FATIHAH : MAHFUZ ✓ [C]

By samperitmilo

141K 11K 1.3K

Sekuel Luth Mahfuz & Luth Hentian Akhir . BOOK #6 of 𝕳𝖎𝖏𝖗𝖆𝖍 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 Chicklit ft. Tarbiyah [ Bah... More

01 Aku Pendosa
02 Gagal
03 Ancaman
05 Cinta
06 Cuti
07 Penyakit
08 Fitnah
09 Mangsa
10 Halau
11 Suami
12 OKT
13 Reman
14 Tahan Reman
15 Pukul
16 Muntah
17 Rogol
18 Pulang
19 Nikah
20 Terima
21 STD
22 Bayi
23 Suami
24 Beranak
25 Istimewa
26 Susu
27 Tahnik
28 Hijrah
29 Fatihah & Mahfuz [TAMAT]
Sambungan Kisah!

04 Pengaruh rakan

5K 416 48
By samperitmilo

"Apa benda tu?" Fatihah mengerutkan keningnya.

"Oh ni kakak aku punya. Kau nak cuba? Rasa best," Fila menjawab ringkas. Di tangannya terdapat suatu alatan yang sungguh asing pada Fatihah.

Balasan yang sedimikian menimbulkan 1001 tanda tanya buat gadis di awal usia remaja itu. Pada mulanya dia membiarkan sahaja rakannya menggunakan alat itu. Namun setelah lama melihat, rasa ingin mencuba itu hadir menjerut.

Tidak pernah disangka, perasaan itu bergelodak dalam diri. Dia pernah punya perasaan ini. Kali pertamanya adalah ketika Iqbal, rakan sekelasnya tika di sekolah rendah melakukan sesuatu pada kemaluannya. Sejak pada hari itu, dia mula memburu rasa yang sama untuk hadir termasuklah melalukan air paip pada bahagian alat sulitnya. Itulah tanda awal ketagihan onani yang ramai tidak tahu. Namun, di usia itu dia tidak tahu apa perkataan yang pantas bagi perbuatan tersebut. Onani, satu perbuatan haram. Akibat asyik melihat drama televisyen yang mengandungi soft porn dan mendengar lawak berbaur lucah, pemikiran remaja seusianya kian rosak. Ibu bapa mereka tidak menegah, maka tiada apa yang harus dikhuatirkan.

Dua remaja itu duduk diam di dalam bilik. Mereka melayan syahwat masing-masing dengan alatan peransang.

Nafsu Fatihah terbuai seketika. Dia berasa sungguh gembira. Selama ini disangkakan hanya lelaki yang punya air mani. Apabila syahwatnya melepasi kemuncak, itulah kali pertama dia memyedari wanita juga punya air mani. Mani itu ada tanda-tandanya.

Pertama, keluar dalam keadaan memancut-mancut. Kedua, berasa sedap apabila keluar yakni semasa syahwat memuncak. Ketiga, ketika basah baunya seperti doh tepung manakala ketika kering baunya seperti putih telur.

Apabila ada salah satu tanda ini, cecair yang keluar boleh dihukum sebagai air mani berdasarkan fiqh agama Islam. Maknanya, seseorang itu sudah berhadas besar dan perlukan mandi wajib buat membersihkan diri.

"Nanti aku datang lagi tau esok," khabarnya pada Fila. Sungguh dia jahil bahawa selepas melakukan kerja terkutuk itu perlu mandi wajib. Dia bergembira seperti wanita suci padahal daranya sudah tercarik.

"Fatihah..." Kedengaran suara Mahfuz memanggil dari luar bilik air. Dia yang sedang memeluk tubuh di lantai mengangkat kepala. Rasa sejuk dari ais terasa hingga ke tulang betisnya.

Dia terpaksa membuat begini semata-mata untuk melawan kehendak syahwat sendiri. Tak mahu lagi beronani. Ketulan ais daripada peti sejuk rumah bertaburan di atas lantai. Gadis itu menggigil kesejukan, pakaian tidurnya habis basah dengan siraman air.

