FATIHAH : MAHFUZ ✓ [C]

By samperitmilo

141K 11K 1.3K

Sekuel Luth Mahfuz & Luth Hentian Akhir . BOOK #6 of 𝕳𝖎𝖏𝖗𝖆𝖍 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 Chicklit ft. Tarbiyah [ Bah... More

01 Aku Pendosa
02 Gagal
03 Ancaman
04 Pengaruh rakan
05 Cinta
06 Cuti
07 Penyakit
08 Fitnah
09 Mangsa
10 Halau
11 Suami
13 Reman
14 Tahan Reman
15 Pukul
16 Muntah
17 Rogol
18 Pulang
19 Nikah
20 Terima
21 STD
22 Bayi
23 Suami
24 Beranak
25 Istimewa
26 Susu
27 Tahnik
28 Hijrah
29 Fatihah & Mahfuz [TAMAT]
Sambungan Kisah!

12 OKT

4.1K 335 76
By samperitmilo

.
"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." (QS. Al-Isra: 32).
.
.
.


Bunyi azan berkumandang didengari dengan kesyahduan. Gemaan kalimah Allah nun di langit tinggi, menyeru para umat Islam segera menunaikan solat fardhu Zohor. Dia tercegat di belakang sekali sambil memerhatikan jemaah muslimat memasuki saf hadapan.

Hanya di sini sahaja ketenangan bisa dijumpai. Dia tidak pandai solat, jadinya sekadar pemerhati dikala yang lain beribadah.

"Fatihah, kalau tak boleh solat duduklah dekat luar," tegur Ustazah Najwa. Gadis itu dipandang lama. Rasa sakit hatinya menjalar dalam diam tatkala melihat perbuatan suami yang tidak menundukkan pandangan pada gadis itu tempoh hari. Rasa nak membantu Fatihah pada awal pun memudar. Tidak dinafikan rupa paras Fatihah amat jelita jika ditatap lama.

Hakikatnya, Fatihah langsung tidak melakukan apa-apa. Dia hanya duduk di masjid dan memerhatikan orang sekeliling hingga harinya bertemu senja.

"Kenapa pula?" bentak Fatihah perlahan.

"Takut tertiris pula nanah dan keputihan awak ke karpet masjid."

Fatihah kehilangan kata.

Hatinya sakit. Sungguh biadap perkataan itu, seolah-olah mengatakan tubuh Fatihah seluruhnya jijik dan kotor padahal dia begitu menjaga rapi akan segalanya.

Kadang-kadang hati juga tertanya. Apakah begini layanan orang alim pada perempuan tidak setaraf?

Malas hendak bertelingkah, Fatihah mengangkat kaki pergi ke kaki lima masjid. Dia memeluk tubuh dan kekal berjalan hingga ke pondok di luar sana. Suasana di dalam masjid itu diintai sepi. Sungguhpun hati mahu berhijrah, matanya tidak nampak apa-apa jalan. Yang ada cuma duri menyakitkan seperti kata-kata wanita bertudung labuh itu.

Penat juga hidup begini. Duit poket makin berkurangan hari demi hari. Dia juga perlu membeli ubat buat menyembuhkan luka alat sulitnya. Masalah wang akan menjadi kemelut tidak lama lagi. Perlukah digadaikan maruah untuk sesuap nasi?

Fatihah tersenyum pahit. Baguslah Tuhan jadikan dia berpenyakit begini, sekurang-kurangnya tidak ada lelaki yang mahu meniduri dia sekaligus dosa zina terhindar. Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Cuma dia saja yang buta dan tuli.

"Fatihah, carilah hidup baru. Cari rezeki yang halal. Tak apa kalau tak ada yang nak pandu hijrah kau, kau boleh langkah sendiri. Kau dah berjalan sejauh ni, larikan diri daripada syaitan tu. Kau tak boleh berpatah balik dan ulangi kesilapan yang sama. Rahmat Allah ada dengan kau..." monolognya sendiri.

