[COMPLETED] Bila Aku Ada Kau

Από sweetiftisour

48.2K 2.9K 734

Yang kacak, yang tenang, yang sabar, yang kuat, yang peka, yang mengambil berat, yang matang, yang menjaga it... Περισσότερα

🌷Teaser🌷
🌷Bab 1🌷
🌷Bab 2🌷
🌷Bab 3🌷
🌷Bab 4🌷
🌷Bab 5🌷
🌷Bab 6🌷
🌷Bab 7🌷
🌷Bab 8🌷
🌷Bab 9🌷
🌷Bab 10🌷
🌷Bab 11🌷
🌷Bab 12🌷
🌷Bab 13🌷
🌷Bab 14🌷
🌷Bab 15🌷
🌷Bab 16🌷
🌷Bab 17🌷
🌷Bab 18🌷
🌷Bab 20🌷
🌷Bab 21🌷
❤️I Need Your Pendapat❤️
🌷Bab 22🌷
🌷Bab 23🌷
🌷Bab 24🌷
🌷Bab 25🌷
🌷Bab 26🌷
🌷Bab 27🌷
🌷Bab 28🌷
🌷Bab 29🌷
🌷Bab 30: Ending🌷
❤️Hai❤️

🌷Bab 19🌷

1K 71 8
Από sweetiftisour

[28 Februari 2020]

***

"KAU okey?" Jawab aje panggilan dari Hannah, terus kawan baiknya itu menerjah. Bertubi-tubi pulak tu. "Aku memang nak call kau semalam. Tapi aku tak berapa nak sempat untuk borak lama dengan kau. Tahulah mama macam mana kan? Aku baru je sampai semalam, dah berbaris-baris rumah sedara yang dia nak bawak aku pergi ziarah. Esok ni nak kena pergi ziarah family Zahid pulak. Padatkan jadual aku? Dah macam PM pun ada ni. Macam mana kau kat sana? Boleh bawak diri tak? Macam mana dengan family angkat kau? Dah jejak kasih dengan diorang? Ada drama air mata tak? Kau okey? Kau okey ke tak ni, Ja? Kau tak jawab aku pun..."

Tergelak mengekeh dia dengan gelagat Hannah yang jelas kedengaran sangat gelabah. Dia punya gaya tu dah macam dia pula yang berada kat tempat Jaja. "Caner aku nak jawab? Tak sempat selit pun. Berdesup-desup soalan kau, ea..."

Hannah pula yang tergelak. "Aku over eh?"

"Yelah... Tak boleh nak gelabah dari ni lagi ke?"

"Ikutkan gelabah aku ni... sekarang jugak aku drive pergi cari kau." Suara Hannah seakan serius.

Jaja tergelak lagi. "Datanglah. Shah Alam dengan Sungai Besi takdelah jauh mana kan? Kalau tak jam, setengah jam je." Ujar Jaja dengan kening yang dijungkit tinggi, mencabar.

"Aku jenis pantang dicabar tau. Tapi tu la...takder kereta la pulak. Abah dengan adik aku pakai." Balas Hannah, tak mahu kalah. "Atau boleh je aku mintak encik tunang bawa pergi jumpa kau."

"Jangan nak mengarut la, Na..." Sangkal Jaja cepat-cepat. Mengenali seorang Hannah, boleh jadi kejap lagi dia bakal nampak wajah gadis itu dan tunangnya Zahid kat depan pintu rumah abah kalau tak dihalang. "Don't worry. Aku okey..."

"Betul kau okey?" Hannah mencari kepastian.

"Ya, aku okey. Kau jangan overthinking boleh tak?" Jaja menggulingkan biji mata.

Dia sedang solat Isyak masa smartphone berdering tadi. Selesai solat dan berdoa, dia terus bangun dari kain sajadah untuk melihat siapa gerangan manusia yang meninggalkan dua panggilan tak dijawab itu. Nampak je nama Hannah pada skrin, tanpa menunggu dia terus mendial nombor kawannya itu.

