[COMPLETED] Bila Aku Ada Kau

By sweetiftisour

48.2K 2.9K 734

Yang kacak, yang tenang, yang sabar, yang kuat, yang peka, yang mengambil berat, yang matang, yang menjaga it... More

๐ŸŒทTeaser๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 1๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 2๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 3๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 4๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 5๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 6๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 7๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 8๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 9๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 10๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 11๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 12๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 13๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 14๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 15๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 16๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 17๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 18๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 19๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 20๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 21๐ŸŒท
โค๏ธI Need Your Pendapatโค๏ธ
๐ŸŒทBab 22๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 23๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 24๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 25๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 26๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 27๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 28๐ŸŒท
๐ŸŒทBab 29๐ŸŒท
โค๏ธHaiโค๏ธ

๐ŸŒทBab 30: Ending๐ŸŒท

2.1K 128 86
By sweetiftisour

#Warning! Disebabkan chapter ni lebih dari 6000 patah perkataan, sila sediakan baldi dekat sebelah untuk tadah muntah.🤢🤮🤧🤒🤕

#Sejujurnya Ifti tak tahu apa yang ifti merapukan sampai chapter ni boleh cecah lebih dari 6K patah perkataan. Saja taknak split jadi dua atau tiga chapter Sebab nombor 30 tu nampak cantik je, tak ke? 😅😉

#Dalam banyak-banyak cerita, ini adalah chapter terpanjang ifti pernah melalut. I've tried my best untuk luahkan apa yang ada kat dalam otak dan hati untuk habiskan cerita ni. Tapi tu la...Sebagai seorang tukang karut yang sedang belajar menulis ifti tahu cerita ini kurang perasa here and there. Tapi anda tetap baca dan support. Thank you so much. Dan sesungguhnya debaran untuk publish chapter terakhir ini ini bukan tahap biasa-biasa. Rasa sayu pun ada. Jadi... selamat membaca gaisss 😊😘

**

[Jun 2020]

***

PATUTLAH Jaja rasa macam pelik dengan Hannah dan Farah hari sebelum majlis konvo tu. Biasa budak berdua itu akan paksa dia ikut jalan-jalan ke mall tapi malam sebelum hari konvo tu tak. Bersungguh mereka menegah Jaja dari bersiap.

Dan bila Jaja bertegas untuk ikut jugak, cepat-cepat Hannah tarik tangan Farah keluar dari rumah. Hampir separuh hari dia dibiar berteleku di rumah seorang diri. Sempat jugaklah dia merajuk dengan dua orang tu tapi sekejap aje. Lepas Hannah dan Farah balik rumah dengan jinjing makanan-makanan sedap, lesap terus rasa merajuk.  

Disebalik kisah dia tak dibenarkan menyertai aktiviti hangout hari tu rupanya ada sebab. Ada udang disebalik bihun. Mereka sedang merencana kejutan buat Jaja. Kejutan yang sangat tak disangka!

Tujuan Hannah ajak Farah keluar awal pagi hari tu adalah untuk pergi jemput keluarga angkat Jaja di airport. Dah jemput, dibawa pula lima sekeluarga itu ke homestay yang lokasinya tak jauh dari kawasan rumah mereka. 

Kemunculan keluarga Encik Hasan pada hari majlis konvo Jaja memang sudah diketahui dan dirancang baik oleh mereka. Intan sebagai mastermind telah menghubungi Hannah dengan menghantar mesej melalui Instagram. Pelan punya pelan, rancang punya rancang akhirnya sampai juga mereka ke sini. Hari ini sudah masuk hari ketiga keluarga kedua Jaja sedang berada didepan matanya.

"Mak, jangan balik lagi boleh tak? Ja tak puaslah."

"Kena balik la... Semua orang nak kena kerja tau lusa. Mak takpe la tak kerja. Kalau ikutkan mak pun taknak balik lagi."

"Kenapa semua orang ambil cuti sikit sangat. Dah nak datang jauh-jauh, tiga hari je cuti?"

"Sebab benda ni last minute punya plan. Jat dengan Seman kan tak boleh cuti lebih dari tiga hari kalau ambil cuti mengejut." Terang Puan Zaliha sambil menepuk pipi Jaja yang sedang memaparkan riak sedih.

"Ja dapat tengok mak tiga hari je. Rindu pun belum sempat terubat lagi tau." Rengek Jaja, memeluk kejap lengan Puan Zaliha. Tak cukup dengan peluk, hidungnya digesel-gesel pada bahu kanan wanita itu.

"Amboi... Mak je ke? Abah tak rindu?" Datang pula Encik Hasan, mengambil tempat disebelah isterinya.

Jaja tersengih lebar saat pandangannya mengesan riak sedih yang dibuat-buat di wajah lelaki separuh abad itu. "Takkanlah Ja tak rindu abah jugak. Mestilah rindu dua-dua. Ja kan seorang anak yang adil dan saksama."

Senyum yang ditahan terlakar pada wajah lelaki itu selepas mendengar kenyataan itu. "Kalau taknak rindu teruk-teruk dekat mak dengan abah, jomlah ikut kitorang balik. Hannah bagitahu abah semua kerja Ja dengan supervisor akan settled tak lama lagi." Mata Jaja dicari dan dipandang dalam-dalam sebelum satu soalan dititip keluar. "So... balik Malaysia ya lepas tu? Bak kata orang, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik negeri sendiri. Kan?"

Air muka Jaja berubah rentak. Perlahan-lahan senyumannya hilang. Pelukan pada tubuh Puan Zaliha dilonggarkan. 

"Tapi... abah tak paksa. Abah cuma mencadangkan je. Cuba nasib mana tahu kot-kotlah Ja akan setuju."

Nampak Jaja masih terdiam dengan menunduk merenung lantai, Puan Zaliha menguis pinggang suaminya. Dan apabila pandangan mereka bertemu, dia mencerunkan pandangan tajam kepada ayah Intan dan Ejat itu. "Ish, abah ni kan... Apalah cakap macam tu. Tahulah Jaja nak buat apa. Abah tak payah risau kan, Ja kan?" Cuba menarik fokus Jaja dari terus melayan hati sendiri, Puan Zaliha terus mencelah. "Nanti dah ready, Jaja balik Malaysia."