Fatihah tersenyum nipis. Gembiranya hati dapat melalui hari itu tanpa perbuatan mungkar lagi. Terjebaknya dia ke dalam kejahilan atas pilihan sendiri. Kali ini dia harus berkeras walau bagaimana sekali pun.

"Fatihah, awak buat apa dekat dalam tu lama-lama?" Jelas kebimbangan pada nada suara suaminya.

"Sekejap," balas gadis itu. Kakinya dikeraskan untuk berdiri. Pantulan imej sendiri mempamerkan figura seorang gadis yang habis basah lencun dari hujung rambut hingga hujung kaki dalam pakaian. Fatihah mengalihkan anak rambutnya yang bermain di wajah. Tangan memeluk tubuh sendiri setelah tombol pintu bilik air dipulas perlahan.

"Awak," bisik Mahfuz. Tak berkata banyak pun melainkan sehelai tuala dihulur pada isterinya.

"Ya," jawab Fatihah. Tangan yang hendak mencapai tuala itu terketar-ketar. Fatihah menghukum diri sebagai si bodoh yang telah mengorbankan nasib di alam remaja. Air mata penat mengalir kebelakangan ini.

Hormon dopamine melonjak naik dengan mandian ais. Sekaligus menghilangkan rasa syahwatnya yang juga berhajat kepada 'hormon gembira' yang sama.

Dia dapat merasakan hangat telapak tangan Mahfuz yang sedang membantunya mengeringkan badan. Rambut panjangnya terurai ke bawah dan sedang dilap lelaki itu. Lensa mata terleka memandang wajah Mahfuz. Disangkakan Mahfuz akan memarahinya kelmarin, malang sekali jauh tersasar. Dengannya, jiwa akan berasa tenang dan selamat.

"Nanti awak demam kalau buat macam ni..." bisik Mahfuz. Ais yang tadi berketul-ketul telah pun mencair di lantai.

"Ni je cara untuk saya legakan diri. Saya buat untuk awak. Saya tak nak buat lagi benda tu... " Desahan nafas bersulaman dengan getaran dada. Tangan disilangkan ke dada bagi mengumpul haba.

Hati Mahfuz disentuh gadis itu tanpa apa-apa perbuatan. Kilasan matanya ikhlas menyatakan apa yang terkubu dalam jiwa. Cepat-cepat lelaki itu menggulum senyuman manis. "Lepas ni terus masuk tidur."

"Baik." Fatihah berkongsi kekuatan dengan suaminya. Suntikan senyuman memujuk rasa.

Sungguh pun sejuk pada malam itu, dia menggigihkan diri buat bersiramkan ais yang tentu-tentu punya suhu di bawah 20 Celcius setelah dicampurkan dengan air bersuhu bilik.

Kakinya tergantung tidak menjejak lantai. Punggung berlabuh di birai katil.  Selesai menyalin pakaian, Fatihah bercadang mahu memeriksa keadaan suaminya sebelum beradu.

"Abang ada beli coklat Cadbury siang tadi," kata Mahfuz yang sedang memenuhi ruang katil di sudut bertentangan.

"Abang?" Fatihah mahu memastikan apa yang didengari.

Terus wajah lelaki itu memerah. Dia mengusap belakang batang lehernya. "Ya, abang. Kan dah baca surat tu?"

Pandai juga Mahfuz mahu memulakan sesuatu. Fatihah tahu saja malu dalam diri suaminya agak tebal. Gadis itu ketawa halus memandang sang suami. "Terima kasih, abang. Kenapa tiba-tiba cakap pasal coklat?"

Ikhlas ketawa bidadarinya bagaikan halwa telinga. Mahfuz menarik nafas dalam. "Saya ada cari maklumat tentang onani. Saya nak tahu... Apa yang awak sedang hadapi. Lepas saya baca beberapa artikel, ada satu benda yang penulis asyik sebut iaitu tentang dopamine. Satu hormon yang ada dalam badan semua orang."

