[COMPLETED] Bila Aku Ada Kau

By sweetiftisour

48.2K 2.9K 734

Yang kacak, yang tenang, yang sabar, yang kuat, yang peka, yang mengambil berat, yang matang, yang menjaga it... More

🌷Teaser🌷
🌷Bab 1🌷
🌷Bab 2🌷
🌷Bab 3🌷
🌷Bab 4🌷
🌷Bab 5🌷
🌷Bab 6🌷
🌷Bab 7🌷
🌷Bab 8🌷
🌷Bab 9🌷
🌷Bab 10🌷
🌷Bab 11🌷
🌷Bab 12🌷
🌷Bab 13🌷
🌷Bab 14🌷
🌷Bab 15🌷
🌷Bab 17🌷
🌷Bab 18🌷
🌷Bab 19🌷
🌷Bab 20🌷
🌷Bab 21🌷
❤️I Need Your Pendapat❤️
🌷Bab 22🌷
🌷Bab 23🌷
🌷Bab 24🌷
🌷Bab 25🌷
🌷Bab 26🌷
🌷Bab 27🌷
🌷Bab 28🌷
🌷Bab 29🌷
🌷Bab 30: Ending🌷
❤️Hai❤️

🌷Bab 16🌷

1K 81 16
By sweetiftisour

[Februari 2020]

***

"SAH?"

"Sah..."

"Alhamdulillah..." Seruan bersyukur itu kedengaran kuat dari gabungan puluhan saksi yang menyaksikan pernikahan antara Seman dan Intan. Dengan hanya sekali lafaz, Intan Juliana kini sudah bergelar isteri yang mutlak kepada Uthman Affan.

Ejat gosok lembut belakang abahnya, sambil berbisik perlahan. "Tahniah, Encik Hasan dah dapat menantu..." Ucap dia sambil hulur tangan kanan.

"Terima kasih." Tangan anak lelakinya itu disambut dan digenggam erat sebelum tubuh Ejat ditarik ke dalam pelukan. "Tahniah, Encik Izzat pun dah dapat abang ipar..."

"Thank you, thank you..." Dahi dibenam pada bahu abah barang tiga saat, ditepuk perlahan belakangnya untuk meredakan perasaan seribu satu macam yang melanda hati lelaki berumur pertengahan lima puluh tahun itu. 

Sejak tadi dia perasan yang abah sangat berdebar. Senyum pun antara lebar dengan tidak. Bercakap pun sepatah ditanya, sepatah dijawab. Paling ketara dia nampak abah berdebar pada saat lelaki itu menggenggam tangan Seman tadi. Banyak kali jugak abah berdeham dan tarik nafas panjang sebelum melafazkan ijab dengan lancar. Walaupun tak diberitahu secara terang, Ejat tahu yang abah bukan saja berdebar malah dia turut sama dihuni dengan rasa sebak. Bukan abah saja, mak pun sama. Dari awal tok kadi datang pun dah mula mengalirkan air mata. Iyalah, Intan kan satu-satunya anak perempuan tunggal. Mana-mana ibu bapa pun mesti ada rasa yang sama bila nak serahkan anak mereka kat tangan orang lain. 

Tapi dalam diam, yang sebenarnya Ejat pun sama je. Diruntun dengan rasa sebak jugak. Dari kecil, itulah partner in crime, itulah rakan bergaduh-bertepuk-tampar, itulah bahu yang selalu dia sandar kalau ada apa-apa masalah... sekarang insan itu  dah pun jadi isteri orang. Isteri kawan baik dia pula tu, juga merupakan bahu yang lain yang dia selalu bersandar. Jadi, kuasa dualah rasa sebak tu.

Sebelum meleraikan pelukan,  sekali lagi Ejat dekatkan bibir pada telinga Encik Hasan. "Jadi... Kita nak kena ucap tahniah atau takziah pada Seman, bah?"

Abah tergelak suka. "Yang penting dah ada orang yang boleh kongsi tanggungjawab dengan kita. Bahu abah rasa ringan je ni..."

"Samalah kita. Ringan macam kapas je ni." Menepuk bahu sendiri, Ejat ikut tergelak. 