Tidak tahu mengapa orang seperti Ustazah Najwa seakan melunturkan semangat lemahnya. Seakan-akan bersikap pentingkan diri untuk masuk ke syurga. Kejam sungguh.

Lama-kelamaan hati itu pun benar-benar menjauh dan tidak peduli perihal hijrah. Cukuplah asalkan dia bertudung begini. Kerja kosong dicarinya di beberapa lokasi yang akhirnya takdir menempatkan dia di sebuah stesen minyak. Fatihah sungguh gembira, bagaikan itu cahaya pertama dalam kehidupan baharu. Sudah lama tidak merasa rezeki halal.

Tabiat lama bukanlah senang untuk ditinggalkan. Pulang saja dari tempat kerja, Fatihah pasti akan membuka satu dua video pornografi sebagai habuan mata. Dek kerana kemaluannya yang sakit, dia tidak berani untuk memasukkan alat seks berupa zakar lelaki itu. Jika tidak, sudah lama dimasuknya hingga ke dalam bagi mencapai kemuncak syahwat lagi. Allah masih memeliharanya, dia saja yang tidak endahkan.

Masjid tidak lagi dijejaki, itu semua angkara ustazah bertudung labuh itu. Fatihah pun jadi malas untuk berceritakan masalah kepada siapa-siapa. Manusia dilihat sebagai pementing diri yang tidak kisah soal orang lain. Mereka hanya akan berpura-pura prihatin, padahal jauh dalam lubuk hati mencela Fatihah ini.

Sebelum tidur, mata gadis itu disajikan dengan adegan seks. Air mazinya akan keluar membasahi bahagian faraj akibat terangsang. Kemudian, barulah mata dapat terlena dengan tenang. Dia tidak sedar yang tingkah itu akan membesarkan lagi hawa nafsu. Di fikiran Fatihah, ada baiknya jika melakukan ini berbanding perbuatan zina. Padahal tidak ada guna andai hendak membandingkan kemaksiatan kerana kedua-dua itu akan menjemput kemurkaan Allah Ta'ala.

Bila ketagihan menjadi-jadi, setiap masa mahu digosok kemaluan sendiri. Walaupun di kaunter stesen minyak, Fatihah akan kerap ke tandas hanya untuk melegakan nafsunya. Ransangan syahwat meledak apabila terlihat rakan pekerja lelaki melangkah keluar tandas. Bau haruman lelaki pun akan menggilakan gadis itu. Dia benar-benar mahukan layanan lelaki sebenar. Sudah lama tidak meniduri siapa-siapa. Kemaluannya yang seakan memulih dikira cukup buat melayan seorang lelaki pada malam itu.

Fatihah melangkah merapati seorang lelaki yang berbaju kuning sepertinya. Haruman maskulin menusuk ke hidung, dia jadi tidak tenteram. Tangan sengaja merayap ke lengan lelaki itu lalu dia tersenyum manja.

"Kita kerja sampai 2 pagi hari ni," kata Fatihah.

Lelaki tinggi lampai itu memandang wajahnya. "Ya, kenapa?"

"Nak tak kita duduk sekejap dalam tandas nanti?" Berani sungguh Fatihah membuka pintu. Lelaki itu pun makin teransang apabila lengannnya didekatkan pada buah dada Fatihah. Fatihah tahu kelemahan lelaki seperti Hairi, pantang melihat aset perempuan pasti akan kecundang.

" Fatihah, dekat sini ada cctv. Nantilah aku bawa kau ke mana-mana. Kau ni macam terdesak sangat nak lelaki layan," tenang Hairi membalas. Keghairahan ditahan sendiri. Dalam kesibukkan menyusun barang pada rak, dia meneguk liur mengingini tubuh Fatihah.

Fatihah ketawa sahaja. Harga dirinya dilihat tidak bermakna. Nafsu melonjak-lonjak mahu bersama Hairi pada malam ini.

