The Pirate's Obsession

Por Fiezajungkookie

1.2M 75.8K 7.6K

Elrose menolak kuat tubuh tegap penuh berotot milik lelaki yang merupakan Sang Raja kerana cuba mencium bibir... Más

TPO 1
TPO 2
TPO 3
TPO 4
TPO 5
TPO 6
TPO 7
TPO 8
TPO 9
TPO 10
TPO 11
TPO 12
TPO 13
TPO 14
TPO 15
TPO 16
TPO 17
TPO 18
TPO 19
TPO 20
TPO 21
TPO 22
TPO 23
TPO 24
TPO 25
TPO 26
TPO 27
TPO 28
TPO 29
TPO 30
TPO 31
TPO 33
TPO 34
TPO 35
TPO 36
TPO 37
TPO 38
TPO 39
TPO 40
TPO 41
TPO 42
TPO 43
TPO 44
TPO 45
TPO 46
TPO 47
TPO 48
TPO 49
TPO 50
TPO 51
TPO 52
TPO 53
TPO 54
TPO 55
TPO 56
TPO 57
TPO 58
TPO 59
TPO 60
TPO 61
TPO 62
TPO 63
TPO 64
TPO 65
TPO 66
TPO 67
TPO 68
TPO 69
TPO 70
TPO 71 ( END )
TPO 72 ( Special chapter )

TPO 32

17K 1.1K 116
Por Fiezajungkookie

Cahaya matahari yang menyuluh lurus mengenai kelopak mata Elrose yang tertutup. Dahinya berkerut beberapa saat sebelum kelopak mata terbuka sedar. Suara mendesis muncul daripada mulut Elrose apabila dirinya cuba untuk bangun sambil memegang kepala yang sakit. Wei Ying terjaga dari tidurnya sebaik mendengar suara tuan puterinya.

" Tuan Puteri tuan Puteri sudah bangun ". Dengan pantasnya Mei Ying bangun meluru ke arah Elrose lalu membantu Elrose agar duduk bersandar dengan betul. Tanpa disuruh dia turut mengambil secawan air untuk diberikan kepada Elrose. Dari keadaan Elrose dia dapat agak tuan puterinya memerlukan minuman.

Elrose dengan wajah pucat menyambut tangan Mei Ying lalu meminum air putih sehingga habis. Kepala yang berdenyut cuba di abaikan sebaik mungkin. Mei Ying mengembalikan cawan ke tempat asalnya sebelum memberi perhatian kepada Elrose. Tangan Elrose di pegang lembut bersama riak wajah kerisauan.

" Mei Ying apa dah jadi. Kenapa kepala saya sakit sangat ni. Wei Shin—Wei Shin dekat mana? ". Ujar Elrose halus sambil menatap wajah Mei Ying mencari jawapan. Mei Ying berdiam diri dengan fikiran penuh tanda tanya.

" Tuan Puteri tidak ingat apa yang telah berlaku? ". Mei Ying bukannya memberikan jawapan malah  memulangkan soalan kepada Elrose. Elrose memandang dayangnya dengan tatapan hairan. Apa dah jadi? Kenapa dia tak ingat satu benda pun?

" A—apa yang ber–laku? Ada sesuatu yang ter—jadi ke? Kenapa saya tak ingat apa apa pun? ". Elrose semakin hairan. Dia mengalihkan pandangan ke arah lain sambil cuba mengimbas kembali apa yang terjadi. Ada benda buruk terjadi ke? Tapi— kenapa? Siapa?

Beberapa kali mata Mei Ying berkedip selepas menerima jawapan Elrose. Dalam beberapa saat dia hanya diam sambil merenung wajah Elrose. Tidak mungkin Elrose melupakan apa yang terjadi bukan?

" Tuan Puteri betul betul tidak ingat apa yang berlaku? ". Mei Ying mengulang lagi soalan yang sama. Pandangan Elrose beralih kepada Mei Ying semula. Dia mengeleng perlahan dengan air muka bersungguh tak tahu.

" Saya tak ingat apa yang jadi. Ada apa ni Mei Ying? ".

" Tuan Puteri— tidak ingat apa yang berlaku kepada Yang Mulia? ". Mei Ying teragak agak seketika. Elrose mengerutkan keningnya apabila nama Yang Mulia naik.

" Yang Mulia? Yang Mulia maksud kamu Ji—an Shen? Kenapa dengan Jian Shen? Apa yang jadi dengan— di—a ". Elrose terus berhenti bercakap apabila fikirannya mula memutarkan apa yang telah terjadi. Kedua mata hitamnya bergerak laju ke kiri dan kanan sebelum menatap Mei Ying lurus dengan wajah yang seakan sedar tentang sesuatu.

