FATIHAH : MAHFUZ ✓ [C]

By samperitmilo

141K 11K 1.3K

Sekuel Luth Mahfuz & Luth Hentian Akhir . BOOK #6 of 𝕳𝖎𝖏𝖗𝖆𝖍 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 Chicklit ft. Tarbiyah [ Bah... More

01 Aku Pendosa
02 Gagal
03 Ancaman
04 Pengaruh rakan
05 Cinta
06 Cuti
07 Penyakit
08 Fitnah
09 Mangsa
10 Halau
11 Suami
12 OKT
13 Reman
14 Tahan Reman
15 Pukul
16 Muntah
17 Rogol
18 Pulang
19 Nikah
20 Terima
21 STD
22 Bayi
23 Suami
24 Beranak
25 Istimewa
26 Susu
27 Tahnik
29 Fatihah & Mahfuz [TAMAT]
Sambungan Kisah!

28 Hijrah

4.4K 399 40
By samperitmilo

Lepas sahaja minggu pertama dilahirkan, Uwais tidak henti menerima ziarah sahabat-sahabat walid dan ummi. Terkadang ada juga pelajar Mahfuz yang memanjangkan langkah ke rumah itu untuk memberikan buah tangan tanda kasih mereka pada putera sulung Mahfuz. Sungguh banyak hadiah diterima si kecil sedang dia tidak pun meminta apa-apa melainkan ingin meminum susu sang ibu. Uwais anak yang tak banyak ragam, senang sahaja Fatihah hendak berehat kerana anak itu mudah terlelap. Badannya nampak sahaja kecil, namun berat bayi itu diumpamakan empat kampit gula 1kg.

"Uwais sihat?" Gadis bertudung bawal itu gembira dapat melihat wajah Fatihah. Sudah lama hendak bertemu namun kakak angkatnya ini kelihatan agak sibuk dengan hal peribadi.

"Alhamdulillah, sihat. Tengah tidur dekat dalam," bilang Fatihah. Dia menghidangkan dua cawan air sejuk dan sepinggan kek cawan buat santapan tetamu.

"Maaflah saya bawa buah tangan ni je... Saya tak ada duit nak beli mahal-mahal..." Sofia meletakkan satu beg plastik kecil di atas meja kopi berkenaan.

"Wah... Kak sofia pun bawakan hadiah untuk Uwais? Mesti Uwais gembira..." Fatihah langsung tidak kisah akan isi di dalam plastik itu. Dia menghargai setiap pemberian tetamu yang hadir buat anaknya. Beg plastik itu disambut dengan tangan kanan. "Terima kasih, Sofia... sebab melawat akak..."

"Sama-sama..." Remaja perempuan itu tersenyum kecil. Lega pemberiannya yang murah disambut baik. "Abang Mahfuz kerja ke?"

"Ya, kerja," kata Fatihah.

"Pia nak tanya, kenapa kak Fatihah pilih abang Mahfuz?" soalan cepumas itu terlantun pula. Ada satu kegusaran yang dihadapi, maka dia inginkan jawapan.

Fatihah yang duduk di sebelah tersenyum kecil. "Sebab Mahfuz ada apa yang akak cari... Dialah lelaki paling melengkapi akak. Pertama, ilmu agamanya tinggi berbanding akak. Kedua, adab dia dengan ibu bapa memang terjaga. Maknanya, dia seorang lelaki yang beradab lepas kahwin nanti... yang akan layan isteri dia di tempat selayaknya. Ketiga, dia ada persekitaran yang baik... yang akan membentuk akak. Keempat, segalanya tentang Mahfuz akak suka. "

Khusyuk Sofia mendengar cerita yang meniti di bibir delima Fatihah. " Akak mengorat abang Mahfuz? "

" Mulanya ingatkan nak buat macam tu... sebab akak memang tekad nak kahwin dengan Mahfuz. Tapi Mahfuz asyik elakkan diri, jadi akak mengoratlah ummi. Akak banyak kenal Mahfuz melalui ummi... Ummi pun terima akak dan cadangkan pada Mahfuz. "

"Seronoknya macam tu..."

