[COMPLETED] Bila Aku Ada Kau

By sweetiftisour

48.2K 2.9K 734

Yang kacak, yang tenang, yang sabar, yang kuat, yang peka, yang mengambil berat, yang matang, yang menjaga it... More

🌷Teaser🌷
🌷Bab 1🌷
🌷Bab 2🌷
🌷Bab 3🌷
🌷Bab 4🌷
🌷Bab 5🌷
🌷Bab 6🌷
🌷Bab 7🌷
🌷Bab 8🌷
🌷Bab 9🌷
🌷Bab 10🌷
🌷Bab 11🌷
🌷Bab 12🌷
🌷Bab 13🌷
🌷Bab 14🌷
🌷Bab 15🌷
🌷Bab 16🌷
🌷Bab 17🌷
🌷Bab 18🌷
🌷Bab 19🌷
🌷Bab 20🌷
🌷Bab 21🌷
❤️I Need Your Pendapat❤️
🌷Bab 22🌷
🌷Bab 23🌷
🌷Bab 25🌷
🌷Bab 26🌷
🌷Bab 27🌷
🌷Bab 28🌷
🌷Bab 29🌷
🌷Bab 30: Ending🌷
❤️Hai❤️

🌷Bab 24🌷

997 74 33
By sweetiftisour

[Mac 2020]

***

DIA sudah nak pasang turbo pada kaki untuk bergerak laju-laju ke dapur dan ambil air. Namun semasa dia melintasi belakang sofa yang dihuni oleh Ejat, kaki dia sekali lagi berhenti menapak. Bila terpandangkan figura itu merekot macam udang kena bakar dalam oven, Jaja jatuh kesian pula. Turbo pada kaki tadi dicampak jauh entah kemana bila haluan langkahnya sudah berubah.

Perlahan-lahan dia merapati sofa berangkai tiga itu. Selama beberapa saat dia perhati Ejat dan pastikan lelaki itu betul-betul tak berkutik, lena dengan nyenyak barulah Jaja berani untuk bergerak lebih dekat. Dengan jelas dia nampak Ejat sedang kesejukan. Mata jatuh pada selimut tebal yang sudah tersadai di atas lantai. Melangkah dengan berhati-hati, Jaja menuju ke depan sofa. Tunduk mencapai selimut tebal itu lalu dengan rentak yang sangat perlahan dia mendaratkan selimut itu di atas tubuh Ejat sambil dalam hati berdoa supaya Ejat tak terjaga. Kalau tak, sumpah dia tak tahu nak buat apa.

Bila tubuh itu diselubung sehingga paras dada, Jaja mencapai pula remote aircond. Terbuntang mata dengan nombor yang tertera pada display. Patutlah sejuk! Maksima punya level dia pasang. Dinaikkan sikit nombornya dari enam belas kepada dua puluh satu. Mod juga diubah dari 'cool' kepada 'dry'.

Niat asalnya tadi cuma nak tolong selimutkan Ejat dan tolong naikkan suhu aircond saja. Dua-dua dah dibuat. Dua-dua dah selesai. Tapi kenapa kaki dia taknak bergerak pun? Mata juga tak mahu beralih dari wajah Ejat yang samar-samar kelihatan di dalam cahaya lampu separa terang. Lama raut tenang yang sedang lena tanpa bunyi itu diperhati.

Sejak malam Ejat mengucapkan birthday pada dia, dia cuma balas dengan 'terima kasih' saja. Ucapan balas yang sangat ringkas. Itupun dengan suara bergetar gara-gara tangisan yang melanda dia masa itu. Kemudian mereka berjalan balik ke rumah tanpa berkata apa-apa lagi. Balik, terus masuk bilik masing-masing dan tidur. Esok tu macam tak ada apa-apa yang berlaku.

Tapi sejak peristiwa malam tu, ada sikitlah penambahbaikan antara dia dan Ejat. Tak berbual mesra pun, tetap berlaku situasi perbualan diantara mereka walaupun ringkas dan singkat.