Namun, mata luasnya teralih pada langkahan seorang pelanggan. Automatik tubuh menjauhi ruangan kerja Hairi. Pulangnya ke kaunter buat menerima kehadiran seorang pelanggan stesen minyak di heningan malam.

Dia menarik nafas seketika. Dalam tidak sedar wajahnya menunduk tidak mahu memandang lelaki asing itu. Auranya lain sekali. Sepersalinan jubah putih menangkap satu rasa dalam hati. Fatihah yakin itu bukanlah nafsunya yang sedang membuak, tetapi ketenangan seperti ketika di masjid.

Inilah detik pertama wajah Mahfuz menyapa. Wajah lelaki yang kemerahan, seakan dipaksa untuk membuat pembayaran. Senyuman kecil Fatihah terkoyak apabila memanjangkan pandangan ke belakang sana. Ternyata ada seorang lelaki yang sedang memandang ke arah mereka berdua. Barangkali itu peneman lelaki ini.

"Ya?"

Darah panas Mahfuz tersebar ke seluruh badan. Rasa gementarnya dikawal sebaik mungkin dengan secalit senyuman. Awalnya, Mahfuz mahu menundukkan pandangan sahaja. Namun, mengenangkan sokongan moral Arif, dia mengangkat wajah.

"Nak isi RM50, yang belah sana tu." Jeda. "Besarkan bulan malam ni? Terang pula tu."

Not RM50 diletakkan Mahfuz ke atas kaunter.

"Em, aah. Saya tak perasan sangat," jawab Fatihah. Untaian tudung bawalnya yang terjatuh ke hadapan dibawa ke belakang kembali. Wajah lelaki berkopiah di hadapannya itu dilihat sesaat dua.

Persepsi awal Fatihah pada kebanyakan lelaki hanyalah mahukan dirinya sebagai teman di atas katil. Maka, dia tidak meletakkan harapan tinggi pada lelaki berkopiah. Semuanya dianggap sama sahaja. Konon mahu berdakwah, silap hari bulan akan tariknya masuk ke dalam bilik.

Fatihah kekal memandang wajah itu. Hairan. Segala persepsi jahatnya bagaikan pergi. Ya, lelaki ini tampak lain sekali.

"Sebab esok hari putih. Hari yang mana sunat untuk berpuasa," sambung Mahfuz. Keberanian untuk bertanyakan nama tidak ada lagi. Maka, matanya memilih untuk membaca tag nama si dara.

"Terima kasih, Fatihah," ucap Mahfuz lalu beredar pergi.

Fatihah terpaku. Matanya perlahan-lahan jatuh ke meja kaunter. Ada satu rasa yang sungguh aneh meskipun lelaki tadi telah pergi dari stesen minyak itu. Dia menggenggam not RM50 bayaran Mahfuz.

Suaranya bagaikan satu alunan penenang. Wajah pula penuh tanda malu seorang lelaki, memerah pipinya hanya kerana keberanian mahu bercakap dengan Fatihah. Keramahan yang dibuat-buat dapat diteka Fatihah bahawa lelaki ini tidak biasa bercakap dengan mana-mana perempuan.

"Fatihah, kau nak buat projek lepas habis shift ke?" Hairi kembali kepada gadis itu.

Cepat-cepat Fatihah menggeleng. "Tak, aku tak boleh. Aku haid malam ni," tipunya. Perut yang tidak sakit diusap, bertujuan mahu menghalau Hairi pergi untuk tidak mengganggunya.

Jujur, dia masih terkesan dengan kehadiran lelaki berwajah kacukan Arab tadi.

Tertawannya hati seorang Fatihah bukan juga atas dasar rupa paras, namun ada satu aura asing pada lelaki itu. Dia terduduk di atas kerusi dalam menungan.

Harapannya agak tinggi, mahu bertemu lagi dengan lelaki misteri itu.

