Chapter 65

29 2 0
                                    

Puan Sofia melangkah keluar dari dapur. Kemudian, wanita itu duduk sementara di meja makan. Dia mengeluarkan telefon pintarnya yang berada di dalam kocek apron yang dipakainya. Sementara itu, dia menjengukkan kepalanya untuk melihat keberadaan suaminya.

Jelas di penglihatannya bahawa Encik Shamsul masih berada di ruang tamu. Suaminya itu masih tidak berganjak menonton televisyen yang diadakan perlawanan bola sepak yang disertai Syazwan. Sehingga ke penyampaian pingat juga suaminya masih tetap manatap kaca televisyen.

"Bang, abang sudah tempah tiket untuk ke luar negara?" Soal Sofia dari meja makan. Encik Shamsul menoleh ke arah isterinya seketika. Kemudian, dia mengadap semula ke arah televisyen sambil membalas. "Sudah, awak jangan risau. Saya pun sudah tempah untuk family Mazlan." Balas Encik Shamsul. Puan Sofia mengangguk faham dengan mulut yang diketap.

"Boleh saya beritahu mereka? Tidak lah mereka membeli tiket lagi. Membazir pula. Bukannya murah." Puan Sofia menyampaikan pendapatnya. "Hah, beritahu lah. Saya pun lupa nak beritahu awak saya dah tempah tiketnya. Nasib baik awak tanya." Balas Encik Shamsul sambil menoleh ke arah isterinya sebelum tergelak kecil.

"Hah, okey lah. Saya call Masyitah sekejap." Balas Puan Sofia sebelum melangkah ke dapur semula. Lantas sahaja wanita itu mendail nombor rakan karibya itu. Selepas panggilan disambungkan, Puan Sofia terus memberi salam. "Assalamualikum, Masyitah." Ucapnya dengan senyuman. "Waalaikumussalam, Sofia. Kenapa call ni?" Soal Puan Masyitah pula.

Puan Sofia mencapai senduk seketika. "Saya nak beritahu awak. Shamsul dah tempah kan tiket untuk awak sekeluarga sekali untuk bercuti nanti." Balas wanita itu sambil menggaul lauk ayam masak merah di dalam periuk menggunakan senduk yang dipegangnya. Puan Masyitah pula sudah tersenyum kelat. Pantas sahaja wanita itu membalas. "Eh, Sofia. Betul ke ni? malu lah kami macam tu. Susah kamu saja." Balas Puan Masyitah sambil menggaru kepala.

"Mana ada. Kami okey je. Lagipun, kami yang ajak kamu semua. Jadi, tidak salah pun kami belanja sekali tiketnya." Balas Puan Sofia sambil menutup api dapurnya. Kemudian, dia duduk di kerusi yang terdapat di dapur keringnya. "Okey lah kalau macam tu. Nanti saya beritahu Mazlan. Terima kasih ya." Balas Puan Masyitah dengan nada suara yang sedikit bersalah.

"Sama-sama. Tidak sabar rasanya nak berjumpa kamu sekeluarga." Balas Puan Sofia dengan gembira. "Sama lah kita. Saya nak hidangkan makanan ni. Nanti kita sambung ya." Puan Masyitah ingin menamatkan panggilan. "Baiklah kalau macam tu. Maaf ya mengganggu." Ucap Puan Sofia pula. "Tidak lah. Kirim kan salam saya pada Shamsul. Baiklah, saya letak dulu. Assalamualikum." Balas Puan Masyitah sebelum mengirimkan salam kepada Encik Shamsul.

"Insya-Allah. Waalaikumussalam." Balas Puan Sofia ringkas di hujung talian. Kemudian, mereka berdua memutuskan panggilan. Puan Sofia memasukkan semula telefon pintarnya ke dalam kocek apron sebelum pergi ke arah periuk yang berisi lauk untuk hidangan makan tengah hari. Puan Masyitah pula baru sahaja ingin melangkah ke dapur, namun di tahan oleh Maya.

"Siapa call mama?" Soal gadis itu. "Auntie Sofia." Balas Puan Masyitah ringkas. "Kenapa?" Sepatah lagi soalan di soal oleh Maya. "Dia beritahu Uncle Shamsul dah belikan tiket untuk kita sekali." Balas Puan Masyitah. "Ouh." Balas Maya ringkas sambil mengangguk dengan mulut yang terlopong. "Dah habis bola?" Soal Puan Masyitah.

Maya terus menganggukkan kepala sambil tersenyum. "Dah, baru saja tadi. Itu yang nak tolong mama apa yang patut." Balas Maya. "Ouh, macam tu. Menang ke tak?" Soal Puan Masyitah. "Mesti lah menang." Balas Maya dengan wajah yang sudah tersipu malu. "Eh, kamu ni. Kenapa pula nak malu-malu?" Soal Puan Masyitah sambil mencubit perlahan lengan anak gadisnya dengan gelakan kecil.

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now