37. The Lost Crown

By TintaHitamTanpaArah

170K 15.3K 495

Kehadiran mereka pernah sekali menjadi buah mulut penduduk. Sebuah keluarga diraja yang amat disegani dan dis... More

Ola!
Kedai Buku Mr. Winter
Shook!
Mrs. Kelly
Roommate
Sesat
Guru Kelasnya.
Buang Tebiat!
Semalam.
Senyum.
Kalau la....
Janji
Reason in Prison
Dua yang Terkuat
Butterfly Effect
Ticking Bomb.
First Time Kiss
Long Lost Friend
The Lost Crown
Denda
Lupa.
Peristiwa Hitam
Ulat Buku Yang Kuat Tidur
Memori
Hampir
Tak Sedar
Bekas Penasihat Diraja.
Pick A Lock
Bilik Rahsia Terahsia
Mata-Mata
Pelan!
Warning
Ibunya.
The Lost Memory
Step Sister
Dark Horse
Terkilan
Otak Library
Lima Hari
The Return
Demam Rindu
Real Image
Dark Horse Part 2
Pelan 1 : Sebarkan Spekulasi
Bekas
Ancaman Rahsia
Pelan 2 : Provokasi
Kelas Memanah
Pelan 3 : Seeking The Lost Crown
Bilik Rahsia Tersembunyi.
Lupa
Farewell
The New King
Jemputan Diraja
Balldance
Jelousy
The King
Small Talk
Hadiah Terisitmewa
Bunga
Kedatangan Mengejut
Marah!
Sorry.
Marry Me
Appreciation

Dasar Samseng!

3.1K 268 1
By TintaHitamTanpaArah

KEDEBUK!

Dua tubuh jatuh meniarap di atas tanah berumput itu dalam keadaan mengerang kesakitan memegang dada dan perut masing-masing. Sebelum satu bayang menyelubungi mereka dari atas. Sikit pun tiada rasa kasihan bila dia tengok mereka ini. Malah semakin menyirap lagi adalah!

Berani betul mereka ya!

         "Uhuk!Uhuk!"batuk pelajar lelaki yang ditendang dadanya tadi. Sambil menahan sebu dia angkat tangan ke Udara tanda 'stop' kepada penyerangnya ketika itu. "Please...aku boleh jelaskan.."

Tidak pedulikan rayuan itu, terus batang kayu besbol yang dipegangnya tadi di capai lalu dihayun naik ke atas sebelum di hempas ke bawah mengenai tubuh itu. PLANK! Melantun kayu besbol itu setelah ia mengenai badan lelaki pertama.

Mereka patut fikir dua kali sebelum lakukannya!

Sekarang nak merayu memang tak ada peluang la jawabnya!

       "Argh!"ngerang pelajar lelaki itu sambil menggulungkan badan kerana sakit dek pukulan itu.

Sekali lagi kayu besbol itu di hayun ke atas semula!Bersedia hendak pukul badan lelaki kedua pula. Amarah yang berlojak dalam dadanya itu minta diredakan!Dan cara itu adalah menggunakan kekerasan.

        "TRISTAN!"panggil lelaki kedua itu apabila kayu besbol itu hampir hendak mengenai kepala dia.

        Serta merta tangan itu terhenti. Lantas kayu besbol itu perlahan-lahan turun ke bawah. "Asal?"soalnya dengan renungan dingin.

        "Aku tak tahu. Sumpah aku tak tahu..."beritahu pelajar lelaki kedua itu kepadanya.

Itu saja la tahunya!Tiada modal lain apa nak pakai?Tak tahu..tak tahu!Habis tu segala usaha keras dia selama ini lesap macam tu saja sebab mereka jual maklumat demi wang apa cerita pulak?

Dasar sampah!

Tak sepatutnya dia percayakan mereka berdua untuk sama-sama ikuti dia jalani misi pencarian tu! Dan sekarang peta serta segala maklumat yang dia kumpul sudah lesap!Dan semuanya kerana dua ketul haram jadah depannya ini.

