❃

❆❃ HE IS COLD HEARTED 12

2.6K 103 2
By kimasyr_

"AMANI nak makan apa?" tanya Azzahra. Dia melihat menu makanan yang di beri oleh pelayan tadi.

"Amani nak makan spaghetti ngan acik su oleh?" tanya Amani dengan suara comelnya. Azzahra yang memilih menu tadi terus pandang Amani di sebelah.

"Sure sayang. Kita makan spaghetti ok?" kata Azzahra sambil buat tanda OK. Amani juga buat tanda OK pada Azzahra.

Selesai mengoder menu makanannya tadi Azzahra meminta izin untuk pergi ke tandas sekejap. Azzahra melihat pantulan dirinya di cermin. Tudungnya di betulkan sebelum mengeluarkan telefon dalam handbag. Dia buka aplikasi WhatsApp, nama Hafiz berada paling atas. Banyak kali Hafiz call dan mesej dia. Tapi dia buat tak layan saja.

"Kau ni tak faham bahasa ke apa, orang dah kata tak nak tu tak naklah. Kau nak suruh aku cakap bahasa apalagi tamil, cina tak pun korea." bebel Azzahra dalam tandas. Nasib baik dia sorang sahaja yang berada dalam tandas. Tanpa fikir panjang dia terus blok nombor Hafiz dari telefonnya dan di simpan semula dalam handbag.

Dia melihat pantulan dirinya buat kali terakhir sebelum bergerak keluar dari tandas. Keluar sahaja dari tandas ada orang menegurnya dari tepi. Aaryan. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum menuturkan kata.

"Awak buat apa kat sini?" tanya Azzahra. Tangannya di silangkan pada dada. Padangannya di arahkan ke tempat lain, tak nak pandang muka si zirafah. Menyampah.

"Aku pergi tandaslah. Tak nampak ke papan tanda 'tandas lelaki' kat sebelah tu, buta ehh? Sampai hati kau aann pergi bercuti tak ajak aku." balas Tengku Aaryan. Tangannya juga di silangkan pada dada bidangnya bagi nampak macho sikit. Badannya di sandar pada dinding sambil menatap wajah cantik Azzahra.

Azzahra melihat papan tanda tandas lelaki bersebelahan dengan tandas wanita. Dia pandang lelaki itu sekejap sebelum memandang ke arah lain semula.

"Saya tak buta lagi ok,mata saya sihat walafiat lagi. Buat apa saya nak ajak orang yang saya tak kenal pergi bercuti. Awak bukan siapa-siapa bagi saya pun." jawap Azzahra dengan suara mendatar.

Kalau tadi dia berasa geram dengan Hafiz,sekarang dia lagi bertambah geram dengan lelaki di depannya. Sebelum hatinya berasa panas baik dia pergi dari situ. Tak suka berlama-lama dengan lelaki di depan tandas. Kang tak pasal-pasal benda lain pula jadi.

Tengku Aaryan yang melihat Azzahra ingin pergi terus dia mencapai tangan mulus Azzahra. Azzahra yang baru sahaja ingin pergi di rasa tangannya kena tarik dari belakang. Azzahra berusaha untuk melepaskan tangannya dari genggaman tangan lelaki itu.

"Ishh apa pegang-pegang ni. Lepaslah. Awak tak tau ehh haram kalau lelaki pegang tangan perempuan. Lepaskan tangan saya, kalau tak saya jerit." marah Azzahra. Dia cuba ketuk tangan lelaki itu menggunakan handbag miliknya, nak bagi tangan tu lepas dari menggenggam tangannya.

Tangannya berasa sakit apabila gadis itu menghentakkan handbag miliknya dengan kuat. Tengku Aaryan terus melepaskan genggaman tangannya dari tangan gadis. Sakit siott, itu beg ke kayu.

"Padan muka, lain kali tariklah lagi tangan orang kalau tak nak kena luku dengan saya." marah Azzahra. Handbag miliknya di betulkan sebelum dia memukul lengan sasa lelaki itu. Dia terus pergi dari situ. Sempat dia jelirkan lidahnya pada lelaki itu.

Panas sahaja hati dia sekarang ni bila melihat gadis itu menjelirkan lindahnya pada dia.

