37. The Lost Crown

By TintaHitamTanpaArah

171K 15.3K 495

Kehadiran mereka pernah sekali menjadi buah mulut penduduk. Sebuah keluarga diraja yang amat disegani dan dis... More

Ola!
Kedai Buku Mr. Winter
Shook!
Mrs. Kelly
Roommate
Dasar Samseng!
Sesat
Guru Kelasnya.
Buang Tebiat!
Semalam.
Senyum.
Kalau la....
Janji
Reason in Prison
Dua yang Terkuat
Ticking Bomb.
First Time Kiss
Long Lost Friend
The Lost Crown
Denda
Lupa.
Peristiwa Hitam
Ulat Buku Yang Kuat Tidur
Memori
Hampir
Tak Sedar
Bekas Penasihat Diraja.
Pick A Lock
Bilik Rahsia Terahsia
Mata-Mata
Pelan!
Warning
Ibunya.
The Lost Memory
Step Sister
Dark Horse
Terkilan
Otak Library
Lima Hari
The Return
Demam Rindu
Real Image
Dark Horse Part 2
Pelan 1 : Sebarkan Spekulasi
Bekas
Ancaman Rahsia
Pelan 2 : Provokasi
Kelas Memanah
Pelan 3 : Seeking The Lost Crown
Bilik Rahsia Tersembunyi.
Lupa
Farewell
The New King
Jemputan Diraja
Balldance
Jelousy
The King
Small Talk
Hadiah Terisitmewa
Bunga
Kedatangan Mengejut
Marah!
Sorry.
Marry Me
Appreciation

Butterfly Effect

2.6K 261 0
By TintaHitamTanpaArah










Pernah rasa tak butterfly effect?Perasaan dimana buatkan seseorang itu tidak sedap hati dan berasa tidak tenteram semacam sedangkan tiada apa-apa yang berlaku?

Well...itu yang dia sedang lalui.

For three freaking day!

Okay!

Untuk selama tiga hari itu dia sudah tidak ubah seperti banduan yang lari keluar penjara secara haram. Semuanya rasa tak kena. Semuanya rasa macam ada yang memerhati!

Selama tiga hari tu jugak dia cuba elakkan diri sebaik mungkin untuk tidak bertembung apalagi bertemu dengan lelaki bernama Tristan itu. Mana-mana dia pergi mesti akan toleh ke balik bahu dengan cemas sebab nak pastikan Tristan tiada. Nak keluar masuk kelas pun kecut perut dia.

Nak naik gila tahu tak dibuatnya!

Sejak mengetahui siapa lelaki itu yang sebenarnya, dia jadi takut sendiri. Yalah masakan tidak. Dia telah dengar banyak cerita buruk tentang putera mahkota yang digulingkan tu. Awalnya dia langsung tak tahu siapa, Nama pun tak tahu. Apa dia tahu hanya kisah dan cerita orang mengenai lelaki tu dari orang sekeliling je. Ada yang kata lelaki itu sejak digulingkan dari taktah telah cipta bala tentera secara rahsia hendak memberontak. Ada jugak yang kata lelaki tu berbahaya la. Sadis dan kejam la. Bermasalah la, sering timbulkan kekecohan di istana utama la, sakiti orang yang susah, tidur dengan perempuan keliling pinggang...dan banyak lagi. Dan semua cerita itu adalah khabar angin yang buruk!

Tak ada satu pun yang elok mengenai lelaki tu.

Seperti kebiasaannya, dia akan bersiap awal pagi sewaktu orang lain masih tidak tidur lagi. Angannya kalau dia siap awal dan gerak awal, tak ada la nanti dia bertembung dengan Tristan atau sesiapa. Dan selama tiga hari dia lakukan hal itu, syukur la tiada perkara buruk yang berlaku. Dan Adriena pun tidak bertembung dengan Tristan.

Tidak lagi sesat seperti hari itu, tepat jam 7 pagi, Adriena tiba di depan pintu kelasnya. Sampai di situ dia gerak masuk ke dalam. Namun sewaktu dia berjalan menghampiri mejanya, di atas meja itu terdapat sebuah buku teks.

Dan buku itu terletak kemas betul-betul di tengah meja tersebut.

Hairan melihatnya, Adriena dekati mejanya lalu gerak meletakkan beg sandangnya di kerusi sebelum capai buku tersebut. Dia belek depan dan belakang sekilas pandang hendak pastikan ianya buku dia atau bukan.

          "Eh?"Adriena tersentak bila dia lihat itu adalah buku teks dia yang hilang hari tu. "Macam mana kau boleh ada dekat sini huh buku?"bicaranya sendirian sewaktu duduk di kerusi. Di depan muka depan buku teks itu terlekatnya not pad berwarna kuning dengan tulisan pen hitam.

Ianya tertulis begini...

'Kepada tuan buku ini. Ada satu patah kata untuk kau. Iaitu S.T.O.P.'

Terkebil-kebil Adriena lepas baca. Dia tarik kertas itu tanggal dari muka buku itu. Amenda je la ni?tanya dia yang tidak faham apa yang dimaksudkan kata itu. Apa yang nak di stop kan?

Brit!

Brit!

Getaran telefon dari poket kot buatkan Adriena melompat terkejut. Dia terus letakkan kertas itu ke bawah dan cepat-cepat keluarkan telefon dari poket bahagian dalam kot itu. Setelah skrin telefon di talakan depan muka, nama Kirana tertera sebagai pemanggilnya.