"Mahfuz, awak tak payah google benda-benda macam ni. Saya tak nak awak terjebak juga," kata Fatihah tegas. Bimbangnya dia mendengar perkataan itu terbit daripada mulut lelaki sebaik ini.

"Wallahi (demi Allah), saya tak tengok apa-apa benda merepek. Saya cuma cari maklumat tentang cara-cara untuk hilangkan ketagihan." Lelaki itu membalas pandangan isterinya. "Saya cuba galas tanggungjawab sebagai suami sebaik mungkin. Saya tahu, ketagihan pada apa-apa sahaja benda adalah satu bala. Baik ketagih dadah, rokok, minuman keras dan termasuklah onani.  Sekarang, awak ialah amanah saya. Awak sebahagian daripada diri saya... Saya akan cuba jaga hak milik saya sebaik mungkin. Nak-nak lagi dari dia akan terlahirnya zuriat saya."

Perlahan-lahan kepala menekur ke cadar katil. Kain cadar ini bukanlah yang sama seperti tempoh hari, barangkali Mahfuz telah menukarnya siang tadi kerana tak mahu Fatihah teringatkan bahawa dia pernah melakukan maksiat itu.

Matanya jadi berkaca-kaca. Fatihah memejamkan kelopak, tak mampu menerima pemberian sebaik ini.

" Isteri saya kuat orangnya..." pujuk Mahfuz. Tubuh kecil gadis itu ditarik masuk ke dalam pelukan hangat.

Fatihah mengecilkan badannya, meringkuk elok hingga dapat dirasakan degupan jantung yang mengepam darah Mahfuz. Pedih matanya. Yang baik selalunya akan hadir sekejap sahaja, sungguh dia benar-benar takut Mahfuz juga pinjaman yang sementara.

"Saya ada untuk bantu awak. Selagi nafas saya masih beralun, selagi tu saya akan cuba jadi yang terbaik untuk awak." Suntikan semangat terus diberikan Mahfuz kepada Fatihah. Cukup dosnya buat menjalani hari yang berikutnya sebagai pasangan suami isteri.

Pelukan itu dileraikan Mahfuz setelah tangisan buah hatinya kian reda. Pipi gebu Fatihah diusap perlahan. "Jangan sedih dah, ya? Janji dengan saya yang awak takkan putus asa dengan rahmat Allah...."

"Ya, abang," balas Fatihah. Bibir merahnya tak lekang membuat balasan senyuman. "Saya janji..."

Manis sahaja panggilan 'abang' itu. Mahfuz telah pun menerima Fatihah sebagai isterinya. "Tidurlah. Esok abang ambil cuti-"

"Abang sakit dada?" potong Fatihah serta merta.

"Bukan, abang nak luangkan masa dengan awak. Kita baru je berkahwin, tak ada salahnya kan kalau keluar berdua?" Ubun-ubun Fatihah yang masih lembap dek air mandian tadi diusapnya.

Sebelum memejamkan mata di atas bantal yang sama bersebelahan Mahfuz, gegendang telinga disapa bacaan ayat-ayat suci AlQuran sebagai pendinding. Fatihah tersenyum nipis. Sedar-sedar sahaja matanya terkatup ditemani suara lelaki yang baru hendak dicintainya.

Tiada nafsu yang tersisa. Segalanya dicarik perbuatan lampau. Namun, cinta yang tidak pernah hadir seumur hidup memekar subur dan akan memulihkan segala luka di hati.

Demi Allah, gadis itu sentiasa mahu melupakan kejahilannya. Kalaulah setiap perempuan tahu bahana perbuatan ini, pasti tindakan awal sudah diambil.

***

"Kalau dengan hinaan aku kau masih kebal, kita tengok pula apa reaksi kau kalau jiran dan kenalan kau tahu semuanya." Asap rokok dihurup kepuasan. Dia menenyeh pucuk hidung sendiri lalu meledakkan ketawa.

"Cumanya... Aku tak tahu nak bermula dari mana. Patut ke aku siarkan gambar separuh bogel Fatihah? Atau cukup sekadar sabitkan rumah pengajian kau dalam hal ni. Biar semua orang tahu ustaz dekat sana beristerikan betina sundal," fikir Khairul seketika. Jari diketuk pada permukaan stereng kulit kereta.