" Mei—Mei Ying ". Tangannya mengeletar hebat seraya memegang kedua tangan Mei Ying kuat. Dia baru ingat apa yang jadi. Jian Shen cedera sebab berperang. Kenapa dia baru sedar sekarang ni.

" Mei Ying ma—macam mana dengan  keadaan Jian Shen? Ma—macam mana saya boleh lupa Jian Shen? Mei Ying bawa saya pergi tengok Jian Shen. Saya nak tengok Jian Shen! ". Suara mengeletarnya berubah serak apabila air matanya mula berkumpul.

Badannya juga menggigil seraya mengoyangkan tubuh Mei Ying kuat. Dia nak jumpa Jian Shen. Berapa lama dah dia pengsan? .

" Tuan Puteri tenang... Tuan Puteri baru sedar daripada pengsan. Tuan Puteri perlu berehat sebelum lawat Yang Mulia. Mari baring semula ". Mei Ying mendorong perlahan bahu Elrose agar berbaring semula tetapi Elrose menolak dengan bergerak agak ganas untuk bangun.

" Tak. Tak. Saya tak nak baring Mei Ying. Saya nak tengok Jian Shen. Tolong Mei Ying tolong... Kalau awak tak nak tolong saya biar saya pergi sendiri! ". Dengan degilnya Elrose menolak Mei Ying dan bangkit secara paksa walaupun sebenarnya badannya masih terasa lemah.

Kenapa? Kenapa dalam situasi begini tubuhnya terasa lemah. Baru dua langkah berjalan Elrose terjatuh secara melutut bersama linangan air mata. Kenapa dia terlampau risaukan Jian Shen? Kenapa? Mei Ying bergegas membantu Elrose bangun.

" Tuan Puteri mari kita du— ".

" Berhenti panggil saya Tuan Puteri Mei Ying! ". Elrose bukannya mahu memarahi Mei Ying tapi entah mengapa dirinya tak terlalu suka ketika dayang yang di anggap sabahat masih memanggilnya begitu. Hal ni membuatkan Elrose berasa jarak antara mereka sebagai seorang kawan terlalu jauh.

" Tapi Tuan Pu— ".

" Berhenti Mei Ying dan bawa saya ke tempat Jian Shen ". Buat kedua kalinya Elrose memotong percakapan Mei Ying. Mei Ying menjadi serba salah. Jika Yang Mulia dapat tahu dia memanggil Elrose hanya dengan nama pasti hidupnya tidak selamat.

Tapi Elrose tidak mahu dia atau Wei Shin terus memanggil dengan sebutan Tuan Puteri. Elrose cuba bangun dengan bantuan Mei Ying dan masih memaksakan kakinya melangkah agar tiba di kediaman Jian Shen walau apa cara sekalipun. Mei Ying sudah tidak mampu menolak Elrose kini memberikan bantuan pegangan.

" Tuan Puteri! ". Suara Wei Shin yang bertembung dengan Elrose dan Mei Ying di lorong laluan kedengaran agak kuat. Dia berlari menuju ke arah Elrose dan terus membantu memegang lengan tuan puterinya. Elrose mengeleng kecil selepas mendengar gelaran tuan Puteri itu lagi.

Wei Shin merenung Mei Ying dengan wajah yang agak marah. Tapi Mei Ying hanya mengeleng dengan riak wajah bersalah. Wei Shin yang faham tanpa banyak cakap terus membantu Elrose bergerak.

Sampai di depan pintu kediaman Jian Shen langkah ketiga gadis itu terhenti apabila dua orang pengawal menghalang. Mereka tidak membenarkan sesiapa untuk melawat Jian Shen buat masa sekarang. Tapi Elrose bertegas ingin masuk ke dalam.

" Tepi biar saya lawat Jian Shen ". Elrose masih cuba masuk tetapi dirinya terkedu apabila lembing panjang separas manusia menghalangnya. Setitis air matanya jatuh ke tanah.

Suara bising di depan pintu membuatkan pengawal Jian Shen bergegas keluar. Di sana dia melihat ketiga gadis yang cukup dia kenali. Tanpa membuang masa kakinya mendekati mereka bertiga.

" Biarkan Tuan Puteri Elrose masuk ". Cukup ringkas tetapi keras perintah yang diberikan kepada kedua pengawal tersebut. Dengan turutnya mereka kembali berdiri bersama lembing tajam di sisi tubuh dengan kepala yang menunduk.

" Macam mana keadaan Jian Shen? ". Penuh terburu buru Elrose menanyakan hal yang mendesak hatinya sejak bangun tadi. Dia juga berdiri dengan kakinya sendiri tanpa bantuan kedua dayangnya lagi. Pengawal itu menatap Elrose lama sebelum beralih kepada kedua dayang tersebut.

" Tuan Puteri dibenarkan masuk ke dalam. Mei Ying dan Wei Shin tinggal di luar ". Elrose mengangguk laju manakala kedua dayangnya berdiri di luar tanpa membantah.