"Abah mintak maaf kalau Ja rasa macam abah paksa Ja. Sebelum ni, abah tak pernah halang Ja nak buat apa, nak pergi mana. Abah tak pernah persoalkan kenapa Jaja pilih untuk datang kesini dulu. Abah setuju aje apa segala keputusan Ja." Ujar Encik Hasan seraya berdiri. Kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam poket seluar ."Tapi kali ni abah rasa abah perlu bersuara. Bagilah abah dengan mak peluang untuk tebus amanah yang arwah Razif dan Munirah tinggalkan untuk kitorang. Bagi peluang untuk kitorang jaga Ja. Bagi peluang untuk kitorang jadi parents Ja." Tokok dia lagi, mengeluarkan sebelah tangan dan dihulur ke arah Jaja. Kepala yang dililit dengan selendang itu dia sentuh perlahan, dengan penuh kasih sayang. "Sekali lagi abah minta maaf. Abah cakap macam ni sebab abah taknak Ja jauh dengan kitorang lagi. Ja fikirlah baik-baik." Selesai berkata-kata, Encik Hasan pun berlalu masuk ke dalam rumah. 

***

SUASANA riuh rendah diruang tamu homestay yang disewa oleh keluarga Encik Hasan kini bertukar sepi. Penerbangan untuk pulang ke Malaysia pada pukul sembilan sepuluh minit pagi waktu Manchester esok menjadi penyebab kepada mereka semua untuk masuk tidur awal. 

Yang belum tidur cuma Jaja. Belum dikunjung dengan rasa kantuk, dia kini sedang duduk berteleku diruang tamu. Kata-kata Encik Hasan dua jam lepas bermain-main di ruang minda. Tak ada satu pun apa yang keluar dari bibir lelaki itu, salah. Semuanya betul. 

Walaupun kata-kata yang dititip buat dia itu bukan bernada marah atau tegas, namun dia tahu abah angkatnya itu maksudkan apa yang keluar dari bibir dia. Dari dulu, dia tak pernah tengok abah marah anak-anak. Kalau Intan atau Ejat buat salah, biasanya yang marah dan membebel itu adalah Puan Zaliha. Abah cuma menegur dengan ayat-ayat yang lembut namun berjaya menusuk sampai ke dalam hati anak-anaknya. Itulah cara Encik Hasan dalam menasihat, mendidik anak-anak. Dan tadi, dua jam lepas lelaki itu telah gunakan cara yang sama terhadap Jaja. 

Sedang leka melayan perasaan, Jaja terdengar namanya diseru perlahan. Angkat muka dan dia nampak Ejat sedang berdiri di depannya dengan pandangan terarah tepat kepada matanya. "Hi."

Jaja telan liur. Letak duduk selendang warna hitam atas kepala dibetulkan. "Hi." Serta merta suasana sekeliling terasa kekok. 

"Kenapa belum tidur?"

"Dah nak tidur ni..." Kalut-kalut dia menjawab. Bagai tersentuh plug elektrik yang bocor, laju dia bangun dari sofa. "Good night." Ucapan itu dititip buat Ejat saat dia melintasi lelaki itu untuk menuju ke bilik.

"Ja, tunggu jap." 

Jarak untuk sampai ke bilik yang dia huni di homestay selama tiga hari dua malam tinggal ini cuma separuh bila Ejat memanggil dia. Langkah kaki terhenti. Dengan teragak-agak dia menoleh semula ke arah Ejat. 

"Can we talk?"

Disapa dengan rasa tersentak, Jaja ambil masa lima saat untuk merespon soalan Ejat. Dan itu pun cuma dengan anggukan ringkas. 

Dah dapat lampu hijau, Ejat terus ambil tempat di sofa berangkai tiga yang diduduk oleh Jaja tadi. Berganjak ke bahagian paling hujung, dia menepuk ruang kosong yang tinggal, mengisyaratkan supaya Jaja menyertai dia duduk disitu.

Air muka penuh berharap dari Ejat itu buatkan dia tak membantah. Saranan lelaki itu diturut. Kalau Ejat duduk dihujung kiri, Jaja pula mengambil ruang dihujung kanan sofa. Kini jarak mereka cuma dipisahkan dengan ruang tempat duduk kosong ditengah. 

"I'm glad I made the right choice by choosing that color." Matanya melirik sekilas pada pergelangan tangan kanan Jaja. "Blue really looks good on you."

"Uh?" Jaja jadi terpinga-pinga dengan ayat yang tiba-tiba itu.

Kedua-dua pinggir bibirnya naik, melakarkan senyum. "That bracelet... it really looks good on you." Setelah dibiar suasana jeda buat beberapa ketika, Ejat mula bersuara.

"Oh..." Apa yang disampaikan oleh Ejat akhirnya sudah ditangkap. Rantai tangan pandora dihadiahkan oleh Ejat yang melingkar dipergelangan tangan kanan dikuis-kuis perlahan. Untuk meraikan hari konvokesyennya tiga hari lepas, selain jam kesayangan pemberian arwah papa dia juga telah memutuskan untuk memakai rantai tangan pemberian dari Ejat. "Thanks for giving me this. Cantik... cantik sangat." 

"Thanks to you too..."

Ayat yang tergantung itu menjemput pandangan Jaja dialihkan ke wajah Ejat yang masa ini sedang pandang dia. "For...?"

"For wearing it." Ejat tambahkan gula pada senyuman. Betapa dia terharu bila tengok Jaja pakai hadiah pemberiannya. Hatinya berbunga-bunga. Sebenarnya dia dah perasan masa pertama kali dia nampak Jaja di padang universiti lagi. Tapi tak ada pula dia nak menegur sebab rasa macam tak sesuai. Jadi bila ada peluang pada malam ini, tak menunggu lagi dia terus menegur.

Dan lepastu suasana kembali sepi semula. Jaja tak terkata apa bila tak jumpa perkataan-perkataan yang boleh disusun untuk menjadi ayat perbualan. Begitu juga dengan Ejat.

Bila dah agak lama dan aura kekok mula menghuni ruang tamu, Jaja jadi semakin tak betah. "Erm... okeylah. Masuk tidur dulu--"

"Since I am not good with words, so I don't know where and how to begin..." Niat Jaja untuk meninggalkan dia disekat. Teragak-agak Ejat menyambung bicara, dengan wajah yang ditunduk ke bawah. "Aku tak tahu sekarang masa yang sesuai atau tak. Aku tak tahu apa feedback yang aku bakal terima but still... aku nak teruskan jugak." Kedua-dua tangannya menggegam satu sama lain, cuba mengundang perasaan berani untuk bertandang. Kali ini dia angkat muka dan pandang muka Jaja. Gadis itu sedang perhati dia dengan riak penuh kehairanan terpapar diwajah. "Aku dah buat istikharah banyak kali dan aku rasa aku dah dapat jawapan. Seems like it's the right decision...InshaAllah. So, that's the reason why I am doing this." 

"Doing what?" Suara Jaja separuh perlahan. Melihat reaksi yang ditunjukkan oleh Ejat buatkan dada dia berdebar hebat. Apa yang lelaki itu cuba sampaikan?