Tanpa berfikir apa-apa Adriena pun jawab panggilan itu.

          "Hello?"sapanya sambil simpan buku teks itu ke dalah laci bawah mejanya. Kertas not pad tadi di sumbat ke dalam beg.

          "Ri-Riena...k-kau de-dekat mana??" gagap Kirana dalam panggilan itu.

           Adriena yang dengar berkerut kening kehairanan. "Kau dah kenapa gagap-gagap macam ni?"tanya dia sebab pelik. Tak pernah-pernah kawannya ini gagap."Aku ada dekat dalam kelas ni hah..kenapa?"

Tiba-tiba ada bunyi dari latar belakang panggilan tersebut. Yang mana seperti orang berbisik halus.

Apahal pulak ni?

           "Hello?Kirana?Kau dekat situ ke?" tanya Adriena hendak pastikan situasi yang sedang berlaku. Kawanya tak apa-apa ke?

Masa itu la muncul suara lain dalam panggilan itu....

           "Ada ni...elok je dengan aku..."sapa suara tu dalam panggilan. Elok seorang perempuan terus bertukar jadi suara lelaki.

Seperti direnjat eletrik ke seluruh badan, Adriena berdiri laju-laju sampaikan kerusi yang dia duduk tadi ikut jatuh terbalik ke belakang. Dia menahan nafas terkejut saat kejung memandang ke depan kelas. Jantung berdetak laju seperti hendak melompat keluar dari dadanya.

Tak mungkin!

            "Riena...!"panggil Ruby dari latar belakang sesaat selepas itu."Tolong kita orang!"

             "Diam boleh tak...tak tengok ke aku tengah bercakap sekarang ni?"sampuk orang itu dekat telefon.

Tidak tahu hendak buat bagaimana, Adriena diam berdiri di situ dengan mata terbutang luas dan nafas tersekat-sekat di kerongkong. Kenapa Tristan ada bersama dengan Kirana dan Ruby?Apa yang lelaki tu nak buat dengan mereka?

             "Hello?Adriena?You there?"sapa Tristan dengan mesra.

             Memulas terus perut dia setiap kali suara tu ke gegendang telinganya."Apa awak buat pada mereka berdua?"tanya Adriena tidak peduli untuk berbasa basi. Dah kenapa Tristan ni?

              "Kau rasa?"

              "Jangan nak bergurau. Lepaskan mereka berdua sekarang."arahnya semasa tunduk mendapatkan beg sandangnya semula.

              "Kau ingat aku suka bergurau ke?Kau dah ada dalam kelas?Mesti kau dah dapat buku yang ada dekat meja tu kan?"

              Matanya terus terarah pada laci di bawah mejanya. Dari Tristan ke?"Hentikannya Tristan."pintanya dari balik ketapan gigi.

              "I will princess...but with one condition. Aku akan berhenti kalau kau pun berhenti."

Tak guna!

Cengkaman pada telefonnya di kuatkan menahan perasaan geramnya yang mula menjalar ke setiap inci urat sarafnya. Nampaknya Tristan sudah sedar yang dia cuba larikan diri dari lelaki itu. Dan sekarang Tristan gunakan Kirana dan Ruby untuk mendapatkan dia semula.

           "Tick..tock...time is ticking. I dont have forever waiting for your answer princess?Kau nak aku malukan dua orang ni depan semua orang dalam akademi ni atau kau sendiri datang jumpa aku. SE.KA.RANG." Tristan bersuara lagi.

Sambil menggigit bawah bibirnya kuat-kuat dan memejam mata, Adriena bergelut hendak buat keputusannya.Beberapa saat berlalu tanpa jawapan. Hatinya memberontak supaya pergi untuk bantu Kirana dan Ruby, tapi kepala dia jerit jangan pergi!

          "Fine...saya datang. Awak dekat mana?lafaznya dengan mata terpejam rapat terdesaknya. Kenapa la semua ni berlaku pada dia!?

Continue Reading

You'll Also Like

6.2K 808 4
"𝗝𝘂𝘀𝘁 𝗮𝘀 𝘁𝗵𝗲𝗿𝗲 𝗶𝘀 𝗮 𝗯𝗲𝗴𝗶𝗻𝗻𝗶𝗻𝗴 𝗮𝗻𝗱 𝗮𝗻 𝗲𝗻𝗱, 𝘄𝗲 𝘄𝗶𝗹𝗹 𝗹𝗶𝘃𝗲 𝗮𝗻𝗱 𝗹𝗲𝗮𝗿𝗻 𝘁𝗵𝗮𝘁 𝘁𝗵𝗲𝗿𝗲 𝘄𝗶𝗹𝗹 𝗯𝗲 �...
5.1K 375 20
"Woi, berani kau culik puteri raja eh." -Askar-askar diraja. Hanya kerana satu kesalahfahaman membuatkan Ira Humaira terjebak dalam permainan yang ta...
165K 16.7K 57
New age is begin. Sylvania, menjadi dunia yang maju. The world remain in peace. But... Thats the beginning of the disastrous. Keamanan Sylvania menja...
34.1K 2K 87
" Richard Sanchez Javiero" atau Raja dari Kerajaan Valtoria.Dikenali dengan sikapnya yang pemurah dan sikap yang sering mengambil berat tentang rakya...