Chapter 35

102 1 2
                                    

Selepas makan malam, Maya, Liya dan Puan Kuntum mengemas meja makan. Selepas siap ke semua kerja, Maya keluar dari rumah dan menuju ke arah pondok. Dia duduk di situ bersendirian. Maya menghirup udara malam yang begitu dingin.

Kemudian, dia mendongakkan pandangan ke arah langit yang kelam dan hanya dihiasi dengan cahaya purnama dan bintang-bintang yang bertaburan. Sesekali, Maya tersenyum melihat keindahan malam pada malam itu. Kalau di bandar, mana sempat hendak bersendirian seperti ini.

Syazwan pula menghampiri Maya secara perlahan. Dia duduk di sebelah Maya. Maya hanya mempamerkan senyuman yang manis kepada Syazwan. "Cantikkan langit malam ni. Macam faham je perasaan saya sekarang ni." Maya bersuara dengan senyuman sambil melihat ke arah langit.

Syazwan turut tersenyum mendengar jawapan dari Maya. "Kenapa dengan perasaan awak hari ni? Ada yang tidak kena?" Soal Syazwan. Maya menghembukan nafasnya secara perlahan. "Saya rasa, hari ni saya happy sangat. Tak tahu lah kenapa." Balas Maya.

"Hmm, pelik lah awak ni." Maya terus berkerut kening mendengar jawapan dari Syazwan. "Apa yang peliknya? Saya cakap apa yang saya rasa." Balas Maya lagi. Syazwan tergelak kecil sebelum membalas. "Awak tu lah. Gembira tapi tidak tahu sebab apa." Maya lantas menundukkan pandangannya.

"Saya gurau je lah." Balas Syazwan lagi. Maya lantas mengangkat wajahnya semula lalu melihat ke arah langit. "Awak nak tak saya ambil bintang tu ? Lepas itu, bagi awak." Soal Syazwan tiba-tiba kerana dari tadi Maya hanya memerhatikan bintang-bintang yang masih berkelipan.

"Apa awak mengarut ni?" Maya membalas sebelum tergelak kecil. "Yalah, awak tu dari tadi asyik mendongak sahaja." Balas Syazwan.
"Apa lah awak ni. Lebih baik saya ambil awak dan letak dalam-dalam dekat hati saya ni." Balas Maya dengan senyuman manis sambil meletakkan tangan ke arah dadanya.

Syazwan tergelak mendengar jawapan dari Maya. "Oh, dah pandai bermadah ya sekarang." syazwan membalas sebelum mencuit manja hidung Maya. "Biasa lah. Tengok lah ni siapa." Balas Maya lagi dengan gelakan kecil. "Maya." Panggil Syazwan perlahan.

Maya menoleh semula ke arah Syazwan. "Ya, apa dia?" Soal Maya pula. Syazwan terus menarik tangan Maya lalu menggenggamnya dengan erat. Maya menjadi jengkel dengan perbuatan lelaki itu. Maya menatap mata Syazwan dengan makna yang sangat dalam. "Di bawah limpahan cahaya bulan dan bintang ni. Saya nak mereka jadi saksi untuk kita." Balas Syazwan lagi.

"Saksi untuk apa ni? Saya tak faham." Maya menjawab dengan kening yang berkerut. Syazwan menarik nafas panjang sebelum menjawab. "Saya nak, kita berjanji supaya sentiasa kekal bersama sampai bila-bila. Tak kira lah apa yang akan terjadi. Saya nak kita akan sentiasa melengkapi antara satu sama lain sampai hujung hayat."

Maya terkedu apabila mendengar ungkapan yang keluar dari mulut Syazwan. Dia mengelipkan mata beberapa kali sebelum menatap wajah Syazwan semula. Serta-merta, wajah Syazwan berkerut. "Maya, awak okey tak? Kenapa ni?" Soal Syazwan hairan.

Maya tersenyum kelat sebelum menjawab dengan serba salah. "Awak betul ke nakkan saya ni?" Soal Maya ingin kepastian. Syazwan tersenyum seketika. "Betul, Maya. Takkan saya nak tipu awak." Balas Syazwan lagi. "Saya malu lah Syazwan. Apa kata kita stay macam dulu je. Boleh tak? Saya bukan apa. Awak faham kan?" Balas Maya dengan riak wajah yang amat serba salah.

Syazwan terdiam mendengar jawapan dari Maya. Namun, dia tetap cuba mengukir senyuman. "Tidak apa, Maya. Saya faham apa yang awak fikirkan. Saya tetap ada untuk awak. Awak jangan lah risau." Balas Syazwan. Maya mengangguk faham sebelum menyambung.

"Syazwan, awak jangan terasa hati ya. Saya bukan tidak suka kan awak. Saya masih cintakan awak. Cuma, saya belum sedia untuk tahap yang seteruanya." Syazwan hanya mengangguk faham mendengar jawapan gadis itu. Dia tahu bahawa Maya masih lagi memikirkan tentang Farah yang mungkin akan mengacau hubungan mereka lagi.

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now