"Doing this." Tangan kanan dikeluarkan dari poket seluar bersama satu kotak kecil berbentuk segi empat. Dibuka penutupnya dan diletak diatas sofa lalu ditolak perlahan ke arah Jaja. "Ambiklah berapa banyak masa pun untuk kau berfikir. Aku tak paksa. You have the right to say 'no'."  Matanya menilik lama wajah Jaja. "Izzatul Husna Binti Muhammad Razif..." Nama penuh Jaja disebut lembut. Tak mengalihkan pandangan dari berlaga dengan gadis itu, dia menyambung "... izinkan aku jaga kau sampai bila-bila... dengan cara yang halal...?"

***

**Flashback

"MAK, seriuslah mak serius ni?" Permintaan yang baru keluar dari bibir wanita yang dia paling sayang dalam dunia itu buatkan rasa terkejutnya bukan tahap biasa.

"Seriuslah mak betul-betul serius ni..." Riak wajah bersungguh tanda dia tak bergurau dengan apa yang diperkatakan pada anak teruna tunggalnya beberapa saat lepas.

Ejat terdiam dengan bibir ternganga. Masih tak hilang rasa terkejut, wajah Puan Zaliha dia perhati lama. Tak cukup dengan perhati, proses menganalisis wajah yang masih kekal cantik walaupun sudah berada diusia awal lima puluhan itu juga dibuat. Puas menganalisis, dia tak jumpa langsung senyuman di wajah mak.

"Ya Allah budak ni... Ingat mak bergurau ke?" Bahu Ejat yang tak berkutik dari menala pandangan ke mukanya ditepuk sekali. "Benda macam ni tak boleh dibuat main-main, Jat." 

Tak ada senyum bergurau yang dipamerkan. Jadi memang betul mak dia tak main-main. "Tapi mak...kenapa?" Tak berkelip muka Puan Zaliha dipandang. "Kenapa mak boleh terlintas untuk terfikir benda macam ni?"

"Inilah orang panggil naluri hati seorang ibu. Dah tiba-tiba naluri hati mak cakap nak tengok Jat dengan Jaja pergi lebih dari kawan, apa mak boleh buat?" Pandai betul Puan Zaliha menyusun ayat sebagai jawapan. "Betapa mak mengharapkan Ja jadi menantu mak. Mak tak paksa. Mak cuma bagi cadangan je. Alang-alang Jat dan Ja sama-sama single apa salahnya mak jodohkan korang berdua."

"Mak, Ja tu entah-entah dah ada pilihan hati."

"Takde. Mak dah tanya Ja haritu." Laju jawapan itu keluar dari bibir. "Macam mak cakap, mak tak paksa. Mak restu lagi ada la. Abah pun sama. Memang selama ni mak dan abah selalu mendoakan Allah pertemukan jodoh Jat dengan Ja."

Setiap bait perkataan yang keluar dari bibir mak, gagal buat Ejat terpana. Tak sangka selama ini, mak dan abah boleh terfikir ke tahap itu untuk hubungan dia dan Jaja. "Tapi kan mak... Jat dengan Ja kan kawan..."

Tak menjawab dulu, Puan Zaliha cuma terdiam. Sambil mata tak lekang perhati wajah anak teruna tunggalnya itu. Kedua-dua kening Ejat yang hampir bersambung disebabkan dia sedang berasa keliru itu dikuis perlahan dengan ibu jari. "Kalau ye pun, janganlah kerut kening macam tu. Kesian mak tengok anak mak ni macam confused teruk sangat je."

Tangan mulus itu dia pegang dan dia genggam kejap-kejap. "Mak... Jat tak tahu nak cakap apa. Jat tak tahu nak buat apa. Jat tak tahu nak...rasa apa."

Mendengarkan Puan Zaliha tersenyum. Dia jadi teringat kenangan beberapa tahun lepas. Dimana pada waktu itu Ejat baru berumur enam belas tahun. Biasanya Ejat balik rumah selepas bertemu Jaja, anaknya itu akan kelihatan ceria. Tapi pada malam itu Ejat nampak sedih dan diam aje. Rasa ingin tahu yang tak boleh dibendung, dia pun cuba korek apa yang berlaku diantara dua sahabat baik itu. Rupanya tahulah dia yang punca Ejat bertingkah sebegitu disebabkan dia baru saja menghadap tangisan Jaja selepas berita Ejat berjaya masuk ke MRSM dimaklumkan kepada anak angkatnya itu. Dengan riak dan ayat-ayat sama jugalah yang keluar dari bibir Ejat sebentar tadi. Ejat tak tahu nak cakap apa, nak buat apa dan nak rasa apa.

Tangan bebasnya menyentuh kepala Ejat, menyedarkan anaknya itu dari terus tenggelam dengan khayalan sendiri. "Macam mak cakap tadi... mak tak paksa. Ini cuma cadangan. Tapi apa salahnya mencuba. Fikir baik-baik, Jat. Perasaan boleh dipupuk. Sajalah mak nak share pengalaman mak, cinta lepas kahwin tu sangat manis tau. Indah je... Kalau tak indah tak mungkin boleh wujud dua ketul makhluk yang bernama Intan Juliana dan Izzat Naufal di muka bumi ni. Tak percaya pergi tanya abah."

Kali ni ayat-ayat Puan Zaliha berjaya buat Ejat tergelak. Mati terus wajah sendu. Mak ni pun la...

"Kan handsome gelak tu." Pipi Ejat ditepuk-tepuk pula. "Mak bukan apa... Mak taknak Ja jauh dari kita lagi. Bukan mak nak gunakan anak mak ke apa untuk ikat Jaja tu... Tapi memang dari dulu lagi, dari arwah aunty Munirah dan uncle Razif masih hidup kitorang selalu mendoakan yang Jat dan Jaja akan bertemu jodoh."

Dan suasana membisu Ejat pun datang kembali.

"Jat fikirlah baik-baik. Kalau dah tak boleh fikir sangat, mintak petunjuk dari Allah. Buat solat istikharah."

***

"SO, jawapan yang Allah tunjuk apa? Kau ada mimpi dia tak?" Jenis respon dari Seman lepas Ejat bagitahu dia tentang perbualan dia dan Puan Zaliha tempoh hari. 

"Mimpi tu tak la tapi..." Alunan lagu The Man Who Can't Be Moved yang kerap kali menjadi pilihan kepada halwa telinga direndahkan volum separuh.

"Yes, jawapan istikharah tak semestinya dalam bentuk mimpi." Potong Seman seraya membawa mug yang berisi air coklat panas ke bibir. "Then?" Disisip dengan berhati-hati air yang masih panas itu.

