TAKDIR DHIA

By ayraakookie

140K 7.4K 1.4K

"Because they were roses and I was just a dandelion." **** Apa rasanya menjadi cantik? Apa rasanya bila kau... More

CAST
╰1 ╮
╰2 ╮
╰3 ╮
╰4 ╮
╰5 ╮
╰6 ╮
╰7 ╮
╰8 ╮
╰9 ╮
╰10 ╮
╰11 ╮
╰12 ╮
╰13 ╮
╰14 ╮
╰15 ╮
╰16╮
╰17╮
╰18╮
╰19╮
THIRD BOOK
╰20╮
╰21╮
╰22╮
╰23╮
╰25╮
╰26╮
╰27╮
╰28╮
╰29╮
╰30╮
╰31╮
╰32╮
╰33╮

╰24╮

2.5K 182 90
By ayraakookie

Aku membuang pandang ke luar tingkap. Fikiran aku masih melayang pada kejadian tempoh hari. Aku masih ingat dengan jelas macam mana mereka memperlakukan aku. Sakit. Sakit sangat sampai aku rasa aku dah mati waktu itu.

Seketika telinga aku menangkap bunyi riuh di luar bilik. Suara kuat babah menarik perhatian aku. Dengan sedikit kudrat yang ada, aku gagahkan diri untuk menjengah ke luar bilik.

"Kau pergi! Jangan tunjuk muka kau lagi depan anak aku! Sebab kau lah dia jadi macam tu." jerkahan babah mengejutkan aku. Tubuh Adam yang berhadapan dengan babah itu aku tatap sebelum lengan babah aku tarik perlahan.

"Babah.. "

"Ya Allah Dhia, kamu tak sihat lagi kenapa keluar ni? " babah menyoal sambil cuba memapah tubuhku.

"Dhia.. Dhia nak cakap dengan Adam sekejap boleh?" aku menyoal sambil mata aku memandang wajah Adam. Kesan lebam pada wajahnya merisaukan aku. Babah ke yang buat?

"Hm." babah berdehem perlahan sambil melangkah masuk ke dalam bilik meninggalkan aku dengan Adam.

Aku mengukirkan senyuman nipis pada Adam sambil kaki melangkah menuju ke lift. Dia mengikuti langkah aku tanpa bersoal banyak. Sesekali tangan dia cuba menahan tangan aku dari terjatuh, tetapi entah kenapa sedikitpun dia tidak bercakap dengan aku.


Aku melihat langit senja yang terukir dihadapan aku. Cantik. Lama aku mengamati pemandangan itu sebelum tangan Adam naik menyentuh balutan pada tangan kiri aku. Dia mengusap perlahan pada balutan itu.

"I'm so sorry Aryana.. Every single time you're with me, you only get hurt." kata-kata Adam mengalihkan perhatian aku kepada dia. Dapat aku lihat butiran air mata yang mengalir pada pipinya.

"This is not your fault Adam." tangan aku naik menghapuskan air matanya. Dia nampak menyedihkan. Darah pada hujung bibirnya aku kesat perlahan.

"Babah yang buat? " aku mempersoalkan kesan luka pada wajahnya. Adam hanya menggeleng. Buat seketika aku menghela nafas lega.

Angin senja yang bertiup sepoi-sepoi bahasa itu aku nikmati dengan mata yang tertutup, cuba untuk melenyapkan segala memori buruk. Tiba-tiba tubuh aku dibaluti dengan jaket hitam Adam.

"Jom masuk Aryana, nanti badan awak masuk angin." suara lembut Adam membuka mataku. Ketinggiannya yang lebih dariku memaksa aku untuk mendongak.

Aku menggeleng. "Saya bosan duduk dekat atas katil je seharian."

"Degil as always. " leteran Adam menghadirkan tawaku.

"Zara macam mana? " terbit soalan itu dari bibirku. Langkahku dibuka menuju ke tepi rooftop, sambil mataku memerhati kesesakan lalu lintas di bawah.

"Henry gurney." jawapan pendek Adam cukup untuk memuaskan hati aku. Kalau boleh, mahu sahaja aku sumbat Minah sewel itu ke dalam penjara.

"Saya dah putus dengan Zara." sambungnya lagi. Wajah dia nampak, kecewa? Oh, jadi dia masih sayangkan gadis itu. Tiba-tiba aku rasa bersalah padanya.

"Saya mintak maaf Adam. Sebab saya, hubungan awak dan Zara berakhir." ujarku ikhlas. Aku lihat dia mengerutkan wajahnya. Seketika barisan giginya yang cantik itu ditunjukkan. Adam tersengih.

"I'm glad that we are over. Saya adalah manusia yang paling bahagia dalam dunia ni Aryana. I'm not even love her.." Adam bersuara. Rambutnya yang beralun saat ditiup angin itu aku pandang minat. Adam nampak lebih matang bila dia berambut begitu.

"Aryana, may i ask you one question? " Adam menyoal sambil tubuhnya menghampiri aku. 

Aku hanya mengangguk. Tekak aku yang mulai berasa kering itu aku usap perlahan. Perih pula bila menghirup angin senja ini.

"I love you Aryana. I do love you." ayat Adam terjeda. Dia melihat ke dalam anak mataku dengan mata redupnya. "Would you like to be mine?"

Aku terdiam. Bukankah aku seharusnya bergembira atas pengakuan Adam sekarang ini? Tetapi kosong, hati aku kosong untuk rasa apa-apa.

Bibirku gigit perlahan. Makin menjadi-jadi pula perih pada anak tekakku ini sehingga suara aku menjadi serak kembali.