"Banyak benda yang akak lalui untuk bernikah dengan Mahfuz, tak mudah juga. Akak asyik menangis dan macam-macam lagi." Hampir saja Fatihah berputus asa dahulu tatkala Mahfuz melenting nama Fatihah diusulkan buat menjadi calon isteri. Dikatanya gadis ini tidak setaraf. Namun, sikap Mahfuz berubah selepas bangkit dari koma yang panjang.

"Saya pun ingat nak kahwin dengan boyfriend saya..." khabar Sofia.

"Iya? Sebelum kahwin kena selidik dulu tahap agamanya... Kalau buat pilihan salah nanti sengsara."

"Saya nak kahwin sebab kami dah selalu sangat video call dan buat phonesex," suara Sofia kian perlahan.

Fatihah terdiam seketika. Dua ulas bibir delimanya menjadi rapat. Disangkakan Sofia telah berusaha untuk berubah, khabaran ini umpama satu tamparan. "Akak ingat ke awak nak berhijrah..."

"Akak minta saya buat solat sunat taubat setiap hari, saya tak mampu. Jadi saya cuma pura-pura depan akak.. Bila balik bilik, boyfriend saya ajak on the phone sambil tengok dia melancap." Kedengaran jujur biar pun pahit terpaksa ditelan. Sofia juga merundum pilu, riak wajah Fatihah benar-benar berubah.

"Sofia, kenapa tipu akak?" bisik Fatihah. Lensa mata berair namun cuba ditahan. Hatinya sakit, terasa gagal untuk membimbing seorang remaja perempuan.

"Tak mudah nak tinggalkan benda ni... Saya ketagih siang malam... Akak senanglah cakap sebab akak tak pernah rasa ketagih benda ni... Akak ada abang Mahfuz untuk jaga akak." Sofia tetap mempertahan perbuatannya biar pun kakak yang dikenali hampir menangis di situ.

Jauh sungguh tembakan Sofia tersasar walhal Fatihah sudah melalui laluan yang perit. Kemaluannya ini telah dimasukkan zakar lelaki seperti seorang pelacur hinggakan terkoyak, video lucah pula habis dikhatamnya bak orang gila seks dan seluruh tubuh ini menderita menerima azab dunia. Mereka tidak tahu lalu memukulnya seorang gadis beruntung yang bersuamikan seorang ustaz. Diikutkan nafsu, Fatihah tidak akan sesekali mahu bersuamikan Mahfuz. Dia lebih rela mencari lelaki yang sukakan seks sepertinya. Namun, keimanan di dada membuat pilihan tuk memilih Mahfuz. Mahfuz sebaik-baik teman penghijrahannya.

Air mata Fatihah berlinangan. "Kalau awak tak nak berubah, jangan bagi akak alasan." Itu sahaja yang dibalas. Terpeta segala kekecewaan pada diri sendiri.

"Saya nak berubah. Tapi..." Sofia menggeleng kecil.

"Akak dah kata tinggalkan persekitaran yang buruk. Buang semua video haram, jauhi daripada kawan-kawan yang suka melancap... Kalau boleh buat rutin setiap hari, susun atur perkara nak dibuat... biar tiada masa lapang terluang untuk beronani. Akak siap bagi langkah-langkah lagi... " Fatihah menarik nafas dalam. Usahanya tak membuahkan hasil. Barangkali kegagalan ialah jawapannya. Dia belum pantas untuk memandu seseorang dalam penghijrahan.

"Susah. Saya tak boleh nak buang..." bisik Sofia. Wajah menekur lantai sofa, takut nak bersemuka Fatihah yang begitu kecewa.

"Tak apalah, Sofia. Maaf akak tak dapat bantu apa-apa..." Fatihah menyeka air mata. Liurnya terbazir, yang nak berhijrah tak punya keazaman kuat untuk meninggalkan maksiat sekalipun Fatihah telah cuba pandu.

