Chapter 11

154 3 0
                                    

Maya melangkah masuk ke dalam rumah dengan membawa jambakan bunga yang di beri Syazwan di Peace Garden tadi. "Amboi, amboi, amboi. Baru first time keluar dah dapat bunga." Liya menegur rakannya sambil tersenyum.

Maya lantas mempamerkan senyuman. "Kenapa, jealous ke?" Soal Maya cuba mengusik rakannya itu. "Memang lah aku jealous. Gila tak jealous. Eh, kau tangkap gambar apa je tadi? Nak tengok." Liya membalas sindiran rakannya. Namun, dia tahu Maya hanya bergurau.

"Err, tidak perlu lah." Jawab Maya ringkas dengan wajah yang gusar. "Aik, kenapa pula. Ada gambar yang pelik ke?" Soal Liya hairan. "Tidak ada." Jawab Maya ringkas. "Habis itu, kalau tidak ada. Bagi lah aku tengok." Liya meminta lagi.

"Tidak apa lah. Aku nak naik. Penat." Maya memberi kata putus sebelum berlari anak ke biliknya. Liya hanya menggelengkan kepala dan tersenyum melihat rakannya itu. "Eleh, kau ingat, aku tak tahu yang kau ada ambil gambar dengan si Syazwan tu." Liya bersuara sendirian sebelum tergelak kecil.

Apabila sudah masuk ke kamar. Maya terus menutup pintu kamarnya. Dia meletakkan jambakan bunga itu di meja belajarnya. Kemudian, dia duduk di birai katil. Dia terus mendail nombor telefon ibunya. "Assalamualaikum, mama." Ucap Maya.
"Waalaikumussalam, Maya." Jawab Puan Masyitah.

"Mama sihat?" Soal Maya. "Mama sihat je Maya. Hah, kenapa call mama ni?" Soal Puan Masyitah. "Ni, Maya nak cerita pada mama. Tapi, kena janji. Jangan beri tahu orang lain. Papa pun tidak boleh." Maya mengungkap kata.

Kedengaran Puan Masyitah ketawa di hujung talian. "Ha, yelah. Apa dia?" Soal Puan Masyitah. "Tadi, Maya jumpa Syazwan." Balas Maya. "Lah, ya ke? Apa jadi? Buat apa je dengan dia?" Soal Puan Masyitah pantas. Seperti pistol yang tidak henti-henti melepaskan tembakan.

"Mama, slow slow lah. Maya nak cerita lah ni." Maya bersuara untuk menenangkan ibunya. "Okey, okey. Cerita lah." Balas Puan Masyitah sebelum tergelak kecil. "Tadi, kami pergi Peace Garden. Lepas itu kami jalan lah di sekeliling taman itu sambil ambil beberapa keping gambar permandangan." Maya menjelaskan apa yang terjadi.

"Oh, bagus lah tu. Kawan baik-baik dengan dia. Syazwan tu, baik orangnya. Tapi, ingat. Batas perlu jaga." Puan Masitah membalas sebelum mengingatkan anaknya. "Ya, mama. Maya tahu. Hah, lepas itu, Maya ada ajar juga dia pakai kamera yang papa beli untuk Maya tu. Last sekali, dia bagi Maya bunga mama." Cerita Maya lagi sebelum tersenyum sambil memandang jambakan bunga di meja belajarnya.

"Untung kamu Maya, dah sepuluh tahun tidak berjumpa, tapi dia masih layan kamu dengan baik." Puan Masyitah membalas lagi. "Tulah, mama. Maya pun tidak sangka." Balas Maya menyokong kata-kata ibunya. "Eh, dah rapat macam tu, takkan tak ada perasaan?" Soal Puan Masyitah sebelum tergelak kecil di talian.

Maya tersenyum seketika. Namun, dia tetap juga cuba berdalih. "Eh, apa mama ni. Tidak lah. Kami kawan je. Tak lebih pun." Maya membalas. "Yalah tu. Nanti, dah lama, siapa yang tahu. Kamu tu kawan dengan pemain bola yang terkenal. Boleh sahaja timbul konteversi." Balas ibunya lagi.

"Yalah, mama. Tengok lah macam mana." Selepas membalas, Maya terus tergelak kecil. "Ok lah. Mama letak dulu. Nak sidai baju." Balas ibunya. "Okey, mama. Assalamualaikum." Ucap Maya. "Waalaikumussalam." Balas Puan Masyitah sebelum memutuskan talian. Seketika, Puan Masyitah menggelengkan kepala sambil tersenyum.

Kemudian, Maya mengambil kamera Sony miliknya dan terus menekan button 'on'. Kemudian, dia terus melihat gambar-gambar yang ditangkap di Peace Garden tadi. Dia tersenyum seketika apabila melihat gambar Syazwan.

--------------------

Syazwan melangkah masuk ke dalam rumah. Kelihatan Puan Sofia berada di ruang tamu. "Syazwan." Panggil ibunya. "Ya, ibu." Syazwan membalas kemudian melangkah ke arah ibunya. Kemudian, Syazwan duduk di sofa.

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now