Chapter 57

27 1 0
                                    

Tiga buah gelas yang berisi jus buah-buahan telah pun ada di atas meja. Maya, Liya dan Ida juga sudah mengambil tempat masing-masing sejak dari tadi lagi. Maya memandang ke arah Ida yang duduk berhadapan dengannya. Kelihatan gadis itu kelihatan amat gusar.

Untuk tidak mengkekokkan lagi keadaan, Maya lantas menyoal. "Boleh saya tahu nama awak?" Pantas sahaja soalan itu diajukan. Ida pula terus memandang tepat ke arah Maya. Liya pula sudah mula menggodak minumannya sebelum meminumnya sedikit sambil memerhati gerak-geri Ida yang agak pelik. "Nama saya Ida. Saya minta maaf ya sebab ajak awak berjumpa secara tiba-tiba. Lagipun, awak tidak kenal saya. Cuma, saya je yang kenal awak."

Kata-kata itu membuatkan Maya sedikit tersentak. Sama juga dengan Liya yang sudah berhenti dari menyedut minumannya. "Apa yang awak cuba cakap ni? Ada kaitan ke dengan sebab awak ajak saya berjumpa ni?" Soal Maya ingin tahu dengan perasaan yang amat hairan. Ida pula lantas menganggukkan kepalanya tanda betul. "Hah, beritahu lah cepat. Jangan lengahkan masa." Spontan sahaja ayat itu keluar dari mulut Liya.

"Macam ni, awak pasti kenal dengan Farah kan?" Soal Ida sedikit getaran suara. Maya lantas mencukakan muka. Tidak suka betul dengar nama perempuan itu. "Kenapa dengan dia?" Soal Maya pantas. Ida mengeluh seketika. Dia seolah-olah tidak mahu memberitahu perkara yang sebenar. Tetapi, dia harus melakukan juga kerana dia tahu perkara yang Farah buat itu salah.

"Sebenarnya, saya kawan rapat dia. Dan saya tahu apa yang dia nak buat pada awak." selepas pernyataan itu dilontarkan, Maya amat terkejut. Liya pula sudah mula geram tidak tentu fasal. "Habis itu? Apa yang kami dapat jika awak cakap begini?!" Bentak Liya untuk melindungi Maya. Ida terus menundukkan pandangannya tanda amat kesal. Maya pula sudah pandang ke arah Liya dengan pandangan tajam.

"Kau ni Liya. Kenapa cakap macam itu? Bagilah dia explain dulu." Bantah Maya. Dia tidak setuju langsung dengan tindakan Liya yang bertindak secara keras tanpa mendengar sebarang penjelasan. Liya hanya mengeluh tanda mengalah. Kemudian, Maya mengalihkan perhatiannya kepada Ida semula. "Jadi, apa yang awak cuba maksudkan sekarang ni?" Soal Maya dengan berhemah.

Ida memandang ke arah Maya dengan sayu. Lalu dia terus meluahkan apa yang dia simpan selama ini. "Saya kawan rapat dengan Farah dulu. Tapi, hubungan kami menjadi semakin renggang sejak dia bertindak secara tidak patut." Kata-kata Ida itu terputus sementara. "Apa yang dia buat?" Soal Maya mula keliru. "Dia ada merancang untuk rosakkan hubungan awak dengan Syazwan. Dia tahu awak berdua sedang menjalinkan hubungan. Saya minta maaf, pada mulanya, saya memang menyokong dia. Tetapi, selepas beberapa lama, saya sedar yang saya salah dan apa yang dilakukan oleh Farah itu keterlaluan." Terang Ida dengan wajah yang amat malu dan bersalah.

"Sekejap. Habis itu, apa yang jadi sekarang?" Soal Liya pula yang mula tertarik dengan cerita Ida itu. "Selepas saya sedar tentang semua ini, saya cuba untuk hentikan dia dari melakukan semua ini. Dan dia tidak boleh menerimanya. Jadi saya cuba jauhkan diri dari dia. Dan sebab itu lah saya perlu beritahu awak Maya. Supaya awak akan tahu langkah Farah yang seterusnya." Terang Ida lagi dengan bersungguh-sungguh.

"Apa yang dia cuba buat lagi? Sebab saya rasa dia sudah tidak mengganggu saya lagi." Jelas Maya sebelum menyedut minumannya. "Sebenarnya, dia sedang melakukannya." Balas Ida perlahan. "Apa? Apa yang dia buat?" Soal Liya pula. Ida sekali lagi mengeluh. Kemudian, dia menggenggam tangan Maya lalu berkata. "Jika saya beritahu awak tentang hal ini, awak perlu janji dengan saya. Jangan ceritakan tentang ini pada sesiapapun. Hanya kita bertiga sahaja tahu." Ida membuat permintaan sambil memandang ke arah Maya dan Liya dengan penuh harapan.

Hilangkan SegalanyaWo Geschichten leben. Entdecke jetzt