"Tak... Akak baik sangat, cuma saya yang bodoh dan degil..." Jeda. Entah mengapa dia bisa diselubungi rasa bersalah kepada manusia tetapi tidak dengan Tuhan. Novel lucah terus dibaca hinggakan faraj jadi berair dan berdenyut. Terkadang waktu itu jugalah teman lelaki mahu buat panggilan video dan mengajak perbualan lucah. Kemaluan lelaki itu juga telah dilihat hingga terliur, faraj seakan meminta untuk dimasukkan zakar ke dalam. Sofia hanya semakin lemas dalam kemaksiatan. Laksana orang terhanyut dalam sungai dan diberikan huluran dari darat, sanggup ditepis huluran itu dan kekal lemas. "Apa saya nak buat sekarang ni?"

"Sofia, akak dah berikan segala yang termampu waktu minggu pertama. Pergilah baca balik peti perbualan kita. Maaf ya ini saja yang akak mampu buat?" Soalan yang sama asyik dimainkan Sofia. Fatihah jadi penat.

"Akak tak nak jumpa saya dah lepas ni?" soal remaja perempuan itu.

"Akak akan jumpa juga. Kalau Sofia sayang diri, jangan berikan alasan dan terus buat tindakan. Jangan tangguhkan taubat kerana tiada jaminan kita akan hidup lima minit lagi... Akak pesan sebab akak sayang awak..." Ikhlas dari lubuk hati seorang pendosa. Tidaklah Fatihah mahu membantu seorang gadis melainkan telah diketahui perit menjadi penzina. Fatihah tersenyum nipis melihat remaja perempuan itu.  Kekura tangan Sofia diusap lembut. "Akak sayang awak kerana Allah..."

"Akak je yang baik dengan saya..." Sofia melihat tangan putih gebu Fatihah.

"Tak juga. Sampai satu tahap akak akan penat. Tapi Allah Ta'ala tak akan penat mengampun dosa hamba-hambaNya. Buatlah sejuta kali kesilapan sama, Allah tetap akan ampun jila hambaNya bertaubat. Tapi setelah kita mati, tiada lagi pengampunan. Kita akan hadapi segala azab seksaan andai telah bazirkan masa di dunia dengan kemaksiatan... " kata Fatihah tidak jemu.

Perbualan itu berakhir apabila kereta Mahfuz memasuki perkarangan rumah. Sofia mengesat linangan air matanya lalu dikucup pipi Fatihah tanda sayang kepada gadis dewasa itu. Dia yang datang sehelai sepinggang diberikan seplastik kek cawan sebelum pulang ke rumah sewa.

Fatihah pun menghapuskan sisa tangis dan menyambut kepulangan suami tercinta. Tubuh Mahfuz dipeluk di bingkai pintu utama.

Mahfuz yang sedikit terpinga-pinga membalas dan tersenyum nipis.

***

"Pak cik, Alya apa khabar hari ni?" soal Khairul prihatin. Dia sedang mendidik hati tuk menyanyangi insan yang telah melahirkan puteri sulungnya. Dalam pembuluh darah bayinya terdapat juga genetik Alya. Kaki melangkah masuk ke rumah kayu itu dengan sekotak buah tangan.

"Alhamdulillah, dia baik-baik. Bila kau bercadang nak masuk meminang Alya?" Haji Daud tiba-tiba sahaja memberikan soalan maut walhal pemuda itu belum sempat melabuhkan punggung. Buah tangan huluran Khairul diletakkan ke atas meja.

Khairul hampir tersedak air liur sendiri. Diurut dadanya, agak terkejut. Dua minggu berlalu, kekerapan lelaki itu hadir ke rumah keluarga puterinya bagaikan setiap hari. "Saya sedia je bila-bila..."