**

Situasi pertama. Bila abah ada minta Jaja tanyakan Ejat kat mana kunci kereta sebab kereta abah menghalang laluan utama para jemputan dan perlu dialihkan. Disebabkan keadaan agak kalut masa tu, dia tak ada pilihan. Nak tak nak, dia kena pergi bertanya jugak dengan soalan, "Abah cari kunci kereta. Kat mana?"

Masa tu, Ejat tengah ubah kedudukan meja goodies tapi soalan Jaja tetap dia jawab, "Ada kat dalam drawer kabinet tv."

Situasi kedua. Bila mak mintak Jaja sampaikan kat Ejat yang kawan-kawan dia dari ofis datang kenduri masa hari kenduri sebelah Intan. Dia pergi sampaikan dengan pesanan, "Mak cakap kawan ofis datang. Ada kat depan."

Dan Ejat jawab, "Okey, sekejap lagi keluar."

Situasi ketiga. Bila Hannah dan Zahid datang kenduri tapi beriya kawannya itu mahu tengok Ejat depan-depan. Penat jugaklah Jaja nak fikir atas alasan apa yang dia perlu guna untuk kenalkan Hannah pada Ejat. Dan nasib dia baik. Semasa Hannah nak balik tu, Ejat ada dengan abah dan mak di khemah tuan rumah. Jadi masa tulah dia kenalkan Hannah dengan ahli keluarganya sekali harung. "Ini mak, ini abah...dan ini..." Suara dia terhenti sekejap waktu dia nak kenalkan Ejat pada Hannah. "Ini Izzat, adik pengantin perempuan."

"Izzat ke Ejat?" Hannah bertanya dengan muka pelik.

Nak aje Jaja tepuk dahi. Bukan dahi sendiri. Dahi sahabat sendiri. Tapi tu la... karang dia pula yang kena tepuk dahi dengan Zahid sebab suka hati pergi dera tunang kesayangan dia.

Dalam Jaja hantar isyarat melalui mata pada Hannah, Ejat mencelah. "Izzat... tapi Jaja panggil Jat je."

Dan boleh pula Hannah dengan selamba pergi tambah, "Wahh! Jat...Jaja... Sounds nice kan? Macam kembar pulak. Bestfriends ke ni?"

Jaja apa lagi? Terus memintas. Sebelum gadis itu pergi lebih jauh, tangan Hannah dia tarik laju. "Korang park kereta kat mana? Aku teman korang pergi sana. Jom!"

Situasi keempat. Bila Seman datang bagi inai kat Ejat dan minta adik iparnya itu sampaikan pada Intan malam kenduri sebelum kenduri sebelah lelaki. Gara-gara dia malas nak masuk bilik kakaknya disebabkan bilik Intan ketika itu dipenuhi dengan kaum kerabatnya yang semuanya perempuan jadi dia sampaikan melalui Jaja. Dia tak nampak orang lain, cuma ada Jaja saja di dapur pada masa itu. "Tolong pass kat kakak jap. Segan nak masuk bilik dia."

Dan Jaja jawab, "Sure, boleh..."

Situasi kelima. Bila hari kenduri sebelah Seman. Diantara semua perbualan mereka, yang ini agak panjang. Lepas jemaah Subuh, Jaja tawarkan diri untuk gosok semua baju ahli keluarga untuk majlis. Sedang dia menggosok baju, tiba-tiba Ejat datang dan berdiri di sebelah. Ditangan lelaki itu ada sepasang baju melayu warna rose gold yang tergantung pada penyangkut. Ejat tak cakap apa pun. Cuma menunggu di belakang dia je. Jaja yang terasa agak terganggu dengan kehadiran lelaki itu terus bertanya. "Nak iron baju ke?"

Dan Ejat jawab, "Haah. Tengah tunggu turn."