Wireless earbuds ditanggal dari kedua-dua telinga dan disimpan dalam poket seluar. Sekaligus mematikan suara lunak milik Donny O'Donoghue dari pendengaran."I don't know... Tapi sejak aku sembang dengan mak hari tu, boleh dikatakan aku selalu terfikir pasal dia. Macam kerap sangat dia muncul dalam otak aku. Lagi-lagi kenangan kitorang masa dulu-dulu. Lepastu, hati aku macam...berat kearah untuk bersetuju dengan cadangan mak."

"Habis tu, tunggu apa lagi? Propose ah cepat..." 

"Aku... aku macam tak kuat aje nak approach dia." Rendah perlahan nada Ejat. Tali sneaker kanan yang terburai, terjuntai ke tanah diperhati kosong. 

Dia dan Seman kini sedang melepak dibuaian kayu yang terletak dihalaman rumah abang ipar dan kakaknya. Sejak dua bulan Seman dan Intan menetap di rumah teres jenis semi D dua tingkat ini, dia pernah datang sekali dulu untuk tolong bersihkan rumah. Mereka cuma bertemu dirumah abah je masa hujung minggu. Dah banyak hari dia terlintas untuk datang melawat pasangan suami isteri itu namun disebabkan kekangan terhadap kerja yang menjadi penghalang, hari ni barulah sempat dia berkunjung kemari. 

Namun dia tak sangka kunjungan kali kedua ini dia disapa dengan satu berita yang sangat gembira. Kakaknya telah disahkan mengandung. Dan tahap seronok dia jadi berganda apabila Intan dan Seman memaklumkan dia bakal menjadi bapa saudara kepada bukan seorang tapi dua orang anak buah. Kandungan Intan adalah kandungan kembar. Dia sendiri menyaksikan kertas scan 2D hitam putih yang memaparkan dua kantung janin yang sedang berada di dalam rahim Intan sekarang. Hanya tuhan saja yang tahu betapa gembira dan bersyukurnya dia dengan anugerah yang diberikan oleh Allah kepada keluarga dia.

Bila Ejat memilih untuk senyap tanpa sebarang runut bunyi dalam masa agak lama, Seman menepuk paha sahabatnya itu. "Just try, Jat."

"Worst case scenario.... She used to be my bestfriend."

"So what? Try dulu!" Nafas Seman hela dengan keras. Geram pulak dia bila tengok sisi lemah Ejat sekarang. "Kalau tak cuba tak tahu kan? Never give up on something that you can't go a day without thinking about. Haihhh! Penatlah bercakap dengan orang lembik ni. Belum apa-apa dah mengalah." 

Tak ambil hati langsung dengan kritikan dari Seman yang dirasakan tak salah itu, dia mengeluh perlahan. Belakang tubuh disandar pada buaian kayu yang tebal. Dihayunkan sedikit sehingga tubuh dia dan Seman terbuai perlahan. Anak rambut terjuntai didahi menyebabkan pandangannya ditutup separuh, disebak kebelakang. Leher dilipat ke arah suami kakaknya. "Tell me... To propose to her, should I or should I not?"

"Yes, you should! Aku tak pernah tak support kau before. But this time I can assure you tahap support aku tu berganda-ganda dari hal-hal yang kau pernah buat sebelum ni." Tak perlu berfikir langsung, Seman terus menjawab soalan Ejat. "Come on, bestie... Allah dah bagi petunjuk. Kau nak hesitated apa lagi?"

"Kalau dia tolak?"

"Then, it's okay. Tapi tak bermaksud kau perlu terus give up." Tak jemu Seman menyusun ayat positif untuk menenangkan hati sahabatnya itu. "Tak payah tengok contoh jauh-jauh, lovestory aku dengan kakak kau pun dah boleh jadi contoh apa."

Ejat melepas nafas perlahan. Bibirnya sudah boleh bergerak menghasilkan senyum walaupun cuma nipis saja. Serta merta sejarah cinta antara Seman dan Intan bergerak di dalam mindanya sekarang macam tengah selak album gambar. 

"Kau jangan lupa kakak kau pernah reject aku dulu. Dia datang sendiri pulangkan cincin tau. Dia siap jawab dengan laju dia tak suka aku, tak sampai satu saat lepas aku cakap aku suka dia. Tahu tak masa tu aku rasa macam hati aku kena lenyek dengan treler tayar enam belas? Tapi aku tak give up pun. Aku cuba tackle dia. Dan sekarang kau tengoklah apa hasilnya, alhamdulillah..." Dengan senyuman melebar yang terkandung aura bangga, dia angkat kening berkali-kali. "...bukan kaleng-kaleng, kembar kot. InshaAllah..."

Kalau tadi cuma senyum, kali ini Seman berjaya buat Ejat ketawa. "The power of combination of two great enemies, uh?"

"Enemies tu dulu. Sekarang dah husband and wife okey." Komen Ejat disangkal laju. "See? Siapa sangka aku dengan Intan Permata akan bertemu jodoh akhirnya. Even Pak Ali Zam-Zam pun sampai sekarang kalau aku jumpa dia dekat kedai tak jemu dia petik topik yang sama. Sungguhlah Pak Ali tak sangka Intan Singa anak Liha boleh berdamai dengan Seman Setan."

Ketawa Ejat makin kuat. "Ye doe... Peristiwa kau dengan dengan Kak Intan pasal sebungkus megi je pun sampai sekarang jadi bualan geng-geng taman."

Seman ikut tergelak. "Aturan Allah siapa sangka...siapa boleh ingkar? Allah dah atur jalan kita macam mana. Kita cuma tinggal untuk serikan jalan tu dengan corak-corak yang cantik atau kurang cantik aje."

"Yeah, you're right." Kata-kata Seman buatkan Ejat mengangguk mengiyakan. "So, okey la... I will try."

"Yezzzaaa!" Refleks, Seman tepuk bahu Ejat. "Don't worry. Apa-apa jadi, I've got your back."

"Thank you, abang ipar." Masih belum hilang senyum.

"Naaa... Mention not." Mug yang baru kurang sedikit isinya itu dihulur pada Ejat. Tadi masa Intan pelawa untuk buatkan adiknya air, Ejat bersungguh menolak. Katanya perut dah penuh. "Have a sip. Hot chocolate can reduce stress, you know? Aku tahu kau takdelah sampai tahap nak stress tapi aku percaya kau a bit tak tenang sekarang." 

Huluran Seman disambut. Dua kali sisipan dibuat, mug ditangan dipulangkan semula dekat tuan dia. "Manade tak tenang. Pepandai je kau buat spekulasi." 

Bila tengok kening Ejat terkungkit sebelah lepas dia cakap macam tu, Seman menambah. "Aceyceyceyyy... Mulut kau je cakap macam tu. But your face says the opposite."