"Aku cuba puji kau depan Alya selama ni supaya dia terbuka hati. Tak sangka Alya akan terima kau..." Haji Daud mempersilakan calon menantunya berlabuh dan merehatkan diri.

"Apa dia kata?" Khairul makin gemuruh. Dia tidaklah inginkan Alya melainkan kerana bayi itu. Gadis yang pernah dirogol akan dijaga sebaik mungkin jika diberikan peluang. Dia tidak mahu mendengar tangisan Alya lagi.

"Dia kata dia dah sedia untuk jadi isteri kau. Mungkin sebab kau cuba tunjukkan kasih sayang dengan belikan anak perempuan aku macam-macam dan asyik tanya khabar dia... Lagipun Alya tahu yang aku izinkan kau ke sini untuk dinilai layak atau tidak nak dibuat suami," terang Haji Daud. Progresif Alya menunjuk ke arah positif. Alya kembali berfikir secara rasional dan tidak terbawa-bawa emosi perempuan baru bersalin.

"Oh... Baguslah." Tersenyum kemenanganlah lelaki berjaket kulit itu. Ingin sahaja membuat sorokkan. Namun, tingkah perlu dikawal.

" Kau masuklah meminang dia dan berkenalan..."

"Kenapa tak kahwin terus?" potong Khairul. Dia tidak sabar hendak menimang bayi yang masih dalam lindungan Haji Daud.

Haji Daud menggeleng tidak bersetuju. "Sebab terlalu mendadak. Alya kenal kau sebagai seorang perogol. Kau perlu ambil hati dia dengan cara baik. Aku yakin orang tua kau pun akan menyuruh kau bertunang sebelum berkahwin. Aku juga kena berkenalan dengan bakal besan aku."

"Saya kena beritahu papa dan mama. Mesti dorang pun gembira." Hujan beralih, mentari menampakkan diri. Begitu gembira hasrat hati yang dahulu ditolak kini dibuka jalan. Khairul menangguk mengerti.


"Kau pun belum pulih lagi daripada penyakit tu. Makanlah madu yang aku suruh, selalu pergi berurut untuk elokkan kesuburan. Insya Allah, sebelum bernikah kau akan sedikit sembuh. Alya tetap isteri kau nanti, gauli dia dengan cara baik. Jangan sakiti dia." Tangan pemuda berkenaan dilihat Haji Daud. Ayatnya berhenti di situ sahaja.

Kepala dijatuhkan sekali dua. Khairul akur akan permintaan orang tua di hadapannya.

" Kenapa dengan tangan kau tu?" Kekura tangan kiri Khairul diraih Haji Daud. Bahagian jari tengah dan tulang buku lima berbalut kain kasa putih. Terdetik khuatir pada hati sang ayah. Khairul telah dianggap laksana menantu meskipun tidak sah lagi. Keikhlasan Khairul berhijrah wajar dibalas balasan yang baik juga.

"Saya jatuh kelmarin masa naik basikal." Luka yang sedikit itu tidaklah menjejaskan pemanduannya untuk ke rumah Haji Daud.

"Teruk?" Haji Daud melihat anak itu.

"Bahu saya pun kena jahit juga. Selebihnya tak ada apa... Basikal saya ada insurans, jadi tak apa juga." Bahu kanan diusap Khairul. Kulitnya terkoyak sedikit akibat seretan jalan. Mujur saja tak ada kenderaan lalu lalang saat kejadian.

"Basikal pun ada insurans." Haji Daud mengoyak sedikit vermilion. Jelaslah bahawa Khairul benar-benar berusaha tuk merawat ketagihan seks. Hobi berbasikal dibuatnya setiap petang untuk mengalirkan lebihan tenaga.

Bunyi tangisan seorang bayi memecahkan atmosfera perbualan di ruang tamu. Pada mulanya Khairul hanya diam sahaja. Ditahan hasrat ingin melihat anak itu.

"Tak apa, nanti isteri aku uruskan," kata lelaki setengah abad itu dengan tenang.