Sejak hari pernikahan, tidak pernah sekalipun matanya disapa raut wajah Fatihah. Sekalipun dia menunggu lama berhampiran kawasan rumah Mahfuz, gadis itu tetap tidak muncul. Nampaknya Mahfuz benar-benar memelihara 'sampah' itu.

Langit mula menggelap menandakan masuknya waktu isyak. Azan berkumandang di langit tinggi, bergegak gempita dan menyerabutkan lelaki berkumis itu. Putung rokoknya yang bersisakan separuh dicampak keluar.

"Aku akan cuba buat yang terbaik, Mahfuz. Biar kau tahu, betina yang kau cuba pertahankan hanyalah satu malapetaka. Lebih baik kau tinggalkan dia, sebelum kehadiran haiwan tu merosakkan seluruh hidup kau," kata Khairul berseorangan.

Jari menekan skrin sentuh telefon pintar. Gambar separuh bogel Fatihah dicari-cari dalam simpanan. Senyuman jahatnya terukir apabila mata disapa wajah gadis jelita itu.

Dia agak bodoh kerana melepaskan Fatihah pergi. Akal yang dikuasai nafsu hanya akan memandang perempuan sebagai alat pemuas. Biarpun berpakaian jubah hitam, Khairul tetap mampu memandang mana-mana perempuan dan menganalisa susuk tubuh mereka. Bahayanya panahan mata lelaki yang tidak menundukkan pandangan.

Itu jika berpakaian, inikan pula gambar seksi begini. Foto Fatihah ditatap lama.

"Aku akan siarkan gambar kau, sayang. Mesti semua orang nak juga nampak rupa isteri ustaz tu dalam baju seksi macam ni. Aku tak nak simpan lama-lama. Benda baik patut dibuat kongsi, kan? Sabar ya, sayang. Aku akan dapatkan kau balik. Aku tahu kau takkan pandang duit aku... "

Jeda. Wajah kasihan dibuat-buat. Bukan setakat gambar seksi, dia juga punya video mereka bersama. Bahan ini harus diguna pakai sebaik mungkin.

"Aku akan gagalkan hasrat kau yang konon nak berhijrah dan sucikan diri. Biar nanti... Kau akan datang melutut pada lelaki yang dah tukarkan nafsu kau kepada nafsu syaitan."

Dia meledakkan ketawa sehingga puas. Perutnya jadi sakit dek banyak gelakkan nasib si perempuan malang ini. Jangan ingat cengkaman jahatnya akan melepaskan dengan mudah.

Sekali sudah menjadi hak milik, Khairul akan pertahankan sedaya upaya.
.
.
.

"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." (QS. Al-Isra: 32).

***
votexkomen
***
l

aju kan update? sebab weekend! Insya Allah kita akan tengok macam mana disebabkan 'tak tahu' seorang gadis musnahkan masa depan dia. Mujur Hidayah tu datang juga dengan izin Allah. Kemudian terserahlah mahu sia-siakan Hidayah itu atapun tidak.

Continue Reading

You'll Also Like

165K 4.2K 64
Sinopsis DKR Betul ke kahwin mengikut pilihan keluarga boleh bahagia? Hurmmm kebanyakan orang akan bahagia kalau Allah hadirkan rasa cinta pada sese...
14.3K 1.4K 21
Status : Serius update lambat "Kau lesbian eh?" Lailey. "Dah kenapa pulak cakap aku lesbian ni? Kalau aku lesbian, dah lama aku try kau" Jelita. "Is...
10.8K 469 11
Cahaya Ayrin Dalisha. Berpindah sekolah dari International School kepada sekolah biasa. Akhirnya dia membuka identiti sendiri, contact lense yang sel...
621K 19.3K 76
ROMANCE OF THE YEAR (THE ICE AWARD 2019) First Romance Novel by @pinkguinsoo__ "Jadi kita berpisah buat sementara je? Bukan selamanya?" "Yes,my deare...