"Letak kat situ dulu." Kata Jaja sambil menuding ke arah rak dimana beberapa pasang baju yang sama dengan warna baju melayu Ejat tergantung. "Takper, boleh je tolong ironkan."

"Eh, takper. Boleh iron sendiri. Dah biasa dah." Tapi Ejat pula menolak.

Jaja makin tak betah. Sudahlah cuma mereka berdua saja yang berada di sini. Betulkan shawl besar tanpa pin dibawah dagu yang menyelubung kepalanya ketika itu, dia berpaling ke arah Ejat. Buat kali kedua, jari menuding ke arah baju mak dan abah. "Alang-alang semua baju ni nak digosok, bak sini. Boleh gosokkan sekali." Ujar Jaja kemudian menghulurkan tangan ke arah Ejat.

Jadi serba salah pun ada. Tak betah pun ya. Baju dia, takkan dia nak minta Jaja tolong gosok sekali? Dia dah menolak pertolongan yang ditawarkan, namun Jaja macam bersungguh aje. "Boleh ke ni? Tak menyusahkan ke?"

Jaja mengangguk. "Boleh je. Dah alang-alang tengah pegang iron ni, sekali harunglah senang cerita." Bila Ejat masih lagi seperti teragak-agak, dia menghulurkan tangan lagi ke depan.

Ditegah sudah. Diberi alasan pun sudah. Nampak Jaja macam bertegas, akhirnya Ejat akur saja. Baju melayu ditangannya diletak atas tapak tangan Jaja. "Thank you."

Ucapan itu Jaja balas dengan anggukan kecil. Putuskan pandangan dia dengan pandangan Ejat, Jaja berkata, "Pergilah buat kerja lain dulu." Bukan apa... Risau jugak dia kalau Ejat tak berganjak dari situ. Mahunya Ejat kekal tunggu di belakang sampai aktiviti menggosok pakaian selesai, tak ke kekok?

Nasib baiklah Ejat faham dengan baik. "Okey." Balas lelaki itu sebelum berlalu pergi.

Pergi mana Jaja taknak ambil tahu. Yang penting hati dia jadi tersangatlah lega saat bayangan Ejat hilang dari pandangan.

Tapi lega dia tak lama bila Ejat datang semula dan berdiri di sebelah dia. Kali ini lebih dekat dari yang tadi. "Nak mintak pendapat sikit boleh tak?"

Masih dalam keadaan agak terkejut, Jaja tetap juga ringan bibir untuk merespon. "Pendapat tentang...?"

Ejat menyeluk poket seluar untuk keluarkan sesuatu. Genggaman tangan kiri diseluk tadi dibuka luas lalu sepuluh biji butang baju melayu yang sama jenis, terdiri dari dua warna pun kelihatan. "Which color is better? Silver or gold?"

Pergerakan tangan yang menggosok tudung terhenti sekejap. Seterika sedang panas itu diletak pada bahagian safety box dibawah iron board. Dengan rasa tak percaya dengan perbuatan Ejat tak dijangka itu, Jaja tetap jatuhkan pandangan pada butang-butang kecil itu. "I think gold is better."

"Okay, it's gold then." Ujar Ejat dengan senyuman ditampal manis pada wajah. Namun sia-sia aje sebab Jaja bukan tengok muka dia pun. "Thank you." Ucapan itu dititipkan sebelum berpaling ke belakang dan beredar dari situ.

Tak boleh lega dulu. Boleh jadi seperti tadi, Ejat mungkin berpatah balik semula. Jaja menunggu dengan rasa berdebar yang bersisa. Agak lama tunggu, tak ada sebarang tanda yang menunjukkan Ejat akan berpatah balik dan kali itu barulah dia boleh punya rasa lega. Dan rasa lega itu serupa sebiji kontena yang besar dialihkan dari kepala!

**

"Pukul berapa sekarang?"

Zapp!!