"Adam, saya tidak rasa sekarang waktu yang sesuai untuk saya jawab soalan awak itu. Maaf."

Adam nampak kecewa. Aku boleh lihat dari anak matanya yang dia cuba menahan rasa. Dia hanya mengangguk dengan senyuman yang dibuat buat.

Maaf Adam, kalau ucapan awak ini dibuat pada lima bulan lepas, mungkin saya adalah wanita yang paling bahagia sekarang ini.

****

" Shit! " Nadhim Irshad mencarut kasar. Darah yang terasa pada bibirnya itu di ludah keluar. Dia melihat pantulan wajahnya pada cermin kereta. Kesan lebam pada hujung matanya dipegang.

"Bodoh punya Adam! " dia bersuara kesal. Kejadian di hospital tadi memang benar-benar menaikkan amarah dia.

"Sebab rancangan bodoh kau lah Aryana jadi macam tu! " Adam yang tiba-tiba muncul itu menumbuk wajahku kuat. Tidak sempat menahan, kini bibir aku pula menjadi mangsanya.

"Fuck! " aku mencarut menahan rasa sakit dari tumbukannya. Kemudian wajah dia aku balas dengan penumbukku. Kau fikir aku nak duduk diam?  Hell no.

"Aku nak kau jauhkan diri dari dia! " budak mentah itu memberi amaran kepadaku.

Hahaha , you know what kid? Amaran kau buatkan aku rasa nak lagi dekat dengan Dhia Aryana.

Biar kau tak dapat satu habuk pon!

Aku kejam? Yes, this is Nadhim Irshad. Aku boleh jadi teruk dari apa yang kau sangkakan.

"Tch! Tiba-tiba rasa bersalah dalam diri aku ni lenyap terus." Nadhim Irshad berdesis sendiri. Enjin keretanya yang mengaum kuat itu ditekan pada kelajuan maksima.

Kepala otak dia sekarang ini hanya terisi dengan Miasara. Sudah sepuluh minit dia membiarkan gadis itu menunggu.

Nadhim Irshad memakirkan keretanya betul-betul di hadapan cafe. Terbit senyuman lebar pada bibirnya saat melihat tubuh Miasara yang sudah menunggu dia di dalam.

"Sorry Mia. Nadhim tiba-tiba ada kerja sikit tadi." Nadhim Irshad menegur gadis itu yang sedang leka bermain dengan telefon bimbitnya.

Miasara tersenyum manis sehingga menampakkan kedua lesung pipitnya.  "Is okay, mia pon baru je sampai tadi."

"Nadhim okay ke? " soal Miasara sambil jarinya tertunjuk ke arah wajah lelaki itu. Dia melihat risau.

Nadhim Irshad mengangguk senyum. Gembira hatinya apabila Miasara kisah akan dirinya.

"Nadhim okay." Lelaki itu menjawab lembut. Matanya tidak henti memandang kecantikan Miasara. Sungguh, dia sanggup menunggu gadis itu walau lama mana sekalipun.

Miasara cinta pertamanya. Orang kata cinta pertama tidak mungkin akan berhasil. Tetapi mereka silap, dia akan dapatkan Miasara. Itu janjinya.

"Nadhim.. Mia nak minta maaf." suara serba salah Miasara merisaukan Nadhim. Lelaki itu cuba untuk beriak tenang tetapi tidak berhasil.

"What's wrong Mia? Nadhim ada buat salah apa-apa ke? " soalnya risau. Riak wajah lelaki itu menunjukkan kegelisahannya.

Seketika terdengar tawa dari bibir mungil Miasara. Gadis itu menggeleng kepala melihat reaksi Nadhim.

"Ya Allah Nadhim, suka fikir yang bukan bukan kan? You have done nothing wrong, but mia , mia dah banyak lukakan Nadhim. Mia minta maaf for that okay? " Miasara berkata sambil matanya berkedip ke arah lelaki itu.

Nadhim Irshad sudah tersengih melihat kecomelan gadis kesayangannya itu. Kalau boleh, mahu sahaja dia memeluk tubuh Miasara. Tetapi dia hormat Miasara. Dia tidak akan berani sentuh gadis itu sebelum mereka ada perikatan yang sah.

"Jom kita bertunang dulu nak?" ayat Miasara mematikan sengihan Nadhim Irshad. Lelaki itu mendengar tidak percaya.

"Betul ke ni Mia? " Lelaki itu menyoal. Anggukan dari Miasara cukup untuk buatkan hari-hari Nadhim Irshad bahagia. Sudah lima tahun dia tunggu untuk saat ini. Akhirnya usaha dia selama ini berhasil.

"I love you miasara."

♧♧♧

"one step closer.... "








Hi semua.
Sis tak berapa sihat lately ni, maaf ya sebab ambik masa sikit nak update. Inshaallah more episod is coming <33

Btw nak tanya, korang setuju tak kalau Nadhim kahwin dengan miasara ? Hehe drop the comment okie.

Continue Reading

You'll Also Like

37.2K 1.9K 63
2nd Next generation Series HARIS ARMAN seorang pelajar universiti jurusan pertanian. Seorang yang sangat nakal dan sering membuat masalah. Dalam kena...
478K 4.8K 57
DEWASA Viewer Discretion 🔞 Explicit Content 🌚 Hidup Anggun Sufiya berubah 360° apabila terjatuh ke dalam lembah penipuan sehingga mengahwini seoran...
198K 13.5K 73
Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas...
77.3K 7.7K 42
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...