FATIHAH : MAHFUZ βœ“ [C]

Por samperitmilo

141K 11K 1.3K

Sekuel Luth Mahfuz & Luth Hentian Akhir . BOOK #6 of π•³π–Žπ–π–—π–†π– π•°π–‰π–Žπ–™π–Žπ–”π–“ Chicklit ft. Tarbiyah [ Bah... Mais

01 Aku Pendosa
02 Gagal
03 Ancaman
04 Pengaruh rakan
05 Cinta
06 Cuti
07 Penyakit
08 Fitnah
09 Mangsa
10 Halau
11 Suami
12 OKT
13 Reman
14 Tahan Reman
15 Pukul
16 Muntah
17 Rogol
18 Pulang
19 Nikah
20 Terima
21 STD
22 Bayi
23 Suami
25 Istimewa
26 Susu
27 Tahnik
28 Hijrah
29 Fatihah & Mahfuz [TAMAT]
Sambungan Kisah!

24 Beranak

5.1K 362 25
Por samperitmilo

Beberapa purnama berlalu hingga perutnya yang kecil berasa terik ke depan. Bunting sulung itu amatlah teliti dijaga oleh kedua-dua orang tua dan suami tercinta. Tulang belakangnya sudah lenguh dengan bawaan janin cukup bulan. Mahu berjalan tidak mampu, maka si gadis berkain batik itu hanya duduk di sofa ruang tamu. Perut boyotnya diusap kasih, itu anak sulungnya dengan suami tercinta. Tidak tahu pun jantina kerana Mahfuz mahu mereka terima seadanya nanti.

"Ummi..." panggil Fatihah. Sebelah tangan menggenggam kain sofa dek sakit di pangkal rahimnya. Pengecutan berlaku setiap 10 minit, dia mula berasa tidak senang.

"Ya, sayang. Fatihah rasa sakit?" Hadirlah seorang wanita setengah abad yang sudah dianggap Fatihah sebagai ibu kandung.

"Sakit sangat..." Fatihah mengangguk. Dia sendiri khuatir andai masa bersalin akan tiba. Sakit cengkaman kali ini lebih kerap berbanding hari sebelumnya.

"Nanti ummi telefon doktor dan bidan ya? Kita masuk bilik dulu dan berbaring," kata Puan Munirah. Dipimpin menantunya berhati-hati sepanjang melangkah ke kamar Mahfuz. Mahfuz tiada di siang hari, anak bongsu walid itu sedang mengajar di rumah pengajian.

Sememangnya kamar Mahfuz ini telah dibersihkan ummi semampu yang boleh. Langsir dan segala macam direndamnya dengan antiseptik dan bauan pelembut pakaian yang menenangkan. Lantai pula dimop juga hinggakan tiada habuk berani menyinggah. Namun, Mahfuz yang melakukan lebih banyak kerja pembersihan. Siling dibersihkan, juga setiap kepingan bilah tingkap kaca. Semua itu khas buat menyambut cahaya mata sulung rumah itu.

Fatihah semakin berisi badannya. Betis putihnya melebar seraya kandungan sihat membesar, urat-urat hijau jelas kelihatan menandakan kulitnya yang hampir sama dengan warna kuku. Naiklah gadis itu ke katil dan berbaring di sisi mertua. Haruman wangi yang menenagkan menyucuk hidung, lalu hati ibu hamil itu sedikit terpujuk. Bau itu berasal daripada bakaran lilin wangi yang dibelikan Mahfuz tempoh hari semata-mata untuk melenakan Fatihah di waktu malam. Dek kerap menyatakan tidak mampu melelap mata kerana lenguh badan, sang suami mengikhtiarkan beberapa perkara termasuklah membeli lilin aromaterapi dengan harapan isteri tercinta akan selesa.

Fatihah memandang wajah ummi. Rambutnya sedang disimpul sanggul tinggi ke atas kepala. Selesanya di sisi Puan Munirah yang begitu menyayanginya. Fatihah masih berdebar tidak henti. Apabila sakit itu datang, gadis hamil itu memejamkan mata menahan sakitnya. Kedudukan Fatihah yang terbaring berselimut menampakkan betapa menggunungnya kandungan. Rahimnya sudah begitu sarat.