Elrose terus melangkah laju membuka pintu dengan tak sabar. Sebaik sampai di tengah bilik tidur raja muda itu kakinya terhenti melihat sekujur tubuh berbaring tanpa membuka mata. Dia mendekati secara perlahan tanpa melepaskan pandangan. Hatinya berdenyut sakit ketika wajah pucat Jian Shen menyapu matanya.

" Ji—Jian Shen.... ". Elrose memilih untuk duduk di sebelah Jian Shen bersama air mata yang mula bertakung lagi. Linangan air mata Elrose tak menghalang penglihatannya daripada melihat luka yang terdapat pada Jian Shen. Jari jemari Elrose menyentuh luka yang ada di hujung bibir Jian Shen dengan lembut.

Elrose tak mahu menyakiti Jian Shen. Secara penuh berhati hati dia menyentuh goresan panjang di tulang pipi Jian Shen yang masih berwarna merah. Sejurus itu air matanya terus jatuh ketika menyentuh setiap luka yang wujud. Tanpa sedar dia menghampiri lalu menyatukan dahinya bersama Jian Shen.

" A—Awak tak nak bangun ke Jian— Shen.... Sa—Saya a—ada dekat sini. Sa—Saya... saya tak tahu..... Kenapa saya rasa sedih macam ni... Ta—pi tolong bangun Jian Shen tolong bangun ". Elrose memejamkan kelopak matanya dengan rapat. Titisan air mata Elrose jatuh mengenai kulit pipi Jian Shen.

Jian Shen membuka matanya dengan lambat merenung ke arah mata Elrose yang terpejam. Bibirnya melengkung mengukirkan senyuman tipis ketika melihat Elrose yang menangis untuk dirinya. Sebenarnya sejak dua jam selepas dirinya di rawat oleh tabib Guhan dia sudah terjaga.

Cuma badannya tidak boleh bergerak terlalu liar. Jahitan luka di perutnya belum pulih. Jian Shen dengar yang Elrose jatuh pengsan daripada salah seorang pengawal jadi dengan risaunya dia mengarahkan tabib Guhan yang menjaga dia untuk melihat keadaan Elrose memandangkan dia tidak boleh bsngkit dengan bebas.

Jian Shen tidak faham mengapa gadis ini boleh pengsan secara tiba-tiba. Dia masih menatap Elrose yang menangis tanpa berhenti. Ketika Elrose membuka mata dan bergerak menjauhi kepalanya daripada Jian Shen. Jian Shen menutup matanya seakan dirinya masih tertidur lagi.

Elrose mengemam bibirnya sambil menatap seluruh wajah Jian Shen lalu memandang lebam agak besar pada bahu Jian Shen. Tangan lembutnya menyentuh lebam itu dengan perlahan. Dia mengusap dengan hatinya berharap Jian Shen cepat sembuh.

Jian Shen masih berpura pura tidur. Dia mahu lihat sejauh mana Elrose akan menyentuh dirinya. Elrose yang terlalu larut dengan perasaan risaunya terus menyentuh badan Jian Shen yang cedera. Elrose memerhati kain kasa yang membalut setiap luka Jian Shen.

Elrose cuba untuk senyum tapi tak mampu jadi dia hanya menangis kerana sedih yang teramat. Dia kembali memberikan fokus pada wajah Jian Shen sambil menyentuh pipi raja muda itu seraya mengusap lembut. Sebelah tangan yang bebas memegang tangan Jian Shen lalu di tempelkan ke pipinya.

" Ba—Bangun— Awak janji yang awak tak akan mati. Tak ada sesiapa yang boleh bunuh awak tapi kenapa— kenapa sekarang ni awak tak bangun ". Elrose kembali menangis bersama mata yang terpejam erat. Di dalam kepalanya terdapat bayangan di mana mimpi tentang Jian Shen di bunuh. Dia takut kalau perkara itu terjadi.

" Bangunlah.... Saya takut— takut kalau awak pergi tingg— ". Elrose yang menangis tersedu sedan tadi terhenti bercakap apabila tangan Jian Shen yang di pegang oleh Elrose tadi menarik kepalanya seraya menyatukan kedua bibir mereka laju.

Baru waktu itu Jian Shen membuka matanya menatap Elrose yang terkejut dengan perbuatannya. Elrose blur dengan kedua mata terbuka lebar. Jian Shen dengan senyuman sinisnya terlihat selepas melepaskan tautan. Tangannya masih berada di belakang tengkuk Elrose.

Elrose pula kedua dengan fikiran yang tiba-tiba menjadi kosong. Wajah mereka terlalu dekat dengan tangan Elrose masih di pipi Jian Shen.