Namun rasa bahagia dia tak lama apabila matanya bertembung pandang dengan mata pengantin perempuan yang kini merah gara-gara menangis. Dada mampat dengan rasa sebak, sempat lagi Intan melemparkan jelingan kepada dua lelaki kesayangannya itu. Walaupun dia tak dengar apa yang dibincangkan oleh abah dan adiknya itu, Intan tetap boleh agak. Kalau dah berbisik macam tu, ditambah pula dengan ketawa sambil mata sesekali mengerling ke arah dia, tahulah Intan yang dua orang itu sedang mengkritik dia. Benda dah biasa jadi kot. Abah dengan Ejat memang selalu geng dalam bab mengusik dia dan mak. 

Intan yang sedang bersimpuh sopan di atas bantal akad nikah, hanya mampu menjegil saja saat adiknya itu menjelir lidah ke arah dia sambil bagi isyarat 'loser'. Kalau hari biasa memang dia dah jerit dan kejar Ejat keliling rumah. Tapi mengenangkan hari ini hari bahagia dia dan dia taknak cipta memori memalukan jadi dia ambil keputusan untuk lepaskan Ejat.  

"Assalamualaikum, Intan Permata.." Sedang dia bermain mata dengan Ejat, Intan dengar nama dia dipanggil lembut. Dalam dunia ni tak ada orang lain lagi dah yang letak perkataan 'permata' di belakang nama dia. Cuma seorang saja iaitu Seman yang kini sudah bergelar suaminya yang sah.

"Waalaikumussalam Seman Set- auch!" Suara Intan mati bukan hanya disebabkan dia baru tersedar akan tindakan tak semengah dia yang cuba menyebut gelaran terhormat khas diberikan pada Seman sejak dulu; Seman Setan, tapi juga disebabkan oleh jari ketam Puan Zaliha mengepit paha dia. "Wa-waalaikumussalam, Uthman Affan."

Lalu gelak ketawa dari beberapa kepala pun berkumandang. Ibu bapa Seman sudah sedia maklum dengan hubungan menantu dengan anak mereka sebelum ni macam mana, jadi mereka tak ambil port langsunglah. Nasib baik tetamu lain berada agak jauh dari, memberi ruang kepada ahli keluarga saja untuk mengelilingi pengantin baru untuk menyaksikan upacara pembatalan air sembahyang dari dekat.

Selesai menyarung cincin, kini mereka saling bersalaman dan berpelukan pula. Tiba giliran Ejat, tubuh Intan dipeluk kejap. Melabuhkan kucupan penuh kasih sayang dari seorang adik di sisi dahi kakaknya, dia menutur, "Tahniah, kak. Dah jadi isteri orang mohon kurangkan sewel. Dan lagi satu... bila nak pindah keluar? Aku tak sabar nak jadi anak tunggal- arghh!" Cubitan kecil yang melekat pada perut tanpa amaran menjadi penyebab kepada jeritan separa kuat dari Ejat itu. 

Intan yang masih merangkul pinggang si adik, mendongak mencari mata Ejat.  "Sakit ke? Baru sikit je tu..." Kepala Ejat digosok kasar sehingga rambut adiknya jadi serabut sebelum melepaskan pelukan. Kemudian kedua tangan dibawa ke wajah kacak itu, ditekap rapat di kedua-dua pipi Ejat. Kaki dijungkit sedikit. "Meh nak sayang sikit. Mmuahhh!" Tanpa gagal, ciumannya melekap pada dahi si adik.

"Kaaakkk!" Apa lagi? Proteslah dia bila tanpa salam diterjah serupa itu. Jari pantas naik mengesat kulit dahi yang menjadi mangsa Intan. "Tengok! Dah merah dah! Comotlah dahi aku!"

Intan kupas senyum herot. "Kau patut bersyukur tau. Kalau tak difikiran baju kau bakal kotor, memang dah berparut bahu kau aku gigit." 

"Sayang, mohon jangan jadi Edward Cullen kat sini. Namau, namau... No good..." Seman mencelah, menarik lengan si isteri supaya menjauhi Ejat. Sambil mengulum senyum, dia rapatkan wajah dari belakang Intan. Satu bisikan dibuat. "Kalau nak sangat jadi vampire, tunggu malam nanti bila kita berdua je-arghh!"

