Chapter 19

95 3 0
                                    

Farah memberhentikan keretanya di depan rumah Syazwan. Apabila, pagar rumah di buka, kelihatan, Syazwan sudah ada pada badan motosikalnya. Dengan itu, Farah keluar dari kereta dan berlalu ke Syazwan.

Apabila Syazwan perasan kehadiran gadis itu, dia ingin berlalu pergi, namun pantas sahaja Farah menghalang. "Syazwan. Tunggulah." Farah bersuara sebelum berdiri di hadapan motosikal Syazwan. Syazwan menggelengkan kepala sebelum mengangkat cermin pada helmetnya.

"You nak apa?" Soal Syazwan pantas. "I datang sini bukan nak kacau you." Balas Farah sebelum memuncungkan bibirnya. "Habis tu. Cepatlah. I dah lambat ni." Balas Syazwan lagi. "Hah, sekejap." Farah bersuara sebelum menyelok beg tangannya.

"Nah." Farah menghulurkan satu botol air 100 Plus. "kenapa bagi air. Kat sana nanti mereka sediakan air juga." Balas Syazwan. "Alah, tu air mineral. Nah, ambillah. Lagipun, boleh naikkan balik hidrat you." Balas Farah sebelum tersenyum. "Yalah, by the way... Thank you." Balas Syazwan sebelum mengambil botol itu.

"Welcome." Jawab Farah ringkas. Kemudian, Syazwan meletakkan botol air 100 Plus ke dalam beg galasnya. "Okay, I gerak dulu." Syazwan bersuara sebelum menghidupkan enjin motosikalnya. Farah hanya tersenyum.

Kemudian, Syazwan terus berlalu pergi. Farah hanya memerhatikan Syazwan berlalu pergi dengan senyuman sinis. "Habis lah kau malam ni." Farah bersuara sebelum berlalu pergi ke keretanya.

---------------------

Farah melangkah masuk ke dalam rumah. Dia ingin naik ke kamarnya. Namun, dia berselisih dengan ibunya. "Farah pergi mana?" Soal Puan Faizah tiba-tiba. Farah terdiam seketika sebelum membetulkan kedudukan beg tangannya. "Farah pergi jumpa Syazwan. Kenapa?" Balas Farah sebelum memeluk tubuh.

"Buat apa jumpa dia? Bukan dia dah ada perempuan lain?" Puan Faizah menyoal sambil menjongketkan kening. Farah terdiam lagi. "Farah bukan buat apa pon. Bagi semangat je." Balas Farah ringkas. "Betul?" Soal ibunya lagi. "Betul, mommy." Balas Farah lagi.

"Jangan hancur kan hidup orang." Puan Faizah bersuara slumber sebelum berlalu pergi. Farah hairan mendengar pernyataan ibunya. Dia tidak ambil peduli dan terus ke kamarnya.

MALAM ITU

Farah dan Darwish sudah sampai di stadium atas satu sebab. Farah ke stadium untuk melihat agendanya berlaku, manakala Darwish pula cuba merapatkan diri dengan Maya.

"Kau pergi beli makanan dan minuman. Aku pergi beratur." Farah bersuara. Darwish membalas "Okay, see you." Baru sahaja ingin melangkah, Farah bersuara kembali. "Eh, jangan lupa. Kalau jumpa perempuan tu...." Kata-kata Farah lantas dipotong Darwish. "Ya, aku tahu. Dah, pergi beratur." Arah Darwish sebelum berlalu pergi.

Maya dan Liya pula sedang membeli makanan. Kebetulan, kedai yang mereka membeli adalah kedai di mana Darwish berada. Apabila memandang ke arah kiri, dia terus ternampak Maya. Selepas membeli makanan dan minuman, Maya dan Liya berlalu pergi dan diikuti oleh Darwish.

Sewaktu, mereka berjalan, ada seorang budak yang berlari dan melanggar Maya kasar. Hingga membuatkan gadis itu hampir terjatuh. Namun, Darwish terus mengambil kesempatan. Dia terus menyelamatkan Maya dengan merangkul pinggang gadis itu.

Kemudian, mereka bertentangan mata. Liya yang ada di situ lantas meleraikannya. Takut pula timbul fitnah. "Maya, are you okay?" Soal Liya sebelum menarik gadis itu. "Yes, I'm fine." Balas Maya ringkas sebelum memandang jejaka di hadapannya. "By the way, thank you." Ucap Maya pada Darwish.

Darwish mempamerkan senyuman. "No, problem." Balas Darwish, dan dia terus membuka perbualan. "Wait, awak perempuan yang ada kaitan dengan pemain bola tu kan?" Soal Darwish. Maya hanya mengangguk. Liya pula terdiam. Seperti ada yang tidak kena. "My name Darwish. Nice to meet you." Ucap Darwish sebelum menghulurkan tangan.

Hilangkan SegalanyaМесто, где живут истории. Откройте их для себя