"Takpe, kau tunggu giliran aku pula. Aku akan balas berkali ganda dengan apa yang kau buat tadi." kata Tengku Aaryan perlahan. Dia terus buka langkah pergi dari situ.

"ACIK su...napa lama angat gi tandas. Amani unggu acik su tadi nak makan ama-ama." kata Amani. Mulutnya di muncungkan ke depan dengan muka comelnya. Azzahra tergelak melihat muka comel Amani. Dia terus mencubit pipi pau Amani. Pipi Amani dan pipinya lebih kurang sama saja.

"Sowwy ahh Amani. Acik su tadi memang dah keluar tandas awal dah tadi. Tapi tetiba je ada zirafah halang laluan acik su nak pergi. Acik su apa lagi terus pukul dia guna handbag acik su. Padan muka dia rasakan siapa suruh halang acik su nak pergi kan?" tanya Azzahra. Dia tahu dirinya sedang di perhatikan oleh lelaki tadi. Jadi dia hanya fokuskan dirinya pada Amani sahaja di meja makan.

"Acik su...kat restoghan ni ana ada  oang awak zirapah..." kata Amani. Aisya di sebelah Azzahra ketawa kecil bila dengar Amani sebut zirapah.

"Amani...zirafahlah. Bukan zirapah. Cer sebut zi...ra...fah..." sebut Azzahra satu persatu. Dah macam cikgu pulak gayanya.

"Zirapah..." sebut Amani dengan pelatnya. Amani tunjukkan senyuman manisnya pada Azzahra. Dia tau dia salah sebut. Azzahra hanya layankan sahajalah.

Makanan mereka sudah sampai dan di letakkan ke atas meja masing-masing. Aisya yang melihat Azzahra sedang memberikan perhatian pada Amani terus menyiku lengan Azzahra. Dia nak curi masa sekejap dengan Azzahra.

"Kenapa? Apa dia buat kat kau tadi sampai kau lambat datang sini?" tanya Aisya dengan badannya di tundukkan sedikit. Dia bersisik perlahan dengan Azzahra, tak nak bagi orang dengar. Dia juga tahu ada mata yang sedang memerhati ke arah mereka.

"Nantilah aku cita kat kau. Aku nak suap Amani makan dulu. Sampai hotel aku cita, kau cuma ingatkan aku je nanti, takut aku lupa je nak cita kat kau." kata Azzahra perlahan sebelum memberi perhatian sepenuhnya pada Amani. 

"IBU ayah lambat lagi ke?" cantas Azzahra bila melihat ibu dan ayahnya masih berborak dengan lelaki itu. Pasal business lahtu.

Azzahra pandang sekeliling restoran itu. Cantik, deco pun nak kemas. Ala-ala restoran macam kat hotel 5 bintang tu. Sekarang dia tengah bosan, tak tau nak buat apa. Amani dan Adam, abang Aniq dan kak Fathia dah bawak balik.  hotel. Abang Airel, kak Aura dan Aireen pula sebok menghadap telefon. Yang si Aisya tengah on call dengan ibunya. Dia seorang sahajalah yang takde buat apa, dar tadi duduk dengar ibu dan ayahnya berborak dengan lelaki tu. Satu apapun dia tak faham. Pasal business kan, dia ni mana minat business-business. Yang dia minat kpop dengan hero fictional men je.

"Kenapa adik tanya?" tanya Puan Farah. Azzahra yang mendengar rasa nak hentuk kepala kat meja. Ibunya boleh tanya kenapa? KENAPA? Yaallah.....tau tak sekarang ni aku tengah bosan. Nak je aku keluarkan suara cakap aku tengah bosan sekarang ni, tapi aku kena hormat ibu aku. So aku sabarkan sahaja hati aku ni. Ingat syurga ibu di bawah telapak kaki ibu.

"Takdelah. Adik ingat nak keluar jalan-jalan kejap kat kawasan sini. Nak ambil angin malam jap. Boleh kan?" tanya Azzahra pada ibunya. Encik Arshad yang tadi berborak dengan lelaki itu terus menoleh wajahnya ke arah dia. Apa dia ada salah cakap lagi ke.

"Adik nak pergi dengan sapa? Tak elok lah perempuan keluar malam-malam macam ni. Adik tunggu je sini. Jap gi kita balik." kata Encik Arshad.