Jeritan Seman yang berbaur sakit mengundang ketawa meriah dari Ejat. "Kau pun kena jugak ke, Man?" Walaupun dia tak dengar pun apa yang dibisikkan oleh abang ipar kepada kakaknya itu namun dia dapat agak topik itu bukanlah dapat diterima baik oleh Intan. Tapi baik tak baik pun, kenapa muka Intan merah?

"Aku kena biasakan diri. Sebelum ni belum halal lagi, dia acah-acah je. Sekarang dah sah, memang kena hadap jelah sepit ketam tu."

Ejat pecah tawa. "Welcome to the club, abang ipar." Tubuh Seman dirangkul kejap. "Tahniah and... takziah..."

''Thank you, then..." Tangan menepuk belakang Ejat. Senyuman bahagia pengantin baru terukir indah diwajah.

"Ja!" Suara Intan separa kuat, menggamit Jaja yang sedang berdiri tak jauh dari dia.

"Congratulation on your marriage Kak Intan, Abang Man..." Dari tadi dia menunggu peluang untuk mengucapkan tahniah kepada pasangan itu. Agak lama jugaklah dia berdiri memerhati sambil menunggu peluang untuk menghampiri Intan dan Seman. Dengar saja nama dia dipanggil, tak tunggu lama Jaja terus mendapatkan Intan.

"Thanks, dear..." Kedua-dua pipi Jaja ditepuk perlahan. "Even dah lebih dari seratus kali Ja dengar kak cakap ayat ni sejak semalam... tak kira! Hari ni kakak nak cakap lagi. Thanks for coming home, Ja. Thanks for being here for me. Sumpah kak terharu sangat sangat sangat. Much appreciated!" Intan menggumam di bahu Jaja. Apa yang diperkatakan itu betul-betul lahir dari lubuk hatinya yang paling dalam.

"Thank you so much, Jaja." Seman yang sudah berdiri di sebelah Intan turut menzahirkan ucapan terima kasih.

Sebak mula bertandang dada, Jaja cuba tolak jauh-jauh. Nafas ditarik panjang lalu dihela bebas. Bahu Intan yang masih belum meleraikan pelukan digosok perlahan. "No biggie kak...abang..." Ringkas jawapan itu. Nak karang panjang-panjang risau pulak tangisan dia bakal meletus.

"Okey, sesi bergambar dah boleh start ke ni?" Suara, Poji kawan Seman merangkap photographer yang ditempah oleh Seman untuk berkhidmat dalam tiga buah majlis selama tiga hari berturut, kedengaran dari belakang.

Tak jawab dengan suara, Seman angkat ibu jari kanan sebagai isyarat kepada lelaki yang lehernya digantung dengan kamera itu. Kemudian, acara photoshoot pun bermula. Selesai dengan mengambil gambar pasangan pengantin dan gambar ahli keluarga sebelah pengantin lelaki, kini giliran bergambar bersama ahli keluarga pun tiba.

"Jaja, meh masuk sekali."

"Y-ya..?" Jaja sedang sibuk belek gambar-gambar pengantin yang dia rakam dengan smartphone sendiri saat nama dia panggil oleh Puan Zaliha. Mata dibawa ke depan, memandang lima orang yang sudah berdiri di hadapan pelamin. "Gambar family dulu kan, mak?"

"Dah tu kamu tu bukan family ke?" Encik Hasan pula mencelah. "Ke sini, Jaja."

"Cepatlah, Ja. Mak nak kena tengok makanan untuk tetamu ni..." Nampak Jaja masih terkedu dengan riak muka tertanya-tanya, Puan Zaliha terus menerpa ke arah gadis itu. Lengan Jaja digenggam dan ditarik menyertai ahli keluarga yang lain.

Tak ada ayat yang sesuai untuk membantah, Jaja menurut saja. Tempat paling hujung di sebelah abah, dia ambil.

"Hmmm... Macam tak balance. Cik adik yang pakai baju kurung bunga-bunga, boleh tolong tukar tempat tak?"

Jaja tunduk merenung tubuh sendiri bila dia sedar ayat itu ditujukan buat dirinya. Baju kurung kedah berwarna biru muda bermotifkan bunga-bunga kecil bermaterial cotton yang dipakainya dipandang sekali lalu. "Saya ke?"

"Ya, awak yang manislah...siapa lagi?"