"Takder la... Aku cuma nak tahu je apa jadi. Dah bertahun kau jauhkan diri dari diorang tiba-tiba tak ada angin tak ada ribut, kau muncul depan diorang."

Mod pembesar dihidupkan lalu smartphone berjenama Samsung itu diletak atas tilam. "Apa pulak tak ada angin tak ada ribut? Aku memang balik untuk kenduri Kak Intan dengan Abang Seman pun kan." Kain telekung yang tersarung pada tubuh ditanggal keluar dari badan sebelum bahagian kaki pula dilucut sehingga terburai jatuh ke bawah.

"Aku tahulah... Dah tu caner? Amacam? Mak dengan abah kau terkejut tak? Kak Intan? Abang Seman? Ermm... E...jat...?" Teruja suara Hannah saat nama-nama insan kesayangan Jaja itu disebut satu persatu sampailah tiba pada nama insan yang terakhir, jelas kedengaran seperti teragak-agak.

"Bertahun aku tak jumpa diorang, Na... What do you expect?"

"Okey, drama air mata tu wajib. Adegan peluk-peluk antara kau dengan mak dan Kak Intan pun wajib. Aku memang expected dan assumed dua benda ni berlaku. Tapi yang aku nak tahu sangat ni... kau dengan Ejat macam mana?"

Senyum Jaja pudar. Tak dijawab dulu soalan dari Hannah itu. Dia menunduk mengutip kain telekung yang tersadai di atas kain sajadah. Dikibas sekali lalu lalu dilipat sebelum disangkut pada rak besi. Perkara yang sama juga dia lakukan pada kain sajadah.

"Knock knock, Ja... Are you there?" Bila Jaja tak memberi respon pada soalan dia, Hannah terus menyapa.

"I'm listening..." Jawab Jaja, menapak kembali ke arah katil. Smartphone digenggam semula. Matikan mod pembesar suara, android warna hitam itu dirapatkan ke telinga.

"So...how was it?"

"Dengan yang lain okey except... him." Kata dia, merebahkan tubuh ke atas tilam. Dengan posisi terlentang, dia menengadah siling warna putih yang berukir itu. Masuk ni dah dua malam dia tidur di bilik ini. Semalam dia ada roommate iaitu Intan. Tapi malam ni dia kena tidur sorang sebab kakaknya tidur dengan roommate baru di bilik yang jaraknya dua pintu dari bilik dia huni sekarang.

"Why?"

"I don't know... I can't say it went well, tho."

"Kau jangan cakap dia ignore kau...?"

"Taklah..."

"Dah tu? Kau yang ignore dia?"

Jaja terdiam. "Ermm..." Dibiar suara dia tergantung bila dia tak jumpa perkataan-perkataan yang sesuai untuk dibuat ayat.

"Kau tak cakap pun aku dah boleh agak. Knowing you Izzatul Husna... Aku tau kau memang palau dia." Tak perlu tunggu jawapan dari Jaja, Hannah terus buat kesimpulan. "Kau ni..."

"Aku bukan sengaja nak palau dia, Na. I just... I just can't talk to him macam dulu." Jaja menggumam di bawah nafas. "I can't face him after what happened."

"But he is your bestfriend, Ja..."

"He used to be, Na..."

Balasan dari Jaja itu menghasilkan satu keluhan dari Hannah.

"When I am with him, I-- I just feel seriously awkward at all. And I can't deny the fact, though." Sebelah tangan naik meraup wajah. Jaja mengeluh kesal."Oh god... Why did I have to make everything between us this awkward?"

"Ja..."

"Dah la, Na. Let's drop the subject, can we? Aku taknak kusutkan otak. Sekarang aku nak pakai tudung get ready nak balik jenguk rumah. Abah cakap pukul sepuluh."

"Eh, lambatnya nak pergi jenguk rumah."

"Asalnya petang tadi nak pergi tapi tak sempat. Ramai saudara yang sampai. Takkan abah nak tinggal rumah? Sebab tu lah sekarang baru nak pergi." Jelas Jaja panjang lebar.