Namun, tangisan bayi perempuan berkenaan berlarutan tidak henti. Lirih sahaja bunyinya. Pintu kamar Alya yang tidak jauh dari ruang tamu dilihat Haji Daud kebimbangan. Akhirnya, lelaki tua itu menyusun langkah buat melihat bayi istimewa mereka.

Diam-diam, Khairul mengikut langkah. Hati turut berdebar. Nyaring tangisan bayi itu bagaikan ditimpa kesakitan. Dia segera menepis lintasan hati yang buruk. Belakang Haji Daud disusuli. Ketinggian lelaki itu yang menghampiri bingkai pintu atas kamar Alya mengizinkan dia memanjangkan penglihatan.

Satu tubuh yang sudah lama tidak ketemu sedang duduk di atas katil mendodoi puteri sulung. Tubuh kecil berbalut kain batik dalam dodoiannya diamati Khairul lama.

Teresak tangisan anak itu. Matanya terpejam rapat menzahirkan ketidakselesaan yang entah berpuncakan apa. Khairul menapak selangkah ke bilik Alya, titisan air mata Zahra memanggilnya untuk mendekati. Tangisan puteri sulungnya bagaikan anak kucing sahaja. Terkoyaklah senyuman sang bapa. Sekian lama hanya menatap di telefon, kini tubuh yang dirindui sudah ada di hadapan mata.

Lelaki tinggi lampai itu perlahan-lahan hadir ke katil berkenaan. Mata tertancap mengintai satu wajah disebalik balutan kain batik. Sungguh pun tidak sedar dia telah menceroboh ke kamar seorang gadis, Haji Daud seakan tidak menghalang.

Alya sedikit terkejut dengan keberadaan Khairul di birai katil.

"Alya," panggil Khairul. Kepalanya dijatuhkan sekali memberi isyarat yang dia mahu memujuk sang puteri tuk berhenti membuat tangis. Dipandang sahaja anaknya yang putih kemerahan.

Setelah berada dalam dakapan Khairul, barulah bayi berwajah manis itu dapat beradu. Sisi muka bersandar pada dada Khairul, mata almondnya terkatup perlahan-lahan. Degupan jantung sang ayah bagaikan satu melodi dodoian.

Rupanya, Zahra juga mahu memeluk papanya.

Senanglah hati lelaki yang lama menanti tuk bertemu tuan puteri ini. Khairul statik berdiri di tingkap kamar Alya. Dia mengizinkan angin luar membelai wajah buah hatinya yang sudah lama terlentok. Telapak tangan kekal di belakang tubuh Fatimah Az-Zahra sebagai penahan. Baru kini dapat dirasakan apa itu erti bahagia.

Tak apalah jika Zahra tidak membesar seperti bayi perempuan normal kerana dia akan tetap menjadi puteri di mata Khairul. Kecil tubuhnya bagaikan sesuai sekali melekap lama pada dada bidang Khairul. Tidak lenguh  menampung berat anaknya, kasih sayang lelaki itu kian memekar.

Air mata dipaksa untuk kekal di kantung.

***
votexkomen
***

Mana silent reader, korang nape senyap je baca cerita ni :(

Continue Reading

You'll Also Like

3.1K 266 5
Kisah Rais dan Raisa yang bertemu pertama kali dalam ETS.
165K 4.2K 64
Sinopsis DKR Betul ke kahwin mengikut pilihan keluarga boleh bahagia? Hurmmm kebanyakan orang akan bahagia kalau Allah hadirkan rasa cinta pada sese...
9.1K 206 2
FAHIM DAN NASUHA Fahim si atlet sekolah. Suha si kaki buku. Pantang berjumpa ada saja benda yang nak digaduhkan. Tapi semuanya bermula dari Fahim yan...
505K 2.2K 27
My nama is Nania. Aku yang akan jaga akaun ni sepenuhnya. Setelah di pas oleh beberapa orang. This is Firth story in this account. Sorry kalau cerita...