Dah tak jumpa ayat untuk menolak dakwaan Seman, Ejat terus kunci bibir. Tapi tangan bergerak juga untuk menumbuk paha Seman yang nampak sangat seronok bila dapat perangkap Ejat dengan kenyataan-kenyataan dia. Selesakan letak punggungnya pada buaian, Ejat mendongak ke atas. "Perghh... Cantik langit malam ni. Subhanallah..."

Pujian Ejat ke atas  anugerah ciptaan Allah ikut menggamit fokus dia juga. Seperti Ejat, dia mendongak ke atas. "Subhanallah..." Seruan perlahan itu meniti dibibir. Teringat sesuatu, dia lipat leher ke arah Ejat semula. "Jat."

"Hmm." Masih leka menikmati keindahan langit malam yang dihiasi dengan kehadiran bintang-bintang yang terang, dia menyahut ringkas.

"Kau pandang Jaja sekarang ni sebagai apa?"

Aktiviti menikmati pemandangan cantik terganggu sebaik saja soalan itu menyapa telinga. Dari dada langit, padangannya beralih kepada Seman. "Sebagai kawan yang dah lama bawa diri lepastu balik semula dengan tiba-tiba...?"

Seman buat muka poker. "Aku expected jawapan 'aku pandang dia sebagai perempuan' yang akan aku dapat. Tapi hampeh. Blehhh..."

Mata Ejat besar. Bibir separuh ternganga. Seman dipandang dengan wajah terpinga-pinga. "Dia memang perempuan kot. Bila masa dia bukan perempuan?"

"Maksud aku, the way kau pandang dia macam seorang lelaki pandang seorang perempuan. Dan masa pandang tu, hati kau rasa semacam. Ada tak?"

"Uishh! Apa benda kau ni?" Refleks tangan Ejat naik menampar bahu Seman. "Berfikir sampai ke situ pulak." Cepat-cepat dia bangun dari buaian dan mengatur langkah untuk masuk ke dalam rumah. "Kaakkk! Tengok sikit laki kau ni!"

Seman yang ditinggalkan dengan tiba-tiba itu ternganga, terkesima. "Wei! Weii! Kau salah faham ni! Aku tak maksudkan macam tu pun!" Kalut-kalut Seman bangun dari buaian dan berlari mengejar Ejat yang sudah berkira mahu melangkah ke dalam rumah. "Maksud aku, ada rasa nervous? Rasa macam dalam hati ada rama-rama tak? Rasa macam ada pelangi dekat atas kepala kau tak? That's exactly what I mean! Jat! Woi! Dengar tak!?"

Ejat menambah turbo pada kaki, mempercepatkan derapan langkah. Yang sebenarnya dia faham je apa yang cuba ditanya oleh Seman tapi dia saja buat-buat tak faham. Dia tak ada apa jawapan yang sesuai untuk diberikan pada lelaki itu. Tak ada jawapan sebab dia tak pernah terfikir dia akan menerima soalan seperti itu.

"Apa yang riuh sangat tu?" Beberapa saat kemudian, suara Intan pun menjengah.

**End flashback

***

[Ogos 2020]

"IYE, kak...ye. Dah on the way ni." 

"Dah berbuih mulut kak pesan dekat kau jangan lambat, jangan lambat, jangan lambat!" Suara tak puas hati Intan bergema dari corong speaker kereta yang dipasang dengan menggunakan teknik bluetooth.

"Ya Allah... Aku dah cakap kan aku ada meeting mengejut. Ni pun aku lari keluar awal. Nasib baik GM aku faham."

"Tak kira! Benda ni bukan last minute aku bagitahu kau. Two weeks before kot!" 

"Aku tak sengaja lambat kak..." Ejat cuba membela diri dengan menggumam perlahan.

"Kawan aku dah sampai setengah jam tau. Dah lama dia tunggu. Dah ah first time dia datang Malaysia. Kau fikir kak suka-suka nak mintak tolong kau pergi jemput Nana dekat KLIA ke? Seman outstation. Kak pulak tak sihat. Sebab tu ah kak terpaksa cari kau. Itu pun susah ke?"

Nafas berat dihela dalam-dalam. Melayan kerenah kakak dia yang sorang tu jarang tak buat dia tak hampir hilang sabar. Tapi tak ada pulak dia rasa macam nak menengking balik. Terus tadah aje telinga mendengar bebelan dari Intan. Lagipun dia faham kak dia sekarang sedang berbadan tiga. Hormon wanita mengandung kan selalu tak stabil. Masa tak mengandung pun kakak dia itu selalu menguji kesabaran,apatah lagi kalau sedang mengandung macam sekarang. Jadi Ejat pujuk hati untuk kekal bersabar. 

"Cepat sikit, Jat!"

"Trying my best to reach there A.S.A.P." 

"Kau drive jangan nak acah Michael Schumacher eh. Even now you are heading to Sepang jangan buat kereta kau macam kereta F1." 

Pulak dah! Betapa kuatnya perasaan Ejat untuk hentak kepala sendiri dekat stereng kereta. Sungguhlah dia pening dengan perangai aneh si kakak. Satu saat sebelum kemain lagi dia suruh Ejat cepat-cepat pandu kereta supaya cepat sampai ke KLIA. Tapi satu saat selepas, dia boleh pulak bagi amaran supaya jangan laju. Kak Intan nak apa sebenarnya?"

"Drive elok-elok. Biar lambat asalkan selamat. Dah sampai nanti call me back."

"Hmm." Hanya itu yang mampu Ejat respon sebelum talian dimatikan oleh Intan. Nak cakap lebih-lebih, risau pulak kata-kata dia bakal mengguris hati wanita itu. Sebelum ni bolehlah dia berlawan kata dengan Intan. Tapi sekarang, dia perlu menjaga hati si kakak. Untung jadi seorang wanita bukan? "Urghhh!" Pastikan panggilan dah tamat, dia mengerang kuat, melepaskan rasa yang terbuku gara-gara panahan seorang Intan Juliana. 

Setelah dua puluh minit berlalu, akhirnya perjalanannya pun tiba ke destinasi. Mujur keadaan di bahagian menjemput penumpang sekarang agak lengang, membolehkan Ejat mengisi kawasan parking yang kosong. Tukar gear kepada 'P' dan tarik handbrake, matanya melilau kesekeliling. 

Tadi masa panggilan pertama, Intan ada cakap Ejat cuma perlu park aje dan lepastu kawan dia yang bernama Nana akan pergi dekat kereta dia. Kata Intan, dia dah kongsi dengan kawannya tentang ciri-ciri kereta Ejat dan tuan dia sekali kepada Nana. Jadi, bila Nana nampak kereta Ejat dia akan terus kenal. 