Selang 10 minit, hadirlah beberapa wanita bertudung litup. Mereka mengatup pintu cermat dan menghadiahkan senyuman penenang kepada Fatihah yang terbaring. Itulah bidan dan seorang pelayan yakni jururawat perubatan. Seharusnya seorang doktor perempuan turut hadir, mungkin dalam perjalanan. Kesemua mereka yang dibayar untuk menyambut zuriat Mahfuz itu berkelakuan baik dan amanah.

Fatihah mendongakkan wajah. "Ummi, Mahfuz dah tahu?"

"Ya, sayang. Ummi dah telefon Mahfuz juga," jawab Puan Munirah. Peluh dingin yang merenik atas dahi menantunya dikesa dengan suatu sapu tangan putih bersih.

Kaum lelaki tidak dibenarkan masuk ke kamar tika Fatihah akan meneran. Baik Mahfuz ataupun walid kedua-duanya hanya akan menanti di luar sana.

Seorang bidan menyapa Fatihah. Sempat juga perut boyot gadis muda itu diusap dan dirasakan kedudukan bayi. Bayi Fatihah tidak pun songsang dan kepala bayinya sudah semakin ke pintu keluar. Bidan itu memeriksa bukaan pangkal rahim Fatihah dengan suatu alat.

6 cm.

Setelah meminta kebenaran ummi dan empunya tuan badan, kaki Fatihah diposisikan sedikit terkangkang dan badan pula bersandar di atas bantal yang ditinggikan.

Setiap kali bidan terlatih itu melakukan perbuatan, kalimah selawat dan basmallah dapat didengari Fatihah. Kain batiknya dileraikan ikatan dan diselak sedikit. Dapat dirasakan bibir farajnya sedang dilap daripada bahagian hadapan hingga ke belakang sekali dua dengan cecair sabun castile dan air. Permukaan kemaluan gadis itu dibersihkan dengan baik sekali. Air basuhan pula sedang dicampurkan secamca teh lysol pada tiap-tiap secupak air. Fatihah memerhatikan sahaja tanpa berbuat apa-apa. Ummi setia menemani di birai katil.

Manakala sang jururawat leka menyediakan aturan bilik untuk menyambut kelahiran seorang bayi. Air panas sedang disediakan juga.

Fatihah mengetap gigi gerahamnya. Sakit tadi seakan bertambah kuat dan nyeri. Dia sedang menahan suatu kesakitan yang mencengkam dari belakang badan hingga ke kawasan kemaluan. Terik sekali rasanya.

Akhirnya, pecah ketunban tempat janin itu terkandung. Pecahnya air berkenaan menandakan sampainya peringkat kedua ketika bersalin. Dengan bantuan ummi, Fatihah berbaring di atas katil dalam keadaan mengiring ke kiri. Lutut gadis itu didengetulkan, kakinya yang terlunjur dibengkokkan. Tumitnya pula dirapatkan dan kedua-dua ibu jari menghala keluar. Fatihah akur.

Sebaik sahaja datang rasa sakit yang teramat, bidan itu menyuruhnya meneran. Nafas kencang dibantu ummi tuk beralun normal. Begitu banyak peluh merembes di jinjang leher saat itu malah seluruh badannya berpeluh sakan. Kaki sudah berasa kebas, tulang belakang pula kesakitan. Di masa itu juga jururawat memicit kakinya agar hilang rasa kebas semasa meneran.

Bunyi mengerang kesakitan hadir saat sakit rahimnya memuncak. Dinding kemaluan juga terlerai sedikit demi sedikit. Bidan menyuruh Fatihah berhenti meneran dan mula mengaduh serta bernafas dengan kencang.

Bidan yang berada di posisi menghadap cangkungan Fatihah mula dilihatkan dengan sejuzuk kepala bayi di lubang keluar. Fatihah nampaknya sudah banyak menggunakan tenaga. Dia mengaduh  sedikit lagi hinggalah bidan itu mampu membawa bayinya yang sihat keluar.

Senyuman nipis seorang ibu terbit. Perut yang tadi menggunung telah pun kempis bagai belon dicucuk jarum. Kedengaran tangisan bayi memecah atmosfera bilik. Nyaring sungguh tangisan kali pertama menyapa dunia.

Terbaringlah Fatihah kepenatan. Dia merelakan membuat apa-apa sahaja pada kemaluannya saat itu. Bahagian luar kemaluan dikesat dengan kapas yang dicelup bancuhan air lysol tadi. Kapas itu disapukan dari bahagian hadapan ke belakang sekali sahaja lalu dibuangkan dan diperbaharui.

