Chapter 76

28 2 0
                                    

SETIBANYA DI HOTEL KOREA

Keluarga Syazwan dan keluarga Maya turun dari teksi dan mengeluarkan bagasi masing-masing. Di hadapan mereka sudah jelas dapat di lihat hotel bertaraf lima bintang yang bakal mereka menginap.

Mereka berenam sudah pun menghampiri pintu masuk, Maya dan Syazwan berjalan di belakang kedua ibu bapa mereka. Sewaktu berjalan, Syazwan menoleh ke arah Maya seketika. Kelihatan gadis itu bersusah payah menarik beg tariknya dengan satu lagi beg kamera yang di sandang pada baru kirinya. Kelihatan ia agak berat bagi Maya. Susah gadis itu mahu mengimbangkan diri dengan tangan kanan yang menarik bagasi berat manakal tangan kiri menggalas beg yang berisi perisian kamera.

Tiba-tiba, Syazwan terdetik untuk membantu gadis itu. Tetapi, jejaka itu teringat pula peristiwa yang terjadi di hadapan rumah Maya. Lalu, dia mengeluh seketika. Dan tidak semena-mena apa yang dikatakan Mukhriz pula menerjah ke ingatannya. Akhrinya, Syazwan mengalah juga dengan egonya. Dia terus menegur gadis yang berjalan di belakangnya itu.

"Kenapa awak bawa beg banyak sangat?" Soal Syazwan spontan. Maya yang baru tersedar dengan soalan itu mengangkat wajahnya memandang Syazwan. "Mana ada banyak. Dua beg je. Satu beg pakaian. Satu lagi ni beg kamera saya." Balas Maya sambil memandang satu persatu beg yang ada padanya. Syazwan hanya memandang Maya dengan pandangan kosong dengan jawapan itu.

"Sini saya tolong." Syazwan bersuara lagi sambil menghulurkan tangannya untuk membantu. Maya terdiam seketika memandang ke arah Syazwan. Nak pula jejaka di hadapannya itu membantu. Sewaktu di lapangan terbang Malaysia, asyik melarikan diri sahaja. "Lambat lah. Sini bagi saya." Syazwan membalas lalu pantas mencapai beg tarik Maya. Malas dia mahu menunggu jawapan dari gadis itu.

Maya pula memandang keadaan sekeliling tanda baru tersedar dari lamunannya. Kemudian, dia melihat Syazwan sudah pun memasuki pintu utama hotel dengan ahli keluarganya mereka. Lalu, Maya hanya mengikut langkah jejaka itu dengan senyuman kecil yang terukir di bibirnya.

Kemudian, mereka berdua pergi ke arah ibu mereka yang berada di sofa. Syazwan duduk di badan sofa bersebelahan Puan Sofia. Maya pula hanya berdiri di samping Puan Masyitah. "Ayah mana?" Soal Syazwan spontan sambil memandang keadaan sekeliling. "Ayah kamu sedang ambil kunci bilik dengan Uncle Mazlan. Kejap lagi sampai lah tu." Balas Puan Sofia ringkas. Syazwan pula hanya mengangguk dengan bibir yang terjuih.

Puan Sofia mengalihkan perhatiannya kepada Puan Masyitah dan Maya pula. Wanita itu tersenyum seketika sebelum menyoal. "Kamu berdua okey kan duduk di hotel ini?" Soal Puan Sofia. "Eh, bagi saya selesa je. Tiada masalah pun." Balas Puan Masyitah ringkas dengan senyuman. "Maya pula macam mana? Diam je dari tadi." Soal Puan Sofia kepada Maya yang dari tadi kelihatan agak kekok dari biasa.

Selepas soalan itu diajukan, Maya memandang ke arah Syazwan buat seketika. Syazwan yang tersedar Maya memandang ke arahnya itu cepat-cepat mengalihkan anak mata. Kemudian, Maya memandang semula ke arah Puan Sofia untuk menjawab soalan. "Maya pun okey je. Maya tak kisah." Balas gadis itu lambat-lambat. "Baguslah kalau macam tu, dapat juga duduk di sini dengan selesa." Balas Puan Sofia dengan teruja.

Puan Masyitah dan Maya pula hanya tersenyum dengan kata-kata itu. Beberapa minit kemudian, Encik Shamsul dan Encik Mazlan sudah pun kembali ke arah mereka. Masing-masing memegang dua kunci bilik hotel. Encik Shamsul bersuara seketika kepada ahli keluarganya. "Ni kunci kita bilik kita. Ni Wan punya." Encik Shamsul berkata sambil menunjukkan satu kunci kepada isterinya manakal satu lagi kunci di berikan kepada Syazwan.

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now