"So, aku perlu tunggu je ke sekarang?" Ejat bertanya sendiri. "Tapi kalau dia dekat dalam, macam mana dia nampak aku?" Capai smartphone dari ruang dibawah handbrake, dia mendial nombor Intan.

"Ya, ya... Dia cakap dia dah nampak kau. Dia tengah pergi dekat kereta kau sekarang." 

Terjahan Intan tanpa salam selepas panggilan dia dijawab, buatkan Ejat meliarkan pandangan ke sekeliling. "Mana?"

"Tunggulah kejap. Nanti dia pergi tegur kau."

Aktiviti meninjau pandangan di luar kereta diteruskan tanpa mematikan talian. "Tadi bukan main kau cakap dia dah tunggu aku. Sekarang aku pulak yang kena tunggu dia--kak...?" Namun saat pandangannya tertala pada sesusuk tubuh yang kini sedang berdiri tidak jauh di luar keretanya kotak suaranya gagal untuk berfungsi. Terasa seakan jantungnya seakan direntap. 

Bila Ejat terdiam agak lama, Intan langsung menegur. "I assume you're looking at someone familiar now, aren't you?  Coz your silence says yes." 

Dengan rasa terkejut yang masih tebal, dia tetap mahukan penjelasan."What has that got to do with 'Nana'?"

"Cuba kau fikir betul-betul. Suku kata kedua bagi 'Husna' apa? 'Na' kan? Tapi kak tambah lagi satu 'Na' dekat belakang. Dan jadilah Nana. So, apa yang peliknya? Isu ni tetap takkan boleh ubah fakta nama penuh dia Izzatul Husna. Am I right or am I right?" Tebak Intan dengan nada suara yang sangat selamba. "Oh, ya... kalau kau nak tanya kenapa aku cakap dia first time baru datang Malaysia tadi, jawapannya... Sajalah kak nak buat drama. Tambah perasa, tambah perisa. Dah nama pun surprise kan..."

Ejat tak tahu nak cakap apa. Yang pasti apa yang berlaku sekarang buatkan dia speechless! "You know what?"

"That you love me?"

Ejat kulum senyum, geleng kepala lebih dari sekali mengenangkan perangai gila si kakak."Bye!"

Klik! Dah matikan talian, Ejat buka pintu kereta. Bersama senyuman yang terlakar manis dibibir, dia melambai ringkas ke arah insan yang menjadi perbualan dia dan Intan sebentar tadi.

***

EJAT sedang ralit mengajar sekelompok budak-budak sekolah menengah tentang teknik bermain skateboard  di mini skatepark yang terletak dihujung padang masa Jaja sampai di situ. Dibiar dulu lelaki itu melayan kerenah budak-budak dengan meletakkan punggung di atas buaian besi tanpa memberitahu kedatangannya.

Usai kemas meja selepas makan malam tadi, tiba-tiba Seman datang sampaikan pesan. Pesanan yang dititipkan oleh Ejat yang mahu bertemu dia di taman permainan depan rumah. Awal tu dia pelik juga kenapa Ejat nak jumpa dia dekat situ. Bukan dah malam ke? Tapi lepas Seman bagitahu kawasan taman permainan itu sekarang meriah dan cerah, ramai orang yang melepak di situ...maka berdirilah dia di situ. 

Wajahnya terlakar dengan senyuman yang tak pudar bila aksi Ejat yang sedang meluncur laju di atas mini skatepark itu. Dah lama dia tak tengok Ejat beraksi dengan hobi kesayangan lelaki itu secara siaran langsung macam ni. Tiba-tiba Jaja jadi sangat rindu akan kenangan lalu. 

"Dah lama sampai?"

Sapaan tu buatkan khayalan Jaja terganggu. Angkat muka dan dia nampak Ejat sedang berdiri dekat depannya sekarang dengan kedua-dua tangan diseluk ke dalam poket seluar. Entah bila lelaki itu perasan akan kehadirannya. "Baru je."

Buaian kosong disebelah Jaja, Ejat duduk. Perlahan hayunan dibuat. "Sorry sebab suruh datang sini."

Jaja senyum segaris. "Tak ada buat apa pun. Mak dengan abah tengah buat video call dengan maklang-paklang. Kak Intan dan abang Man balik rumah pakcik Ammar."

"Oh..."

Dan suasana antara mereka bertukar sepi.

Pandangan Jaja masih menala ke arah mini skatepark. "Pandainya adik baju merah tu buat ollie."

"Nama dia Noah. Jangan main-main...champion tu."

Jaja tergelak. "Macam kau dulu-dulu?"

"Sekarang pun still apa. "Pintas Ejat. "Tapi tu la... sekarang dah tak aktif. Main pun suka-suka je."

"Kenapa dah tak aktif?"

"Sebab dah tua kot."

"Dua puluh empat considered dah tua ke?"

Soalan itu Ejat jawab dengan ketawa. 

"Bukan sebab kau pernah injured teruk ke masa last competition dulu tu? Siap bersimen kaki bagai sebab retak."

Soalan itu buatkan Ejat berhenti ketawa. Hayunan buaian juga dimatikan. "Macam mana kau tahu?"

"Kak Intan yang bagitahu." Jawab Jaja tanpa berselindung. "Ingat lagi... aku tengah study week untuk final exam semester empat masa aku dapat berita tu dari dia."

"Jap. Jap-jap!" Otak Ejat serta merta mencernakan sesuatu bila mendengar kenyataan yang keluar dari bibir Jaja.  "Tadi kau cakap kau dapat tahu berita tu masa kau tengah study week untuk final exam semester empat?"

Jaja mengangguk.

"Tapi bukan ke kau baru je muncul balik after almost six years kau bawa diri dari semua orang...?"

"Almost six years tu dengan kau je, Jat. Yang lain... empat tahun to be exact."

Ejat pejam celik mata berkali-kali, cuba mencerna ayat-ayat Jaja yang semakin lama semakin mengelirukan. 

Nafas ditarik dan dihela perlahan. "Sebelum aku pergi Manchester, aku ada datang sini jumpa semua orang dulu."

"Semua orang kecuali aku...?" Dengan muka tak percaya, Ejat bertanya.

"Mak cakap kau pergi trip ke Langkawi dengan kawan-kawan MRSM masa tu."

"Tapi kenapa tak sorang pun bagitahu aku kau ada balik rumah?"

"Sebab aku halang diorang dari bagitahu kau."

"Why?"

Jaja menunduk, merenung sandal yang tersarung di kaki sendiri. "Kau pun tahu we're not in a good term pada masa tu..."

