Chapter 90

55 2 0
                                    

BEBERAPA MINGGU KEMUDIAN

Syazwan mengemas barangnya di bilik persalinan dengan cepat. Belum lagi hilang penat kerana latihan bola sepak yang diberikan, Syazwan harus bergegas ke studio Maya untuk berjumpa dengan gadis itu seterusnya meneman Maya pergi berjumpa dengan catering atas urusan briefing makanan yang ingin dihidangkan sewaktu majlis perkahwinan mereka dilangsungkan.

Sudah berminggu juga Syazwan tangguhkan perbincangan ini dengan Maya kerana sibuk dengan latihan bola. Tapi kali ini, dia tetap harus turut serta dalam briefing itu bersama Maya. Takut pula jika gadis itu berkecil hati dengannya. Lagipun, dia haruslah membahagikan masa dengan betul supaya jadualnya tidak terlalu padat.

Mukhriz pula menutup pintu lokernya sebelum memandang ke arah Syazwan. "Wan, kau nak tumpang aku tak? Motor kau hantar service kan? Pagi tadi pun, aku nampak kau datang dengan grab." Mukhriz mempelawa Syazwan untuk memudahkan pergerakan Syazwan ke studio Maya. "Eh, tak apa lah Riz. Kau balik je dulu. Susahkan kau je nanti nak ulang alik." Balas Syazwan sambil menggalas beg sandangnya.

"Kau sure ke ni?" Soal Mukhriz lagi. "Ya, sure. Aku boleh call grab." Balas Syazwan lagi. "Okey lah. Take care bro." Selepas memberi kata putus, dua sahabat itu terus bersalaman dan Mukhriz terus berlalu pergi terlebih dahulu. Memandangkan Syazwan orang yang terakhir di situ, jejaka itu mengemas bilik persalinan tersebut. Setelah selesai, Syazwan menutup suis lampu dan baru lah Syazwan beredar dari situ.

Jejaka itu melangkah ke arah tempat perhentian bas yang agak terpencil dari pintu masuk stadium tempat pasukan bolanya berlatih. Setelah sampai di situ, Syazwan mengeluarkan pula telefon pintarnya untuk memesan grab yang berhampiran. Setelah selesai, dia memasukkan semula telefon pintarnya ke dalam poket seluar.

Tanpa di sedarinya, ada sebuah van sedang menunggunya dari jauh. Di dalam van itu ada kira-kira empat orang lelaki yang berpakaian hitam. Pemandu van tersebut pula memandang Syazwan dengan pandangan yang tajam. Buat seketika, pemandu itu memandang keadaan sekeliling untuk memastikan tiada orang lain di situ yang menyaksikan rancangan jahat dia.

Tidak lama kemudian, pemandu van tersebut terus memandu pantas ke arah Syazwan. Sebaik sahaja van itu sampai di hadapan Syazwan. Pintu van tersebut terbuka dan tiga orang lelaki di dalam van tersebut terus menerpa ke arah Syazwan. Syazwan yang terkejut cuba melarikan diri. Namun, tindakan drastik dari 'penjenayah-penjenayah' di hadapannya itu membuatkan pergerakan Syazwan terbatas.

Dua orang lelaki berpakaian hitam itu memaut badan Syazwan dengan kuat untuk membawa masuk jejaka itu ke dalam van. Syazwan merontakan badannya sekuat hati untuk melepaskan diri. "Lepaskan aku!" Teriak Syazwan sekeras-kerasnya sambil badannya berusaha untuk melepaskan diri. Namun, seorang lagi lelaki terus menekup mulut dan hidung Syazwan dengan kain yang ada cecair yang boleh membuatkan mangsanya pingsan untuk tempoh masa yang lama.

Setelah badan Syazwan mula lemah, mereka bertiga terus membawa masuk Syazwan ke dalam van tersebut dengan mudah dan terus berlalu pergi tanpa sebarang kesan.

-------------------

DI STUDIO MAYA

Maya masih menunggu kedatangan Syazwan di hadapan studionya. Sesekali, gadis itu melihat ke arah jam tangannya untuk memastikan waktu yang sudah berlalu. "Hish, dah satu jam. Mana pula Syazwan ni. Nanti lambat pula untuk breifing." Maya berleter seorang diri dengan bibir yang mencebik. Namun, hatinya masih dilanda kerisauan apabila bayang-bayang Syazwan masih belum muncul di hadapannya.

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now