" Aku dah cakap. Aku tak akan mati Elrose. Aku tak akan mati. Tak ada siapa boleh bunuh aku. Aku tak akan mati. Aku tak akan tinggalkan kau kalau itu yang kau nak cakapkan ". Jian Shen berujar seperti berbisik. Dia bukan orang yang lemah. Setakat perang kecil tadi hanyalah mainan dia.

Bebola mata Elrose bergerak menatap Jian Shen. Jadi— Jian Shen dah bangun sejak tadi atau macam mana? Jian Shen masih berani menunjukkan senyuman jahatnya seakan mendominasikan Elrose. Beberapa lama barulah Elrose tersedar. Laju dia menjauhi muka Jian Shen dan duduk secara 90 darjah.

" A-Awak dah— bangun dari tadi ke? ".

Jian Shen menganggukkan kepalanya perlahan. Sebaik itu Elrose di landa malu yang teramat sangat. Wajahnya mula hangat dan secara perlahan pipinya menjadi merah kerana malu.

" Aku dah bangun lama. Aku dengar semua yang kau katakan tadi ". Bibir Elrose terbuka sedikit dengan perasaan geramnya mula bangkit. Jadi Jian Shen sengaja mainkan dirinya? Dan biarkan dia menangis macam orang bodoh tadi?

" Ka—Kalau awak dah— bangun. Kenapa tak bagi—tahu saya tadi. A—Awak tipu saya Jian Shen. Awak tipu saya! ". Elrose yang terlampau malu bercampur geram memukul bahu Jian Shen beberapa kali. Jian Shen menghamburkan ketawa ringan sambil cuba menangkap tangan Elrose yang memukul bahunya.

" Aagh aah aagh sa...kit sakit.. ". Jian Shen mengadu sakit seraya memegang bahunya dengan tangannya bersama riak wajah yang kesakitan. Elrose terus menghentikan pukulan dan kini berubah risau selepas tanpa sedar memukul bahu lebam Jian Shen.

" So—Sorry sorry sorry— saya tak sengaja Jian Shen ". Elrose kelihatan risau dengan tangan bergerak tak tentu arah. Jian Shen tergelak kecil dengan kening berkerut selepas mendengar perkataan yang dia tidak fahami.

Tapi dia abaikan keadaan Elrose yang terlampau risau sekarang ini lebih penting.

" Saya ambil ubat sekejap ". Elrose bergerak ingin bangun tetapi dengan tangkas Jian Shen menangkap tangan Elrose daripada pergi jauh. Dalam sekali tarikan Elrose terjatuh kembali dengan wajah yang hampir bertemu.

" Tak payah ambil ubat. Aku dah jumpa ubat aku sendiri ".

" U—Ubat apa? ". Senyuman sinis Jian Shen muncul lagi. Dia menarik leher Elrose dengan sebelah tangan sebelum menyatukan bibir mereka lagi. Elrose yang begitu terkejut segera meronta agar terlepas. Jian Shen melepaskan Elrose setelah dua saat bibir mereka bertemu.

Lekas badan Elrose melonjak bangun dan menjauhi Jian Shen sambil menutup mulutnya hanya hidung ke atas yang terlihat. Jian Shen mengukirkan senyuman jahat seraya mengelipkan sebelah mata kepada Elrose.

" Aku dah dapat ubat aku. Kau boleh balik bilik kau semula ". Tanpa rasa bersalah Jian Shen menutup matanya seakan tiada apa yang berlaku. Elrose tercenggang sendiri. Dia berdiri merenung Jian Shen geram. Tapi di sudut  tepi hatinya dia bersyukur Jian Shen sudah bangun.



TPO

Rindu? Marah? Suka? Rasa nak pijak author? korang yg mane? 🤣🤣🤔

Typo mention author.


💜💜💜💜💜

Seguir leyendo

También te gustarán

LOVE AND REVENGE Por LADY ROSE

Ficción histórica

861 170 26
Arum menolak untuk di jodohkan dengan Putera Mahkota. Maka dari itu dia terpaksa buat skandal dengan pura-pura bercinta dengan lelaki lain. Lelaki i...
67.6K 1.6K 19
༒ 𝕽𝖔𝖞𝖆𝖑 𝕾𝖊𝖗𝖎𝖊𝖘 𝐈𝐈𝐈 ༒ ❝𝑹𝒖𝒊𝒏 𝒎𝒆 𝒂𝒔 𝒎𝒖𝒄𝒉 𝒂𝒔 𝒚𝒐𝒖 𝒘𝒂𝒏𝒕.❞ Jatuh cinta dengan abang angkat yang benci kau sejak kau bayi...
50.3K 3.6K 3
"Can I call you daddy instead of calling you uncle?"
1.7M 71.5K 50
Tunku Sarah Amie.Cucu perempuan Sultan Aminuddin Al-Syah dan merupakan anak kepada Tunku Muazzam. Namanya secantik tuan empunya badan sehingga menari...