Ejat pejam mata, menghela satu nafas yang panjang. "Means, all these while... semua orang tahu kau pergi mana dan kau buat apa kecuali aku?"Ejat terdiam buat beberapa ketika."So, you mean to tell me that you have been in touch with everyone except me...?" Dan apabila dia menerima anggukan sebagai jawapan dari Jaja, Ejat terasa hatinya seakan dicarik-carik. 

"I'm sorry." Hanya itu yang mampu Jaja balas. 

Merenung kosong ke satu arah, apa yang dirasakan oleh hatinya sekarang cuba dipujuk. Suasana jadi sepi semula untuk setengah minit sebelum Ejat berkata lagi. "Ada lagi benda yang kau tak bagitahu aku."

Dahi Jaja berkerut. Sel-sel otak dibiar bergerak mencari apa maksud soalan Ejat itu. Ejat merujuk kepada 'peristiwa' yang mana satu? Apa benda yang dia tak bagitahu lelaki itu?

"Fina and I...Things between us never worked out."  Kedua-dua belah besi buaian yang mengepung tubuhnya digenggam kejap. "Mungkin dari kecik kawan perempuan yang aku cuma rapat adalah kau. Jadi bila aku masuk sekolah baru dan jumpa kawan perempuan baru, aku jadi excited. You know... hal macam crush atau cinta monyet... I didn't expect that those things would happen to me." Ejat menemukan jemari kanan dan kirinya sehingga tak ada udara yang boleh masuk kedalam genggamannya. "Tapi benda tu sekejap je. Lepas kau buang aku dari hidup kau, semua benda aku rasa tak betul. Ketiadaan kau buat aku rasa kosong. Aku cakap dengan Fina yang aku dengan dia cuma boleh jadi kawan aje. Tapi aku tak sangka dia akan buat macam tu."

Ayat terakhir menggamit pandangan Jaja ke arah muka Ejat. 

Dalam jenis pandangan yang dia pakukan pada mata Jaja. "Enam tahun lepas Fina pernah DM kau dekat facebook mintak kau jauhkan diri dari aku..." Ayat dibiar tergantung sekejap bila suaranya seakan tersekat. "Why didn't you just tell me?"

Bibir bawah terpisah menghasilkan separuh 'O'. Sama besar dengan saiz matanya yang terbuntang. Sumpah dia tak sangka Ejat dapat tahu pasal perkara ini. Cakaplah dia bodoh ke apa, tapi selain terluka teruk gara-gara Ejat membelakangkan dia, dia tak menafikan kalau ada yang berkata tindakan Fina dengan menghantar pesanan kepada dia melalui facebook dulu adalah punca utama dia bertekad untuk jauhkan diri dari Ejat.

Cuma mendapat jawapan sepi dari Jaja, Ejat jatuh bahu. "Kau patutnya bagitahu aku. I never knew you could be this cruel, Ja..." Suara sayu milik Ejat keluar dari tapak tangan yang sedang meraup wajah. 

Sebak yang sejak tadi sudah terpekung hebat di dada, mendorong air mata yang ditahan kini mengalir keluar. "I'm sorry." Jujur, dia tak tahu nak cakap apa selain ayat maaf itu buat masa ini.

"Sampai hati kau buang aku dari hidup kau." Masih tak puas memuntahkan rasa sakit yang bertahta dihatinya selama ketiadaan Jaja, Ejat menambah lagi.

"Tak. Aku tak buang kau, Jat." Kepala digeleng berkali-kali. "Aku cuma... cuma letak temporary gap antara kita je. Kalau aku buang kau dari hidup aku, aku tak ada dekat sini sekarang." Gigit bawah dia gigit bersungguh bagi mengawal esak dari terlepas keluar. Tarik nafas panjang-panjang untuk menjemput kekuatan bagi meluahkan ayat seterusnya buat beberapa saat. "Percaya atau tak... email kau yang bawak aku balik ke sini untuk kenduri hari tu."

Sedikit sebanyak, hati yang sakit terubat saat dia mendengarkan pengakuan dari Jaja. Wajah merah gadis itu ditatap. "Kau dapat email aku?"

Angguk. "Aku tak reply sebab tak tahu nak reply apa." 

Jeda yang panjang. "It's okay. As long as kau dah ada dekat depan aku sekarang... it means everything to me."

Jaja tersenyum di dalam tangis. Dia melepaskan nafas yang tertahan. Melalui gaya percakapan Ejat, dia dapat rasa marah lelaki itu kian pudar.

"Stop crying, Ja. Kau tahu kan aku lemah bila tengok air mata kau?"

"Okay, I will stop now." Terus air mata dikesat dengan belakang tangan. 

Bila dah pastikan Jaja kini mula tenang, Ejat melontarkan soalan."So, you're back for good?"

"Yes. InshaAllah."

"Alhamdulillah..." Terpancar cahaya kegembiraan yang terkata di wajah Ejat. Dia dah tahu dari mak tadi yang Jaja akan menetap terus di Malaysia tapi bila dengar sendiri dari tuan punya badan, perasaan dia jadi lain macam seronok. "What's your plan? Nak kerja atau nak sambung master?"

"Exam forensic dah lepas so... first, nak register for Latihan Provisional PRP under KKM. Lepastu of course lah kerja. Lepas dua tiga tahun kerja baru fikir nak sambung belajar lagi ke tak."

Senyum dibibir melebar tanpa dipaksa. "Good luck. Aku doakan semua plan kau akan berjalan dengan lancar."

Jaja senyum."Thanks."  Membiarkan sepi bertandang buat yang kesekian kali untuk beberapa ketika, Jaja menggerakkan bibir semula. "Aku nak pulangkan something."  Katanya seraya mengeluarkan kotak cincin yang diberikan oleh Ejat malam sebelum lelaki itu balik ke Malaysia tempoh hari. 

Malam itu lepas Ejat suarakan niat dia, terus lelaki itu masuk ke dalam bilik. Tinggalkan dia dengan kotak yang berisi cincin di dalam. Dan sejak malam itu juga mereka tidak berhubung sampailah siang tadi, di KLIA. Itu pun dalam kereta cuma berapa patah aje perbualan antara mereka berlaku.

"Oh..." Saat terpandang kotak kecil berbentuk segi empat itu, jantungnya seakan mengecut. Walaupun berat hati, huluran Jaja tetap disambut. "So...the answer is no?" Tanpa memandang muka Jaja, Ejat bertanya.

Jaja kulum senyum. Tak pastilah dia terlebih perasan ke apa tapi dia boleh nampak riak kecewa yang teramat pada air muka lelaki itu. "Kenapa cakap macam tu sedangkan isi kotak tu ada dekat sini?"