Fatihah tersentak daripada lena. Dia terpisat-pisat dalam kantuknya. Dilihat wajah yang amat dekat, ternyata itu Mahfuz. Senyuman nipis tertarik, gadis itu kembali mendaratkan kepala di atas dada sang suami. Memori silam selalu menjengah, kerana itulah dia harus kerap melihat wajah Mahfuz buat memastikan ini adalah realitinya.

Bunyi degupan jantung dan alunan nafas lelaki kesayangannya menjadi melodi buaian.

Dia, anugerah terindah kiriman Tuhan.

***

"Cakaplah pada ustaz, apa masalah awak?"

Irsyad membatukan diri di sebelah Mahfuz. Perutnya berkeroncong kelaparan. Malu mengisi benak lalu dia menundukkan aras mata.

Mahfuz tersenyum nipis melihat remaja lelaki berserban putih itu. "Ustaz ada belikan waffle coklat dan strawberi. Ambillah buat alas perut."

Pemberian ikhlas Mahfuz disambut Irsyad sungguh pun malu perutnya yang kelaparan. Suasana sepi pejabat tenteramkan jiwa pelajar itu. "Ustaz sibuk ke hari ni?"

"Tak pun. Ustaz ada kelas pagi je, lepas tu petang ni ustaz lapang. Bolehlah kita lepak lama sikit, kan?" kata Mahfuz.

Beg kertaz berisi makanan itu dipegang sahaja. Dia tidak boleh menyantap di hadapan gurunya, perbuatan itu tidak beradab. "Ustaz tak sakit dah?"

"Sakit juga sebenarnya. Tapi tak seteruk mana. Awak pun sakit juga, kan? Hari tu tak masuk pun kelas ustaz." Mahfuz agak tertanya-tanya perihal pelajar baharunya. Meja kerja menjadi pemisah antara guru dan anak murid.

"Bukannya saya sakit tapi... Saya ada masalah. Saya nak luahkan pada ustaz..." Irsyad mengetap bibir.

"Ceritalah. Ni akan jadi antara kita berdua sahaja. Apa yang diceritakan dalam pejabat ustaz takkan bawa keluar." Jaminan diberikan lelaki itu. Sarat di hati Irsyad sebolehnya mahu dibuang jauh agar Irsyad mampu fokus pada pelajaran. Mahfuz yakin Irsyad ini baik dan pintar budaknya.

"Saya tak boleh duduk dalam kelas tu... Sebab ada seorang pelajar muslimat pakai stoking pendek dan nampakkan buku lali dia. Air mani saya selalu terpancut keluar hanya kerana terpandang kaki pelajar muslimat. Saya... Saya rasa berdosa sangat-sangat," sedih Irsyad. Dia kerap ponteng kelas bersebab. Inilah sebabnya. Hati Irsyad merundum pilu. Sikap marahnya dek tidak tenteram untuk berlamaan di dalam kelas tidak dapat dibendung.

"Nanti ustaz minta ustazah nasihatkan para pelajar muslimat. Tak tahu pula pakai stoking pendek dah jadi trend dalam kalangan pelajar ustaz." Mahfuz menghela nafas perlahan.

"Maafkan saya, ustaz."

Ada sesetengah lelaki yang boleh terasang apabila terpandang buku lali perempuan. Mereka harus menjaga diri agar tidak perlu bermandi junub setiap hari.

"Kenapa pula?" soal Mahfuz.

"Sebab saya ada cakap belakang pasal ustaz... Saya kata mungkin ustaz terlanjur dengan kak Fatihah, sebab tu ustaz kahwin awal...." Irsyad bercakap jujur. Dia tidak sebaik Abdullah yang sering berfikiran positif. Dosa menghina guru sendiri telah membuat hatinya tidak tenteram kebelakangan ini.