Teguran yang tiba-tiba itu buatkan Jaja rasa macam nak pitam. Sesungguhnya dia langsung tak bersedia untuk menghadap situasi bagaimanakah jika Ejat yang tersedar dari lena dengan tiba-tiba?

Mulalah nak rasa gelabah. Rentak kaki tak tahu nak atur kemana. Mana nak pergi ni? Kanan ke kiri? Nak melangkah tapi kenapa kaki terasa seperti digam pulak? Hah, sudah!

"Dah nak gerak ke?" Soal Ejat lagi seraya bangun dari posisi baring dengan segera. Mata laju mencari jam yang tergantung pada dinding di belakang kabinet tv. "Baru pukul 2.20." Gumam dia perlahan. Rasa gelabah kian beransur pudar. Fikir dia, sekarang dah sampai masa untuk Jaja berangkat. Sebab itulah dia kalut bangun. Atau Jaja nak bergerak sekarang ke? Tapi tak ke awal lagi ni?

Belakang tubuh disandar pada sofa. Masih berada di dalam sisa kantuk, matanya digosok dengan belakang tangan. Bila teringat akan dua soalannya tak mendapat respon dari Jaja, pandangan dibawa semula ke arah gadis itu. "Ja?" Melihat Jaja tak bergerak dengan kepala ditunduk ke bawah buatkan dia menyapa.

"H-hm?" Teguran itu seakan menyentak si gadis dari kena pukau.

"Nak gerak pukul berapa?" Ejat pandang muka Jaja yang tak pandang pun dia.

"Ge-gerak ke mana?" Suara dia tersekat, bertanya balik. Gugup yang melanda dirinya bukan tahap biasa. Sama gugup seperti seorang pencuri kena tangkap lepas curi kasut kat masjid! Bezanya cuma, pencuri tu curi kasut tapi dia curi-curi pandang anak teruna orang yang tengah tidur. Haih!

"Ke KLIA...?"

Oh, itu... "Pakcik grab datang pick up pukul empat." Lepas jawab soalan Ejat, Jaja mula mengatur langkah untuk bergerak ke dapur. Akhirnya kaki dia dah reti nak bergerak semula. Tadi kenapa boleh kejung macam baru kena tembak ais dengan Elsa-Frozen je gaya? Rasa sebal terhadap diri sendiri bercambah mekar di dalam hati. Berkoyan-koyan diri sendiri disumpah.

"Ja..."

Dia dah melepasi gerbang yang memisahkan antara ruang depan dan dapur masa namanya sekali lagi dipanggil oleh Ejat. Dan juga sekali lagi langkah dia terhenti. Berfikir jugaklah dia kat situ sama ada mahu menyahut panggilan itu atau tidak.

Satu saat.

Dua saat.

Tiga saat.

Empat saat.

Baru aje nak masuk saat kelima barulah dia buka mulut. "Ya...?" Itu pun dengan suara yang sangat perlahan. Ejat dengar ke tak pun dia tak pasti.

"Jat hantar Ja pergi KLIA ya?"

Uh-oh!?

***

#So gaisss, Jaja nak jawab apa ni?😆😆

Continue Reading

You'll Also Like

401K 19.2K 46
Aurora Arabella, seorang gadis manis, lembut dan ayu. Dia sangat hebat dalam peperiksaan yang menyebabkannya selalu mendapat tawaran setelah habis se...
852K 39.7K 36
[Book 2 of The Angelz's Killerz] 7 tahun berlalu.. Gadis yang dulunya meninggalkan segala-galanya di Malaysia kini kembali. Bukan kembali untuk bala...
359K 27.4K 39
Raja Nur Ameena dan Aisar Haddad. Satu-satunya permata dalam keluarga masing-masing. Di mata Aisar, Ameena adalah adik perempuan kesayangannya. Di ma...
232K 3.6K 12
*10 bab awal untuk sneak peak "Siapa budak tu?" "Dia anak aku." Bagaimanakah rasanya, bilamana kepulangan seorang suami yang ditunggu bertahun-tahun...