'Kejap lagi ye. Agak-agak barapa lama kejap lagi tu, 1 jam ke?' bisik Azzahra dalam hati dengan memek mukanya.Azzahra tengok jam yang di pakainya. Pukul 9.30 malam. Awal lagi.

Tengku Aaryan yang melihat memek muka Azzahra ketawa kecil. Tengah benganglah tu sebab ibu dan ayahnya berborak panjang dengan dia.

"Ayah awal lagilah. Baru pukul 9.30. Lagipun Azzahra keluar jalan-jalan sekejap je. Aisya ikut sekali. Bolehlah yah...?" Azzahra memintak izin dekat Encik Arshad dengan muka comelnya. Dia sengaja mengerdipkan matanya berkali-kali pada Encik Arshad.

Dia pandang sekejap ke arah Aisya yang baru masuk dalam restoran. Aisya yang baru sahaja sampai tak tau apa-apa, yang dia tau Azzahra tiba-tiba sahaja petik namanya.

Tengku Aaryan di sebelah hanya melihat situasi anak beranak itu dengan senyuman dibibir. Tetiba dia dapat idea.

"Uncle kalau uncel setuju saya boleh temankan diorang jalan-jalan kat kawasan sini. Saya boleh tengok-tengokkan anak uncle. Itupun kalau uncle setujulah." ujar Tengku Aaryan. Azzahra yang tadi masih menghadap muka Encik Arshad terus pandang muka lelaki itu. Dia tak tau nak cakap apa, dia nak cakap tapi takleh keluar perkataan dari mulutnya.

Encik Arshad berfikir sekejap. Kalau anaknya nak sangat jalan-jalan kat kawasan sini ada baiknya kalau Aaryan temankan anaknya.

"Baiklah Uncle setuju. Kamu tolong tengokkan anak uncle ni. Adik biar Aaryan temankan kamu berdua pergi jalan-jalan kat kawasan sini. Ingat jangan balik lewat sangat. Sampai hotel terus call ibu atau ayah. Faham? Kalalu takde apa-apa ibu ayah nak balik ni." ujar Encik Arshad. Azzahra masih terpinga dengan apa yang baru dia dengar tadi.

"Mana boleh ayah. Kitorang nakkan privasi. Kitorangkan perempuan." cantas Azzahra. Suaranya masih dikawalkan lagi pada Encik Arshad.

"Oiii privasi apanya? Tau tak, tak elok kalau perempuan keluar malam balik lewat malam. Kalau jadi apa-apa kat korang camna? Ingat ni bukan tempat korang nak lepak-lepak sesuka hati." kata Airel. Dia paling tak suka kalau adiknya keluar lewat malam, kecuali ada kerja atau emergency sahaja.

"Dengar tu..." kata ibu dan kak Aura serentak. Mereka dari tadi hanya senyap dan perhatikan situasi tadi.

Azzahra yang mendengar kata-kata abang Airel, ibu dan kak Aura terus buat muka. Nak nangis sebab kena marah dengan abang Airel. Dia pandang sebelah melihat muka Aisya. Nak minta simpati.

"Ikut jelah. Lagipun betul apa cakap ayah kau dan abang Airel. Tak elok perempuan keluar malam balik lewat malam. Kau patut bersyukur ayah kau dah bagi keizinan kaluar jalan-jalan." kata Aisya pula. Dia bukan nak menangkan sapa-sapa, tapi apa yang Encik Arshad dan abang Airel cakapkan tadi memang betul.

Azzahra pandang sekejap muka tak bersalah lelaki tu. Dia terus buat muka.

"Fine." kata Azzahra dan terus bangun dari kerusi. Dia terus berjalan keluar dari restoran menuju ke parking kareta. Sempat dia bersalaman dengan ibu dan ayahnya.

Aisya yang melihat terus kejar langkah Azzahra diikuti Tengku Aaryan dan Tengku Aireen. Ye Tengku Aaryan meminta adiknya untuk teman mereka keluar jalan-jalan sekejap lagi.

Sampai sahaja dekat kawasan parking kereta Aisya nampak Azzahra yang sedang menunggunya di kereta miliknya. Dia terus berjalan ke arah tempat Azzahra berdiri. Tengku Aaaryan sempat pesan pada dia suruh tunggu sekejap, jangan gerak lagi. Katanya nak pergi ambil kereta.