"Ustaz tak terlanjur dengan kak Fatihah. Ustaz memang nak peristerikan dia dengan rela hati. Lagipun umur ustaz memang dikira wajib dan mampu bernikah," balas Mahfuz tenang. "Irsyad jangan cepat bersangka buruk lepas ni... Cuba biasakan diri untuk mendoakan orang lain apabila sangkaan buruk datang. Insya Allah, lama-lama tabiat itu boleh hilang."

"Terima kasih, ustaz." Benarlah kata rakan-rakannya, Ustaz Mahfuz ini baik dalam melayan karenah pelajar. Sedikit pun dia tidak dimarahi pada petang itu. "Ustaz, boleh saya tanya lagi?"

"Tafaddhal (silakan)."

"Kenapa ustaz pilih kak Fatihah untuk dibuat isteri? Saya tahu kak Fatihah bukan dari kalangan pelajar pondok." Soalan cepumas ditanyakan pada ustaznya. Irsyad yang berada di awal 20-an mahu tahu hal itu. Barangkali Mahfuz punya jawapan yang akan membantunya membuat pilihan isteri kelak.

Terus Mahfuz tersenyum kecil. "Sebab ummi ustaz yang cadangkan."

"Takkanlah itu je sebabnya?" hairan Irsyad.

"Itu sebab utama. Ummi yang jaga ustaz dari kecil hingga besar... Ummi ajarkan semua ilmu walid pada ustaz. Tanpa ummi pun, ustaz takkan jadi macam ni hari ni... Ummi ialah segala-galanya buat ustaz. Ustaz yakin bila mana ummi cadangkan sesuatu, itulah yang terbaik." Akal fikiran diguna berserta keimanan, suara bondanya ditilik baik. Lama Mahfuz berfikir untuk membuka peluang pada Fatihah atau tidak yang akhirnya dia akur dengan jawapan istikarah.

"Ustaz cintakan kak Fatihah sebelum bernikah?"

"Mula-mula ustaz tak rasa apa pun... Kalau ada perasaan, ustaz cepat-cepat lekakan diri dengan benda lain. Bila dah bernikah, barulah ustaz belajar bercinta." Hingga kini Mahfuz masih belajar menzahirkan rasa itu. "Banyak pula tanya. Awak nak kahwin ke?"

Irsyad ketawa sahaja lalu menggeleng. "Saya tak hebat macam ustaz lagi... Sekarang ni saya nak kumpul ilmu dahulu. Esok lusa barulah ilmu ni dapat diturunkan pada isteri dan keturunan saya..."

"Belajarlah dulu, Irsyad. Gunakan masa dan tenaga yang ada sepenuhnya pada pelajaran. Bila dah berkahwin amanah akan bertambah... Takut nanti tak mampu nak tanggung amanah belajar dan amanah suami. Bila awak rasa tak tenteram duduk dalam kelas, datanglah ke bilik ustaz. Nak ulangkaji dekat sini pun boleh juga... " Mahfuz menegakkan kedudukannya di atas kerusi. Dia tersenyum sahaja.

"Terima kasih, ustaz. Ustaz baik sangat... Siap bagi saya makanan..." luah Irsyad. Hati jantannya terjentik begitu sahaja dengan tingkah sang ustaz. Setiap pesanan Mahfuz akan dipegang erat ke sanubari. "Boleh tak saya nak peluk ustaz sebelum pergi?" pintanya segan.

"Boleh," Mahfuz mengizinkan.

Sebelum pelajar berserban itu mengangkat kaki pergi, tubuh Mahfuz didakapnya kasih. Terasa kehadiran seorang abang yang tak pernah wujud hadir membelai.

Kepala Irsyad yang berbalut serban itu diusap Mahfuz. "Jangan risau. Dekat rumah Balawi ni semua orang akan sambut kehadiran Irsyad."

Pujukan itu penyuntik semangat kepada Irsyad. Menjadi pelajar baharu di rumah Balawi, pelbagai andaian sampai kepadanya. Namun, Mahfuz telah menepis sangkaan buruk dengan satu layanan berakhlak.