Lirikan mata Fatihah mengintai jasad baharu di dukungan bidan. Sakitnya berakhir juga. Bayi itu dikesat mata dari pangkal hidung ke pipi dengan sejenis kapas yang dicelupkan ke dalam boracic lotion. Mulut si kecil dicuci daripada lendir hingga bersih.

Bidan memegang tali pusat Fatihah yang menyambung kepada anaknya lalu mengikat dengan suatu benang yang telah direbus. Dua tempat pada tali pusat diikat. Pertama, kira-kira dua inchi jarak dari perut kanak-kanak. Kedua, hampir kepada badan Fatihah. Setelah digunting berdekatan benang pengikat, hujung yang lekat dibalut segera dengan secebis kain yang telah direbus.

Bayi sulung Mahfuz itu dibalut kain dalam keadaan bahagian muka terdedah tuk bernafas. Diletak tubuh cahaya mata itu ke suatu katil bayi khas.

Sementara Fatihah berpaling meniarap badannya. Bidan berkenaan kembali ke sisi kanan Fatihah. Tangannya menyelinap ke dalam kain batik Fatihah, bahagian kulit perut hingga kepada paras pusat dipicit perlahan-lahan supaya ia mengecut. Tempat peranakan itu dapat dirasa keras dan lembut.

Berlalu 20 minit dalam keadaan begitu, uri Fatihah ditanggalkan berserta darah saki baki. Kemaluan gadis itu dibasuh setelah itu, kedua-dua bahagian peha bahagian dalam dibersihkan sekali hinggakan tiada darah tertinggal. Bidan menekupkan kain kapas bersih ke kemaluannya serta diikat kemas. Darah nifas Fatihah masih mengalir saat itu semenjak kosong rahim daripada anak.

Segala kain kotor dan berdarah dibawa jururawat pergi. Sungguh senang sekali proses melahirkan anak dalam jagaan kasih ummi. Ummi tidak henti mengelusnya yang tersisa saki baki perit pada bahagian kemaluan. Bidan telah pun memeriksa farajnya, tiada pun terkoyak hanya kemerahan sahaja.

"Fatihah beranak anak lelaki," bisik Puan Munirah sambil tersenyum kecil. Wajah Fatihah dilap dengan sapu tangan agar peluh-peluh tadi menghilang.

Tubuh Fatihah yang kepenatan diselimutkan serta diberi tungku. Terlelaplah cinta hati Mahfuz ini dalam suhu bilik yang telah dipanaskan. Tidak sempat memegang bayinya, dia sudah terlena.

"Allahuakbar... Allahuakbar..."

Sayup azan Mahfuz kedengaran di muka pintu bilik. Bayi lelaki itu dalam dukungan ayahnya. Mutiara jernih Mahfuz mengalir dalam senyuman syukur. Dia dikurniakan seorang putera yang sihat tubuh badan sementara isterinya berjaya bersalin normal. Bibir mengucup ubun-ubun penyeri hidup mereka sekeluarga.

Terima kasih, ya Allah.

.
.
"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." (QS. Al-Isra: 32).
.
.
.

***
votexkomen
***

Berdebar bila Fatihah nak bersalin. Fuh... Alhamdulillah, bayi mereka sihat

Continuar a ler

TambΓ©m vai Gostar

360K 27.4K 39
Raja Nur Ameena dan Aisar Haddad. Satu-satunya permata dalam keluarga masing-masing. Di mata Aisar, Ameena adalah adik perempuan kesayangannya. Di ma...
313K 31.8K 53
2020. Firjani Adiratna akhirnya dapat menghembus nafas lega setelah melangkah keluar daripada Henry Gurney School. Aku bukan tipikal gadis ayu seper...
506K 2.2K 27
My nama is Nania. Aku yang akan jaga akaun ni sepenuhnya. Setelah di pas oleh beberapa orang. This is Firth story in this account. Sorry kalau cerita...
801K 30.4K 63
10 tahun lalu, waktu mama Umi aku tanya pasal kahwin. "Kahwin? Nak~," Sekarang, "Kahwin? Mak dah makan ubat ke belum ni?," Aku, Lisa bersepakat denga...