"Please la Poji..." Seman mencelah laju bersama paparan riak 'are you for real?' diwajah, merespon kata-kata Poji yang merupakan bekas playboy terhangat dipasaran pada suatu masa dahulu. Dululah playboynya pun. Sekarang dah pandai setia sejak dia mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita yang berjaya mengubah perangai tak semengahnya itu.

"Gurau je, bro."Jawab lelaki yang pernah belajar di dalam satu kelas dengan Seman masa zaman diploma itu dengan ramah.

"Gurau tak gurau pun mak abah dia ada kat sini tau." Sampuk Puan Zaliha pula dengan mata yang sengaja dipicing kecil, menggertak kononnya.

Air muka Poji bertukar tawar tak berperisa. "Sorry makcik. Betul-betul gurau tadi tu." Bibir bawah digigit. Macam mana dia boleh terlepas tunjuk perangai lama kat orang? 

Pecah gelak ketawa yang meriah dengan tiba-tiba, Puan Zaliha menambah lagi. "Ingat awak je yang boleh gurau? Makcik pun sama..." Dan tawa berlangsung lagi beberapa saat. "Okey jujur... Anak makcik ni manis tak?" Tanya mak Ejat dan Intan itu sambil memeluk tubuh Jaja yang sedang menahan malu dengan sebelah tangan.

Awal tu Poji macam tersentak, tak tahu samada dia perlu jawab tidak soalan itu. Teragak-agak pulak jadinya.

"Manis ke tidak?"

Melihat ibu mertua kawannya itu seperti mendesak, Poji cepat-cepat angguk kepala. Sebiji macam burung gagak yang kelaparan memagut dedak. "Manis... manis..."

Mendengarkan itu, lebar senyuman bangga terlakar di wajah wanita yang berusia awal lima puluh tahun itu. "Tahu... Jaja memang manis pun. Tambah lagi bila pakai baju ni. Sesuai sangat-sangat. Pandai Ejat beli."

Zapp!

Refleks, dua mata yang sejak semalam mengelak dari bertentangan kini bertembung pandang. Masing-masing terpana hebat lepas dengar ayat terakhir yang keluar dari bibir Puan Zaliha itu.

Ejat pandang Jaja!

Jaja pandang Ejat!

Satu saat.

Dua saat.

Tiga saat.

"Ejat beli tiga pasang. Lagi dua Jaja boleh pakai esok dengan kenduri sebelah Seman lusa. Tiga-tiga memang ikut warna tema majlis pun."

Zapp! kuasa dua...

Rasa gelisah yang tak boleh dikompromi, Ejat terus bawa muka arah lain. Selain wajah Jaja, mata dia melilau ke serata tempat. Hinggalah akhirnya dia mengambil keputusan untuk mendongak merenung siling rumah sambil dalam diam dia cuba berurusan dengan keadaan jantung yang sedang berdetak laju melebihi tahap normal! 

Mak ni la... memang nak bagi Jat kena penyakit aritmia jenis atrial fibrillation ke caner?

***

#Habislah... Jat dah kantoi ke teww?🤣😆

#Sebenarnya asal tu chapter ni sangat panjang hampir cecah 4K perkataan. Disebabkan terlampau panjang dan untuk menghindarkan dari kejadian readers muntah hijau atau loya berganda, jadi Ifti pecahkan jadi dua chapter. Next chapter bukan malam ni jugak la publishnya tapi... sebab Ifti plan nak tambah sikit lagi. kalau tak esok, lusa kot. InshaAllah 🥰😘

Continue Reading

You'll Also Like

401K 19.2K 46
Aurora Arabella, seorang gadis manis, lembut dan ayu. Dia sangat hebat dalam peperiksaan yang menyebabkannya selalu mendapat tawaran setelah habis se...
8.6K 1K 61
Fly High Series Book #1 +++ Dark hair, red lips, pale skin, foxy eyes. The witch. - Maria Anne Chairman Fly High Company ini ada semuanya - karier, k...
196K 9.1K 32
Pada aku ingin melepaskanmu, kau muncul semula. Cukuplah luka yang dulu. Kenapa sekarang mahu memutarkan segala memori diantara kita? Tanpa aku seda...
628K 23.4K 33
"Umur Nuh dah 32 tahun, bila nak bagi nenda cucu menantu?" -Nenda Asiah "Isa kan ada..."-Isa Iman Jika diikutkan hati dan diri sendiri, Nuh Iman tak...