Selesai sudah kes seorang pelajar pada petang itu, dapatlah Mahfuz tersenyum lega. Dia sering berdoa agar pelajarnya akan menjadi penyambung dakwah di luar sana.

Kringgg

Deringan telefon pintar kedengaran. Mahfuz segera mencapai gadget itu dan menyandarkan skrin ke telinga tanpa melihat pemanggil. Nombor baharu ini hanya diketahui oleh ummi, walid, Fatihah dan Arif sahaja.

"Assalamualaikum, siapa tu? Ummi ke Fatihah?" Lagak orang baru bernikah memang begini. Segugus kunci dibawa keluarnya.

Pintu pejabat pun terkatup rapat dek mahu pulang ke rumah.

"Abang nak balik dah ni. Nanti kita buka puasa sama-sama ya? Sayang nak abang belikan apa-apa?" Sudah pandai bersayang-sayang dalam diam. Mahfuz ketawa halus mendengar balasan Fatihah di corong telefon.

"Ya, rindu..." Langkah kaki menuju ke bahu jalan. Di situ terdapat keretanya.

Sedang sibuk bergurau senda di atas talian, dengan tiba-tiba bahu lelaki itu dicuit seseorang yang bertubuh tegap. Mahfuz pun menoleh tanpa sangkaan. Seorang lelaki bercermin mata gelap dan juga memakai pouch di pinggang menyapa pandangan. Mahfuz mengakhiri perbualan di telefon, dan berhadapan dengan lelaki tersebut.

"Assalamualaikum, ustaz. Boleh beri kad pengenalan?" kata pegawai polis itu.

"Waalaikumsalam. Ada apa ya? Kes laporan fitnah saya hari tu dah selesai?" Sekeping kad biru dihulurnya. Mahfuz cam sahaja wajah-wajah pegawai polis di balai.

"Bukan, ustaz. Saya datang ni sebab nak tahan ustaz atas tuduhan merogol."

Mahfuz kini telah dilabel sebagai Orang Kena Tuduh(OKT). Namanya dalam siasatan pihak polis atas satu lagi perbuatan fitnah. Dia berkerut dan mengeleng perlahan.

"Tuan yakin ke saya orangnya? Sebab... Minggu ni saya banyak duduk dalam rumah je," terang Mahfuz tidak bersalah. Tamparan hebat mengenai lelaki itu lagi.

"Maaf, ustaz. Saya cuma jalankan kerja saya." Pegawai polis itu menyimpan kad pengenalan Mahfuz.

Tersimpannya kad biru itu menandakan permulaan sekatan kebebasan. Identiti Mahfuz dipegang erat.

Mata hazelnya kosong memandang. Hari sudah lewat. Niatnya mahu berbuka puasa bersama-sama isteri tidak tertunai. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambanya.

***
votexkomen
***

Sabarlah, Mahfuz. Hm :( Orang baik memang selalu diuji. ')

Continue Reading

You'll Also Like

621K 19.3K 76
ROMANCE OF THE YEAR (THE ICE AWARD 2019) First Romance Novel by @pinkguinsoo__ "Jadi kita berpisah buat sementara je? Bukan selamanya?" "Yes,my deare...
67.7K 9.2K 30
Kak Sara Tart Nanas dan Abang Ahmad Nanas. Cerita ni stuck dalam kepala tapi malas nak buat ebook ke novel ke sebab extra effort maka terima je la se...
801K 30.4K 63
10 tahun lalu, waktu mama Umi aku tanya pasal kahwin. "Kahwin? Nak~," Sekarang, "Kahwin? Mak dah makan ubat ke belum ni?," Aku, Lisa bersepakat denga...
9.1K 207 2
FAHIM DAN NASUHA Fahim si atlet sekolah. Suha si kaki buku. Pantang berjumpa ada saja benda yang nak digaduhkan. Tapi semuanya bermula dari Fahim yan...