Chapter 88

29 1 1
                                    

2 MINGGU BERLALU

Syazwan dan ahli pasukannya yang lain sedang sibuk berlatih untuk menghadapi perlawanan bola sepak tidak lama lagi. Mereka terpaksa berlatih secara extra untuk mendapatkan prestasi masing-masing. Jurulatih juga mengerah mereka untuk membuat pelbagai jenis latihan.

Akhirnya, jurulatih menamatkan latihan untuk mereka semua berehat dan pulang ke rumah masing-masing.  Dengan itu, semua pemain terus bersiap-siap untuk beredar. Kelihatan mereka sangat penat kerana latihan yang bermula pada jam tujuh pagi itu berakhir tiga jam selepasnya. Selepas membersihkan diri dan memakai pakaian yang baru, ramai pemain sudah mengangkat kaki.

Sedang Syazwan mengemas beg pakaiannya, Mukhriz sempat bersuara. "Eh, wan. Wedding kau dah dekat kan?" Soal Mukhriz sebelum menutup pintu lokernya. "Ha'ah. Kenapa?" Soal Syazwan semula sambil mengisi beberapa barang lain ke dalam begnya. "Kau tak ambil cuti ke? Persiapan semua macam mana?" Soal Mukhriz ingin pasti. Syazwan menoleh ke arah rakannya dengan senyuman sinis. "Kau ni, banyak tanya betul ya!" Balas jejaka itu sebelum tergelak kecil.

"Aku bukan apa, cuma nak ambil tahu. Takkan lah Maya urus semua seorang diri." Balas Mukhriz lagi sambil matanya memandang ke arah siling tanda berfikir. "Dia tak uruskan seorang diri. Takkan lah aku nak biarkan. Parents aku ada tolong juga. Cuma kalau time macam ni je aku tak dapat nak buat persiapan dengan mereka." Balas Syazwan sambil menzipkan begnya.

Mukhriz terus menganggukkan kepalanya tanda faham. "Kau tak nak ambil cuti? Tak penat ke nanti?" Soal Mukhriz lagi. Syazwan menyandang begnya sebelum membalas. "Buat masa sekarang tak lagi. Lagipun, sempat habiskan satu game sebelum majlis aku. Sebab aku boleh manage jadual ni. Lain lah kalau tarikh dah makin dekat." Jawab jejaka itu sebelum mereka berdua mula melangkah keluar dari bilik persalinan itu.

"Mana lah tahu, coach bagi cuti ke?" Sambung Mukhriz lagi. "Coach ada je beritahu aku, kalau ada emergency, boleh skip training. Dia pun faham." Balas Syazwan lagi. "Habis tu, kalau ada game, nak skip juga ke?" Soal Mukhriz untuk mengusik rakannya itu. "Hish, kau ni. Jangan lah cakap macam tu. Buat masa ni, tidak ada lagi kan? So, on je lah majlis tu. Kalau ada game, memang pening aku." Balas Syazwan sebelum menggaru kepalanya di hujung ayat.

"Tak payah ikut lah Wan. Coach boleh je ganti orang lain. Aku rasa, majlis kau tu lagi penting. Sebeb sekali je dalam seumur hidup. Kalau game ni, lain hari pun ada." Tambah Mukhriz lagi. Syazwan menjadi terdiam seketika apabila mendengar pernyataan itu. Dia memandang seketika ke arah Mukhriz dengan pandangan kosong sebelum mengadap ke hadapan semula.

"Betul juga ya." Syazwan bersuara perlahan. Namun, suaranya itu dapat di dengari oleh Mukhriz dengan jelas kerana meraka berdua sahaja yang berjalan di koridor itu. "Hah, tahu pun! So, apa lagi yang belum siap?" Soal Mukhriz lagi. "Ada lagi sikit. Brief baju pengantin, pelamin dengan catering." Jawab Syazwan sambil mengira di jarinya. "Bila nak pergi?" Soal Mukhriz ingin tahu.

"Itu aku tak tahu. Sebab mereka belum arrange date untuk aku dengan Maya pergi. Aku risau juga pasal tu." Balas Syazwan sebelum menundukkan pandangannya. "Aik, kenapa pula nak risau?" Soal Mukhriz hairan. "Aku takut tarikh tu bertindih dengan tarikh training. Tak nice lah nanti." Balas Syazwan. "Tidak apa, nanti bincang lah dengan  coach. Mesti okey punya." Cadang Mukhriz sambil menepuk-nepuk perlahan bahu rakannya itu.

"Tengok lah macam mana. Sebab takut timing tak kena. Lagi-lagi catering. Sebab mereka dah susun date setiap pengantin untuk datang brief makanan. Ramai tempah agaknya." Balas Syazwan lagi. "It's gonna be okey, semoga semua dipermudahkan nanti." Mukhriz bersuara cuba untuk menenangkan rakannya. Syazwan sekadar mengukirkan senyuman tatkala mendengar pernyataan itu.

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now