Azzahra dengar bunyi tapak kasut datang ke arahnya. Dia terus pandang sebelah. Kelihatan Aisya seorang sahaja yang databnbg ke arahnya. Dia kerutkan kening.

"Kau sorang je ke? Mana si zirafah tu? Kata nak temankan kitakan. Sekarang mana dia, hilang pulak" kata Azzahra. Hatinya masih tak puas hati dengan kejadian dalam restoran tadi.

Aisya yang baru nak keluarkan suara terus tak jadi bila diterjah dengan soalan Azzahra. Tak menyabar betul kawan aku ni.

"Dia ada jelah. Dia kata nak pergi ambik kereta jap, pastu dia suruh tunggu katanya nak gerak sama-sama. Aireen pun ikut sekali, so nanti takdelah kita berdua je yang berseronok." balas Aisya dengan senyuman manisnya.

Azzahra yang melihat senyuman manis Aisya turut senyum juga. Dia tau apa yang ada dalam kepala otak Aisya.

"I know what's on your mind right now.  wise." kata Azzahra. Mereka berdua terus masuk ke dalam kereta. Sebelum Tengku Aaryan dan Tengku Aireen sampai baik Aisya startkan enjin kereta.

Tengku Aaryan dalam kereta sedang menaip sesuatu dalam telefonya. Tengku Aireen pula sedang mendengar lagu menggunakan headphone di telinganya. Amsyar di depan sedang memandu di ikuti kereta Aisya di belakang.

Mereka sekarang sedang bergerak ke suatu tempat yang menarik. Hanya mereka berlima sahaja yang pergi jalan-jalan.

TENGKU Addyan dengan muka ketatnya melemparkan pandangan keluar tingkap. Baru baca mesej yang dihantar oleh kembarnya tadi.

"Pergi jalan-jalan dahlah tak ajak kita. Siapa perempuan tu? Korang kenal ke?" tanya Shahrul.

"Perempuan tu namanya Azzahra. Yang lagi sorang tu kawan dia Aisya namanya." jawap Amir bagi soalan Shahrul tadi. Shahrul dan Dayyan buat bentuk O di mulut.

"Mana kau tau nama diorang?" tanya Tengku Addyan yang dari tadi melemparkan pandangan keluar tingkap.

"Aku taulah. Kan aku ngan Am 24 jam dengan Ryan. Korang apa tauww..." jawap Amir.

Shahrul dan Dayyan terus buat muka.

"Eheheheh...budak ni. Aku luku kang jugak." kata Dayyan.

"Ni kita nak pergi mana? Takkan nak terus balik hotel kot" tanya Amir.

Tengku Addyan yang dengar pertanyaan Amir berfikir sekejap. Dia pun bukan buat apa kat hotel tu, waktu masih awal lagi untuk dia balik hotel.

"Kita pergi jalan-jalan. Kau bawak jelah pergi mana pun. Korang pun tak nak balik hotel awal sangatkan?" tanya Tengku Addyan pada mereka. Dayyan dan Shahrul angguk setuju.

"Kalau macam tu...kita pergi mall. Tengok wayang, aku rasa ada cita baru keluar aritu. Setuju tak cadangan aku ni?" tanya Amir minta persetujuan mereka.

"Pergi jelah, aku pun dah lama tak tengok wayang. Last aku tengok wayang dengan girlfriend aku kat rumah." jawap Shahrul mendatar. Dayyan dan Amir kerutkan kening. Bila masa Shahrul ada girlfriend ni?

"Sejak bila kau ada girlfriend? Kau tak bagitau kitorang pun. Siapa perempuan tu?" tanya Tengku Addyan. Dia juga kerutkan keningnya. Dia ada terlepas apa-apa ke sebelum ni.

"Lah korang tak tau ke girlfriend aku sapa. Kan aku dah pernah kenalkan kat korang, korang lupa ehh? Ryan pun ada masa tu." kata Shahrul. Dia pandang muka Dayyan, Tengku Addyan dan Amir silih berganti.