"Asal tak pergi esok je?"

"Kau kena faham. Aku kan kawan baik dua-dua pengantin, aku rapat dengan dua-dua family. Esok aku kena jadi tuan rumah untuk kenduri sebelah perempuan dan lusa, aku kena jadi tetamu dan juga tuan rumah pengantin lelaki. Tulat kan aku plan nak pergi Muar rumah arwah pakcik, melawat sepupu-sepupu aku. Memang tak sempatlah."

"Ooh... Faham. Untunglah jadi kesayangan ramai..."

"Of course ah..." Kata-kata Hannah, Jaja sambut dengan ketawa. "Abah ke tu? Kejap... " Ketukan tiba-tiba pada pintu buatkan perbualan dia dan Hannah terbantut. "Na, aku rasa abah dah panggil tu. Kau jangan tak datang kenduri pulak esok. Kak Intan jemput kau dengan Zahid sekali. Farah dah tentu-tentulah tak dapat datang sebab dia kat Perlis. Kau yang dekat tak datang jugak siap kau!"

"Iyerr... Aku pergi. InshaAllah. Lagipun aku dah lama teringin nak tengok muka Ejat kau depan-depan. Hebat sangat penangan dia sampai kau bawak diri bertahun-tahun."

Mata Jaja terbuntang. "My god, Na... Kau jangan nak ungkit boleh tak?"

"Okey, okey... Jumpa esok. Assalamualaikum and bye!"

Selepas salam Hannah dijawab, panggilan dimatikan dari seberang sana. Cepat-cepat Jaja bangun dari katil. "Dua minit, bah. Ja nak pakai tudung jap." Jerit dia sambil tangan mencapai tudung bawal warna krim lalu disarung ke kepada dengan mudah.

Nasib baik sebelum solat tadi dia dah tukar baju lengan panjang dan seluar yang proper siap-siap. Jadi hanya perlu pakai tudung saja sekarang. Kerongsang kecil disemat bawah dagu kemudian bahagian kiri dan kanan tudung pada pipi dilipat kecil.

Puas hati dengan penampilan diri yang ala kadar saja, Jaja bergegas ke pintu. Tombol pintu dipulas dan dikuak ke dalam. "Alright, bah. Ja dah si--" Ayatnya dibiar tergantung saat matanya disajikan dengan wajah seseorang. Dia jadi terpana barang seketika sebelum telinga disapa dengan satu suara. Suara milik Ejat.

"Nak pergi tengok rumah kan?" Tanya Ejat. "Abah tak dapat pergi so, abah mintak temankan..."

Bibir atas dan bawah dia sudah terpisah membentuk 'O' yang agak besar lepas dengar apa yang diperkatakan oleh Ejat. Tiba-tiba Jaja rasa macam tubuhnya keras. Dah kenapa boleh jadi 'plot twist' pulak ni?

"Don't worry... Darius ikut sekali..."

***

#Selamat Hari Raya gaiss... maaf zahir batin 🥳☺️😍

Συνέχεια Ανάγνωσης

Θα σας αρέσει επίσης

621 90 16
"Trust me my little heart, I am not gonna let you go from my life" - Enrique Bashari. Enrique Bashari seorang usahawan yang berjaya. Mempunyai segal...
Y/N Από syaz

Εφηβική Φαντασία

9K 1.5K 45
"Bila hidup se-klise fanfiction." MOHD BAARI: Pemain pasukan bola sepak kebangsaan, IQ di atas 120, peramah, latar belakang keluarga yang serba-serbi...
1.9M 68.5K 51
Kalau dah namanya isteri, Dia sentiasa mahu jadi yang pertama. Tetapi disebabkan dia berkahwin dengan sang suami atas permintaan keluarga, Dia did...
Cat & Master Από khadijahhaz

Μικρού Μήκους

31.6K 122 8
"I won't choose anything but your money" - Hera