Sebab itu la dia kerjakan dua orang ni tanpa perikemanusiaan!

        "Alasan!"Tristan hayun kayu besbol itu lalu di hempuk sepuas hatinya ke pelajar lelaki kedua itu beberapa kali.

PLANK!

PLANK!

PLANK!

Tersentak-sentak badan pelajar lelaki itu setiap kali dipukul. Satu suara pun tidak keluar sehingga la Tristan berhenti.

Dengan kasar, kayu besbol itu di campak ke tepi.

Sambil tercungap-cungap mencari Udara kerana mengah mengerjakan dua orang itu, Trista melepaskan dengusan kasar mencekak pinggang. Dia tunduk memandang dua orang yang berlebam sana sini. Baru puas hatinya!

          "Lain kali fikir dua kali sebelum nak khianati aku."bisiknya dengan mendatar.

Dua orang itu hanya terbaring tidak berdaya di situ memandang Tristan di atas. Air mata keluar mengalir dari tepi mata itu kerana dalam kesakitan. Kedua-dua tangan mereka terkulai di rumput tidak terkutik. Sudah teruk di belasah oleh satu-satunya putera mahkota diraja yang hilang taktahnya kerana dirampas oleh saudara sendiri.

Tristan Zane, 19 tahun. Merupakan waris tunggal Everlon pada suatu masa dahulu sehingga la kedua-dua ibubapanya kemalangan dan maut ditempat kejadian. Sejak itu hidupnya berubah. Dari menjadi anak kegemaran terus menjadi manusia paling loser dalam negerinya sendiri. Ramai tahu akan siapa dirinya. Sikap sebenarnya yang suka menjadi samseng besar dalam istana Everlon yang sudah dijadikan sekolah ini. Jadi tiada siapa berani hendak usik atau sentuh dia.

Walaupun begitu masih ada juga yang berani pandang ringan akan siapa dirinya yang sebenarnya!

Alasan kenapa dia masih hidup adalah kerana, tiada siapa boleh menjadi raja sekiranya tiada siapa dapat menemui mahkota dan cap mohor yang hilang tu. Dan semua orang fikir dia tahu dimanakah khazanah keluarganya itu.

Dan itu la misinya selama dia berada di Queen and King Academy ini!

         "Beritahu aku...dekat siapa kau bagi peta dan maklumat tu?"soal Tristan lagi.

Pelajar lelaki pertama menggeleng kepala. "Kita orang tak tahu...kita orang cuma diberikan duit dan alamat untuk buat pertukaran dengan peta tu.."bisiknya dengan susah payah.

        Kening Tristan berkerut, dia semakin menyirap kerana mendengar jawapn yang sama berulang kali! "Fine...tak payah beritahu aku. Tak penting pun. Sekarang terpulang pada kau orang sama ada keluar dari sini sendiri atau aku yang usung kau orang keluar dari sini dalam keranda!"pesannya.

Dua orang itu mula mengerang dan terbatuk-batuk saat bangunkan diri dari situ. Enggan lama-lama di situ sebab tak nak di belasah separuh mati dengan Tristan lagi. Serik mereka!

Ekor mata Tristan perhatikan gerak langkah dua orang itu sehinggala mereka jauh dari pandangan matanya. Setelah itu baru la dia bergerak untuk masuk ke dalam bangunan semula.

Continue Reading

You'll Also Like

170K 15.3K 66
Kehadiran mereka pernah sekali menjadi buah mulut penduduk. Sebuah keluarga diraja yang amat disegani dan disayangi. Namun semuanya berubah setelah k...
2.1K 251 47
Mengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelangg...
69.3K 6K 77
Sequel dari cerita Miss Komander Athena Louisa Turut di featuring watak dari cerita Violet Elliana Iaitu Violet a.k.a MJ Nama yang terkenal di kalang...
80.8K 7K 60
Peraturan? Duhh! There no such word inside her vocabulary! Untuk dia. Peraturan di cipta untuk di langgar Bukan untuk di patuhi Mana seronok kalau hi...