"Siapa? Sejak bila pulak kau kenalkan girlfriend kau kat kitorang?" tanya Dayyan. Otaknya cuba megingati hari-hari yang lepas. Ada ke Shahrul kenalkan girlfriend dia kat kitorang?

Tengku Addyan dan Amir juga cuba mengingat semula. Tetap juga tak jumpa. Shahrul yang melihat muka Tengku Addyan, Dayyan dan Amir terus pasrah.

"Itulah lain kali makan kismis setiap hari. Tengok sekarang dah jadi pelupa serupa orang tau tak ingat.  Girlfriend aku si Amy lah." beritahu Shahrul pada mereka bertiga.

Amir yang mendengar jawapan Shahrul rasa nak tepuk sahaja kepalanya menggunakan tangan, kalau tak di kenangkan yang dia sekarang tengah memandu memang dah lama tangan ni hinggap kat kepala Shahrul.

Shahrul pandang muka blur Tengku Addyan dan Dayyan. Ni mesti tak dapat tangkap lagi siapa Amy. Shahrul gelengkan kepala.

"Amylah. Kucing kesayangan kat rumah aku tu. Dia kan betina. So aku jadikan lah dia girfriend aku. Amy tu setia tauw pada aku, bukan macam betina kat luar sana." jawap Shahrul selamba.

Tengku Addyan dan Dayyan yang mendengar jawapan Shahrul rasa nak luku sahaja. Baru ingat Shahrul memang ada bela kucing kat rumahnya. Mereka tak tau yang kucing tu jantan ke betina, sebab tu otak mereka lambat nak mengingat semula.

"Aku rasakan macam nak campak orang tu dari kereta ni lah. Kau setuju tak kalau aku campak orang tu sekarang jugak." tanya Dayyan dengan muka kemerahannya. Dia tengah marah sekarang ni sebab Shahrul dah kenakan mereka.

"Aku pun rasa benda yang sama. Tapi aku nak campak dia keluar dari kereta lepastu aku nak suh Amir langgar orang tu. Senang sikit." balas Tengku Addyan. Tengku Addyan dan Dayyan memandang serentak ke arah Shahrul duduk di tengah-tengah.

Shahrul yang melihat mereka berdua memandang tajam kearahnya berasa kecut. Lagi-lagi bila mereka cakap nak campak dia keluar dari kereta lepastu nak langgar dia. Dia cuba paksa diri dia untuk senyum.

"Sorry ahh. Lagipun aku memang dah bagitau korang pasal girfriend aku. Kalau tak caye tanya Ryan. Dia mesti tauw..." kata Shahrul dengan sengihannya sambil membuat jari pess.

Tengku Addyan dan Dayyan terus pandang ke hadapan semula. Malas nak layan orang cakap tak betul ni.

"Amir bawak laju sikit. Panas ahh hati aku dalam keta ni. Rasa nak meletus je sekarang." kata Tengku Addyan tegas pada Amir di hadapan.

Amir yang tadi ketawa kecil terus berhenti ketawa. Padan muka Shahrul, siapa suruh main-main lagi dengan orang belakang tu. Kan dah kena.


















Ni je yg saya dpt update untuk HICH sebelum saya jawap exam minggu dpn. Saya harap korg dpt bersabar ye 2 minggu ni. Akhir bln 8 baru saya muncul Hihihi..

Happy Reading Reader's 😘💪

Continue Reading

You'll Also Like

1M 86.7K 61
Tengku Harraz Rizqi. Seorang lelaki yang dingin dan nakal. Satu-satunya cahaya mata yang dikurniakan kepada daddy dan mummy nya. Kisah dia bermula...
217K 6.2K 74
tiada benda yang percuma di dunia ni kan ? sama juga la dengan permulaan story ni . Tengku Rykal menghulurkan bantuan kepada Akma tetapi mempunyai sy...
19.3K 265 14
kisah ustazah anis sopan dan cantik tetapi sebalik jual tubuhnya di media sosial
343K 8.3K 25
˖ ࣪ ‹ 𝐒𝐚𝐝 𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐁𝐨𝐨𝐤 𝟏 𖥔 ࣪ ᥫ᭡ [ COMPLETE ] 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐚𝐬 𝐡𝐢𝐬 𝐫𝐞𝐠𝐫𝐞𝐭 Kerana si kakak melarikan diri dari pernikahannya, s...