Chapter 66

25 1 0
                                    

Darwish dan kedua ahli keluarganya sedang menjamu selera untuk makan malam. Dari tadi, Dania dan Puan Fadila asyik berbual. Manakala, Darwish pula hanya mendiamkan diri semasa makan. Tambah lagi dengan wajahnya yang masam. Langsung tiada reaksi. Kepalanya asyik terfikirkan apa yang dikata oleh Maya sejak pagi tadi.

Puan Fadila yang sedar itu lantas menegur anak lelakinya. "Darwish, kenapa ni?" Soal wanita itu. Darwish terus mengangkat wajahnya menatap ibunya. "Kenapa apa mama?" Soalnya pula semula dengan senyuman yang dibuat-buat. Puan Fadila dan Dania saling berpandangan sesama sendiri. Kemudian wanita itu menyambung soalannya.

"Mama tengok, kamu dari pagi tadi. Hanya diam saja. Lepas tu, terperuk dalam bilik seorang diri. Risau mama dibuatnya." Puan Fadila menyampaikan apa yang terlintas di fikirannya. "Betul apa yang mama kata tu abang. Abang ada masalah ke?" Soal Dania pula. Risau sungguh melihat abangnya yang tiada selera makan itu.

Darwish tersenyum kelat mendengar apa yang dikata oleh ahli keluarganya itu. Kemudian, dia memandang ke arah pinggannya dengan pandangan kosong. "Darwish okey je lah mama. Tidak ada masalah pun. Jangan lah risau." Balas Darwish sambil mempamerkan senyuman dengan tenang. Puan Fadila hanya mengeluh dengan jawapan yang diberi oleh Darwish itu.

"Tak mengapalah kalau begitu. Tapi, kalau Darwish ada masalah, beritahu saja pada mama. Mana tahu mama boleh tolong." Balas Puan Fadila bimbang. "Kalau abang malu nak cakap kat mama, abang pun boleh beritahu Nia. Kita kan selalu share masalah." Dania pula menambah dengan senyuman. Darwish pula hanya mengangguk dengan senyuman mendengar respon.

Lega sedikit hatinya apabila kedua-dua ahli keluarga yang berada di hadapannya itu cuba memahami perasaan yang dirasa. "Hah, ni mama nak tanya." Puan Fadila bersuara seketika. "Apa dia?" Soal Darwish sebelum meneguk air di dalam gelasnya. "Macam mana dengan permintaan kamu untuk sambung belajar di Negeri Sembilan itu? Sudah sebulan lebih rasanya kamu register." Soal Puan Fadila tentang pembelajaran anaknya.

Sebenarnya, Darwish memang ada memasang niat untuk menyambung pelajarannya untuk mengambil Digree. Dia juga sudah menghantar nama untuk memasuki universiti yang sudah di pilih. Namun, niatnya itu terbantut apabila tiada lagi panggilan dari mana-mana universiti. "Belum dapat panggilan lagi lah mama. Lagipun, Darwish nak masuk tahun depan rasanya. Mungkin mereka sedang semak lagi borang-borang yang Darwish dan submit." Balas Darwish sebelum menyuap sesuap nasi ke dalam mulutnya.

Dania pula hanya mendengar perbualan ibu dan abangnya itu sambil menyambung seleranya. "Tapi kamu sudah pergi interview kan?" Soal Puan Fadila lagi. Darwish hanya mengangguk sahaja dengan soalan yang di beri ibunya. "Tapi, kalau Darwish dapat masuk awal, Darwish pergi je. Tidak payah lah perlu tunggu sampai tahun depan. Lama sangat." Balas Darwish pula.

Dania yang tadi mengunyah cepat-cepat menghabiskan kunyahan dan menelan makanan yang berada di dalam mulutnya. Kemudian, gadis itu memandang tepat ke arah abangnya. "Awalnya. Pergi lah tahun depan. Negeri Sembilan dah lah jauh. Siapa nak teman Nia nanti?" Gadis itu menyoal sambil menjuihkan bibir dan membuat muka manja.

Darwish sudah tergelak melihat reaksi dari adiknya itu. Puan Fadila pula sudah menggelengkan kepala dengan senyuman sebelum menyambung suapannya. "Tidak apa lah. Kalau ada apa-apa, Nia call je lah abang. Kalau tak pun. Kita boleh VC." Balas Darwish dengan senyuman. "Hmm, Yalah." Balas Dania ringkas.

Darwish hanya tersenyum. Kemudian, dia menghabiskan suapannya yang terakhir dan meneguk air di dalam gelasnya sehingga kosong. Baru sahaja ingin bangun dari tempat duduknya, lantas sahaja Puan Fadila menahan. "Eh, tidak mahu tambah ke? Sikitnya makan." Tegur ibunya itu. Darwish hanya menggelengkan kepala tanda tidak mahu dengan senyuman.

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now