Chapter 4

242 5 0
                                    

Maya masuk ke rumah dengan muka yang mencuka. Api kemarahnnya masih tidak terpadam sejak di pusat membeli belah. Ingin saja dia tikam tikam perempuan dihadapannya tadi.

Dia terus menuju ke ruang tamu dan duduk di sofa bersebelahan rakannya. Liya yang tadi leka menonton drama kegemarannya kini terganggu dengan kehadiran rakannya. "Eh, kau ni kenapa Maya? Mencuka je muka. Tadi keluar rumah elok je." Liya bersuara selepas melihat wajah kawannya yang memuncungkan bibir. Ada juga dia gantung hanger di situ.

Maya meletakkan kamera Sony miliknya di meja kopi sebelum membalas. "Aku tengah panas dengan minah sombong yang aku jumpa kat mall tadi." Liya mengerutkan kening. Siapa pula 'minah sombong' yang dimaksudkan rakannya itu. Dia terus mengubah posisinya mengadap Maya.
"Cuba cerita pada aku." Suruh Liya. Maya menghembus nafas panjang sebelum membalas. "Tak dalah, tadi kan aku lambat ke kedai kamera, aku janji pukul 10. Tapi aku lewat 15 minit. Jadi aku berlari lah. Tidak sangka pula terlanggar minah tu. Lepas itu, barang dia terjatuh, aku angkatlah. Dah minta maaf. Tapi dia yang sombong. Nak marah marah pula." Terang Maya panjang lebar. Terherot-herot bibirnya cuba menerangkan.

Liya hanya menggeleng. "Habis, kau jawab apa?" Soal Liya lagi. "Aku tengking lah dia balik." Balas Maya ringkas. Liya menghembus nafas tenang. "Hmm, sudah. Benda sudah lepas. Hah, mana gambar yang kau pergi cuci tadi?" Liya cuba menukar topik perbualan.

"Nah." Maya bersuara sambil menghulurkan sampul surat. Liya terus membukanya. Dia meneliti setiap gambar tersebut. "Wah, cantiknya gambar ni! Mana kau ambil gambar-gambar ni?" Soal Liya keterujaan. Maya tersenyum seketika. "Ni aku ambil dekat Pantai Batu Layar." Balas Maya.

"Jauhnya! Bila masa kau pergi?" Soal Liya. Selama dia duduk serumah dengan Maya, tidak pernah pula dia melihat Maya pergi ke tempat sejauh itu. "Adalah, tulah kau. Pagi pagi lagi kau sudah terpacak depan stadium beli tiket. Aku ni terpaksa pergi situ naik grab semata mata nak siapkn assignment." Maya membalas dengan wajah 'slumber'.

Liya memuncungkan bibir mendengar jawapan dari Maya.
"Dah lah. Aku nak naik rehat. Petang ni nak pergi taman joging. Nak ikut tak?" Soal Maya. "Hmm, boleh juga." Selepas Liya memberi kata putus, Maya terus membawa barang-barangnya naik ke kamar.

----------------------------

DI GIMNASIUM

Syazwan mengelap peluhnya menggunakan kain lap bewarna putih di lehernya. Hari ini, dia meluangkan masa di gimnasium bersama Mukriz. Dia terus ke kerusi rehat dan minum air mineral yang dibekalkan.

Kemudian, Mukriz menghampirinya. "Haih, Wan. Baru 15 minit dah stop?" Soal Mukriz yang berdiri di hadapannya. Syazwan menghembus nafas yang panjang seketika. "Entahlah, Riz. Aku macam tidak ada mood lah hari ini." Balas Syazwan sebelum menundukkan wajahnya.

Mukriz menjadi hairan melihat karenah rakannya hari ini. Dia terus duduk di sebelah Syazwan. "Kenapa ni? Cuba cerita pada aku." Mukriz mempelawa agar apa yang terbuku di hati rakannya itu dihuraikan.

"Kau ingat Farah?" Soal Syazwan. Mukriz menggangguk tanda ingat. "Ex kau tukan? kenapa dengan dia?" Balas Mukriz. "Dia datang balik! Apa yang dia nak lagi. Cukuplah dulu dia sakitkan hati aku." Syazwan meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada Mukriz. Kemudian, dia menekup wajahnya. Mukriz menepuk-nepuk belakang rakannya. "Alah, chillah bro. Perempuan, biasa lah. Kau buat tidak endah je. Banyak lagi lah wey perempuan kat luar sana yang nakkan kau." Mukriz bersuara cuba menenangkan rakannya.

"Masalahnya, pagi tadi dia sudah terpacak depan rumah aku hantar barang." Jawab Syazwan lagi. Mukriz ketawa apabila mendengar kata-kata Syazwan. "Kenapa kau ketawa? Tak lawak lah." Syazwan bersuara sebelum menumbuk perlahan lengan rakannya.

Hilangkan SegalanyaWo Geschichten leben. Entdecke jetzt