Kening Ejat terangkat sebelah. Riak muka juga terus berubah dari kecewa kepada terpana. Setelah mencerna apa yang menyinggah pendengarannya beberapa saat lepas, dengan  keadaan yang segera dia angkat kepala cari wajah Jaja.

Tangan kirinya diangkat untuk ditunjuk pada Ejat. "Kotak tu dah kosong la. Isi dia ada dekat sini. Nampak tak?" Jaja mengulang kenyataan yang sama supaya dapat ditangkap oleh lelaki di depan dia itu."Does the offer still stand?"

Satu saat.

Empat saat.

Sembilan saat.

Dua belas saat.

"Allahuakhbar!" Terasa seakan masa terhenti bila matanya menangkap cincin lamarannya kini sudah tersarung di jari manis gadis itu. "Ja..." Suaranya hampir tak terkeluar. Jaja dipandang dengan rasa tak percaya."Does that mean... yes?"

Kali ni senyum tidak lagi dikawal. Dibiar melebar di wajah dengan penambahan tahap manis yang lebih tinggi. "Yes."

"It's a yes...?" Ejat bangun dari buaian dan berdiri dengan merendahkan sedikit tubuh menghadap Jaja. "It's a yes!?"

Angguk dua kali.

"Ya Allah... Allahuakbar... It's a yes! It's. a. yes!" Tak dapat mengawal perasaan gembira yang tak tahu nak diterjemahkan dalam bentuk ayat, Ejat meraup wajah berkali-kali. Ikutkan hati, nak aje dia lari balik rumah dan cari mak, abah bagitahu berita gembira ini. Dan lepastu dia akan lari pergi rumah Pakcik Ammar cari kakak dan abang ipar dia. 

"Abang Jat! Okey ke tu?" Tiba-tiba suara Noah, salah seorang geng budak-budak yang main skateboard di hujung sana menegur.

"Noah! It's a yes!"

"Apadia?" Noah buat isyarat tanda suara Ejat gagal sampai dengan jelas dipendengaran dia.

"She said yes!"

"Ya Allah...Jat!" Jaja jadi cuak bila Ejat buat macam tu. Cepat-cepat dia tutup muka dengan tapak tangan.

"Apa yang yes, bang?" Noah bertanya sambil berjalan ke mari.

"Jat, please! Jangan buat gila boleh tak?" Suara Jaja itu melarang dia dari menjelaskan kekeliruan yang dia buat terhadap remaja lelaki itu. 

"Nothing. Pergi sambung main."

Akur dengan permintaan itu, Noah berpatah balik ke arah mini skatepark tanpa bertanya apa.

"Well sorry, you know I was just too excited." Tangan dibawa ke belakang kepala, menggaru kulit yang tak gatal.

Dengan senyuman yang terlakar, Jaja tundukkan wajah. Malu nak berlawan pandang dengan Ejat. "Yeah... I can see that clearly."  Cincin pada jari dikuis perlahan. 

Meletakkan jarak satu langkah di antara dia dan Jaja, Ejat kembali berdiri depan gadis itu dengan gaya merendahkan tubuh seperti tadi. "Thank you for saying yes." Ucap dia dengan lembut. Kumpulkan segala keyakinan yang ada, Ejat menokok lagi. "Izzatul Husna Binti Muhammad Razif... I want to be more than just friends with you." Mata Jaja yang kini sudah berkaca semula, ditenung. "So...Let's be more than just friends, let's tie the knot, let's grow old together... shall we?"

"Sure... InshaAllah."

Terasa seakan banguan lima belas tingkat sudah dialihkan dari bahu saat dia mendengar jawapan positif dari Jaja tanpa perlu gadis itu mengambil masa untuk berfikir. "InshaAllah..." Tanpa dapat dikawal, senyuman Ejat melebar diwajah. "Alhamdulillah..." 

***

#Dengan ini tamatlah cerita yang memakan masa setahun lebih untuk dihabiskan. Alhamdulillah... Maaflah kalau chapter ending cerita ni hambar. Ifti dah cuba kerah otak tak berapa kreatif Ifti dan hasilnya ini je yang termampu. 😅😂

#Kepada awak yang setia menunggu, tak give up dengan ifti yang macam chipsmore kejap update laju kejap update lambat... Ifti nak ucapkan terima kasih banyak-banyak. Korang memang daebak!🥰❤️😘😘😍🤩

#Yang bermurah hati luangkan masa untuk letak dalam reading list, baca,vote dan tinggal komen disetiap chapter cerita ni, terima kasih sebesar lautan pasifik Ifti ucapkan. Sesungguhnya korang telah menceriakan hari-hari seorang tukang karut yang sedang belajar menulis ini.😍😘🤩😍

# Dah baca kan?Dah tahu jalan cerita kan? Jadi...

              #Apa komen kalian?

              #Tak puas hati kat mana?

              #Tak suka part mana?

              #Tak suka watak siapa?

#Sajalah nak tahu pendapat masing-masing... Rasa-rasa kan antara Ejat dan Jaja siapa yang tergelincir dulu? Siapa yang langgar tembok dulu? Masa scene mana dan kenapa awak terfikir macam tu?😄

#Akhir sekali... Thanks sudi support #JatJaja sampai ke garisan penamat and thanks for being here gaisss... 😍🤩😘😘🥰❤️💙💜🧡

Continue Reading

You'll Also Like

31.8K 122 8
"I won't choose anything but your money" - Hera
Y/N By syaz

Teen Fiction

9K 1.5K 45
"Bila hidup se-klise fanfiction." MOHD BAARI: Pemain pasukan bola sepak kebangsaan, IQ di atas 120, peramah, latar belakang keluarga yang serba-serbi...
1K 128 16
๐‡๐ข๐ฆ " I fall for your smile every single time. " _______________ Isabelle Mayserra mengeluh perlahan sambil memandang langit yang terbentang luas...
109K 8.6K 22
"๐˜พ๐™ž๐™ฃ๐™ฉ๐™– ๐™ฎ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™จ๐™š๐™Ÿ๐™–๐™ฉ๐™ž ๐™–๐™™๐™–๐™ก๐™–๐™ ๐™˜๐™ž๐™ฃ๐™ฉ๐™– ๐™ฎ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™จ๐™–๐™ก๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™ข๐™š๐™ก๐™š๐™ฃ๐™œ๐™ ๐™–๐™ฅ๐™ž." - ๐’ท๐“Ž ๐’œ๐“ˆ๐“Š๐“ƒ๐“ƒ๐’ถ๐“‡๐’ถ๐’ถ ๏ผด๏ฝ•๏ฝ๏ฝŽ ๏ผฎ๏ฝ•๏ฝˆ ๏ผฆ๏ฝ๏ฝ”๏ฝ…๏ฝˆ | ๏ผฒ๏ฝ...